Wénkt - sokong Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden UMNO - As an entrepreneur, I must be strong enough to cut my losses and start again

November 20, 2008

Tayangan Perdana filem Histeria

Category: Cinéma — wenkt @ 10:38 am

Lokasi: MidValley Megamall
Tarikh: 18 Nov 2008

Filem Histeria digambarkan sebagai versi filem seram Hollywood dan dikatakan lebih universal. Filem ini mengandungi banyak elemen seram tetapi ringkas dan mudah difahami.

Tak payah fikir panjang2 macam filem Susuk, dan kita akan mengalami ketakutan dengan sendiri. Memang seram, tidak ada kelakar langsung.


seram tak? memang pejam mata tengok part ni.

Melibatkan kos pembikinan RM1.4 juta, filem ini mempunyai unsur mistik Hantu Raya. Lagu tema filem ini, nyayian Nadia AF6 sudah mula hangat. Ianya lagu berentak perlahan yang berhantu.

Antara pelakon filem ini ialah Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra dan Vanida Imran.


Liyana Jasmay

Histeria mengisahkan 6 pelajar nakal yang berpura pura dirasuk hingga mengalami histeria. Pihak sekolah yang memanggil bomoh merasa tertipu dengan lakonan mereka. Sebagai hukuman, mereka didenda tinggal di blok asrama lama selama 3 hari, ketika cuti penggal baru bermula.

Kehadiran Zeta sebagai pengawas pemerhati telah mengundang tandatanya, memandangkan terdapat guru yang bertugas di kawasan sekolah tersebut semasa cuti.

Kisah seram bermula bila Junita mengambil sesuatu yang bukan miliknya, yang ditanam oleh tukang kebun. Kejadian seram dan bercelaru dengan kematian seorang demi seorang, termasuk tukang kebun dan cikgu Hilmi.


Ustazah Vanida Imran. Tegas dalam mendidik anak murid yang nakal dan degil.


Ustazah! Kalau ustazah macam ni, sure ramai pelajar lelaki tak ponteng kelas.

Terdapat adegan hangat yang cuba diselitkan dalam filem ini. Antaranya ialah adegan Junita cuba memikat cikgu Helmi (Adiputra) dan cikgu Helmi melayan Junita. Juga adegan almost-kissing Zeta (part ni memang giler. nasib baik sesama perempuan). Sekadar menghangatkan suasana seram.

Kelemahan: Banyak kelemahan dari segi logik akal dalam dilihat dalam filem ini.

Babak Murni mengisi air ke dalam cerek, dan berbual dengan sorang watak lain (susah kot nk ingat watak, i dah la tak hafal watak perempuan, ada 7 orang perempuan lak tu). Ianya mengambil masa yang lama dan kita berfikir bahawa air telah penuh dalam cerek.

Polis menyatakan bahawa 3 orang pelajar lain ditemui mati, dan kenapa polis tidak menemui mayat cikgu Hilmi sedangkan mayat cikgu Hilmi sepatutnya paling senang ditemui: di dalam rumah beliau sendiri.

Watak Ustazah dan guru disiplin sekadar watak tambahan. Ustazah sekadar watak bertudung, tiada unsur nasihat keagamaan yang ditonjolkan. Guru disiplin sekadar menunjukkan perwatakan garang dengan memohon hukuman keras, tetapi berakhir di situ sahaja.

Watak pelajar perempuan yang sepatutnya lemah semangat, tetapi berani kembali ke tempat yang dikatakan berhantu (makmal sekolah, perpustakaan) juga jika difikirkan, memang tak masuk akal.

Satu lagi in term of prop, agak kurang teliti di sini. Kat depan sekolah, tulis besar2 board Sek Men Keb TInggi Tun Teja tapi kat katil di asrama, no inventori dia ialah SMTK/3245 (maybe sek men teknik kajang?)

Hospital dilakonkan di dalam gelap. Memang bagus untuk menimbulkan suasana seram, tapi perlu ke hospital dalam keadaan gelap?

Filem ini boleh dikatakan seram, tetapi belum sampai mengejutkan kita. Ianya sekadar seram yang telah diberitahu apa yang akan terjadi seterusnya. Contohnya, mereka bercerita tentang nampak bayang2 dalam cermin, kemudian baru scene pelajar lama yang ke tandas dan nampak bayang2 dalam cermin. Kita dah dapat agak apa yang akan terjadi.


patung Hantu Raya. for me and ajami, ianya adalah spoiler, sbb orang tak tau jalan cerita, tapi akan tahu akan watak hantu ni.

Penceritaan adalah straight forward. Tiada selindung. Jalan cerita berterusan. Tiada flashback, kita tidak perlu berfikir langsung. Ibaratnya, kalau anda ke toilet selama 30min semasa filem ini, anda boleh kembali menonton tanpa perlu bertanya scene apa yang anda terlepas.

Cerita yang berterusan, tidak memerlukan pemikiran yang mendalam. Twist cerita ini hanya di 2 minit terakhir. Di mana, kita diberitahu siapa yang mengawal semua kejadian ini.

Kalau nak tahu saper yang mengawal, sila tengok pada 18 December nanti.

Bila ditanya antara filem Cicakman, Los & Faun dan filem Histeria, wan letakkan filem Los & Faun sebagai filem wajib tonton pada 4 December ini, kemudian filem Cicakman 2, seterusnya Histeria. Filem Antoo Fighter tidak masuk list ye..

Thanks to Aril yang sudi teman. Kami tiba di MidValley jam 7.20 malam. Daftar sebagai blogger / media di Amarin Thai Restaurant, seterusnya ucapan alu aluan dan majlis makan malam. Ada redmummy, budiey, ajib murai, ajami hashim, adi luqman dan lain - lain.


ini ialah nasik yang redmummy makan


redmummy dan my aril


Adi Putra, Maya Karin dan penyampai MHI (nama apa erk?)

Seterusnya ke Hall 12 GSC untuk filem ini.

