Projek Tabung Ayam

Sempena tahun baru 2006 yang diharapkan membawa lebih banyak berkat kepada kita semua, wan lancarkan projek terbaru blog ini: Projek Tabung Ayam. Secara amnya, ialah sebagai my token of appreciation kepada pelawat blog ini. Antara lain, supaya lawatan anda ke blog ini bukan sekadar untuk mendengar apa yang wan alami tiap hari, bukan sekadar untuk melihat gambar, bukan sekadar mendengar gossip dan laser, bukan sekadar untuk mendengar lagu dan bukan sekadar meninggalkan mesej anda di tag board… tapi menjadikan setiap lawatan anda lebih bermakna.

Projek ini diinspirasikan oleh Joe Perantau. Tujuan utama projek ini ialah untuk menjadikan lawatan anda lebih bermakna, dengan motto yang sama seperti digunakan oleh Joe Perantau…

PROJEK TABUNG AYAM
Bertelur Sebijik Riuh Sekampung
Sekali SiKlik Satu Sen DiHitung

Caranya:

Setiap unique hit (bukan page view count) yang direkodkan di blog ini, akan disamanilaikan dengan satu sen ringgit Malaysia. Apa dia unique hit/unique visitor count? Apa bezanya dengan page view/page load count? Menurut Statcounter Page:

Unique Visitor Count: A unique visitor is determined by cookies. If someone visits your website and does not have a cookie, or their cookie is older than an hour they count as being a unique visitor and a pageload.

Page Load Count: If someone visits your website and they have a cookie that is less than an hour old, their cookie is updated and they are only counted as a pageload. A pageload is simply the total number of times your page has been accessed, ignoring the unique aspect altogether. This naturally means your pageloads will always be greater than or equal to your unique visitors.

Mulainya jam 00:00 pada 1 Januari 2005 waktu France (GMT +1), counter Unique Hits di Malaysia Top Blogs akan merekodkan bilangan pengunjung yang datang, dan setiap satu visit yang direkodkan, disamanilaikan dengan satu sen ringgit Malaysia.

Dan projek ini akan berakhir pada 31 Disember 200531 Disember 2006, dan setiap jumlah sen yang terkumpul akan didermakan kepada *tak*tau*lagi*, kepada mereka atau badan yang memerlukannya. Anda tidak perlu bayar apa apa, cuma setiap kunjungan anda akan lebih bermakna, dan semakin banyak rakan anda melawat blog ini dari komputer berasingan, semakin meriahlah Projek Tabung Ayam ini.

Sebarang komen, cadangan, bantahan dan pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen! Akhir kata, selamat Tahun Baru 2005!

ini dia Amoun

Nadbinti / Nazri / FaCKtura mintak gambar Amoun. ini dia Ihab / Amoun.

juga lagu latar sekarang, Ihab feat Noraniza Idris. Nak tengok hasil Ihab yang lain? Download video Klip lagu Hatinya Tidak Tahan masa Konsert Merdeka KLCC (siaran langsung di RTM dan Radio 1 Kuala Lumpur pada 30 Ogos dulu… tapi wan dgr dalam kereta je la masa nak pi malam merdeka kat KB).. Wan ada video clip ni.. 22mb.. nanti wan hantar kalau anda nak tgk Amoun buat persembahan dgn Kak Ani di KLCC disaksikan jutaan penonton TV1.. rasanya mereka tunggu Mawi kot.. (sorry la Ihab, aku mmg tgk personality dan bukannya talent, tu sebab aku tak suka Mawi, as well aku tak suka ko gak..hahah)

Sila komen. Wan target 20 komen untuk entry ini. Anda ingin penuhkan impian Wan? KOmen ya! 20 dan I love you all!


Noraniza Idris semasa berangkat ke mansion Ihab di Ukay Perdana


Amoun semasa lawatan rasmi ke Kelantan. gambar cover album Noraniza Idris.


