Archive for September, 2005

September 30th 2005

rumusan budget 2006

Walaupun wan tak dpt tgk secara live Belanjawan 2006… tapi wan tetap copy benda benda yg wan rasa agak menarik….

1 LEBIHAN PERUNTUKAN KERAJAAN UNTUK PERTUMBUHAN: RM136.8 bln diperuntukkan bagi Bajet 2006, naik 5 peratus.Nampaknya ekonomi Malaysia semakin stabil.. amin!

61. MERINGANKAN BEBAN KEWANGAN RAKYAT: Cukai jalan ke atas kenderaan disel persendirian melebihi 1600cc dikurangkan sebanyak 40 peratus kecuali bagi Sarawak, berkuat kuasa 5 Okt, 2005.Syongyang Rexton guna deisel, cc-nyer lak 2700.. layak laa potongan 40%!!

66. MENERAPKAN NILAI MURNI KEKELUARGAAN: Suami isteri kini boleh menuntut pengecualian cukai keuntungan harta tanah sekali dalam seumur hidup (kini hanya diberi kepada suami);lepas ni kurang la mama dgn abah ke Chalok, Terengganu untuk bayar hasil tanah!

70. MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT: Cukai ke atas minuman keras dinaikkan purata 9 peratus manakala rokok 13 peratusJom tgk harga rokok berapa skotak, awal nov nanti naik lagi laaa…

78. Jumlah stesen gas runcit yang kini berjumlah 51 buah akan ditambah dua kali ganda menjelang 2007 untuk menggalakkan penggunaan gas;geh tong ija so… geh tong kuning so…

96. BONUS: Pegawai kerajaan yang berpendapatan sehingga RM1,000 sebulan akan diberi bonus bersamaan satu setengah bulan gaji. Mereka yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan, bonus bersamaan satu bulan gaji akan dibayar tertakluk kepada bonus minimum RM1,500. Ia akan dibayar dalam dua bayaran iaitu pada Oktober dan November 2005;every year ni wajib ada… kalau tak buat, org akan ungkit lak… tak der bonus sebulan Elaun Sara Hidup utk pelajar tajaan JPA or MARA?

teks ucapan penuh Bajet Tahun 2006 oleh Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Menteri kewangan, pada 30 September 2005.

p/s: alhamdulillah, wan tgk Belanjawan 2006 lebih stabil dari tahun tahun lepas, walaupun kita tak nampak perubahan mendadak yang boleh memberi kesan jangka panjang… jika dulu, Dr M pernah istihar cuti Sabtu, itu memang memberi kesan impak.. walau bagaimanapun, ucapan Pak Lah langsung tak menyentuh pasal hutang!

No Comments yet »

September 29th 2005

diary hari ni…

dear diary,

MMg wan suka ambik gambar… cam kata Fauzan, blog wan, blog sultan muzaffar dan blog miruL ialah blog mereka yang suka mencapap (mencari publisiti), so?? muhhaha.. wan dah lali dengan capap ni.. at least pernah menyelamatkan wan dari kene saman kat kubang kerian dulu!! Terkejut dgn persoalan Fauzan, apa terjadi kat blog Wan jika wan meninggal dunia? Kalau masa form 1 hingga tahun pertama kat France (1997 – 2003) wan tulis diary.. tiap tahun satu diary.. abih stahun, wrapkan diary tu, sealkan dan simpan dlm peti besi, dan tenggelamkan kat sungai kelantan (muhahaha..).. skrg wan tulis blog, kalau wan meninggal, meninggal gak la blog ni kan? ermmm


So, wan nak publish gambar.. nak gak citer apa yg wan buat hari ni… ni snap pagi pagi… dengan selimut tebal lagi.. best tidur waktu sejuk dlm selimut panas ni…


Ok tak pic ni? jerawat kat pipi kiri dah timbul balik.. tak sukanya! esok akan jumpa doktor, boleh laa mintak ubat balik… jumaat jam 9.15 pagi..


