Archive for January, 2005

January 31st 2005

hari bagus!!

iutlah yang kita cari.. sure teringat kat Roda Impian kan? hari ni hari bagus.. pagi pagi lagi jumpa Pierro dalam metro! terus dia bangun dan datang duduk sebelah Wan. Kemudian, dia ucap terima kasih sebab tolong dia buat kerja masa hujung minggu baru ni secara online. Sepatutnya wan yang ucap terima kasih sebab banyak betulkan grammar dan ejaan semasa copy paste dari internet untuk kerja PPP tu..

kelas pertama amphi maths.. ProbaStat.. agak lawak gak cikgu baru pompuan ni.. bosan campur mengantuk, pandang belakang Pierro lambai ajak duduk sebelah dia.. kelas dah start tapi pelajar masih cari tempat duduk paling sesuai. tapi aku tetap duduk kat depan.. ajak dia turun tak nak lak.. hehe.. blajar statistique.. tapi contoh cikgu terkena kat aku.. cikgu tanya “kalau A ni perempuan, dan B tu lelaki, maka tiada selain A dan B”.. budak ni gelak dan sebut ” antoine, antoine..” kemudian senyap.. tetiba terdengar “syazwan, syazwan.. ” chet;. ada gak nama aku.. tapi tak kisah la.. mereka boleh menerima aku lebih baik dari melayu menerima aku!

kelas kedua kelas Droit.. masuk je ke kelas, Mr Dusyski nak jumpa.. aiseyhe!! then dia hulur tangan untuk salam dan dia tepuk kepala aku secara lembut.. “apa lak ni?”. Then dia kasi kertas exam aku.. 20/20!! wow! tak sangka.. thanks semua.. ni berkat doa dari mama dan kawan kawan a ni.. kemudian kelas Droit berjalan dengna lancar.. aku kena cakap kat depan selama 10 minit sebelum member member start tanya soalan mengaruk.. ishh.. soalan sepatutnya berdasarkan ‘Analyse Programmeur’ boleh jadi soalan teruk cam ‘kalau anda mandi, bahagian mana kena air dahulu?’.. logik tak soalan? selamat cikgu Le Brun tu cepat cepat bantah.. ahaha

tgh hari pi online, check email dan balas msg miruL, kemudian tetiba Said muncul.. si budak badan busuk ni datang lagi.. terus aku balas cepat cepat dan log off.. teurs keluar dan pi makan dengan Antoine.. masa kat resto, jumpa dengan Nicolas, Celine dan 2 orang lagi yg lupa nama tu.. budak lelaki paling comel kat amphi skrg.. asyik gak tgk muka dia.. tapi tak tau nama, nak tanya depan orang lain rasa cam pelik lak.. nanti aku curi intai nama dia nanti.. makan sedap gak.. berenam.. satu meja besar! seronok!! sambil makan sambil main main phone ambik gambar.. seronok!!

balik kelas, lepak sebelum mula kelas maths.. cikgu pompuan baru yang best!! Madame Lecocq .. terus faham.. aku pun banyak tanya n betulkan apa yang silap kat papan hitam.. soalan senang boleh laa komen.. nanti masuk tajuk payah tak berbunyi la mulut aku.. kemudian kelas Archi dengan Mr Devigne.. kul 5.30 aku kluar pi kelas Spanish.. ermm.. ramai lak orang;. tp seronok.. boleh imagine tak, blajar spanish dalam bahasa perancis.. kalau sebut kat orang malaysia… apa la diaorang nak kata erk? heeh..

balik dengan zarul.. sekurangnya lepas ni hari isnin aku tak bosan balik ke rumah.. ada teman.. samai euralille singgah beli makanan jap.. then balik ke rumah.. mawaussé pun ada sama.. haha.. tergelak dia eja nama dia tadi.. hehe .. balik rumah, razak kluar.. baru lepas mengamuk la tu..terus aku naik ke bilik.. pasang komputer n rest!! kemudian mandi n chat dgn miruL… alangkah tenangnya hidup kalau macam ni… thanks kepada yang memahami diri aku ni.. jap lagi nak study algo.. tidur lambat laa malam ni.. hidup aku semakin bermakna.. aku akan tetap jadi diri aku sendiri..

