Archive for May, 2005

May 31st 2005

Nak Balik~~~~~

Rakyat Perancis menolak Perlembagaan Kesatuan Eropah (EU) dalam satu referendum yang diadakan semalam sekali gus meletakkan EU dalam krisis.

Dengan 55 peratus rakyat menolak perlembagaan EU berbanding 45 peratus yang menyokong, situasi itu kini meletakkan proses pembesaran EU dalam keadaan terumbang-ambing.

Kekalahan besar kem yang menyokong perlembagaan EU bukan sahaja akan melemahkan kedudukan Perancis dalam EU bahkan menghentikan proses integrasi Eropah dan mengganggu kedudukan pasaran saham.

Smlm cikgu Law aku kata, “saya undi NON à la Constitution Européenne (Perlembagaan Kesatuan Eropah) sebab saya benci orang asing”.

Ayat ringkas dan menyebabkan aku cukup tersentak, dan terkedu… semua pandang kat aku, dan Pierre pegang tangan aku untuk tenangkan aku. Renungan mata cikgu tu terhadap aku dah cukup buat aku meluat. Aku rasa macam nak keluar je dari kelas dia.

55% orang kata NON terhadap EU… maksudnya orang sini mahu hidup sendiri dan tak mahu orang asing masuk campur dalam hal mereka. Beberapa hari lepas Vincent ada kata, dia akan undi NON sebab dia nak senang kerja nanti. Kalau orang asing bebas masuk dalam EU, mana mereka nak kerja?

Nak balik~~ nak pack je barang n nak balik terus ke Malaysia. Sakit hati yang amat, kenapa cikgu sanggup kat macam tu, sedangkan dia tahu aku sorang je orang asing dalam kelas tu.. giler aku sedih~

No Comments yet »

May 30th 2005

aku terharu

aku actually tak tau kenapa aku nak update blog, padahal aku kat kelas, dan jap lagi exam spanish (senang kot?)

actually entry aku dlm spanish tu, sepatutnya jadi entry sedih, tapi tak sampai maksud.. ye la, baru 2 bulan blajar spanish, takkan nak terer cam indon blajar BM kan?

apa pun, wan terharu sbb biler call miruL, miruL dgn daruL dah boleh baik balik walaupun wan rasa ada crack dulu, sebab wan gak la.. sorry erk miruL n daruL.. wan sayang korang berdua as my siblings dan tak moh la gaduh gadoh kan? *hugs*

then hari ni, daruL bagi kat wan no kad kredit dia by msn messenger! dah terpampang kat msn jgn kasi no kad kredit, tapi dia kasi gak.. kepercayaan terhadap kawan!

ya Allah.. kekadang terasa hubungan aku dengan daruL ni, dah tak der sempadan.. we share everything… tak berkira langsung.. sebenarnya kalau korang berada di tempat aku (alone at Univ), baru korang faham apa yang aku cuba sampaikan…

smlm kami baca surah Yasin sama sama before supper (dia makan nasi + lauk, wan ratah lauk) kul 11 mlm

thanks daruL… you are really my friend..

p/S: aku terpaksa stop.. aku dah nangis sebelah pierro yang asyik jeling apa aku taip, walaupun aku tau dia tak faham.. :)

No Comments yet »

May 29th 2005

esok exam spanish…

exam spanish.. urgh.. yg sure akan ada transelit from french into spanish.. yuppy..doakan wan ok? *burg*

La semana que paso ha sido muy dura para mi, muchos cambios a los cuales simpre les he temido.
Lo peor fue el jueves cuando recibi aquella llamada, algo malo habia pasado, tuve que salir corriendo y ver con mis propios ojos que sucedia, en que podia ayudar, pero llegue tarde…….

Te voy a extrañar mucho

No Comments yet »

May 27th 2005

27 mei tarikh keramat

Joyeux Anniversaire… cumpleaños felices… selamat hari jadi.. happy birthday .. (wan wish ikut keutamaan bahasa wan)…

mama dah berumur berapa tahun erk?.. erm.. (umur pompuan mana boleh bgtau!).. apa pun, mama tetap ayu dan anggun (bodek utk naikan elaun sara hidup dan minyak kereta masa melancong ke Malaysia beberapa hari lagi)…

wan kenal mama wan ni sejak.. ermm.. 21 tahun 21 hari (sejak 6 mei 1984) then tambah 9 bulan 10 hari dalam kandungan.. so, wan kenal mama wan dah 21 tahun 10 bulan.. wah wah wah.. dah besar rupanya anak mak ni kan? :p

wan tak kenal mama melalui internet, wan kenal mama sejak azali.. so, dah banyak benda best / tak best / masam manis yang mama share dgn wan (termasuk duit gaji dia)..

tahun lepas masa birthday wan, mama kasi credit card Bank Islam (really.. bank Islam pun ada credit card!).. then wan balas balik dgn satu jambak bunga.. pos dari jarak jauh.. for sure la bunga tu dah lama layu.. tapi credit card tu still ada.. (that mean hadiah credit card lagi tahan lama.. boleh la kasi lagi mama :p)

tahun ni mama tak kasi apa apa (eh.. ada ada, nanti wan balik bebrapa hari lagi, mama kasi la tu.haha :p).. then wan pun tak kasi apa apa kat mama.. wish jerk.. apa pun, wish yang ikhlas dari hati yang jujur lagi besh kan?

tadi wish mama kul 12 waktu malaysia.. sah sah la mama dah tidur.. tapi still call n kacau gak.. ahaks.. tapi sian mama, tahun ni mama sambut birthday, abah lak kene pi meeting kat Johor.. (tergempar ke Abah? sbb wan call abah smlm tak mention pasal meeting pun?).. sabtu ni baru abah balik.. sure abah beli sesuatu kat mama dari Johor kan? Laksa Johor ke contohnya.. kan mama?

p/s: my mum ialah pembaca setia blog ni… my dad lak tak tau kewujudan blog ini.. ahaks..


pic mama + abah kat LOndon, christmas 2003.. wan yakin mereka nak peluk peluk lagi tapi malu depan anak anak.. :p


bukti kasih sayang mama kat anak anak dia.. pi memana pun still suap anak.. (Colmar 2003)


mama kat Basel, Switzerland.. ni masa birthday Abah.. ingat tak mama yang kita nak pegi beli sudu masa ni (sbb sudu hilang dlm lagage mana ntah).. tapi mahal sgt.. satu set 6 sudu dah 40€.. OMG


dlm bateau mouche kat Strasbourg (capital Europe).. headphone tu ada 10 bahasa, so, kalau nak tau negara mana seseorang tu berasal, tgk la masa biler seseorang tu pusing kepala biler org tu terangkan pasal satu satu bangunan lama.. mula mula orang french akan pusing kepala, then orang germany, then orang english, then jepun and so on.. kalau muka pelancong tetap pandang ke depan, sure la orang tu dari Afrika Selatan..


sweet couple (bulan ni pun mereka sambut ulang tahun perkahwinan yang ke 22)… pic ni snap kat ner erk?


ni gambar latest mama yang wan ada.. mama menghabiskan nasi Ije masa Ije masuk wad kat USM.. anak kakitangan staff, masuk ward first class pun free kan? push push skit Uncle Mafauzy tu.. hehe

No Comments yet »

Next »