ANtara artis yang datang ialah Remy Ishak (dia still ingat nama wan ok! walhal dah lama kami tak berlakon sama), Thumb Cili Padi, Fahrin Ahmad, Jehan Miskin (dengan seseorang yang baru), Arep Hassan, Maya Karin, Vanida Imran, Tony Yusof, Ted Baker dan lain - lain. Eh, buang Arep Hassan dengan Ted Baker, tukang hidang makanan i je mereka ni. Larikk


Aril dan Remy Ishak


Jehan dan seseorang.

On da way balik, Aril still histeria dengan filem tadi. Housemate dia: Shain dan Qmal dah balik kampung, so wan lepak kat rumah Aril je la. Tidur kat katil Shain (ya ampun Shain tak kemas baju atas katil, hang nak lipat 2 bulan lagi baju tu?)

P/S: Ada seseorang suruh I beli suit. Semalam kluar beli kat Pavilion. Plan nk amik Hugo Boss, last - last amik Ted Baker sbb Ted Baker tu kawan i. Not bad lor. RM2699 ngee.

November 19, 2008

Spontaneous Idealist. Ngee

Category: Uncategorized — wenkt @ 8:00 am

‘Ngee’ - apa maksud ngee erk? Ello selalu tulis dalam SMS dia. Hahaha

Entry ni berkaitan dengan Personality Test yang wan amik kat ipersonic. Kalau life4hire ialah seorang Reliable Realist, Noktahhitam ialah seorang Independent Thinker dan Rihayszaini ialah seorang Dynamic Thinker

Wan pula ialah seorang yang Spontaneous Idealist.

Tak perlu wan mengcopy dan paste semua maksud Spontaneous Idealist , anda semua boleh click di sini untuk lihat . Hampir 90% yang diucapkan oleh kumpulan manusia yang mengkaji personaliti ini KENA dengan wan. Tahniah kepada mereka, satu revolusi di alam maya. (tak copy paste dari ipersonic, tapi copy paste dari rihayszaini sajor).

Meh kita review apa yang diberitahu tentang Spontaneous Idealist.

Spontaneous Idealists are creative, lively and open-minded persons. They are humorous and dispose of a contagious zest for life. Their enthusiasm and sparkling energy inspires others and sweeps them along. They enjoy being together with other people and often have an uncanny intuition for their motivations and potential. Spontaneous Idealists are masters of communication and very amusing and gifted entertainers. Fun and variety are guaranteed when they are around. However, they are sometimes somewhat too impulsive in dealing with others and can hurt people without really meaning to do so, due to their direct and sometimes critical nature.

Yup, wan suka bersama kawan - kawan, wan mmg suka buat lawak (hilangkan stress). Komunikasi wan mmg tip top (sah-sah la, selalu jumpa orang besar, PR penting u’olls). PR u’olls PR. Sebagai non-executive independant advisor kepada beberapa pihak, kekadang terima panggilan pagi - pagi buta, minta pendapat. Contohnya: “Menteri nak cadangkan stesen minyak sehingga kul 11 malam, apa pendapat wan?” Idea dan jawapan kena spontan, on the spot. Menteri bukannya tahu kepentingan stesen minyak selepas 11malam, bukan dia isi minyak pun, driver dia yang isi. Kita yang clubbing kul 3 pagi ni je tahu kepentingan stesen minyak. Kalau tak, sah - sah Zery Zamry tidur tepi Federal Highway. *larekkk . dan kalau Zery Zamry kecik hati dengan entry itu, Spontaneous Idealists can hurt people without really meaning to do so. Ihiks!

This personality type is a keen and alert observer; they miss nothing which is going on around them. In extreme cases, they tend to be oversensitive and exaggeratedly alert and are inwardly always ready to jump. Life for them is an exciting drama full of emotionality. However, they quickly become bored when things repeat themselves and too much detailed work and care is required. Their creativity, their imaginativeness and their originality become most noticeable when developing new projects and ideas - they then leave the meticulous implementation of the whole to others. On the whole, Spontaneous Idealists attach great value to their inner and outward independence and do not like accepting a subordinate role. They therefore have problems with hierarchies and authorities.

Kata lain, saya ni busy body. Hahaha. Kalau duduk semeja 5 orang, dan ada dua puak berbicara, kedua - dua cerita aku nak tau. Kalau ada 10 orang, lagi lah. semua cerita nak tau. Hahaha. You, jadi independant advisor bukan senang you. You kena tahu pasal Siew Moi jadi pemangku Pengurus Besar PKNS, pasal Datuk Rafiah Salim yang tidak disambung jadi VC UM, pasal Datuk Sheikh Muszaphar dapat RM8k sejam berceramah. You, you kena amik tahu semua benda. Bila diorang tanya, jawapan kene spontan. Jangan blur dah la, tak dapat elaun nanti. Nasib baik Angkasawan kita ialah Dr SMS, kalau Dr Faiz, sure kene amik tahu secara paksa. Apapun, wan memang cepat bosan kalau buat benda yang sama, thats why wan suka travel. Kreatif, Imaginatif dan original bila buat projek baru? Ntah la. Tak serasi dengan bos? Biasa la, otak money maker. hahaha

If you have a Spontaneous Idealist as your friend, you will never be bored; with them, you can enjoy life to the full and celebrate the best parties. At the same time, they are warm, sensitive, attentive and always willing to help. If Spontaneous Idealists have just fallen in love, the sky is full of violins and their new partners are showered with attention and affection. This type then bubbles over with charm, tenderness and imagination. But, unfortunately, it soon becomes boring for them once the novelty has worn off. Boring everyday life in a partnership is not for them so that many Spontaneous Idealists slip from one affair into another. However, should the partner manage to keep their curiosity alive and not let routine and familiarity gain the upper hand, Spontaneous Idealists can be inspiring and loving partners.

always willing to help? yeay. sangat tepat. tengah2 tidur kat rumah, kalau Ello mintak tolong amik kat PKNS pun, wan sanggup. Kalau qmal mintak tolong antar ke Danau Mas, wan boleh je hantarkan. Tolong je, then mereka tolong kita balik. Simple sajor. Boring everyday life in a partnership is not for them so that many Spontaneous Idealists slip from one affair into another. Yang ni mmg xleh blah, sbb tu wan banyak scandals kot. Katanya. Hahahah. Banyak kawan, banyak member. Tapi tu la, Ello pun pernah terasa sebab wan rapat dgn Israq. aiyoh! Wan anggap semua mereka sebagai adik yang perlu dilayan sama rata.