makan yogurt sambil ke kelas… rambut mmg dah semakin panjang… mana lagi penting, potong rambut or kaler rambut? for sure, wan takkan buat dua dua! hahaha


limpahan elaun berlaku hari ni… nampak Ipod Nano kat FNAC, 239€ tapi tak nak!! cari Acer kat Fnac, tak der stok, kene tunggu 15 hari, then pi Planete Saturn, tak der gak stok, ada yg murah.. 1099€ tapi yg pameran punya.. erm.. lepas tu ke Carrefour… terpaku dengan Acer ni…


gambar latest kat bilik.. tgk la jerawat kat pipi kiri tu.. waaa.. apa pun, Acer baru kat bilik.. lantak la miruL nak kata Wan tiru dia pun sbb ‘terbeli’ Acer gak…janji kami puas hati… huh…

No Comments yet »

September 29th 2005

rumah terbakar panggil bomba….

isnin lepas, jam 3 pagi (waktu France), wan dapat email dari mama….

ma dah beli contek lens 2 set offer 85.00 Wire engage tu ma jumpa yang rosak sebelah. Yang wan guna selalu tu kat mana letaknya. Rumah Kak Zah Pok Nan depan rumah kita hangus api semalam.jam 4 pagi Tinggal sehelai sepinggang. Anak2 semua selamat. Tak tahu api datang dari mana. Api mula marak dari kedai mok su esah.”

punya lah terkejut, nak gak tengok kan rumah lepas terbakar, tapi terpaksa tunggu Ime balik hujung minggu, baru dapat Ime snap gambar dan send kat Wan kat France ni… so,pagi tadi masa bangun, Ime dah send gambar ni… 3 keping… rumah di betul betul terletak depan rumah wan…

actually kebakaran tu dikatakan berpunci dari kedai yang berada kat sebelah rumah tu.. kedai tu mmg nostalgia kat Wan dan family wan la, terutama tempat adik Min lepak kat situ tiap hari… Bayangkan, kedai tu sejak wan kecil, walaupun kedai tu kecil, kami adik beradik selalu ke sana untuk beli ‘cakedih’ (makanan rapu :p) dan gak air tin, maggi dan sebagainya… Juga biler Ayah Din dan Chek Mah balik, (mereka dari Kedah), sure akan beli BUDU 6 botol buat STOK kat Kedah!!

kedai tu dah tiada.. rumah depan rumah wan pun dah tiada… apa pun, mama kata kejadiaan pada hari Isnin lepas jam 3 pagi (waktu Malaysia) tu mmg menakutkan…. bunyi letupan beberapa kali, walau bagaimanapun, alhamdulillah mama kata sebab angin bertiup ke arah rumah kami, jadi rumah Mak Su Esah yang berada belakang rumah Pak Nan yang terbakar ni tak kene la …


gambar ni snap dari pintu pagar rumah wan… rumah yg belakang tu ialah Rumah Mak Su Esah, rasanya 2 meter je dari kedai yang terbakar gak tu, tapi sebab angin bertiup ke arah rumah wan, jadi rumah belakang tak kene gak…


mmg api masa kecil kawan kita, masa besar jadi lawan kita.. mungkin kejadian ni akan jadi pengajaran berharga kepada adik min yang suka main api… ironinya, kejadian ni wan rasa memberi impak yg besar ke atas adik min, sbb adik min suka lepak kat rumah Pak Nan dan juga suka beli air kat kedai depan tu..