1 Comment »

January 31st 2005

iktibar…

wan dapat email ni dari salah seorang kawan.. dia hanya hantar gambar dan kemudian tanya apa yang dia cuba maksudkan? klu dia “binatang ini adalah lebih bijak dari kancil”…. cuba kita tengok gambar gambar ni..

wan termenung sebelum ambik telefon dan call dia… tanya khabar sekejap sebelum dia mula berceramah memberi penerangan.. dia suruh wan tengok setiap mengkarung dan setiap latar belakang dia. cuba kita tenung sama sama.

1. mengkarung pertama, warna dia kelabu gelap dan jalan tar warna kelabu gelap.

2. mengkarung kedua, warna dia perang muda dan warna padang pasir perang muda.

3. mengkarung ketiga, warna dia hijau dan warna daun disekelilingnya pun hijau

kenapa ya?

jawapannya mudah, sebab dia pandai menyelamatkan diri dan pandai menyamar.. jika dia kat kawasan perang, dia jadi perang, kalau dia kat kawasan hijau, dia jadi hijau.. sehingga kekadang kita tak leh mengesannya.

kemudian kawan wan tu kata, “kita seharusnya menjadi seperti mengkarung.. pandai masuk ke dalam budaya di sekelilingnya”..

cara mudah, terimalah diri kita seadanya, dah seperti kata miruL, bukannya orang lain bayar supaya kita ikut cakap meraka.. kita nak jadi pondan ke, itu hak kita, kita rajin jaga kesihatan ke, itu hak kita.. kita nak jadi kaya ke, itu hak kita, tapi kita tak leh jadi pemalas, sebab JPA ada hak atas kita!

wan mula bernafas balik… dan wan dah jadi diri wan balik… aku tetap diriku..

No Comments yet »

January 31st 2005

mereka memahami tapi hanya membutakan mata….

**entry ni Wan copy and paste dari seorang kawan, miruL. Terima kasih miruL kerana memahami diri Wan, Wan rasa pendapat miruL dan pendapat Wan sama je…**

Rasa pelik dan asing bila baca balik entry aku yang lama-lama. Tu pun dikutip dari kawan baru, Syazwan yang tengah belajar kat France.

Sentap giler aku baca. Dan-dan je internet bilik aku rosak sejak semalam, those bloody bastard buat apa tah kat internet aku, pakai duit tu pegi langgan pelacur agaknya. Tu yang Tuhan laknat tu. Terpaksa aku burn duit pegi CC walhal internet boleh didapati di bilik! Sialan.

Lepas tu aku baru baca blog yang dia tulis. Pasal semua yang dia buat, krim, dentist, semua-semua tu lah.

Aku pun sukar nak tafsirkan apa yang aku pernah rasa dahulu. Yang pasti aku pernah dapat rasa satu ruang vakum; kekosongan dalam diri aku, dan diri dia. Lepas dia buat semua tu apa yang dia dapat? Tau. Aku sangat-sangat faham dengan perasaan dia. Aku pun pernah buat semua tu satu ketika dulu, sebab nak memuaskan hati sendiri. Sebenarnya ego sendiri yang terpuas.

At least aku menyayangi diri aku sepatutnya. Bagi aku sekarang, setelah aku dah melepasi segala tahap kekosongan yang dia pernah rasa, at least aku tahu, kesimpulan untuk semua ini adalah untuk aku menilai sejauh mana aku menyayangi diri sendiri. By the way, siapakah yang akan menyayangi diri sebaiknya kalau bukan diri sendiri? Diri sendirilah yang akan tahu, apa yang diri mahukan untuk hari ini, kulit rasa kering/lembap, rambut rasa kotor/kering. Bagi aku tak salah kalau kita menyayangi dan take care diri sendiri dengan cara beli semua benda keperluan diri. Apa salahnya? Adakah kita akan jadi kurang jantan dengan buat semua benda ni? Adakah dengan beli lotion maka diri layak digelar pondan? Nah maka akan bangkraplah segala syarikat penjagaan diri dalam dunia, Johnson and Johnson, Nivea (to name just a few)kecuali bagi produk yang khas untuk keluaran lelaki.