Yang lawaknya di sini, perkara ini sangat kena dengan Wan. Walaupun orang nampak wan banyak scandal, tapi wan punyai si Dia yang satu. Biarlah masa tentukannya, wan tetap mahu si Dia di sisi kerana dialah yang dapat bantu wan untuk segalanya.

Ada perkara yang kami tak serasi, tapi masing-masing memerlukan. Si Dia pasti baca entry ini, si Dia akan memahami.

Tapi ayat terakhir bagi quote tersebut, Spontaneous Idealists can be inspiring and loving partners - wan hanya bersetuju dengan ayat ini.

Dear readers, si Dia ialah seorang peguam, bukan bakal peguam, tapi peguam.

November 18, 2008

Wan Homestay?

Category: Business, Famille — wenkt @ 10:37 am

Pada weekend lepas, ada orang tinggal komen pasal Wan Homestay. 3 hari sepanjang weekend wan memang tak online langsung, asyik clubbing malam, siang tidur je. Terkejut gak la bila ada yang tahu pasal Wan Homestay. Tapi bila tengok alamat email dia, rupanya seseorang yang wan kenal gak. Ngee

Sure ramai korang dah tahu mengenai Min Homestay kan? Basically, Min Homestay terletak di Kubang Kerian, ada 4 bilik RM50/malam, 2 bilik RM70/malam, 2 banglo RM180/malam, 2 semi-D RM150/malam, dan beberapa unit lain. Kalau time - time weekend ataupun cuti sekolah macam sekarang, ianya fully booked dan memang musim buat duit. Overhead cost kurang dari 10%, frankly speaking, u simply can get thousand per night.

Kita pula, sebagai manusia, tak pernah cukup. Hahaha. Idea sentiasa berkembang. Maka, wujudlah Wan Homestay, satu lagi projek sejak 4 bulan lepas di bawah Wenkt Berhad (berangan!). Dah 4 bulan u’olls, sajer je tak cerita. Sebab sure orang kata POYO sbb guna nama sendiri! Muahahaha.

Tapi concept Wan Homestay adalah berlainan. Ianya bukan untuk public tapi more to hostel. Buat masa sekarang, sejak 4 bulan lepas, terdapat 25 orang penghuni setia kat Wan Homestay (ala-ala pusat serenti / rumah orang tua la pulak). Mereka ialah pelatih di sebuah agensi swasta ternama, dan agensi tersebut bayar RM15 per pax per night. Sekali congak, dapat la RM11250 sebulan. Tolak api air dgn upah orang tukar cadar, dapat la RM10000 sebulan. Tak lama lagi ada la Merc E class baru lak. Opss.

Tak kisah la orang kata ianya bukan ‘pure business’ (sebab kontrak dan gerenti dapat tiap bulan), asalkan sempat cover anak - anak ikan. Ahaks. Tak kisah la orang nak kata POYO sebab guna nama sendiri, yang penting pulangan dia cukup syarat apply platinum. *larekk. ALahai, pakai credit card pun bukannya sebab nak berbelanja, cuma kalau tetiba pergi LQ, then tetiba ada org nak teman, lintas jalan ke ShangriLa sajor. Emergency case la u’olls. Opss.

Nanti wan buat proper website untuk Wan Homestay.

Next project under Wenkt Berhad? Actually project tgh berjalan, under construction. Berkonsepkan chalet semi-D dalam hutan, dan sebab tepi tu ialah sungai, maka bina jetty lah (add-on another RM10k… urghh). Juga tukar design kolam renang, tapi still guna design dari France (French company - jenama French ihiks!) hurt us nearly rm70k.

Maybe kalau ada duit lebih, nak buat marina lak (muhaha). Or private runway utk personal jet, senang la Asyraf Sinclair dgn Bunga nak dtg lawat I kan? Ngee


kt bawah tu ialah sungai

ohoks.

Kalau nak baca lebih details, sila lawat entry wan yang lama.

Teori business: dapat duit, kembangkan duit. kemudian melabur kat tempat lain, then try your best untuk kembangkan lagi. Bila di landasan yang betul, ianya nampak senang. Tapi hakikatnya, ianya sangat susah. Hahaha.

P/S: Nak buat Wenkt International Hotel & Tower ala - ala Trump International Hotel & Tower. Kalau ada 40 orang yang baca ni, dia ajak jadi doa yang termakbul tau. Ihiks!

November 17, 2008

Los Dan Faun

Category: Cinéma, Hiburan — wenkt @ 2:08 pm

Lokasi: Cineleisure Damansara
Tarikh: 14 Nov 2009 (Tayangan Perdana)

Filem paling sewel Afdlin SHauki. Sangat best! Anda patut tengok pada 4 December ni. Ianya ibarat cerita Scary Movie ataupun Meet the Spartans. Gabungan adegan adegan filem lain, yang ditertawakan dalam filem ini.


pengarah tak sewel, idea dia yang sewel

Lakonan baik pelakon yang handal seperti Adlin, Afdlin, Ida Nerina, Stephen Rahman, Rashid Salleh, Douglas Lim dan lain - lain. Lakonan Hans Issac tak ubah seperti Baik Punya Cilok, Qabil Khushri Qabil Igam dan Buli. Ada part suara dia yang kita akan ingat kat filem lain. Erra dengan tema yang sama: mekap sama, rambut palsu sama.


Isham, Stephen Rahman & Qmal

Erra Fazira memegang watak sangat kaya. Diceritakan Erra keluar sekejap, ke Cameron Highlands membeli barang mentah. “Biasalah pergi Cameron Highlands, beli bahan mentah, barang dapur, sekejap lagi balik la tu”. Dan Erra kembali dengan helicopter, beli satu bakul strawberry. Anda pasti tergelak tengok babak ini.