ni bahagian rumah yang tinggal… bahagian ni betul betul berhadapan dengan pintu pagar rumah wan.. rasanya dulu tak der pasir kat situ, then tempat ni akan jadi tempat parking utk tetamu kalau ada majlis kat rumah wan…


ni lak rumah wan.. hehe… snap dari tempat sama (pintu pagar)… tapi pic ni snap beberapa minggu lepas… maybe orang yg pernah ke rumah wan, spt Sani, Fakhrey, Mirul dan Ihab ingat rumah yg betul betul depan rumah wan tu…

saper nak derma, boleh contact wan, nanti wan berikan No Akaun adik wan, biar adik wan jadi org tengah untuk sampaikan derma anda… :)

p/s:Ime cakap gambar2 ni tak jelas sbb dia snap guna handphone dia.. nokia 6630… tetiba Wan jeles dgn Ime ni… masa wan balik dari France pertengahan Jun dulu, dia pakai Nokia 3650.. yg bulat kat bawah tu… then masa wan balik dari mesyuarat Agung UMNO tu, dia pakai Nokia 7260 lak… yg tajam hujung tu.. then masa dia send email ni pagi tadi.. Ime cakap dia pakai Nokia 6630 lak… Ime baru form 5.. dah reti tukar tukar phone.. wan masa form 5 dulu pakai Nokia 3310 jerk.. yg paling cikai tu.. then masa tu wan drive Wira jerk (dgn Fais).. tapi perlu ke Wan jeles dengan adik sendiri..?? lantak la dia nak pakai Nokia 6630 then drive Rexton pun, wan selesa pakai N Gage n naik metro jerk!!

2 Comments »

September 28th 2005

topik bosan: belanjawan 2006

Belanjawan datang lagi... dia dtg, tut tut tut… dgn lenggang lengoknya… dia datang.. tut tut tut.. dgn lenggang lenggoknya...hehe.. jumaat ni kul 2 ptg, lepas balik solat Jumaat, sure ramai akan terpaku depan TV.. utk tunggu belanjawan 2006 dibentangkan… biasanya belanjawan akan tamat hampir kul 6 ptg, dan Pak Lah terpaksa menjawab pertanyaan wartawan hingga Malam.. biasanya pembangkang akan kata ‘Pak Lah tak solat Asar dan Maghrib’ tapi sebenarnya benda ni boleh dimaafkan sbb belanjawan adalah antara benda yg utama dlm satu satu negara! yg kita terbaring depan TV dgr belanjawan pun tak solat, Pak Lah boleh consider la, lagipun dia BERDIRI sepanjang membaca belanjawan depan ketua parlimen tu!! tabik maaa!

Paling best biler belanjawan ialah pengumuman bonus untuk kakitangan kerajaan (mama dan abah pun gembira la), sama seperti tahun sebelum ni, bonus tu ibarat wajib… dan tiga isu yang dijangka penting untuk 2006 ialah GST (cukai nilai tambah), belanjawan defisit dan gak permit import (AP).

Peruntukkan untuk negara pada tahun ini ialah RM117.4 billion; RM122.7 billion pada 2004, dan kita masih tertanya apakah perubahan untuk peruntukkan 2006? Pakar ekonomi dari Terengganu berkata mungkin menurun sebab jumlah hasil telah meningkat (RM99.2b pada 2005 dan RM96.9b pada 2004). Apapun, seperti tahun tahun sebelumnya, kita still tertanya tanya anggaran kadar hutang kerajaan persekutuan.. tahun ni kita jangka RM219b dan hutang dlm negeri ialah 83%… walau bagaimanapun, pakar ekonomi berpendapat hutang dalam negara berubah mendadak selepas pembongkar AP dan juga kejadian tsumawi (baca: tsunami) yang banyak menjejaskan ekonomi negara.

Hari merdeka dulu, kita tgk harga minyak RM71USD setong! subsidi kerajaan dan pengecualian cukai jualan terhadap barangan petroleum sebenarnya satu langkah bijak kerajaan. Bayangkan tanpa subsidi, harga minyak, petrol, diesel dan gas memasak akan menjadi dua kali ganda…. RM3.30 selitir (di India minyak berharga RM5 seliter!).. so, apa akan terjadi kat belanjawan 2006 nanti? Katrina dan Rita baru je ‘redah’ kat Teluk Mexico, kalau anda main Railroad Tycoon 3, anda sure tau yang petroleum dunia sebenarnya bertapak di TEXAS!! pengeluaran terhad minyak akibat Rita dan Katrina, ditambah pula permintaan mendadak China dan US sure akan menyebabkan pesta naik harga bertambah tahun depan!