Pernah dengar “metrosexual”? Selayaknya aku harus menggelar diri aku metrosexual. Kerana menjaga diri dan memilih hanya yang terbaik untuk diri adalah hak-hak untuk lelaki jua, bukan hak mutlak perempuan. Dunia sudah berubah. Perempuan makin lama makin agressif dan mengambil apa yang lelaki biasanya buat – kerja di pejabat, kerja askar, polis, sebagainya. Kalau contoh yang sebegini jelas tiada orang mahu membangkang, kenapa perlu bangkang perkara yang begitu remeh dan jelek dan begitu halus, contoh memakai losyen untuk melindungi kulit merekah? Sangat cetek lagi tidak matang sesiapa yang mengeji perbuatan sebegini. Inilah bak kata peribahasa semut di seberang nampak, gajah di depan mata dibutakan. Satu lagi sifat (orang Melayu??) yang aku dah komen dengan cukup lazat di previous post.

Bagi aku, hidup aku adalah untuk diri aku jua. Tak perlu hidup untuk memuaskan ego orang lain. Kerna hidup aku akan dinilai secara individu. My exam marks. My salary. My allowance. Nah hatta timbangan neraca nun jauh di padang mahsyar akan dinilai secara individu. Mana perginya orang yang mengomel “salah untuk aku membuat itu dan ini” pada hari Pengadilan kelak? Adakah dirinya akan menjadi lebih baik dari diri aku, hanya kerana dia pandai mengomel? Sama sekali tidak. Aku langsung tidak yakin dirinya akan terbit lebih baik dari diri aku sendiri. Entah-entah lebih buruk, siapa tahu?

Sebenarnya aku petik kata-kata diatas dari mentor aku, Nizam Zakaria. Manusia hidup untuk memuaskan ego masing-masing. Cara kolonial yang masih diikuti turun temurun dalam lembaran sejarah. Secara fitrahnya manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada dan apa yang orang lain ada. Justeru akan terbitlah kata-kata sumbang, mengomel dan mencerca apa saja perbuatan orang lain yang dilihat tak enak dipandang sendiri. Persoalannya, siapa dia untuk mengkritik? Apakah dia rasa diri dia sangat perfect? Sangat indah kejadian? Sangat top? Mungkin tidak sama sekali.

Kesimpulannya aku rasa tak perlulah kita dengar apa komen orang lain, sebab, ya, kita hidup untuk memuaskan ego diri kita semata. Haha. Mungkin apa yang aku cakap tadi agak egoistik tapi memang betul. Of course la kita akan buat apa yang kita rasa bagus untuk diri kita. Mereka yang mengkritik, sebenarnya jealous kita akan jadi lebih baik dari mereka. Pegi mampus. Aku boleh hidup tanpa mereka.

Satu lagi benda yang aku baru terfikir sejak akhir-akhir ni ialah manusia selalu beranggapan diri akan lebih gagah jika hidup berkumpulan. Aku tak rasa begitu. Kekuatan datang dari dalam diri sendiri. Dari bisikan hati. Dari suara emosi. Bukan kekuatan kita kutip dari orang lain. Itu palagiat/menciplak namanya. Bagi aku I’m the strongest when I’m alone. Di kala itulah tidak ada sesiapa dapat mengongkong aku, memberitahu aku apa yang baik dan apa yang tidak baik, dan tidak ada sesiapa yang akan mengkritik aku memakai baju itu dan ini, berjalan gaya apa, perlu atau tidak membuat itu dan ini. Suara-suara mereka boleh mereka simpan dalam rekorder dan nasihat anak/cucu sendiri bila mereka dah kahwin. Tu pun kalau tak mandul la. Yang penting aku tahu ibu-bapa aku dan rakan-rakan yang memahami sudah cukup memberi nasihat untuk aku terus hidup dan survive. After all, mereka-mereka yang jealous tu tak bagi aku makan pun, betul tak? Lain la kalau diorang bagi aku allowance 200 USD kalau ikut cakap diorang.

