akhirnya tiba di France

Bye bye Ukraine, all I have now to sustain me are memories. Dan, InsyaAllah Wan akan ke Ukraine sekali lagi dalam masa – masa mendatang.

from RIX to BRU, wan sepatutnya naik Business. Tapi untuk berubah dan wan tak perlu mengambil kesempatan akibat ditaja, wan downgradekan tiket ke kelas economy. Wan bgtau abg kaunter tu yang wan baru balik dari Ukraine dan nak berubah dari terus hidup mewah. Dan benarlah kata orang, kita kene belajar hidup susah baru tau erti hidup. (tiada kaitan dengan 2 Dunia Danny XFactor) wan tak sepatutnya ambik kesempatan dengan naik business dan duduk hotel mewah walaupun ditaja.

dan dia ubah tiket wan ke economy, dpt refund tapi bile kat kaunter check in, abg tadi suruh kakak kaunter check in masukkan wan dlm business class atas sebab ‘business’. seronok bukan? mirul, thanks again. semalaman wan tidur kat airport, ambik bas last dari riga ke airport instead of ambik taxi jam 5am dan bayar 5lv (8e).. tau yg wan boleh claim, tapi buat yang paling murah, semua orang akan gembira bukan??

dan mirul, semua nasihat mirul yang baik tu wan simpan… kita tahu kita perlu banyak berubah untuk kebaikkan bukan? menunggu masa mirul ke france pula (Sejujurnya, wan berubah untuk diri sendiri dan bukannya sebab orang lain [terutamanya miruL] namun semua nasihat miruL adalah nasihat dari seorang kawan yang bermakna)


gambar last wan dengan miruL. my best friend yang banyak mengajar wan erti hidup sepanjang 2 minggu di Ukraine. Kesenangan dan kemewahan hidup di Eropah bukan titik penghujung kehidupan wan. Tiba masanya, wan terpaksa kembali ke Malaysia dan berdiri di atas tapak kaki sendiri.


check-in kat Riga. Maybe last flight in business class selagi aku bernama pelajar


tapi masih belum berubah dari perangai suka tidur melentang dlm flight. muka sangat masam bukan? eheh

dari RIX jam 7pg, sampai BRU jam 8.15 (flight 2jam 15min + one hour beza masa), kemudian beli tiket train dari Airport ke Brussels Midi, jam 0843, sampai Brussels Midi jam 0906 seterusnya TGV ke Lille jam 0925 dan sampai di Lille 1005. Semuanya ada gap less than 10 minutes. Kalau masuk Amazing Race, sure dah *u r team no one*

Masuk ke rumah. I’m alone again. daruL dan razak ke Hollands sempena sukan Malaysia. Yes, i’m alone. Kuatkan semangat, lupakan perasaan sedih, dan ingat: DS Anwar Ibrahim pun boleh hidup sorang diri dalam penjara selama 6 tahun, kenapa Wan tak boleh?

Call miruL bgtau dah sampai, kemudian call mama, dan last skali, call mama dan abah miruL. Alhamdulillah, hubungan kami semuanya semakin erat. Alhamdulillah.

Kemudian farid datang, kluar makan dengan dia. Berborak pasal pengalaman dan pengajaran yang wan terima sepanjang kat Ukraine. Dan alhamdulillah, dia akan bantu wan kalau wan tersasar dalam mencari erti hidup yang sebenarnya. More Masculine, Less Materialistic

post mortem pertama

wan skrg kat riga, latvia. flight pagi tadi agak kucar kacir. tidur sepanjang flight. mendarat dalam keadaan tak stabil kiri kanan. 2 kaki dari tanah, tapi pesawat masih ke kanan ke kiri. first time wan ketatkan tali pinggang keselamatan seketatnya. berdoa sambil tangan tepuk – tepuk kerusi menahan gegaran dalam otak. hentakan yang kuat untuk tayar belakang dan break yang agak kuat. tapi alhamdulillah selamat. syukur.

skrg wan kat CC kat Riga. nothing to do. I paid one computer for 5 hours. 1,5lv = 2e = rm10. bukak entry lama. terbaca pasal azam tahun baru. skrg dah 33% dari tahun 2006.

antara azam:
1. menjadi semakin kurus.. baru beberapa peratus berjaya.
2. menjadi lebih maskulin.. semakin jauh dan menyimpang dan hari ini aku nekad untuk kembali ke pangkal jalan. sumpah, mulai saat ini, aku akan menjadi semakin maskulin.
8. melawat Ukraine / Russia masa spring.. berjaya dengan cemerlang. full stop.

apa yang wan belajar dari miruL sepanjang kat Ukraine (sebagai best friend, dia banyak share benda penting, dan wan simpan dalam hati, seterusnya simpan di blog supaya sentiasa ingat). miruL adalah sahabat sejati yang share semua benda yang baik, untuk menjadikan kita lebih cemerlang dan berjaya dalam hidup.