Sinopsis: Los dan Faun mengisahkan tentang dua budak yang berasal dari keluarga miskin di Melaka. Los ialah Carlos Rodrigo Gunting (Serani berketurunan Portugis – Hans Issac) manakala Faun ialah Ahmad Faun bin Sulaiman (Melayu – Adlin Aman Ramli). Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tetapi selalu diberhentikan kerana kejujuran Faun yang membuat kesilapan dan mengaku kesilapan.


Faun dan Los

Kebolehan Faun ialah mencari benda – benda hilang dengan mengunakan ‘power of deduction’, dan akhirnya mereka membuka perniagaan mencari barang yang hilang. Servis mereka menjadi terkenal, bermula dari iklan kecil di akhbar (muka Faun dilindungi oleh handphone Los) sehingga iklan di TV dan radio. Mereka mengenakan servis caj 10% dari harga barang tersebut.

Kisah bermula pada suatu hari apabila Datin Jasmin (Erra Fazira) menghubungi mereka untuk menjejaki jam tangan bernilai RM30juta yang hilang. Namun, kehebatan Faun tiba – tiba hilang dalam mencari klu – klu untuk menjejaki jam tersebut.

Tema filem ini iaitu “Filem Afdlin Shauki paling SEWEL” adalah sangat tepat. Setiap babak filem bakal membuatkan kita tergelak. Perwatakan, pergerakan dan dialog sangat teliti. Kita perlu beri penuh perhatian supaya tidak terlepas lawak - lawak yang diselitkan. Contohnya, ketika mencari 5 pelajar hilang di Gunung Ledang, mereka menemui Puteri Gunung Ledang dan mengheret Puteri Gunung Ledang untuk keluar berjumpa media.

Walaupun adegan mengheret setakat 3 saat dan sejajar dengan adegan pelajar terselamat berlari keluar, gelagat Puteri Gunung Ledang yang bercakap dengan dialek Indon pasti memecahkan panggung. Jika anda menumpu perhatian kepada pelajar 5 orang yang berlari keluar, anda akan terlepas pandang akan Puteri Gunung Ledang. Benar, anda perlu beri perhatian penuh.

Banyak read-between-the-lines jokes. Memang perlu mengunakan otak untuk memahami. ADalah normal kita gelak, tapi orang sebelah tak gelak, ataupun orang lain gelak, kita blur tak faham cerita.

Filem yang tidak dibenartayangkan di Malaysia iaitu Brokeback Mountain juga ditiru adegan dalam filem ini. Tapi percayalah, orang kampong yang tidak pernah tengok citer Brokeback Mountain takkan faham part tu. Heheh. Biasalah, lawak Afdlin Shauki ialah lawak urban. Lawak orang bandar.  Or maybe PLU je faham part tu.


curi tangkap. ihiks. Brokeback Mountain katanya. Hahahaha

Cerita memang laju. Cerita yang complicated giler, penutup dia sangat laju. Ianya ibarat cerita Detektif Canon membuat huaraian penyelesaian masalah, kita perlu tangkas berfikir watak, kemudian kaitan, kemudian memahami huraian yang laju, seterusnya memahami kembali. Banyak informasi yang perlu difikirkan segera.

Lawak Ida Nerina: “Fikirkan satu nombor di antara 1 dan seribu.” Mulanya kita akan fikir silap mata ini akan jadi susah dan menarik. Namun, bila Ida Nerina cakap  “Kecuali 2 hingga Sembilan ratus Sembilan puluh Sembilan.”, anda akan tertawa. Bila dia teka ‘satu’ dan jawapan itu salah, satu panggung tertawa. Jawapan dia ialah 1000. Simple, tapi ianya lawak bersambung tanpa henti.

Karekter dalam Los dan Faun adalah sangat pelik, tapi dibantu oleh pelakon lain, maka karakter mereka boleh diterima dan ditertawakan.

Lawak dia sangat best. Sangat menjadi. Memang korang patut tengok!  Cerita ni tak banyak kelemahan. Anda boleh menerima konsep dan jalan cerita filem ini berbanding filem Melayu lain. Ada few slapstick jokes tapi masih boleh diterima kerana penyampaian yang bagus.

Tengok filem ini 4dec nanti, dan anda akan membincangkan cerita ini. Seriuosly. Sewel sehingga hari ini!

Masa filem ni, Israq duduk kat sebelah kanan, dan kat sebelah kiri wan ialah Adi Luqman. Banyak kali gak dengar Adi gelak besar. Hahaha. Dah la kami kat terduduk kat couple seat, asyik gelak je. Hahaha. Lepas abih filem, ada Press Conference, tapi just tgk2 je, kitaorang ni blogger je, belum sampai tahap wartawan nak tanya2 soalan kan. Hehehe. Kemudian shopping kt Watson’s then lepak kat kedai mamak dgn yang lain2. Ihiks


Manja~

Adi Luqman & Ajami Hashim

Thanks to Vision Works, Afdlin Shauki dan AJami Hashim yang invite, paling penting, Afdlin sentiasa ucap thanks kat bloggers. Terharu seketika. Ihiks.


Juvanex 7-day program. RM135 per box (printed price RM160). Beli 2 boxes: 1 for me, 1 for Israq. swap sajor. Ihiks!

P/S: Plan nak jumpa Erra. Israq nak sangat jumpa Erra. Tapi maybe sebab Hans Issac ada, Erra tak datang. Waaaaaa

November 15, 2008

Jersi Bersalib

Category: Bagatelle — wenkt @ 8:40 am

Jersi terbaru pasukan Bola Sepak Malaysia untuk menghadapi saringan Kelayakan Piala Dunia 2014 di Guatemala mungkin mengejutkan ramai pihak.

Terdapat salib di tengah2 corak baju berkenaan, jelas terpampang tanpa perlu diteliti.

Sentimen agama nampaknya diketepikan dalam pemilihan jersi Nike ini. Apa pandangan KJ dalam hal ini?

P/s: i dont mind jersey ni nampak fit. lagi fit pun takper kot.

November 14, 2008

5 things about me.