Amoun semasa memilih kek di Secret Recipe (Amoun yg belanja = sampai tua aku akan ingat). Ni first time dia belanja, secondlast time lak, coffee kat Leichester Square, London


Berlatar belakangkan sawah padi di Kelantan


Masa teman Syazwan untuk dinner di Hotel Grand Riverview, malam konsert AF ketujuh! (seriously antara dua, concert or dinner.. lalla)


makan durian. Penat mencekah durian (teringat entry miruL pasal mencekah durian dulu.. ).. mmg dah nama ‘people like us’.. mmg susah nak dpt hasil cekah durian ni


gaya tgh makan Air Batu Campur atas Pasar Siti Khadijah, Kelantan. 3 mangkuk kan ko telan sorang kan Amoun?


pakaian kegemaran dia. Juga chai kegemaran dia. No comment (aku tak gelak).. Dia pakai macam ni sambil tengok citer Manhunt depan datuk dan nenek dia. *larik* (Ihab berenang gaya dato’ Malik merentasi Dover ke Calais utk cekik wan di France.. heh.. dia sanggup berenang instead of beli tiket EuroStar)

komen ok. 20 target. tak sampai target, wan merajuk! Nak tau betapa buruknya Syazwan merajuk? Buat la!: hahha

pusing paris hari kedua

Semalam dah penat, Rafiqi pun dah turun 5 kg sebab jalan – jalan smlm (muhahaha), hari ni tenang skit…

Kami memulakan penerokaan pada hari kedua dengan simpan beg kat Locker di Gare du Nord. Then kami pi makan kat Strasbourg Saint Denis. Breakfast? Yup.. tapi makan kebab dalam pinggan. Ganti balik 5kg. hahaha

Kami ke Hard Rock Cafe Paris. Niat? Beli Shot Glass untuk Darul…. Tu je souvenir best untuk daruL… Manchester, London, Dublin dan Paris.. dah 4 Shot Glasses wan belikan… hehe… cam seronok lak tgk koleksi Shot Glasses daruL… nanti wan snapkan gambar koleksi dia (baca: koleksi daruL, bukan gambar daruL).. HRC Paris terletak di Grands Boulevards.. kuar stesen metro terus nampak… agak jauh dari Champs Elysées (kalau kat London terletak kat Oxford St, Manchester dekat dgn Arndale Square (Abg Lee tolong betulkan), then kalau kat Dublin agak tersorok gak…)


depan HRC Paris. Patut pergi last, sbb dah start shopping pepagi buta.. kene bawak beg kertas tu merata tempat laa.

Dari sana, kami ke Opera. Opera de la Musique de Paris. Then ke Galeries La Fayette (French Harrod’s).. Wan pakai vogue hari ni, boleh main pegang je baju baju kat situ. Bayangkan sehelai t-shirt ‘bodoh’ berharga 190€… then satu cardigan berharga 1700€… Actuallykan, kalau kita sentuh, kakak tu akan datang marah.. tapi merasalah mereka tak marahkan wan, sbb wan pakai vogue.. mana tak voguenya, dalam kedai pun pakai topi bulu – bulu tu plus speck hitam dan muka licin bersih disebabkan foundation.. hahaha.. skali skala, balik ke Lille tak buat la benda cam ni.. hahaha

Seriously, rasa macam dihargai.. chee wah… Siap boleh cubit cubit lagi baju berharga 1700€ tu, kakak tu dtg senyum dan tunggu wan jerk.. heheh… tak der makna nak beli baju tu…Then masa wan stop kat counter perfume, abg tu siap tanya “nak cuba yang mana?” (in english), wah… very hipokrit! kalau wan pakai biasa jerk, sure kene ambik sendiri kertas, spray sendiri, kibas kibas sendiri then cium sendiri….. best tau jadi vogue! hahaha