Yang pasti aku puas hati dengan diri aku sekarang. After all, macam mana kita nak suruh orang lain suka kita kalau kita sendiri tak suka dengan diri sendiri? Start from within, outwards. Only then the effects will show.

No Comments yet »

January 30th 2005

ketandusan?

Sunday, April 13, 2003

Cinta: Suka dan mungkin juga, Sayang

Haha. Korang mesti tergelak baca topic aku. Aku sebenarnya tengah tertekan. Terkedu. Terkilan. Aku sebenarnya baru dapat seekor kucing siam dari seorang

rakan, dan percayalah, kucing itu sangat-sangat cute. Bermata biru. Berbulu putih. Semua lengkap.

Tapi, satu je yang membuatkan aku tertarik sangat dengan kucing tu, berbanding kucing-kucing biasa. Dia sangat penakut “orangnya”. Haha. Iya, penakut.

Sampaikan dia tercungap-cungap keletihan sebab meronta banyak sangat. Takut.

Yer, bohonglah kalau aku kata aku tak tertarik dengan kecomelannya. Tapi sifat takut dia tu lagi membuatkan aku tertarik. Dan berjaya mencuri naluri sayang

aku. Cinta. Suka. Sifatnya yang sukar untuk ditenangkan membuatkan aku sendiri jadi tenang, sambil mengusap-usapnya membelai bulunya agar dia rasa selamat,

disukai oleh penghuni rumah barunya.

Dan segala-galanya hancur! Adui la… mak aku rupa-rupanya “lebih menyayangi” kucing aku, lantas dia keluarkan dari cage kucing tu dengan harapan kucing tu

akan membiasakan diri dengan rumah barunya. Sebenarnya tak boleh lagi sebab dia duduk dalam cage tu baru beberapa jam. Dan, yes, as you expected, dia lari

keluar dari pintu yang mak aku sangka telah ditutup.

Kejar punya kejar, ho ho, memang tak dapat. Dasar sikapnya yang terlampau takut membawanya lari jauh, dan semakin jauh. Aku hilang punca. Rasa longlai. Aku

telah mengusapkan sayang aku yang tak terhingga kepada kucing tadi dalam tempoh hampir satu jam, dan aku mula rasa disayangi, dan …

Dan dia lari meninggalkan aku… Sungguh sedih. Sungguh.

Aku hampir saja menitikkan air mata aku. Entahlah. Mungkin terlalu bodoh untuk aku menangis, hanya kerana seekor kucing yang aku baru kenal beberapa jam.

Tapi, aku telah memberinya sedikit ketenangan dengan harga yang aku bayar: perasaan sayang aku.

Mungkin perasaan sayang tu satu tenaga. Ya, memang cinta dan sayang satu tenaga. Seperti kata Nicholas Saputra dalam interviewnya dalam majalah “Sentiasa

Manja”, dia dilaporkan berkata “Cinta itu satu energi”. Dan aku sebenar-benarnya telah menyalurkan sebahagian tenaga sayang aku kepada kucing itu. Dan dia

membawanya lari.

Aku dengar-dengar mak aku nak sembahyang hajat, mintak kucing tu lembut hati dan datang balik. Aku fikir, “hmm….”. Semoga termakbul. Dan aku dapat satu

kesimpulan spontan:

Aku ketandusan kasih sayang!