Category: Tagged — wenkt @ 10:16 am

I’ve been tagged by Ted Baker

5 things in my bag
1. Laptop - Acer Travelmate 6292.
2. Olay Total Effects+ Daily Serum - Reduces the appearance of fine wrinkles *dah tua
3. Kunci kereta, kunci rumah, kunci office
4. Buku cheque - mana tau tetiba kene buat deal
5. Mouse Israq - tak pulangkan sampai sekarang padahal hari - hari pergi rumah dia.

5 things in my wallet
1. MyKAD - Selalu kene tinggal kat pondok guard UiTM. Padahal hari - hari masuk UiTM, lokasi sama, amik orang sama, hantar orang sama, tapi tak lepas gak.
2. Duit - cukup - cukup buat makan je
3. Medical Insurance Card
4. ATM Cards - HSBC Platinum Visa, Maybankard Debit, Public Bank (waloupun xingat PIN).
5. Business cards

duit tu sekejap je tu. jap agi masuk mesin deposit, abih la dia.

5 favourite things dalam bilik
1. -
2. -
3. -
4. -
5. -
Kesimpulan: I xde bilik. Tunggu next sem.

5 things yang ingin dilakukan
1. Pergi Melaka sekali lagi
2. Jumpa kawan - kawan lama yang dah terpisah
3. Nak buat website baru
4. Nak beli insurance baru
5. Nak makan malam dengan si dia - Saper ntah.

5 things yang sering dilakukan
1. Online.
2. Lepak Pak Li Kopitiam.
3. Lepak kat lobi sambil baca surat khabar sambil minum kopi dan makan buah - tunggu orang datang amik.
4. Mengumpat.
5. Update blog merepek ni sebelum tidur.


Yezza!!!!!!!!!!!!! I’m tagging shandye, Ash, Khairi Majid & miruL

Syazwan Zanini

November 13, 2008

Ali Rustam sbg Timbalan Presiden UMNO - part 1

Category: Ali Rustam, Malacca — wenkt @ 4:18 pm

Apabila pemilihan Majlis Tertinggi UMNO ditangguhkan dari Disember 2008 kepada Mac 2009, dan Pak Lah tidak menyebut tentang kedudukkannya, saya meramalkan bahawa Pak Lah akan terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan ditentang oleh Tengku Razaleigh.

Jika Pak Lah tidak menarik diri untuk bertanding, maka Najib akan kekal bertanding jawatan Timbalan Presiden dan antara nama yang disebut - sebut untuk mencabar jawatan itu ialah Muhyiddin, Zahid Hamidi dan juga Muhammad.

Saya pernah beranggapan bahawa: Muhyiddin kritik Pak Lah, dan dua kawan baik Pak Lah iaitu Zahid Hamidi dan Muhammad ibarat disuruh untuk menentang Muhyiddin. Akhirnya Pak Lah mengundur diri dan meletakkan Najib di atas dan Presiden akhirnya menang tanpa bertanding.

Setelah kebanyakkan bahagian – bahagian UMNO bersidang, dan setelah kouta mencukupi, akhirnya kita menyaksikan pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, sekaligus memungkinkan kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tiga nama tersebut ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan calon yang saya tidak beri perhatian sebelum ini: Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.


Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam

Saya hanya tersedar akan kekuatan nama ini apabila UMNO Johor Bahru memecahkan tradisi dengan mencalonkan Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO, sedangkan Muhyiddin ialah bekas Menteri Besar Johor. Lebih menarik, ketua UMNO Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad mengakui bahawa beliau menerima lebih dari 10 SMS ugutan sejak 2 minggu, mengarahkan beliau menyokong 2 calon tertentu untuk jawatan tertinggi. Malah, UMNO Kubang Kerian di mana ayah saya bersidang, juga memilih Ali Rustam sebagai calon mereka.


Sebenarnya, saya peminat Buletin Utama, 8 malam biasanya dihabiskan di hadapan TV. Saya terperasan satu benda, tiada langsung berita tentang Ali Rustam di dalam Buletin Utama di TV3, sepanjang 3 minggu pertama percalonan! Mungkinkah TV3 disekat oleh pihak tertentu ataupun TV3 terlupa nak buat laporan tentang calon yang berjaya ini?

Setelah tiga nama ini tersenarai, UMNO akan memilih salah seorang sebagai Timbalan Presiden UMNO, sekaligus mungkin menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ramai beranggapan bahawa Ali Rustam tidak mungkin menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri dan bukannya Ahli Dewan Rakyat. Hakikat sebenar di dalam perlembagaan, ianya menyebut bahawa Perdana Menteri akan dipilih oleh Yang DiPertuan Agung, dan Perdana Menteri akan melantik Jemaah Menteri di kalangan Ahli Dewan Rakyat. Tiada peruntukkan, syarat minimum atau undang – undang khas untuk melayakkan seseorang menjadi Timbalan Perdana Menteri! Malah, saya sendiri, atau anda, boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri kalau dipilih oleh Perdana Menteri!

Pada diri anda, siapakah yang paling layak, di antara mereka bertiga, untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO ketika pemilihan Mac 2009 nanti? Mungkin ramai beranggapan tarikh tersebut masih jauh, tetapi tempoh 5 bulan ini adalah masa untuk kita mencari calon terbaik untuk masa depan negara kita sendiri.

Jika ditanyakan kepada saya, saya beranggapan bahawa Muhyiddin lebih layak. Ramai mengenali beliau sebagai anak didik Tun Mahahthir yang selama ini memainkan peranan sebagai jarum dari dalam kerajaan dalam menegur setiap tindakan kerajaan. Namun, gossip mengenai politik wang, contohnya seperti terjadi di Kuala Pilah, di mana ketika floor dibuka untuk pencalonan Timbalan Presiden, Ali Rustam telah dicalonkan, namun mereka mengadakan pula pengundian sulit dan akhirnya kemenangan kepada Muhyiddin. Ramai perwakilan yang tidak berpuas hati dengan undi sulit berkenaan.


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ironinya, mengandingkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah ibarat mematikan api dengan api. Kelantangan suara kedua – dua pemimpin ini akan mengulangi sejarah Mahathir – Musa Hitam.

