Archive for November, 2005

November 26th 2005

salji dah turun? awalnya!!

oh gosh! salji turun!!! waaaaa.. sejuk.. kene cari member utk teman tidur nibaju sejuk ni.. esok kene la pi Dior, Jean Paul Gaultier or Hermes untuk cari baju winter baru.. (dang dang je Hermes, padahal jumpa dalam C&A or H&M.. ala ala NEXT kat London / Dublin jerk.. ) hahah…

pic ni snap pada kam 0013 (jam0713 waktu Malaysia), dengan kata lain, disnap 2 minit lepas.. hehe.. merasalah gambar fresh fresh ni.. hehe.. (miruL pi clubbing.. jelesnyerr sbb France still perintah berkurung!)


salji lebat!! di tengah malam lak tu.. garisan putih tu salji tgh pusing pusing ibarat kapas lembut dan bersih


cam mana orang arab lepas ni nak bakar kereta erk? confius lak wan.. hidup ke api dlm salji?


contoh Taxi di France… tak perlu cari AP untuk beli (hahah.. *larik* ada Dato’ kejar wan lak!)

gooooooood night!

No Comments yet »

November 25th 2005

good luck nilam!

my friend, NILAM (ahh.. yg lembut tu.. lembut lembut pun berjaya.. tak perlu jadi keras tapi tak berjaya).. dah jadi finalist for this year piala sri endon. dia skrg tengah melangkah je depan sebagai pereka fesyen.. nanti setaraf Zang Toi dan Rizalman.. well, Wan mmg banyak kawan.. kalau sakit, boleh jumpa miruL, hata, pae, NADBEST, ihab, nizar, thariq, arip, haikal (dan member mesir lain), jem (dan kerabat kat rumah tu), kak khairol(?), then my bestfriend faizalfais tu pun doktor gak.. walawee.. semua doktor! hehe.. then kalau nak berfesyen, boleh mintak pandangan Nilam dan gak Starpinky.. (then nak makan sedap, boleh call Chef Wan = selalu beremail dgn dia skrg!)… tapi yg penting, kalau tak der duit, boleh contact abah dgn mama! hehe…


nilam n kiki kat KLIA masa hantar wan ke France pada 3sep lepas…

so nilam, goooooood luck… buat bebaik, jadi pemenang, masuk surat khabar.. nanti Utusan publish GAMBAR kat muka depan, kat sebelah article kecelaruan identiti tu (*larik* nilam mengamuk!!).. nanti boleh kerja n bukak butik sendiri.. biar setaraf Oscar De La Renta, buat jenama Batik sendiri.. setaraf Prada or Hermès..Courreges, Christian Lacroix, Louis Vuitton (mati la dok sebut nama n jenama french jerk.. ada yg kenal ke? hehe)

ermm.. ni hah ada skit fesyen untuk miruL dan Pae.. (juga doktor doktor lain)… ambik dari majalah Solidaridad dari Spain… article en Espagnol.. désolée! so, kalau u olls bosan dgn fesyen putih bertopi tu, boleh la cuba gaya gaya ni lak!


No Comments yet »

November 25th 2005

aiyoh. bosan!

kul 1238, Jumaat 25 Nov 2005

Seriously bosan. Kelas hari ni start kul 10 sampai kul 12. then kul 12 hingga 14 rehat. kul 14 hingga 16 ada kelas balik. Kalau kat Malaysia, sure kene pergi solat jumaat, tapi sebab sini Masjid jauh dan ada kelas kul 14, kene la solat berdasarkan niat jerk (Ayah Pin kata sah!)

Melepak dalam kelas sambil duduk depan komputer, tak benda nak klik pun, masuk blog sendiri, blog mirul, blog ni, blog tu, check email, friendster.. lepas tu abih.. tak der benda dah nak buat!

ada lagi sejam-empat-puluh-minit sebelum kelas start balik. bukak friendster, usha message yang patut baca.. (i got 27 msgs spjg pi away ke Paris last week, but i read around 10 msgs dan reply 5 jer..).. ntah la kenapa korang rajin antar msg kat Friendster erk? hehe.. kalau yg antar tu orang yg Wan kenal / lelaki, for sure la wan baca.. kalau pompuan / tak kenal tu, langkau langkau la.. hehe.. miruL pun hadapi situasi yang sama.. miruL tak kisah la, wajah dia ada gaya penarik.. *aku lak tang mana erk?*.. gell biler pompuan sent msg kata aku jambu.. hahahha.. (teringat jawapan miruL bila wan tunjuk msg tu.. hehe)

ok la, wan actually tak tau nak tulis apa.. tapi tetap nak tarikan tangan atas keyboard ni.. so, wan kenalkan sorang kawan wan ni.. hehe.. pas ni mati laa friendster dia diserang.. hahaha

SyafiqSygKamu. Nama penuh dia Mohd Syafiq Hafifi, panggil Epi jerk.. dia lahir pada 18 Feb 1985.. tinggi 168cm dan berat 45kg.. (sangat dan amat slim kan?).. minat hindustan dan pandai cakap mandarin.. sebab nak perkenalkan dia? ntah.. tak der sebab yang tepat.. unik kot

cuma wan suka gaya dia masa kami jumpa di Buckingham Palace.. ntah, tang mana yang menarik pun wan tak tau.. keseluruhan gaya penampilan kot.. cheee


dulu miruL tanya wan, tak sejuk ke kat London sbb gambar pakai baju kemeja jerk.. so, gambar ni mungkin boleh jawab kot (sbb rela tahan sejuk 1 minit untuk ambik gambar yang menarik kan = cam wan rela tidur bawah eiffel tower 1 minit untuk ambik gambar over tu.. hahah) .. very the slim kan?


