June 30th 2006
Tegur Ikhlas, Tak Berharap Hadiah
Entry ini ditulis oleh Syazwan. Diperhatikan oleh 2 orang juri pemilih pemenang untuk peraduan Peraduan Mengomen Syazwan
Terdapat 49 email secara keseluruhannya yang mengomen terhadap Wan. Ramai yang tersalah topik (memuji, menasihati, memberi pendapat yang lari topik). Kebanyakkan email adalah dari Silent Reader yang bermula dengan “Saya menulis komen ini dengan Ikhlas, tak beharap hadiah” tapi hujung perenggan akan tulis balik “pilihlah saya sebagai pemenang”. Hanya beberapa email sahaja yang betul betul mengutuk sehingga suhu bilik di musim panas ini meningkat mendadak (tak tak.. wan tak mengamuk, wan sabar sajorrrr)
Maka dengan ini, kami sebulat suara memilih
selaku pemenang Peraduan Mengomen Syazwan. Sebarang bantahan perlu dikemukakan ke blgsyzwn@yahoo.com sehingga 2 Julai 2006 jam 12 tgh mlm waktu Malaysia.
Izad Iskandar Abdul Rahman boleh dilawati di Fotopages atau Friendster (sukacita dimaklumkan, saya tidak menghubungi Izad lagi atas pemilihan ini, maka dia perlu menghubungi saya di main email untuk hadiah)
Hadiah cadangan:
- tiket penerbangan pergi balik kelas Ekonomi dari tempat tinggal Izad ke Paris / Brussels / London (atau tiket penerbangan kelas Business jika bermula dari Tanah Besar Eropah)
- tiket keretapi First Class dari Paris / Brussels ke Lille atau tiket keretapi Kelas Ekonomi dari London ke Lille
- dan melancong bersama Syazwan ke satu destinasi di Eropah dengan Pengangkutan kelas Business dan Penginapan 3* (for sure la dengan syarat jadi kameramanku… kalau bab baca peta, wan boleh uruskan)
Satu lagi, wan tak pernah jumpa Izad Iskandar.. Nanti jumpa la kalau dia sudi jumpa Wan (sbb dia pun tulis TEGUR Ikhlas, tak berharap hadiah :p). Kalau anda nak kenal dia, boleh melawat Fotopages dia ataupun Friendster dia. Kepada yang gagal, jangan bersedih. Ada hadiah untuk setiap penyertaan! Malah, cuba lagi sebab akan ada lagi Peraduan giler seperti ini. (hadiah maybe tak berubah la kot, sbb aku tak der penaja untuk hadiah lain)
Sebagai langkah keselamatan, dimaklumkan segera bahawa hotel kami nanti adalah standard / suite room dengan katil twin (dan bukannya double) ataupun 2 single room. FULL STOP.
LAgu permintaan KhaliQue . Dan seperti biasa, ini adalah lagi permintaan dan mungkin tidak membawa apa apa maksud dengan keadaan wan sekarang.
Adakah engkau
Dapat merasakan apa yang ku rasa
Tentang apa yang telah terjadi
Oh inikah suratan yang ku terima kini
Bukan salah dirimu
Bukan kau pinta semua akan terjadi
Kala hatiku mencinta
Semuakan terlukis rasa yang kecewa
Andainya kini
Dapat ku ulang semua kisah silam
Pasti ku akan menyayangi mu selamanya
Hingga akhir dunia
Tapi apakan daya
Terpisahlah jua kita akhirnya
Pengorbanan mu pada diriku
Tidak pernah aku hargai
Chorus
Sukarnya untuk merubah
Sukarnya untuk aku melupakan
Kenangan bersama telah tersurat
Ku layari bahtera ku ini
Akan ku teguh
Ingin lagi ku bersama
Ingin lagi ku peluk
Walau sesaat masa cuma
Walau di maya kau kan menjelma
Untuk bermesra
Pasti tak bisa kembalikan dirimu
Adakah engkau
Tak akan melihat diriku disini
Bukan ku rayu untuk simpati
Tapi maafkanlah
Kerna kesilapan itu
Tak kan kau lupakan
Pasti ku ubah segalanya ohh… ..
****************
Dan ini adalah gambar pada pagi ini, sebelum dapat result exam. Alhamdulillah, after another year in the Merde, wan lulus tahun ini. Maka, tahun depan wan kekal berada di France (lupa nak bgtau, kat France ni, kelas bermula Sept dan berakhir Jun… so, Jun dipanggil akhir tahun)…
Maka cuti musim panas juga bermula. Dengan banyak giler project due date dan submission yang perlu dihantar… Juga banyak schedule flight tengah menanti dan hotel yang siap ditempah. Maka dengan ini, wan akan mula berjalan esok (spatutnya mlm ni, tpai sengaja delay flight sbb nak celebrate :p).. dan dengan ini juga, wan akan lupakan AF.. ;(.. jumpa wan kat Munich 5 july nanti dan / atau kat Berlin 9 July ok? Laporan khas dari blog ini.

Dan ini adalah gambar pada pagi ini, sebelum dapat result exam. matilah muka pucat sbb terlalu takut (kalau failed, mmg balik malaysia for good laaa) dan muka juga kering sebab tak leh pakai krim

Dan ini adalah duit yang Datuk dan Datin tu kasi baru ni.. ada beberapa keping duit euro + beberapa keping 5USD tapi wan tak pernah plan nak ke US (saper nak bgtau laa)… + bebepra keping Pound Sterling.. Actually nak simpan, tapi disebabkan sekarang tgh SOLDES (sale), maka, maybe guna la duit ni untuk beli baju (dan bukan makanan, sbb makanan akan jadi shit, tapi baju boleh simpan, bila pakai baju tu, akan ingat la Uncle dan Auntie yang dipow olehkubaik hati itu)






