Api sepatutnya dilawan dengan air. Bayangkan jika PM dan TPM sama – sama lantang? Tidakkah pengalaman lama mengajar kita? Kita perlukan PM yang lantang dan TPM yang kurang lantang, seperti gabungan Mahathir – Pak Lah.

Saya tidak menjadikan Muhammad sebagai calon pilihan kerana rekod di Brisbane dulu. Beliau telah gagal menjelaskan tentang RM25.4 juta harta seperti yang dilaporkan oleh media Australia iaitu RM2.4 juta tunai ketika ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, dengan alasan duit tersebut untuk membeli perabot untuk rumah baru beliau di Gold Coast. Juga mengenai rumah bernilai RM2 juta di Sovereign Islands, Gold Coast dan ladang bernilai RM5 juta di Queensland. Kemudian mengenai perceraian berserta pampasan RM16 juta kepada Tengku Puteri Zahariah Bte Sultan Abdul Aziz Shah (Ku Yah). Sedikit sebanyak teori melibatkan nilai jutaan ringgit ini menyebabkan saya kurang berpihak kepada beliau. Ianya terlalu tinggi untuk seorang Menteri Besar pada masa itu.

Kalau diperhatikan antara ketiga – tiga calon ini, siapa yang paling layak? Perhatikan betul – betul gambar portrait mereka bertiga. Anda akan mendapati “eye bag” Ali Rustam yang paling tebal. Mengambarkan betapa beliau bekerja secara berlebihan. “Eye bag” Muhammad juga tebal, tapi kalau anda minat ‘daddy’, saya tak boleh buat apa – apa dah.

Setelah memerhati kepada rekod kerja dan kepimpinan sesorang, saya lebih memihak kepada Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Di dalam teori api – air, saya meletakkan Ali Rustam sebagai air yang saya yakin, akan menjadi gandingan ideal bersama Najib yang sudah menang tanpa bertanding.

Saya berfikir bahawa Perdana Menteri sekarang akan memilih Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden berbanding Muhyiddin yang lantang bersuara. Najib juga katanya lebih selesa dengan calon Timbalan Presiden yang agak low profile dan ikut kehendak bos bukan ambitious macam Muhdyiddin.

Lagipun sokongan dari Wanita terhadap Ali Rustam amat kuat. Muhyiddin pula kurang sokongan dari Johor sendiri, perkara ini yang membuatkan Muhyiddin sukar untuk lawan Ali Rustam dan Muhammad Taib. Tindakan UMNO Johor Bahru dulu benar - benar membuka mata kita.

Apa salahnya jika Ali Rustam menang dan beliau dilantik oleh Pak Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri? Tidak bolehkan seorang Senator memgang posisi tersebut?

bersambung….

P/S: Saya belum pernah bertemu mata dengan Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, tapi ingin bertemu secepat mungkin, seterusnya menyokong perjuangan beliau.

November 12, 2008

Are You Sheikh Muszaphar?

Category: Bagatelle, Hiburan — wenkt @ 12:42 pm

Timbul cerita mengenai Datuk Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8000 untuk sejam berceramah. Dan beliau dikatakan telah berceramah di 150 badan korporat dan menerima lebih RM1.2 juta sejak tahun lepas.

Apa yang menjadi kesalahan? Kerana dia dibayar, kerana kita tidak dibayar?

Tanya pada diri sendiri: Are You Sheikh Muszaphar? No, but He Is. If you want him, you pay him RM8000 per hour lah.

Itu ialah harga dia. Nabil Raja Lawak dibayar RM20000 untuk satu sessi. Siti Nurhaliza dibayar RM70000 untuk sepetang majlis rasmi Petronas.

Beliau dibayar untuk majlis tertentu. Datuk Sheikh Muszaphar selalu hadir ke majlis anjuran kerajaan di PWTC, kenapa kita tidak ke sana untuk mendengar ceramah beliau? Datuk Sheikh Muszaphar pernah hadir ke majlis rumah terbuka anjuran kerajaan, kenapa kita tidak berjumpa dia di sana?

Kalau kita nak Datuk Sheikh Muszaphar datang ke majlis kita, yang hanya kita dan staff kita yang ada kat situ, maka kita kena sediakan peruntukan untuk itu. Kalau tidak, boleh jumpa dia di PWTC, MOSTI ataupun di mana2 bila ada majlis yang beliau akan hadir nanti. Kemudian berebut nak amik gambar.

Datuk Sheikh Muszaphar dibayar untuk majlis badan korporat tersebut. Untuk privacy majlis tersebut. Semua orang akan berbangga jika beliau dijemput, dan kita mampu membayar beliau. Kalaulah beliau berceramah dengan lebih murah, semua orang akan jemput dia. Kalaulah beliau berceramah dengan percuma, saya dah ajak beliau ke penthouse saya. Tak berceramah pun takper, tengok muka dia je puas - puas.

Bila ada pelanggan, akan ada pembekal. Bila ada pembekal, akan ada harga. Dan harga Datuk Sheikh Muszaphar ialah RM8000 sejam. Itu ialah harga dia, pada saya, sangat murah berbanding kejayaan beliau. Katakan beliau ditawarkan RM2000 sejam, adakah beliau akan menerima? Beliau akan terasa seperti dipermainkan bukan?

Lebih baik beliau tidur kat rumah dari terpaksa bercakap sejam. Dah la keselamatan kurang terjamin bila berada di luar, dan kos kehidupan beliau sangat tinggi. Nak bayar PA, PRO, bodyguards, driver dan lain - lain. Sekali bergerak, sekurang - kurangnya 5 orang pengiring. Gaji PRO paling rendah ialah RM5000. Kos overhead beliau, paling kurang RM15000 sebulan. Kalau setakat bayar RM2000 sejam, menangislah beliau!

Saya menulis teks ucapan, saya bermula pada harga RM200 per teks ucapan. Sekarang, saya letak harga RM1200 untuk satu teks ucapan. Itu harga saya, masih laku. Saya tidak tahu berapa Datuk Seri Anwar Ibrahim bayar kepada bekas penulis teks ucapan beliau, Dr Munawar. Kalau orang suruh saya buat teks ucapan pada harga RM200, saya rasa lebih baik saya tulis blog: percuma tapi puas hati. Rasa tidak ditindas. Korang ingat senang nak tulis entry macam ini, yang orang baca sebaris demi sebaris tanpa langkau? Korang ingat senang ke nak mengarang teks ucapan supaya orang dengar tanpa boring?

