Archive for February, 2006

February 28th 2006

I’m a Mercedes SLK!

You appreciate the finer things in life. You have a split personality – wild or conservative, depending on your mood. Wherever you go, you like to travel first class. Luxury, style, and fun – who could ask for more?

Take the Which Sports Car Are You? quiz.

komen anda?

No Comments yet »

February 27th 2006

dah agak dah!

betul la ura ura yang wan terima melalui dua sms smlm.. satu dari seorang Dato’ Paduka, dan sorang dari Tan Sri…

Minyak naik 30 sen — Harga baru petrol, diesel dan LPG berkuat kuasa mulai hari ini

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen sekilogram (kg), berkuat kuasa esok.

Dengan keputusan tersebut, harga runcit baru petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini memberitahu, kenaikan harga bahan bakar itu dilakukan bagi menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia selain membendung peningkatan subsidi yang ditanggung kerajaan.

ahaks.. tapi tak kisah la, sebab boleh claim dari office kan? muahha…

No Comments yet »

February 27th 2006

minyak dan botak.

Dapat 2 sms, sorang Tan Sri dan sorang Dato Paduka, both of then bagitau harga minyak naik 30sen mulai esok tapi tunggu PM yang akan luluskan.. ermmm… no idea betul ke tak..

abih topik minyak, topik botak lak.. haha… kalau beberapa bulan lepas, wan tak suka seorang penyanyi lelaki yang botak, then wan tak suka gak Fauzan buat seketika waktu, lepas tu wan perli Azlis Sani sebab dia botak gak.. tapi sekarang wan kene terima hakikat yang adik Wan, si Aiman tu pun botak sekarang.. angkara ATMA. hahaha

Ime pergi 10 hari latihan ATMA, dari 14 hingga 24 Feb kat kem kat Penang… latihan biasa je dia kata, tapi kene BOTAK.. hahaha.. adeii.. biasa la, nak jadi askar kene la botak.. tu sebab wan tak suka program cam KhidmatNegara, juga masa form 2 yang saper ntah bagi cadangan supaya semua pelajar sekolah berambut pendek.. dem jijik (tapi wan tetap sayang kat TaufiqO dari Nizhniy Novgorod *cari sendiri la sapor* kami slalu ngumpat pasal hannan)

tapi yang menjeleskannya.. balik je dari ATMA pada Jumaat 24 Feb… mereka (family la) ‘hadiah’kan Ime bercuti kat Putrajaya (putrajaya tu best ok bagi kami orang kelantan.. muhahaha).. well, smlm dia online dari salah sebuah cybercafé kat Putrajaya (ada CC ke kat Putrajaya?).. dia tengah online kat CC dengan member dia (member? his bodygad kot? takkan jumpa member kat Putrajaya lak?).. tapi terkejut gak dia kata dia dah abihkan rm208 untuk duit minyak sajer!! ko drive bas ke weii?? rasanya drive s320 pun tak sampai tahap tu, nikan pula Rexton or Kenari..?

mana tak jelesnya…. hari ni wan ada presentation kene present kat depan kelas.. diorang lak best je membuang masa bersama keluarga kat Palm Garden IOI Resort, Putrajaya (Formerly known as Renaissance Palm Garden Hotel) *matilah pekerja Renaissance tak leh pakai tudung*.. rasanya semua bercuti kecuali Ije dgn Abuwe je laa (ahaks.. puah hati Epi?)…

tapi kalau pikir logik, masa si Aiman tengah struggle menghadapi ATMA pada 14 Feb lepas.. Wan lak berehat kat Barcelona, Spain kan? ermm.. kira adil la kan? :)


tapi hotel ni lagi best… wa wa wa

irzan: wan: newsflash: hotel tu pun kata dia tak boleh dapatkan invitation letter ~ maka perlu cari tourist agency kat france dan suruh diorang buatkan, TQ. mirul lesap xde kat kuartira ok baca status for more info

ok fine.. nampaknnya Ukraine betul betul nak bergurau sekarang.. haha.. may the best man win.. kita tengok la saper menang nanti! hahah

Fakhru, Nad dan miruL, thanks for everything ok.. ingat, money can buy anything… :)

No Comments yet »

February 26th 2006

weekend dah abih!

ahaks, saper yg terfikir yang wan ke Paris smlm, lupakan lah, sebab tiket kul 7 pagi, kul 8.30 baru sedar dari katil.. then call Nad + Fakhru + miruL (dia tak angkat!)… lepas tu sambung tidur sampai kul 2 petang… Paris konon, dlm mimpi je la.. hahah

Then bersiap untuk keluar jam 16, nak teman member belikan seluar, seluar kecik, seluar jogging dan benda benda nak masak malam ni.. dah tekad, tak nak bawak credit card, sebab dah serik member yg beli sehelai, kita beli 3 helai lak.. urghhh.. Tapi *wink* dapat call dari Aizuddin (bapak angouleme).. rupanya dia, Abu Dzar, Jeviera dgn Anip ada kat Lille… mereka dari Vallenciennes (jgn dok terbelit lidah nak sebut) dan Riems.. wah! ramai giler…


atas skali: daruL
tgh tgh LtoR: wan, Jeviera, Anip, Aizuddin
depan LtoR: hakim, abuza, farid, razak..

ramai giler ok!! RAYA PUN TAK RAMAI MACAM NI!! tapi mereka singgah 30 minit je, tuan rumah (aka daruL, wan dgn Razak) tak sempat nak buat air pun (lagipun mereka datang tak bawak buah tangan pun).. muhahah… (giler materialistik aku ni)

train mereka kul 1705 ke Reims dan 1721 ke Vallenciennes..


gambar masa on da way ke train station… LtoR: hakim, anip, farid, abuza, jeviera dan aizuddin…

habis antar mereka naik train, kami ke Euralille.. Carrefour (muhahaha.. tergelak cara seserang junior sebut ni.. haha).. teman hakim beli seluar.. then beli makanan untuk masak malam ni.. beli kangkung (baca: kacang panjang), telur (10 bijik, pecah 3 bijik = biasa la, org lelaki ok!), tomato purée, kacang peas, carrot (abuza taja).. lepas tu pi beli ayam 3 ekor (hakim taja), beli santan dan daun pandan (daruL taja) juga 2 botol pepsi light (chow seong taja)

*dem harga daun pandan 3 helai 38sen euros!!! rm1.67 utk 3 helai pandan? well, kami adik beradik wan kat mesia, ambik daun pandan depan rumah, then cari bunga2 wangi dlm taman sekeliling rumah.. main main buat bunga rampai. tapi potong besar giler la pandan tu.. hahah.. kalau la(aku cakap KALAU ok) AKU kahwin dgn pompuan FRENCH, then dapat anak, AKU nak buat gak bunga rampai masa majlis bercukur.. matilah kos tinggi..


hasil yang kami masak… telur rebus lepas tu goreng, sayur masak tomato, ayam goreng dgn nasik.. dah lama ok wan tak makan nasik.. then wan satu satunya makan dlm pinggan kuning tu! ahaks.. slalu je lain dari org lain…


berdoa ok sblm makan… LtoR: Farid, daruL dan hakiM.. *matilah wan asyik snap gambar walaupun time org tadah tangan utk berdoa*

p/s: skrg kul 1138, pagi Ahad.. baru lepas habis chat dgn miruL, dia rushing nak kluar tempahkan hotel utk wan datang ke sana nanti.. make sure under UNESCO dan at least 3* ok? demand giler.. hahah.. terharu ok miruL rushing cam tu.. chatting pun laju2 je.. ;)

No Comments yet »

Next »