1. kita perlu menjadi sabar dengan orang lain yang memandang rendah kepada kita. Terutama penduduk tempatan yang tidak menghormati kita sebagai pelancong. dan apa yang wan lihat pada diri miruL ialah: mirul berbeza dan lebih kasar berbanding di Malaysia. dengan niat: menjadi lebih sabar dan berani menghadapi orang tempatan.

2. berhati hati dengan manusia yang suka berdrama. dulu wan baca blog Adian, wan anggap drama tu sementara / dibuat buat. rupanya drama ini boleh jadi telemovie, berepisod dengan ratusan pelakon lain lain dan watak. dan sesungguhnya, wan baru faham hakikat drama sejak 12 hari lepas. (mungkin kerana wan kurang kawan melayu yang sebaya dengan wan yang berada di sekeliling wan… wan hanya ada darul, razak, kimmy dan lain lain yang jujur dan tidak pandai berdrama).. tapi alhamdulillah, miruL juga pelakon drama yang gagal :-)

3. miruL mengajar wan supaya tidak materialistik. betul cakap miruL, kami berdua dari keluarga yang berada namun kami perlu berdiri atas kaki sendiri. dan wan berjanji kepada anda semua wahai pembaca blog, wan akan menjadi kurang materialistik. bukan buang 100% sikap ini, tapi kurangkan sikap ini. insyaAllah dengan penerangan dari miruL dan galakan dari anda semua, sokongan dan doa, wan boleh berubah.

4. sumpah. dan demi kebaikkan. wan akan kurangkan merokok dan cuba untuk berhenti merokok sepenuhnya. kecuali time sosial. for me, myself and i. katakan TAK NAK!! berhenti merokok.

5. jangan tinggal solat. sebagai sahabat baiknya, miruL mengajar wan supaya jangan berharap pada manusia, dan berharap pada yang Satu sahaja. yang di atas. insyaAllah, bila kita ingat Dia dan Dia akan ingat kita.

6. kurangkan melancong. wan perlu kurangkan melancong. ya, saya ialah travelling writer tapi dalam masa yang sama dan yang lagi penting: saya adalah seorang pelajar dan saya harus belajar dan bukannya melancong.

7. jangan libatkan langsung perasaan dalam kehidupan. kalau rasa sedih, buat bodoh2 sahaja. kalau rasa happy, buat bodoh2 je, kalau rasa geram, buat bodoh2 je. simpan dalam hati sahaja. semua tu elemen2 perasaan yang perempuan selalu buat dan kita sebagai lelaki, jauh lebih baik dari perempuan (sorry miruL, wan share trick ini dengan pembaca blog, insyaAllah kita berdua dapat pahala bila kongsi benda ilmiah macam ini)

8. dan yang paling penting: masyarakat melayu tak dapat terima golongan lembut. sebenarnya dah lama wan dapat rasa: lain sangat layanan masyarakat dengan kita time kita lembut dengan time kita jadi jantan. dan apa yang patut aku buat: jadi lebih maskulin. (aku tak pondan sangat, malah tak pondan langsung, tapi aku boleh jadi lebih tak pondan.)

pembaca blog sekalian, wan mintak maaf dengan semua benda yang wan lakukan selama ini. Jika anda rasa ada yang perlu anda terangkan kepada wan dan memerlukan wan minta maaf secara khusus kepada anda, boleh emailkan wan di colmarien@hotmail.com dan bgtau wan apa yang anda rasa / terpendam di hati. wan akan rahsiakan identiti anda. ianya kekal antara kita sahaja ok? bgtau wan secara hati-ke-hati apa yang anda tidak suka tentang wan, dan wan akan ubahkannya demi diri sendiri.

kepada miruL, wan faham dan wan tak tau nak buat macam mana. Antara sebab orang menganggap kami couple ialah kerana kami guna little nicknames sebagai kata ganti diri pertama: Wan-MiruL instead of AKU-KO. tapi kami guna nama ini sejak kami first time berkenalan dan kami pernah cuba untuk tukar dari wan-mirul kepada aku-ko beberapa kali tapi tak berjaya. cam pelik giler. so, harap anda faham.

dan kepada Mama, wan mintak maaf banyak banyak. dari pihak miruL dan wan sendiri. MAMA, kami tak potong rambut. bukan sebab tak der masa tapi sebab kami tak mau, bukan sebab nak jadi anak derhaka tapi wan tak suka berambut pendek. Mama kenal wan bukan? mama kenal miruL bukan? TAPI mama, wan janji, wan akan sikat rambut ke belakang supaya nampak lebih lelaki. again, Wan akan sikat rambut ke belakang supaya nampak lebih lelaki. (ini salah satu yang miruL ajar utk wan)

disebalik kata kata

perpisahan adalah menyedihkan. walaupun ianya perpisahan yang sementara, ianya tetap menyedihkan dan patut dilalui.