KOrang sanggup pakai baju warna biru muda dengan bendera Malaysia-tak-cukup-sifat di tengah2 khalayak ramai? Beliau dibayar untuk pakai baju tu.

Hidup Datuk Sheikh Muszaphar selepas kembali dari angkasa bukannya senang. Saya tahu kerana Datuk Sheikh Muszaphar tinggal di penthouse bertentangan dengan penthouse kawan saya di tingkat 16 di sebuah condo di Bangsar. Sebelah BHP tu. opsss.

Kenapa kita tak ungkit pasal Fadzilah Kamsah yang berbicara benda sama sejak 10 tahun? Menerima bayaran RM5000 untuk setiap sessi? Fadzilah Kamsah guna modul yang sama, hanya tukar tarikh dan lokasi kat cover depan. Cuba ulang ceramah Fadzilah Kamsah pada tahun 2000, 2003, 2006 dan 2008. Tajuk sama, topik sama. Pasal beza lelaki perempuan, cara komunikasi lelaki perempuan, cara eratkan hubungan lelaki dengan perempuan, semuanya bertemakan perhubungan antara dua orang. Daripada panggil dia berceramah, baik beli satu kaset dia, dan pasang kat PA system. Tak sempat tangkap, boleh ulang pasang.

Kenapa kita tak ungkit pasal Datuk Nicole David? Dah 2 tahun jadi pemain nombor satu kat dunia, tiap kali bermain squash, jadi juara, dapat RM100000. Corak permainan sama, rentak permainan sama. Corak pakaian sama, corak raket sama. Boley?

P/S: tergelak bila teringat ramai samakan suara wan dgn suara beliau. Tapi yang jeles, tangan dia sangat lembut!

Rundingan.

Category: Ma Vie — wenkt @ 11:15 am

Walaupun jiwa saya di dalam pelancongan, saya juga dikatakan lebih kepada politik.


bunga hiasan di dalam sebuah kementerian di Putrajaya, snap pada 11 Nov. Sekadar gambar hiasan.

Entry berikut bertajuk: “apa pendapat korang?” pernah disiarkan pada 5 Sep 2007.

Wan ada sorang kawan ni. Sebaya dengan wan, agak rapat gak la dengan dia. Dia cerita kat wan, bahawa dia dapat tawaran menjadi PA kepada seorang timbalan menteri. Mungkin rezeki dia lah…

Kemudian dia tanya la pendapat wan, wan pun blur, wan kata: ‘nanti wan tanya pendapat blog readers la’

Sekali dengar, kerja yang dia bakal terima tu, agak penat. Dia kena bersama dengan menteri itu di waktu pejabat dan di luar waktu pejabat, lebih kurang 15 jam sehari. Tolak waktu toilet dan tidur sahaja.

Nampak cam seronok, bergaul dengan orang besar dan boleh hidup mewah.

Kerja dia sebenarnya, tak der la susah sangat. Dia perlu buat teks ucapan, teman travel dan teman ke majlis2. Setakat buat teks ucapan, kawan wan tu cakap, dia ok je, sbb dia pun ada blog, dan suka menulis. Ramai gak la baca tulisan dia katanya.

Gaji agak lumayan, bercampur dengan tips lagi. Kerajaan pun sediakan rumah untuk dia, dan juga kereta. Maksudnya, basuh kaki je, lepas tu masuk rumah dan kereta pun telah tersedia.

Tapi byk gak kelemahan dia. Kawan wan ni cakap, dia kene delete blog dia, myspace, friendster, g4m, facebook.. pendek kata, semua profiles kat internet ni, perlu dia delete lah.

Bukan tu saje, kawan wan ni cakap lagi, dia dah tak boleh pergi clubbing, pergi lepak2 dgn kawan borak pasal kerajaan, bergaul liar dan sebagainya. Sebab dah jadi orang kerajaan, kawan wan ni akan jadi cam public figure dan mempamerkan kerajaan lah.

Mulanya, dia kekok. Setakat delete blog, myspace dgn friendster, sekejap je katanya. Dia sanggup berkorban. Tapi part yang tak boleh bersosial dan berkawan tu, dia rasa kekok sangat. Sebab dia tak boleh hidup seorang diri, malah ramai suka berkawan dengan dia.

Sebab, ramai orang kata, kawan wan ni ialah seorang yang happy go lucky. Mostly kawan dia pun macam tu. Kecuali sorang adik angkat dia kat Eropah, dan abang angkat dia kat Jepun. Katanya, kedua - dua mereka ialah orang yang serius, pandai memberi pendapat dan lebih pemikiran lebih matang dari usia.

Wan pun cakap la kat kawan tu, usia kami kan sebaya, dah 23 tahun. Dah sampai masanya untuk kawan tu berubah, dari happy go lucky kepada serius. Serius dengan kehidupan lah. Dah abih masa untuk bermain.

Sebab, dapat tawaran kerja macam ni, bukannya selalu, hanya ada lebih kurang 30 menteri kat Malaysia, then timbalan.. lebih kurang 70 je la orang yang berpeluang jadi macam kawan wan tu.

Ermm, korang try la kasi pendapat kat kawan wan ni.

******************************


“kolam” dari taburan beras berwarna warni, di sebuah kementerian di Putrajaya, 11 nov 2008.

Selepas lebih setahun, wan berjumpa kembali dengan kawan wan ni. Dia sekarang dah berhenti dengan kerja lama tu. Kalah pilihanraya katanya. Dunia ni kecik je, rupanya dia tinggal di Shah Alam gak.

KAtanya, dia gembira tinggal di Shah Alam. Ramai kawan - kawan, kebanyakkan kawan dia ialah students UiTM Shah Alam. Last week dia kata dia pergi ke Putrajaya, dia dapat tawaran untuk kembali menjadi PA. Katanya lah. Wan diam je mendengar. Maybe dia pening fikir sebab terpaksa pindah ke Putrajaya, kembali dengan kehidupan penuh dengan kerja, outstation dan kerja.