Then kami ke Eiffel Tower, dari Opera, naik metro ke Ecole Militaire… senang jerk… then beratur, beli tiket n naik atas… tiket untuk naik ialah 10.70€ (RM48.18).. jgn rsau, wan ditaja ok!!…. simpan tiket n claim la.. lalalla~~~


biar la ianya sekadar besi buruk, wan tetap suka ambik gambar dgn besi buruk ini. (better than besi buruk on da way dari tube ke rumah ihab la)


bandar Paris dari puncak Eiffel. Ketiggian Eiffel ialah 324m, dan semua bangunan di Paris wajib rendah than 32 meter, supaya kita dpt lihat Eiffel dari mana mana sudut di Paris. Sebab tu la orang French (me as well) benci Eiffel Tower, kalau la besi buruk ni tak wujud, dah lama ada bangunan setinggi 80 tingkat kat sebelah tu kan?


di sini disediakan teropong untuk mengintai apa apa yang patut diintai.. harga dia 1€ (rm4.46) skali guna… brp minit? wan tak sure… satu satunya bangunan yang tinggi di Paris ialah Tour Montparnasse… ada kelihatan tu…


jarak kedudukan wan dengan KLCC ialah 10433km… ello Malaysia!!


dan kedudukan wan dengan Kiev ialah 2034km… dekat la kan? Nak pergi sana!! eh, nak pi simferopol!

Then jumpa pramugara / pramugari MAS atas tu.. flight MH21 ke KL pada 27 Dec, tgh hari.. heheh… orang Ipoh.. hahah.. siap perli Ipoh hanya ada Jaya Jusco jerkK… nasib baik wan tak balik sama flight dengan mereka.. Kalau tak, sure wan dah request tak nak caviar, tapi nak Haagen Dasz dua cup.. haha… peace!

Dari puncak Eiffel, kami turun dan ke metro Bir Hakeim… Then naik metro ke Charles De Gaulle – Etoile sebelum ke La Defense. Tapi cuaca dah sangat sejuk. Instead pusing pusing La Defense, kami pusing Shopping Complex, masuk ke Timberland, then pi Zara, lastly masuk Auchan, shopping snack untuk makan dalam train ke Lille nanti..


La Defense.. Bangunan batu ni mercu tanda paris gak.. nothing.. just batu jerk… batu besar.. bawak naik guna helicopter tu… Pintu gerbang besar la kot.. membazir jerk..

Kembali ke Gare Du Nord, beli tiket ke Lille, Rafiqi dan another friend ambik train RER ke Airport Charles De Gaulle, flight ke London Luton… wan nyer train lak kul 1958 dari Paris, sampai Lille kul 2102, then catch taxi (baca: metro) ke rumah, kul 2119 masuk bilik dan terus terbaring atas katil (kebetulan katil kemas.. haha)… then afta 5 min, bangun dan cuci muka, then tanggalkan contact lens.. gosok gigi n turun bawah kasi Shot Glass kat daruL.. lepas tu sambung tidur! zZzZzZzzZZZ


gambar last dgn Rafiqi.. kawan sejak Kecil.. yg study kat US… selamat berangkat ke London!


Map PAris hari kedua…

cadangan wan ialah… dari Gare du Nord ke Strasbourg Saint Denis (kedai makan halal yang banyak), then ke Grands Boulevards (Hard Rock Cafe), then ke Opera (Opera de Paris dan Galleries La Fayette), then ke Ecole Militaire (Eiffel Tower), then dari Bir-Hakeim ke Charles de Gaulle – Etoile, seterusnya ke La Defense (pintu gerbang besar)… abih Paris dalam masa dua hari… duit pun dah abih.. balik ke tempat asal anda! hehe

pusing paris dlm masa 2 hari…

alhamdulillah. 2 hari ke paris yang ditaja 100% pengangkutan dan penginapan, wan akhirnya kembali ke Lille. chee wah… selama ni, ramai gak contact wan, tanya pasal paris dan tempat menarik… at least dah 10 email yang wan dapat “Syazwan, we’re going to Paris… boleh propose tempat menarik? hotel bagai”… biasanya dari rakan rakan seperjuangan (pelajar – pelajar) dari Wales, England, Scotland, Ireland (UK la senang.. sajer nak panjangkan list)… Germany bagai… ok ok.. wan buat la planning untuk dua hari.. yang Syazwan dah test sendiri, dan yang Syazwan akan tulis balik dalam ayat skema dan menggunakan kata ganti nama Saya instead of Wan… heheh