Princess Diana Memory Walk Park… ni gaya paling menarik.. dulu teringin gak nak buat kat taman kat rumah Ihab tu.. tapi tak sempat masa… hehe.. banyak giler daun masa tu.. tapi banyak burung merpati gak.. for sure penuh dgn najis kan? heheh…

dah laa, sajer je tulis pasal Syafiq ni, sbb ada ura ura kata dia slalu masuk blog ni. tu jerk.. hehe..pas ni berapi la kene kejar kat dia.. jgn marah ye Syafiq.. SyazwanSygKamu gak.. hhohoh.. (korang jgn la salah sangka… hahha.. mampus aku lepaa ni kalau orang salah sangka lak.. miruL pun, nothing la antara wan n syafiq!.. heheh)

baca seterusnya: friendster Syafiq

1458.. heh.. dah abih 20 minit wan citer pasal Syafiq.. komen komen komen.. Syafiq.. terimalah ni.. heheh.. lepas ni femes la.. hoho.. jgn marah!

5 Comments »

November 24th 2005

apa terbaru tentang family..

asyik duk citer pasal Mawi jerk, baik citer pasal family gak kan? (anyway, kene citer pasal Mawi gak supaya ranking naik, citer pasal Pae pun ok gak.. tak leh citer pasal diri sendiri jerk.. hehe… tulis pasal mawi baru ranking naik.. ingat tu semua bloggers! hehe.. )..

citer pasal family.. wan anak sulung dari 5 beradik + abah dan mama. so, tujuh la semuanya… dah lama tak update pasal family.. rindu family!!.. so, wan tulis la skit skit pasal activities mereka ok? eermm…

1. abah
Abah akan ke Jakarta 8-11 Dec 05. Actually atas urusan kerja, mungkin juga boleh ditafsirkan sebagai nak rehatkan diri selepas penat melobi pilihan raya 6 Dec nanti. (siot punya anak, perli ayah sendiri.. peace!!).. “anyway abah, wan ada duit RM200,000 rupiah ni… dlm RM80 je sebenarnya”.. camner boleh terbaki lepas balik dari Bali hari tu pun wan tak tau.. hehe

2. mama
baru beli mesin memproses air yang mengeluarkan Air Tulin 99.9% boleh minum direct. Harganya… RM3578.00.. Menarik agaknya kalau ganding dengan peti ais yang berharga RM15k siap dgn TV dan pembaca code bar! Lepas ni sure tak beli dah air yang RM2.20 setong 10 liter tu..


RM3578 untuk benda ni? not bad la.. demi kesihatan keluarga. InsyaAllah..

3. Ije
tgh cuti 2 bulan. Ije dah abih kos persedian untuk menjadi Guru. Dia adalah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerja skrg ialah jadi driver mama (agaknya la). Tak sure lagi lepas ni sambung kat mana, tapi dia still bawah tajaan KPM la.

4. Ime
Baru beli kamera digital Casio Exilim EX-Z110 pagi tadi.. (abang dia guna Exilim EX-Z57 dan Olympus Mju Mini).. (matilah kamera banyak banyak cam beli majalah jerk).. then ada ura ura nak beli nokia 8800 yang berharga RM3500++.. ah tidak!! (tadi call dia kul 1 pagi waktu malaysia.. seperti biasa la, tukar phone baru lagi.. tukar hp tiap 2 minggu…. jeles tau!!)


6mp maaa… nak kamera baru gak!! urgh urgh urgh

5. Nor (ni lelaki la)
petikan email dari mama : “kemarin hantar nor ke Kelab Balkis. Kursus baca al quraan khatam dalam tempoh 3 minggu. Kursus tamat 10.12.05. Insyaalah. bayar 449.00 termasuk makan minum tempat tinggal dan bayaran kursus. Selain itu ada juga kelas pencerapan fardzu ain : bersuci, wuduk dan solat. Kuliah dan bengkel Asmaul Husna Amalan pelbagai solat sunat, tarbiah akhlak, ceramah motivasi Kuliah, latihan dalam kumpulan,dan lain2 peserta seramai 70 orang di di bahagi 12 orang setiap kumpulan. Berasap NOr.” Jom miruL, summer next year kita dua masuk nak?

6. Adik Min..
sejak kedai kat depan rumah tu terbakar, laporan dari mama dan abah kata pembelajaan adik min dah menurun.. inikah yg dikatakan hikmah?

dah la citer pasal family.. tak der benda baru sangat kan? ngantuk ni.. nak tidor.. night

No Comments yet »

« Prev - Next »