Dia tanya pendapat wan. Dia gembira dengan kehidupan sekarang. Ramai kawan, dia selalu keluar lepak dan bersosial. Dia dah tahu susah senang kerja PA, dia dah alami sehingga 8 Mac 2008. Dia pernah kata dia perit hidup dikelilingi dengan orang yang berumur dan berpangkat.

Wan pun tak tau macam mana nak kasi nasihat kat dia. Dia kata bukan Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Pertanian mahupun Kementerian Pelancongan, tapi Kementerian lain. Banyak juga dia punya network ye.

******************************

Apa pendapat korang?

November 11, 2008

Cicakman 2: Planet Hitam

Category: Cinéma, Lepak2, makan2 — wenkt @ 7:04 am

Date: 4 Nov 2008
Lokasi: Cathay CIneplex, Damansara

Wan kenal Ben Syazmin sejak 4 tahun lepas melalui internet. Masa MATTA Fair MAc lepas, terselisih dengan dia. Sempat borak 5 min. Tu kali pertama kami jumpa, dan kali terakhir gak la. Then last week, masa entry kontroversi ‘Top or Bottom‘, dia ada komen: i ade buah anggur lebey nih. ade sape sape nak?

Actually, kami kawan online je. On and off. Kalau sama - sama online dan on YM, kami tegur la. Kalau tak, memang saling tak ingat pun. Hahaha. Dia pun jarang masuk blog wan. Maybe komen kat atas tu ialah komen pertama dia.

Masa pagi tu kebetulan dia online. Chatting dan ajak dia keluar lepas waktu office. Hehe. Ye la, kami dah kenal kat internet sejak bertahun tapi belum ada proper time untuk saling mengenali. Kebetulan sama2 boleh keluar, so on je la. Amik Ben kat penthouse dia di Bangsar, kemudian ke Cathay Cineplex, The Curve Damansara.

Kami tonton Cicakman 2: Planet Hitam. Lagu hebat Dibius Cinta nyanyian Melly Goeslow dan Yusry KRU adalah soundtrack lagu ini, tapi hanya 10 saat lagu ini kedengaran! Semasa troley berlaga. Sweet. Hahaha


antara yang hadir. Yang paling jelas ialah pengacara Terjah Melodi: Nas Ahmad.


Happy Birthday yang ke 22 kepada uncle Aznil

Lebih 800 CGI mewarnai filem Cicakman 2: Planet Hitam. Sambungan kedua Cicakman ini bukanlah bertemakan cinta, mungkin sebab itu lagu Dibius Cinta hanya kedengaran beberapa saat. Aksi CGI yang terlalu banyak, sehingga kantoi di beberapa tempat.

Aksi Butterfly Woman melompat ke chandelier, kereta kebal Profesor Klon, kesan pergerakan motosikal dan beberapa kesan lain yang “tidak kemas” merupakan antara kekurangan dalam filem ini. Usaha Yusry membawa kelainan dan keberanian memperbanyakkan aksi CGI adalah dipuji.


matilah curi tangkap.

Sinopsis: Kota Metrofulus sekali lagi menghadapi masalah disebabkan krisis pencemaran air yang disebabkan plot “Planet Hitam” Profesor Klon [Aznil] , satu pelan untuk mendominasi sumber air. Profesor Klon mengupah Rrama [Tamara] untuk memusnahkan semua musuh, terutamanya Cicak-Man [Apek]. Sementara itu, roh Ginger 1 [Adlin] dan 2 [AC] kembali untuk membalas dendam atas kematian mereka dan Tania [Fasha] berusaha bersungguh-sungguh untuk membongkar identiti sebenar Cicak-Man.


Cicakman ni kulit putih. Bukan Apek ni.

Kemunculan muka - muka selebriti Malaysia dalam watak-watak tambahan seperti Syarifah Amani, Datuk Jalalludin Hassan, Linda Onn, Fahrin Ahmad, Aziz M. Osman, Azwan Ali, Mamat Khalid, Dee, Julie Dahlan dan Julia Zigler dan tidak ketinggalan pelakun Sinetron dari seberang,  Tamara Blezinsky. Vilain ni cakap INDON…


Syarifah Amani


Fasha Sandha


Julia Zigler

Permulaan cerita memang menarik, terutama dialog pemandu (orang Inggeris) yang mengunakan perkataan seperti ‘Mat Rempit‘ dan ‘Makan Gaji Buta‘. Watak dan perwatakan serta gaya lakonan pelakon utama adalah sama dan tiada kelainan. Watak Profesor Klon (Aznil), Cicakman (Apek), Tania (Fasha), Ginger 1 (Adlin) dan Ginger 2 (AC Mizal) adalah sama seperti yang kita lihat dalam Cicakman 1.

Frankly speaking, watak Profesor Klon yang ingin merampas kerajaan Metrofulus adalah seperti watak mantan Timbalan Perdana Menteri kita. Setiap tindakan dan dialog bagaikan memerli beliau. Mungkin wan berfikiran politik semasa melihat filem yang berkonsepkan hiburan. Seperti biasa, jalan cerita dan skrip adalah rekaan semata - mata.


Aznil Nawawi


Ben dan Datuk Jalaluddin Hassan. Di tangan Datuk ialah my business card (boley?)

Ketepikan kekurangan ini, filem Cicakman 2: Planet Hitam adalah filem yang berlainan dari yang lain. Genre sebegini adalah harus dipuji. Filem ini memang dinantikan, dan akan meletup di pawagam bermula 11 Disember nanti.

Selepas menonton filem, kami ramai-ramai lepak kat restoran di hujung The Curve tu. KAmi balik agak lewat, hantar Ben ke Bangsar dan kembali ke Shah Alam.


Ben


Ben dan Wan.

Kepada Ben, terima kasih kerana sudi keluar bersama - sama. Akhirnya, ada juga masa untuk kita saling mengenali. Dan tidak lupa, selamat bertunang pada 16 November ini. Saya gembira mendengar berita ini.

Syazwan Zanini