Hari 1
Tiket harian metro paris ialah 3.20€ untuk Sabtu, Ahad dan hari cuti. Dan 6.40€ untuk hari hari lain. Di Paris, terdapat 14 laluan metro dan lebih daripada 300 stesen. So, anda tidak akan berada lebih dari 400m dari stesen metro! Sebab tu la BryanBoy pun ada tiket mingguan metro! Dari hotel di Porte de St Ouen, wan ke stesen Anvers, di sini ada Sacré Coeur. Keluar je dari metro, akan terus nampak, jalan kaki naik ke atas, atau boleh naik kereta kabel macam kat Bukit Bendera. Free sebab guna tiket sama.


ni la Sacré Coeur, berada tinggi di atas bukit. Wan pergi ni pagi 25 Dis (terlupa lak, happy birthday Ije yang birthday pada 25 dis dan happy birthday abah yang birthday pada 26 Dis)… again, wan pergi ni pagi 25 dis, cam tak raya ke French ni?

Dari Sacré Coeur, kami ke stesen Cité.. stesen ni terletak di atas pulau, di tengah tengah Paris, dibelahi oleh Sungai Seine. (asyik tertukar dgn Sungai Thames di London)… saper pernah tgk citer The Hunchback of Notre Dame, sure tau la pasal Notre Dame de Paris ni.. sampai skrg, loceng seberat 13 tan yang berada di ketinggian 69 meter itu tetap berbunyi. Loceng ini dinaikkan pada tahun 1631. Notre Dame membawa maksud ‘Our Lady’


loceng bernama Emmanuel yang 13 tan tu berada kat South Tower, yang kanan tu…

Dari Notre Dame, kami jalan kaki ke Centre Georges Pompidou. Bangunan yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan ni berwarna warni. Merah sebagai transport, kuning untuk electricity, hijau untuk gas, putih untuk pengudaraan dan sebagainya.. Jadi, kalau anda berada di bangunan ini, anda perlu berjalan di atas benda merah… :) .. Di luar bangunan ini, banyak pelukis jalanan yang melukis potret dan karikatur anda, juga terdapat clown dan ‘orang emas’, dan banyak kedai cenderemata yang murah di sini. 4 t-shirts paris berharga 15€..


seorang clown tengah bertugas. Dia akan kaku sehingga anda kasi duit, then dia akan bergerak sekejap sebelum kaku balik, dan seterusnya. another clown yang gagal kat sebelah tu.. :p

Kemudian kami ambik metro line 1 ke Louvre.. turun di Stesen Palais Royal Musee du Louvre. oh ya, kepada sesiapa yang pernah baca Da Vinci Code, semua tempat yang wan pergi ni, kebanyakkannya ada dalam novel itu. Baca la ye! Louvre ialah museum terbesar di dunia. Menempatkan lukisan termahal di dunia, Mona Lisa (lukisan kedua termahal ialah Whistler’s Mother, di Musée d’Orsey, yang pernah dirosakkan oleh Mr Bean.. ingat filem ini?)..


Metro line 1 ialah metro tertua di dunia. Sejak tahun 1900 lagi. Sehingga sekarang, mereka masih kekalkan metro yang guna tayar getah seperti tayar kereta kita di beberapa line lain (memang ada kerjaya mengepam tayar kereta api!). tapi line 1 ni dah guna metro yang paling moden. tengok la papan tanda yang tertua ini (anda boleh tgk papan tanda tertua ini dari sudut berlainan di blog BryanBoy)


Rafiqi dan Wan di depan Pyramides du Louvre, pintu masuk ke Louvre yang direka oleh arkitek Jepun, bergembiralah Faizaru dan eeone sebab kedua mereka dari Jepun :p.. Travelling Writer tgh berehat dengan jurukameranya.. hahaha.. senyum!