Wan copy n paste benda ni dari blog miruL, satu hari Wan habis baca semua benda dalam blog dia.. terbongkar!! mungkin nasib kami sama, kami mungkin segolongans / sekaum (walaupun miruL belum cerita perkara sebenar), tapi Wan yakin mirul, kita mungkin alami nasib sama, ketandusan kasih sayang!Wan dapat rasa naluri GILER dari diri Wan.. rindu kawan? memang! (jawapan lagi tepat: HARUSLAH!). Wan beristifar, fikir balik kisah lama sejak di france… Kenapa Wan sanggup ke Paris walaupun hanya dua hari di hujung minggu? Kenapa Wan sanggup ke London walaupun cuti seminggu? Kenapa Wan sanggup ke Dublin walaupun tak der duit? jawapan dia hanya satu… kerana kaWan sekaum!! Wan sanggup ke London sebab jumpa Ihab, Imran, Reza dan Arep yang memang pondan tahap tak ingat dunia, sanggup ke paris sebab ada Hisyam yang juga tak der kaWan, Wan sanggup ke Dublin, duduk serumah dengan 5 orang perempuan yang berbadan lelaki sebab biler duduk bersama mereka, Wan akan rasa tenang! ……… dan Wan? Adakah Wan ni lelaki? ya, Wan lelaki, buktinya? ada adam’s apple, ada ***** dan sebagainya.. tapi tu dari luar… dari dalam? kekadang Wan pelik, Wan ni bukannya cantik, bukannya hensem, bukannya comel, bukannya tegap, tapi NALURI!!! Fikir balik kenapa Wan sanggup jumpa doktor walaupun tak sakit, sanggup bayar farmasi beratus sebelum dapat claimm insurans, sanggup bayar doktor gigi then claim balik… kalau nak kira dah seribu lebih habis duit n claim balik ni.. sebab nak jadi lagi cantik, lagi hensem … diet la, krim muka la, ubat jerawat la, putihkan gigi la.. tapi kenapa yer? satu jawapan: NALURI!! kalau tak, takkan la berderet alat penjagaan badan di atas rak belakang Wan ni.. bukan beli skali gus, skali pergi, feeling cam pompuan, feeling benda tu berguna n berkesan, beli sbotol.. last last penuh satu rak… bukan rasa nak kumpul pun, tapi rasa cam berguna n berkesan.. rugi? tak der la.. losyen bukannya mahal pun, bedak bukkannya mahal pun.. bukannay beli skali gus.. tapi kenapa yerkk??? Wan rindukan kasih sayang, Wan bukan memerlukan pelukan dan ’senaman’ dari One Night Stand type, tapi Wan perlukan kawan yang satu haluan, satu arah dan satu nasib. tidak pernah manusia mahu jadi derhaka, tidak pernah manusia jadi tak hormat ibu bapa, lupa kaWan dan sebagainya, tapi kenapa? tgk citer beautiful boxer, bestnyer jadi macam nong toom, semua orang boleh terima dia, kenapa kaums seperti kami direject? kenapa yer? susah ke nak terima orang nasib ketiga ni? kat kelas ramai yang semakin tau yang Wan ni ‘tak normal’, gayah dan pondan… ye la, rambut panjang, muka pakai krim (tahan sejuk), muka dah semakin licin.. apa apa lagi.. >>> dah la.. Wan pun tak tau Wan tulis benda ni.. tapi yang Wan tau, Wan nangis, nak ubah masa? dah tak leh.. nak patah balik? tak leh gak… tapi Wan masih bersyukur, keluarga Wan still terima Wan walaupun Wan dapat rasa ada melayu yang tak dapat terima Wan… kerja asyik perli jerk? cam berkaitan lak hidup aku dgn dia.. menyusahkan hidup dia ke? tak gak.. menyenangkan ada lagi la.. tak tau la apsal alergic sgt.. lantak laa.. apapun, mekasih kat abah dan mama, Wan tahu mereka tahu yang anak mereka ni unik, terima kasih, sayang mama dan abah!! terima kasih kawan yang memahami.

No Comments yet »

Next »