ada pernah tinggal di asrama? jika ia, perasaan wan sejak beberapa hari ini ialah sama dengan perasaan kebanyakkan dari anda apabila tiba masa untuk kembali ke asrama. perasaan yang sama dirasai oleh mereka yang tinggal di negara lain, bila tiba masa meninggalkan tanah air selepas cuti musim panas tamat. juga perasaan kebanyakkan pelajar uni di malaysia bila cuti habis dan kembali ke uni yang jauh dari negeri sendiri.

ada dapat rasa apa yang wan ingin maksudkan?

anda tahu cara untuk mengatasinya?

bagi mengelakkan rasa ‘benci’ kembali ke asrama / menghilangkan rasa rindu terhadap ahli keluarga, anda akan memikirkan benda baik yang terdapat di asrama bukan? Makanan yang seimbang, kawan yang ramai, dekat dengan sekolah, tak perlu jalan jauh dan sebagainya. namun ianya bukan perasaan sebenar yang terpendam di hati. anda tentu lebih rindu keadaan di rumah berbanding di asrama.

begitu juga dengan apa yang buat semalam.

kesimpulannya.. hidup di Lille lagi best.. ada shopping mall yang lagi besar dari MidValley, mcD lagi murah (btw, wan jarang giler ke McD), ada kedai buku yang terbesar kat dunia, ada Kimmy, ada transport yang senang dan tak perlu sebut “na astonovke pazhalvsta” tiap kali nak berhenti, boleh ke Paris / London / Brussels less than 1 hour, semua orang faham my French, ada cinema besar (www.ugc.fr) dan paling best: ada daruL dan razaK!!

Tidak lain dan tidak bukan, apa yang wan tulis semalam hanyalah sekadar untuk menenangkan hati apabila tibanya saat perpisahan dengan ahli keluarga. bila tiba saat berpisah dengan kawan – kawan yang disayangi (baca: disenangi)

betul ke Ukraine teruk? Jawapan sebenarnya ialah: Ya dan Tidak. Wan tidak mampu menafikan. Maksud Wan? Wan berasal dari Kota Bharu dan wan selalu kata bahawa Kota Bharu adalah teruk. miruL berasal dari Kuala Terengganu dan miruL selalu kata bahawa Kuala Terengganu adalah teruk. faham maksud wan?

12 hari ke Ukraine. satu tempoh yang agak lama bagi sesetengah orang, tapi satu tempoh yang agak singkat bagi orang lain. dan sekarang, wan kembali seorang diri. di riga, latvia. perjalanan seterusnya ke brussels pagi esok, jam 7 pagi sebelum jangka tiba di lille pada jam 1138 pagi.

terima kasih tidak terhingga kepada kawan baik wan, Amirul Nazri. Dia adalah kawan baik wan, namun ramai salah anggap dengan mengatakan kami adalah couple. Dia lebih dari seorang kawan, dan kami adalah adik – beradik sebenarnya. kami buat benda yang adik beradik buat (kongsi duit, mengumpatberbincang pasal ibu bapa (tak nafi), berkongsi masalah yang orang lain tidak boleh tahu dan sebagainya) dan kami tidak buat benda yang adik beradik tidak buat (sumbang mahram, bergaduh sehingga putus hubungan…). Kami sebenarnya sudah tidak larat membaca fitnah buruk di tag board kami.

Kesilapan kami: terlalu rapat dan menggunakan little nickname sebagai kata ganti diri pertama dan kedua antara kami yang menyebabkan orang lain ‘pandang sesuatu’ kepada kami.

juga terima kasih kepada Pae, yang banyak menemani wan sepanjang di sana. Berkongsi masalah dan saling menasihati. juga kepada Chep, Epiq, Zam, Nookie, Nad, Aan, Fakhru, Hilmi, Shyam, Jackie, Izairi dan puluhan yang lain yang wan kenal dan pernah bebual, dan wan ingat nama dan wajah, namun tidak larat menulis nama anda. Jasa anda tetap wan kenang.

Dan wan berjanji kepada anda dan kepada semua yang membaca blog ini, Wan menjemput anda yang berada di Simferopol dan Odessa untuk melawat wan di France dan Wan berjanji akan membantu anda sepanjang di France dari segi kewangan, tempat tinggal, makan, komunikasi dan sebagainya. Terima kasih sekali lagi.

Coming soon: apa yang wan belajar dari miruL sepanjang di Ukraine.