Kami kembali ke Metro line 1, seterusnya ke stesen Concorde.. Place de la Concorde, salah satu mercu tanda Paris. Anda boleh nampak Eiffel Tower dari sini (Eiffel Tower bukan tempat menarik bagi wan, sebab tu kami pergi lambat.. hahah.. ).. Juga berhampiran dengan taman Tuileries.. Taman yang banyak patung (yang BryanBoy jilat itu.. hahah)


tiang batu di belakang wan tu diambil dari Luoxor, Mesir.. sebijik sama… juga ada gambar Amoun kat situ… Kerja kerja memindahkan batu ini dari Louxor ke Paris mengambil masa 4 tahun.

Kembali ke metro, kami ke Charles de Gaulle – Etoile. Dua benda menarik, Arc de Triomphe dan juga Avenue des Champs Elysées, jalan ketiga sewa kedai termahal di dunia selepas 5th avenue di US dan satu jalan di Hong Kong. Satu meter persegi di sini ialah 9600€…. Bayangkan butik LV seluas 1000 meter persegi itu!


inilah Avenue des Champs Alysées. gambar snap dari bawah Arc de Triomphe. kene tunggu lama baru dapat snap gambar sbb jalan sentiasa busy…


Arc de Triomphe.. salah satu tempat yang tidak pernah kosong.. sentiasa ada orang.. antara tempat paling senang nak jumpa Melayu selain di Eiffel Tower

Dari sini, kami ke Eiffel Tower.. Sudah gelap, kami hanya ambik gambar berlatar belakangkan lampu Eiffel Tower dan kami akan naik Eiffel Tower ini esok… Lihatlah, Eiffel Tower walaupun bangunan yang paling banyak diabadikan dalam photo, tapi bukanlah tempat utama bagi Wan di Paris.. :)


Effel Tower dikelipan waktu malam.. Suka! heheh.. Merasalah kesejukkan untuk ambik gambar.. hahah… merasalah Hakim Radzuan sebab wan dah suka pakai Armani Exchange gak! haha

Kembali ke Hotel… About my hotel erk, wan ditaja untuk tinggal di Etap Hotel Porte de St Ouen.. Bilik untuk 3 orang tapi tinggal seorang diri.. saper tak gembira kan? ahhah…. harga bilik ialah 47€ per night (RM210.81)… Kalau anda pergi ke Paris bertiga, anda boleh share la harga hotel, tapi semua hotel dan pengangkutan wan lepas ni akan ditaja, so saper nak join wan boleh la.. Just bayar pengangkutan, hotel free! hahah.. i mean tumpang bilik wan la.. (tapi kene tidur sekatil laa… sila la tanggung risiko sendiri!)


gambar ni disnap seminit lepas check in.. sangat kepenatan dan nak merasa merebahkan badan atas katil yang empuk actually.. tu sebab terus bukak beg, salin baju tidur dan tidak hiraukan barang barang yang bertaburan (i’m alone ok!)


lepas 10 minit, bangun dan bukak contact lens (muhaha.. giler tak senonoh tidur dengan contact lens….)… sambil tu, kemaskan balik benda yang dikucar kacirkan tadi.. then kluarkan semua toiletries, atur atas sinki.. arghh penat.. gosok gigi, cuci muka, buang contact lens, pakai krim then tidur.. night paris….


map paris hari pertama. ni hanya proposition je la ok? tapi ianya antara yang terbaik bagi wan.. (as a travelling writer la)

dari hotel di Porte de St Ouen, ke Anvers (Sacré Coeur), then ke Cité (Notre Dame de Paris), then ke Palais Royal Musée du Louvre (Louvre – Mona Lisa), then ke Concorde (Place de la Concorde) seterusnya ke Charles de Gaulle – Etoile (Arc de Triomphe dan Avenue des Champs Alysées), last skali ke Bir-Hakeim (Eiffel Tower = besi buruk).. OK. then habiskan hari anda dengan naik metro dari Ecole Militaire, ke Concorde, then ke Franklin C Roosevelt, then kluar stesen, jalan kaki sepanjang Champs Alysées ke Charles de Gaulle – Etoile.. Jalan paling vogue!

…bersambung