nak.gunting.rambut

tapi gaya cam ner erk?

ada lebih kurang 10 orang gagal cam aku sebab rambut panjang skrg.. antaranya ialah Mama Yah (Azlis Sani kenal anak dia) n Nenek Rahmah (ihab jadi saksi 2 orang ni.. haha), lepas tu member aku masa reunioun dulu pun tak cam sebab dah kurus skit dan rambut over panjang

sukacita dimaklumkan yang aku tengah cuti, ada lagi sebulan setengah sebelum ubah gaya rambut! so, gaya cam ner erk?

i. rebonding cam Yazer atau Reza
ii. kerinting cam Amylea (why not?)
iii. pacak pacak cam Aidil atau Aznil (dikecualikan kaler dia :p)
iv. pacak pacak gaya dusun cam Felix
v. pendek cam mawi ala botak

tapi sebenarnya, baik aku try gaya lagi GILER… cam gaya chinese zaman skrg.. dah la muka aku ni ada gaya chinese, baik la jadi chinese 2 bulan kan?

Ime suruh buat gaya iklan sabun basuh Daia



so saloon salon seluruh kelantan, bersedialah nak terima wan sebagai pelanggan paling cerewet tapi rela dipermainkan dgn gaya terbaru anda. TAK NAK LA JADI SO TYPICAL seperti gaya pendek cam budak sekolah menengah.

berani mencuba, berani tanggung risiko.

ada cadangan?

plan ++

3:54 Dan mereka membuat pakatan dan Allah membuat perancangan-Nya. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

hari 1: 4 ogos
Flight 1: KBR 1220 to KUL 1315
AK 323: 55 minit

Transit: KLIA 1315 till 1640
3 jam 25 minit (hell lama)
tapi aku rasa waktu menunggu ialah 2 jam sahaja sebelum check in again iaitu dari kul 1340 hingga 1540

Flight 2: KUL 1640 to DPS 1940
AK 904: 3 jam (hell gak sbb tiada makanan dan beverages dihidangkan percuma)

Transit to hotel. Dinner

hari 2: 5 ogos
Breakfast di Hotel, Kintamani Tour (B,L): Jam 08.30 start dari Hotel lobby ke Batubulan untuk menonton Tarian Barong, Galuh Batik, Celuk silver, Kintamani dengan panorama Gunung dan Danau
Batur, makan siang di Local Restaurant, Tampaksiring, Sukawati art market.

hari 3: 6 ogos
Breakfast di Hotel, Bedugul Tour (B,L) :D ari Hotel lobby jam 11.00 lansung menuju Bedugul Resort (Kebun Raya, Danau Beratan, Pura Ulundanu, Pasar Buah), makan siang di Local Restaurant, Alas Kedaton (monkey forest), Tanah Lot sampai selesai sunset.

hari 4: 7 ogos
Breakfast di Hotel, Uluwatu Tour (B,D) : Start dari Hotel lobby jam 14.00, berangkat ke Joger dan Kuta sekitarnya, GWK, Uluwatu, Nusadua, Dinner seafood di Jimbaran

hari 5: 8 ogos
Breakfast di Hotel, free program (B)

hari 6: 9 ogos
Breakfast di Hotel, free program (B)

hari 7: 10 ogos
Breakfast di Hotel, free program (B)

Flight 3: DPS 2010 to KUL 2310
AK 905: 3 jam (sila la pecut)

Transfer dari KLIA ke UK Perdana oleh Ihab. Thanks Ihab!

Dengan nama Allah yang menjalankan kenderaan ini berlayar berlabuh. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pemaaf lagi Maha Pengasih.

realiti kehidupan 2

kekadang benda yang kita tak sangka tu la yang terjadi kat kita.

kita rasa kita baru kenal orang, dan suka nak berkenalan dengan orang itu. tapi sebenarnya orang itu telah lama mengenali kita dan dah lama kenal kita.

inilah kuasa blog.

cam ni citer dia, wan minat la sorang kat rancangan realiti tv ni.. lepas dia jadi ahli masyarakat balik, wan hantar la email kat dia. tulis itu ini, kemudian tulis gak alamat blog wan.

lps 2 hari, dia reply.. ok fine. kasi no phone, dia sms. ok fine. then dia call..

