Triple demam: AF, World Cup dan Roland Garros.
Hujung minggu ni ada cuti 3 hari.. Isnin cuti gak.. Roland Garros anyone? Hotel ditaja. hehe. Tadi layan Roland Garros kat TV, cam tak dapat feeling laa.. (baca: kene pi stadium hujung minggu ni). Tadi tengok Marc Gicquel dari France lawan Nicolas Kiefer dari Germany, nak tau result, cari sendiri la ok? (baca: France kalah) Perlawanan Tenis ini bermula 28 Mei lepas dan berakhir pada 11 Jun nanti di Paris.
Tadi juga exam english. Exam yang tak perlu buat persediaan. Smlm dah defrag otak jadi english, hari ni dah format balik kepada bahasa kebangsaan -> French.
Smlm juga aku call semua orang — Yam (tak angkat phone sbb tak bangun lagi), Kak Yanie, Whose Ni (tak angkat gak) kemudian call Abah.. Abah, Mama dan adik beradik tengah bersiap untuk ke KL. Actually abah kata mereka dah kunci rumah dan masuk ke kereta, tetapi bunyi phone, so masuk balik ke rumah.. haha.. tertunda la 20 minit perjalanan kan?
Mereka akan ke KL untuk shopping jap, then akan ke satu resort kat Air Keroh Melaka untuk aktiviti Lion’s Club selama 3 hari. Semoga selamat pergi dan kembali.
Kalau fikir balik, keluarga kami agak bertuah kerana asyik bercuti. Mama pun dah tiga kali ke KL dalam masa 2 minggu. Abah pun sama. Pergi asing – asing pulak tu sbb kerja berlainan. Well, hobi ni berjangkit kat anak mereka. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Mereka bertolak pagi Rabu dan Abah pulak kerja kerajaan… Tak lain tak bukan, sure abah pi cari MC kat mana – mana klinik. Walaupun perbuataan ini ‘salah’, tapi matlamat tetap menghalalkan cara bukan? Bila lagi nak bercuti bersama keluarga kalau bukan pada masa ditaja seperti ini?
Pesanan penaja: korang perasan tak, dalam diary hari 2 dan diary hari 3, si Faizal pakai baju sama: baju merah corak hitam dan si Lottery pun pakai baju dan sluar sama.
Ingat percutian Wan ke Grenoble – Montpellier – Millau – Toulouse – Andorra – La Rochelle tempoh har? FYI, kat France memang cuti pada hari Khamis, dan hari Jumaat lepas Wan sepatutnya ada kelas. Dan Sabtu dan Ahad akan cuti seperti biasa, hujung minggu.
Dan Wan dah mengenali Abah selama lebih 20 tahun, Wan pun reti gak pi cari MC la.. hahah.. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, bapak borek anak rintik la kan?

surat MC bertarikh hari jumaat, dan bralamat doktor di Lille sedangkan pada masa yang sama aku berada di negara Andorra, antara Spain dan France
Aku rasa bahaya giler publish benda ni. Tapi since tak der French pandai cakap Melayu or takder Melayu yang cakap French yang gedik nak bocorkan perkara ni, aku rasa selamat la kan? Hahah..
Tak per la, Wan ada ramai kawan yang bakal doktor (baca: bakal kasi MC kat wan.. sms je nanti kan?). Matilah doktor semakin tak tulus tapi demi kawan.. apa salahnya bukan? Tak gitu Ihab? Tak gitu miruL? Tak gitu Nash? Tak gitu Jhaz?