Oh ya, baik wan share.. subsidi kerajaan untuk minyak pada 2003 hanyalah RM6.6b dan RM11.9 pada 2004, dianggarkan RM16b utk 2005 dan 2006?, kita tunggu esok!

Tapi dengar katanya, harga rokok akan naik dalam range RM2 – RM2.50 berkuat kuasa awal november nanti, menjadikan harga rokok Dunhill Light kotak biru muda (wow.. kegemaran wan ni) berharga RM8.50 untuk 20 batang! Juga harga minyak yang akan naik pada awal januari, dijangka mencecah RM 1.80 seliter (gossip ni gossip.. jgn caya kat syazwan..)

Tahun lepas Pak Lah kata kita tak kan dpt mencapai belanjawan berimbangan untuk 2006.. so, kita tgk la apa kesimpulan yang Dato’ Seri akan buat nanti.. Apa pun, tahun ni sendiri kita telah mendapat dua impalan hebat.. walaupun harga petrol naik dari RM1.52 kepada RM1.62 seliter, tapi sebenarnya kerajaan telah mengurangkan beban kita dengan pengurangan cukai kenderaan.

Bayangkan, pada 2004 kita perlu membayar RM8560 setahun untuk cukai kenderaan 5.5 liter, dan pada tahun 2005 dan 2006, kita hanya perlu bayar RM4204…bagi pemandu Merc s55, sure anda tersenyum bangga kan? dan kalau Kenari, kita perlu bayar RM180+ sebelum ini, sekarang cukai telah turun kepada rm90+.. namun harga kenderaan di Malaysia tetap mahal, selaku pemandu Merc yang paling cikai, anda sure perasan yang harga Merc C200K ialah RM190k, menyebabkan anda terpaksa bayar RM2987 sebulan selama 60 bulan… lalalala.. sama je harga Honda Odyssey.. persoalannya, adakah kita akan mampu menjadi seperti ibu bapa kita? kita perlu at least RM6k utk bayaran bulanan dua buah kereta… mahal~~ smata mata nak menandingi keluarga sendiri? oh.. itu baru kereta, rumah lagi… tanah lagi.. tapak kubur lagi.. anak anak nak blajar lagi.. mampukah kita ‘melawan’ ibu bapa kita? ataupun setaraf dengan mereka? (jauh lari topik!).. apa pun, yg kita tahu, cukai turun, tapi minyak naik… kalau kereta banyak n buat pamer depan rumah jer, it’s ok, tapi kalau semua kereta bergerak n road tax ‘hidup’, ermm…

balik topik asal, kerajaan kata harga petrol tak naik hingga akhir tahun, tol tak naik hingga akhir tahun depan, tapi kerajaan tak jamin utnuk harga barangan harian… makanan, kosmetik dan sebagainya…

tetiba wan tak der mood nak menaip (utk habiskan topik ni) biler miruL bgtau dlm MSN Msgr yang template dia rosak, dan semua links dia hilang.. saper ada simpan template dia, sila email wan atau miruL ok? pleaseee!!!

p/s: sure anda bosan biler dgr syazwan berbicara tentang ekonomi dan belanjawan.. ye la.. kita kan baru umur 21 tahun, mana layak nak bicara ekonomi kan? tapi tak per, sekadar pengetahuan am.. ye laa.. jgn la ayah kita pakar ekonomi negeri.. tapi anak berlawanan dgn ayah..ermm.. (tidak merujuk kepada sesiapa!.. opsss)

No Comments yet »

Next »