masa tu kul 1153 malam.. wan was lepaking dengan budak budak motor yang baru kenal. nama je mat rempit, tapi minat AF. bukan stakat concert, tapi imbasan gak! hahaha

tetiba dapat phone dari seseorang yang kita minat. dan apa yang wan shockkkkkkkkknyer ialah

“i kenal ur blog sebelum i masuk realiti tv tu lagi”.. mmg suara dia pun, dah slalu perhatikan dia, takkan tak cam kan? then, ayat dia ialah “cik syazwan, …..”, still teringat kerja lama ke bang? haha..

hah gitew… rupanya dia nak kenal kita sejak dulu! hahaha..

very the kecik kan dunia ni?

dan satu lagi ayat dia yang terngiang ngiang sampai sekarang “ayat – ayat di blog cik Syazwan menyerupai ayat Mama Juwie di majalah Mangga”..

betul ka?

my time out

kalau My Time Out kat ntv7 tu dihostkan oleh Zaini, My TIme Out version Wan pun apa kurangnya… dihostkan oleh Zanini (abah).. hahah

two-days one-night holiday ni dekat jerk… kat Pantai Cahaya Bulan (nama lama ialah Pantai Cinta Berahi :p).. nama resort tu ialah Perdana Resort. harga dia Wan tak sure sgt, kat luar tulis rm79, kat kertas promosi lak tulis rm139.. duduk je la, bukannya Wan yang bayar kan? Andrea pun join sama, seperti biasa menjadi daya penarik.. leh la gak Wan dapat promosi murahan kan?


pintu masuk.. ecceli kan, masa nak masuk tu, wan tersilap jalan, patut masuk kiri, tapi pi kanan.. then adik tegur.. opss.. stop n turun ambik gambar.. tapi mereka berdua perasan yang si abang ni nak ambik gambar sbb nak cover silap jalan.. hahah


Ime ambik gambar.. pandai gak kan camera trick dia ambik ni.. cun gak laa, dgn slipar wan tu, masa ni tgh sms dgn Nazmi Zaim (opss)..


the most klakar pic sepanjang my time out ni.. candid, punya la Ime ni posing, abang dia lak sms dulu sebelum snap, tetiba tsunami kecil datang.. nah, kalah Reza dia melatah haha.. candid tau ni!!


ni la bilik kitaorang.. superior room, no 224 kat sebelah kiri, 223 kat sebelah kanan.. tapi asalnya kami sesat ke bilik 244… silap tgk no daaa


nampak keluarga Wan kat belakang tu? belakang la.. bukan depan!! masa ni la ISKK tu call, 10 minit bergayut then jumpa lak member lama.. adik Wan menung dlm air tunggu abang dia snap.. ahaks


Kimi!!!!!!! 6 tahun tak jumpa, sejak form 3, masa tgh bergayut dgn Iskk, then nampak dia dari jauh, cuba lambai slow slow takut silap orang.. then dia senyum.. jumpa balik member lama ni erk.. dia skrg kat Trinity Dublin.. slamba dak peluk member lama depan swimming pool.. heheh


BBQ.. wan telan 2 ketul je ayam… sronok ambik gambar.. guna effect firework.. sewa troli pembakar ni pun dah rm100.. mahal gell.. baik beli KFC lagi murah!


breakfast second day.. semua boleh makan buffet.. ahaks.. tapi wan telan roti je 3 keping.. dah nama my time out.. air kopi dia pun manis.. gelll


lepak-lepaking dengan Ime, Ije n Andrea.. Ije suka sgt gaya Ali Cafe tu…

penat tau second day, breakfast kul 8, then mandi kolam sampai kul 11.. tidur sejam dah kene check out.. lepas tu drive balik, tinggalkan abah, mama n adik min.. dlm kereta, Ije, Ime, Nor dan Andrea semua tidur.. Wan pun cam nak tidur gak.. slamat ada orang sudi bersms, hilang skit ngantuk… tapi kene la tahan sambil dgr lagu dari radio… sampai rumah, mandi sat then siap siap untuk tidur… tukar shift dgn miruL yang bangun kul 3 ptg.. haha.. Ihab pun sms tapi tak sempat nak layan.. ermmmm