Bedasarkan pengalaman Wan bulan lepas semasa di UK (tak kira la Liverpool ke, London ke, Manchester ke, dan insyaAllah akan Edinbourg dan Aberdeen dalam masa terdekat), dan bila wan berkenalan dengan orang baru (yeah, wan suka buat kawan.. peramah kan? hehe), dan bila orang tersebut tanya wan berasal dari mana…. wan akan suruh mereka teka..
contoh dialog
dia: “wan kat Malaysia, berasal dari mana erk?”
wan: “teka la sendiri.. ”
dia: “KL la kan?” *tak* “Selangor?” *tak*
then dia akan tgk rambut merah wan, tgk mata coklat wan.. tengok perangai wan.. sebelum sambung teka
dia: “Perak, Penang, Negeri Sembilan, Johor” *salah salah salah salah*
dan seterusnya sampai masuk Sabah Sarawak bagai, sampai mereka nampak dah down, wan akan kata “teka je la, ada 14 negeri jerk!”…
last last baru mereka akan teka “Terengganu?” *tak jugak* “Kelantan?” *yeah tepat!*
kenapa yer? tepuk dada tanya selera
mungkin! orang Kelantan dan Terengganu dilabelkan sebagai warak… dan kalau rambut yang merah bagai, mata macam mata kucing, plus dengan sexuality yang songsang… susah la orang nak kata orang tersebut ialah Kelantan or Terengganu kan?
tapi betul ke Kelantan dan Terengganu ni warak? Nak bgtau kan warak pun, agak – agak la kan…. ermm, rasanya Johor lagi warak compared to Kelantan / Terengganu ni… cuba kita tengok contoh di sekeliling kita.. Yang famous yang berasal dari Johor ialah Mawi (gua tabik lu mawi!), dia tu very the warak kan? (alahai, pegang Marsha n Amylea tu boleh dimaafkan la, tidur rumah tunang pun boleh dimaafkan)… contoh lain yang wan kenal yang berasal dari Johor ialah Rizal, kawan Wan di Ireland. Very the warak gak, siap Johan Tilawah Al – Quran kat Dublin lagi… dan contoh ketiga ialah kawan Wan di France, nama dia Asma’.. very the warak gak, masa kat Colmar dulu, tiap kali masuk waktu solat, suka je dia ingatkan orang lain suruh solat walaupun time dia datang bulan.. very the warak Asma’ tu, siap kasi sejadah kertas yang ditarik tiap hari (cost pengurusan CEL untuk beli kertas naik sbb buat solat jerk)… tabik tabik.. (tapi Asma tak pernah jujur masa main UNO.. sepanjang dua tahun main UNO, tak pernah pun skali dia jujur.. sumpah!… ada je tektik tu. then kalau dia main jujur pun, sorang pun tak caya) *matilah kene kejar oleh Asma lepas ni*
OK. 3 contoh yang dari Johor yang dilabelkan warak.
Dah dari Kelantan dan Terengganu yang kita kenal?? ermmm.. kita ada Faizaru (pelajar Kelantan kat Jepun), kita ada gak miruL (pelajar Terengganu kat Ukraine), juga kita ada Wan sendiri (pelajar Kelantan di France) dan paling tak lupa, kita ada Abang Lee (maskot Mastika di Manchester yang berasal dari Terengganu)…
so, kalau la kita banding banding 4 orang wakil Kelantan / Terangganu ni dengan 3 orang wakil Johor tu, betul ke apa yang wan rasa?








