Selamat Pengantin Baru Ajib
Ajib ialah teman serumah wan masa kat France, lebih setahun yang lepas. Sempat setahun kami serumah. Masa mula – mula dia masuk kat rumah di Lille tu, dia dah bertunang pun. Dulu hari – hari Ajib phone tunang dia, sekarang mereka telah melangkah ke alam perkahwinan.Kimmy yang ajak wan ke majlis perkahwinan kat Pontian, Johor. Jauh gak tu.. Tapi memandangkan weekend dan takder majlis yang perlu wan pergi, maka simply wan setuju je la nak ke Johor.

posing istimewa Ajib utk semua kawan2 di Mlaysia dan France
So, Ahad lalu, kimmy datang rumah pukul 7 pagi lagi. Time tengah tidur di hujung minggu! Kami bertolak jam 8.15 pagi, beli roti canai 2 keping seorang, kemudian breakfast kat my office sambil charge iphone (tertinggal charger kat opis). Pukul 8.40 pagi kami dah pun berada kat PLUS.
Kimmy dah balik ke Malaysia since 2 months ago (kot) tapi hari ni baru kami ada masa nak berjumpa! Hahaha… Dia kerja kat Menara Kembar tingkat 35, dan wan selalu je berada kat Menara Maxis tapi masa tetap tidak mengizinkan. Actually sbb dia byk pantang larang, kul 7 dah kene masuk pagar rumah… malam lak ada perintah berkurung.

jmp Tg Khairi lagi senang dari jmp Tg Kimmy. Pic ni snap minggu lepas masa amik Tg Khairi kat KLIA…
Sepanjang 4 jam perjalanan berbekalkan bekalan makanan yang banyak, beratus cerita umpatan keluar. Semua pelajar kat France, kitaorang cerita balik satu persatu. Ada cerita baru, ada cerita lama. Ada cerita yang dia tau tapi aku tak tau, dan ada cerita yang aku tau tapi dia tak tau (faham tak?).
Setahun maa tak jumpa. Memang 8 jam pergi balik mmg tak cukup nak bercerita. Yang menariknya, kami singgah di Pizza Hut POntian utk lunch! Lapar sgt selepas penat berborak dan mengumpat pada kelajuan 110km/j.

makan pizza dulu before pegi kenduri
Kemudian terus ke tempat kenduri dan menjamu selera lagi. Senang je nak ke tempat kenduri, kat Bandar pontian dah letak billboard besar pasal pengantin baru ni…

ni kecik je ni kt dpn rumah.. ada sebesar billboard kat Pontian…

siap ada French lagi! tapi cam ada grammar tak kene je…
Kami makan sambil risau2.. betul ke ni kenduri ajib? Sorang pun aku tak kenal. Dah la terasa cam overdress.. hahahah
Nasib baik Nampak abang Ajib. Kami pernah jumpa kat Frankfurt dulu masa Jurnal Kembara Haliza Misbun…. Call ajib, dia kat rumah pengantin pompuan, tgh bersiap utk berarak kul 2.30ptg…
So, wan dgn Kimmy pi rumah pengantin pompuan laa.. Ada hakim, bapak n Anip! Yuhuuuu kawan2 masa kat France dulu.. ihiks!

Hakim, Ajib, Wan dgn Kimmy
Bapak akan jadi pengampit… kitaorang mengacau je la dua – dua. Nak kacau ajib lebih2, bapak mertua dia ada kat situ.. ahhaha Bila mereka mula bersiap, kitaorang pun bersiap nak balik gak.. Sbb nk singgah kat Ayer Hitam, cari pasu bunga dgn tembikar skit.. At least tak der la dating jauh2, balik tangan ksong.. kene la beli souvenirs skit…

majlis kenduri… sedap tapi dah kenyang masa sampai…
Maka, terbelilah satu tong sampah kayu, tirai pintu kayu, dgn benda yang berbunyi masa angin bertiup tu.. abih la RM65 gak.. tembikar banyak, tapi cam mahal.. baik cari tanah liat sendiri, buat sendiri.. nak ukir2 kayu sambil membentuk kayu ni aku tak reti.. sebab tu aku beli kayu berbanding tanah..
Then singgah solat kat R&R apa ntah.. then kimmy drive la sampai Kajang.. Keseluruhannya, Kimmy drive sepanajng lebuh raya pergi balik, aku lak hanya drive kat jalan kampong…. Dari Simpang Rengam ke Pontian jauh gak k! Dan aku baru tau Pontian Besar ialah kampong dan Pontian Kecil ialah pekan. Menarik kan?
Kami tiba di Kajang jam 6.30 petang, then Kimmy terpaksa balik terus sebelum masa penamat pukul 7 malam. Dia risau takut kene cubit sebab balik lepas kul 7 malam. Yang penting, malamnya terus tidur sampai ke pagi Isnin untuk terus bekerja mencari nafkah hidup.
wenkt on July 23rd, 2008 | File Under Uncategorized | 1 Comment -





