July 24th 2006
Abah dan Duit

Apa yang anda fikir bila tengok pelan rumah di atas ini?
A. Rumah dlm episod 2 Dunia pd 28 Jun 2006 (Ngasrizal Ngasri)
B. Rumah typical rakyat Kelantan yang anda fikir ketinggalan
C. Rumah kelahiran seorang Menteri
D. Rumah masa wan berusia 4 tahun.
Jawapan bagi soalan di atas ialah D. Ya, di rumah itulah Wan membesar sehingga usia 4 tahun. Pelan rumah di atas mengambil masa 2 minit untuk dibuat menggunakan Paint. Namun, jika anda suruh Wan lakarkan pelan rumah sekarang, Wan akan mengaku kalah! Kerana rumah sekarang agak besar, dan sangat kompleks, beraras aras dan wan sendiri tak ingat pelan dia.
Wan selalu juga terfikir bahawa Wan pernah tinggal di dalam rumah seperti pelan di atas itu. Dan Wan selalu terfikir bagaimana Abah dan Mama boleh mengubah dari rumah di atas kepada rumah sekarang. Kami berpindah ke rumah baru pada 1988. Wan masih ingat lagi, bermain mainan di ruang yang kecil itu (kanan bawah) dengan Ije, my younger sister. Wan masih ingat lagi Tandas yang berada 7 meter dari rumah ini. Dan mandi di depan rumah (tidak ada tandas ataupun bilik mandi di dalam rumah ini). Sekarang ini, rumah kayu ini telah pun hancur. Rasanya sejak wan berusia 15 tahun, rumah ini hanya tinggal tiang dan beberapa bahagian dinding kayu yang menanti runtuh. Bayangkan kalau family Wan kekal seperti tahun 1986 (wan lahir pada 1984), di manakah kami akan tinggal sekarang?
wan dapat rasa, kalau Wan bgtau pasal rumah tersebut kat adik Nor, dia sure tak percaya.
Wan sendiri tidak pernah mengambil tahu tentang apakah yang Abah dan Mama buat untuk mengubah pondok kecil ini kepada teratak yang kami diami sekarang. Namun Wan pernah dengar suatu ketika dahulu, Abah pernah berkata: “Sebab Abah menjadi Kaya ialah sebab Abah ada Anak – Anak (us)”. Satu ayat ringkas, yang pernah ‘menikam’ hati wan kerana yang kita tahu, masyarakat diterapkan dengan kata – kata “Sebab Abah menjadi miskin ialah sebab Abah ada Anak – anak (them)”. Alhamdulillah. Mungkin ayat ini yang membezakan pemikiran Abah Wan dan Abah orang lain.
Satu lagi perkara yang berlainan pada Abah Wan (dan Mama juga) ialah kami dibenarkan berbicara pasal “duit” di meja makan. Tiap kali waktu makan, kami boleh berbual benda yang berkaitan dengan duit: pasal syarikat (Restu Jaya, kebun getah di Chalok.. ), pasal kereta (beli baru, baiki..), pasal pelajaran (masuk kelas tuisyen, upah cikgu..), pasal agama (sedekah lembu kat masjid..), pasal holidays (location dan hotel mana..), pasal kampung (beli tanah baru, baiki jambatan dlm kampung..), pasal shopping (i love this one coz semua just tolak troley dan mama ready utk bayar je) and so on… memang topik utama tiap kali kami anak beranak di meja makan ialah pasal benda yang memerlukan duit
Namun, jika anda tengok carekarama Melayu, kebanyakkan dari masyarakat kita cuba menjauhi topik DUIT di meja makan. Apabila si anak berkata “Abah, cikgu tanya pasal yuran SPM, hujung minggu depan tarikh akhir bayar. Angah sorang je lagi yang tak bayar lagi” dan akibatnya, si Abah akan kehilangan selera makan, akan basuh tangan, dan duduk di tangga rumah sambil menghisap rokok daun dan termenung jauh.Adegan seterusnya ialah Si Abah bertekad berkerja kuat keesokkan harinya, namun mati dilanggar kereta selepas penat bekerja atau kemalangan di tempat kerja
Adakah anda perasan bahawa pada 10 tahun lepas, terdapat dua subjek tabooooooo yang tidak diajar di skolah. SEX dan DUIT. Namun sekarang, SEX sudah diajar di sekolah, hanya tinggal subjek DUIT yang tidak diajar di sekolah. Adakah anda perasan? Dan subjek duit ini HANYA diajar oleh IBU BAPA anda sahaja di rumah. Namun hakikatnya, apa yang orang miskin dapat ajar subjek ini kepada anak mereka selain “Belajar rerajin, dapat kerja terbaik”?. Siapa yang perlu dipersalahkan? Sekali lagi wan bgtau, Wan selalu terfikir tentang rumah lama kami.
Oleh kerena subjek DUIT tidak diajar di skolah, gurunya hanyalah Ibu Bapa kita sendiri. Begitu juga dengan Wan. Ada setengah ‘guru’ yang langsung tidak mengajar, ada sesetengah ‘guru’ yang mengajar sepenuh hati. Oleh kerana parents Wan mengajar sepenuh hati, maka Wan cuba menyerapkan topik ini di blog untuk dikongsi bersama, namun, bagi yang tidak pernah diajar oleh Ibu Bapa mereka mengenai duit, anda mungkin mengaggap entry sebegini sangat taboooo.
Wan selalu terfikir betapa bertuahnya kami adik – beradik. Mengambil contoh Ime, pada usia 17 tahun, Abah dan Mama telah mengajar dia bagaimana mengurus sebuah syarikat cyber cafe. Walaupun ialah bermodal rendah, less than RM20k, namun untuk memberi pelajaran dan pendedahan kepada seorang anak yang berusia 17 tahun, Wan dapat rasa ialah satu permulaan yang baik. Dengan modal yang disediakan oleh Abah dan Mama, Ime-lah yang bertanggungjawab untuk memilih dan membeli komputer, meja, speaker, modem, router, aircond dan juga promosi. (Wan juga penasihat dari jauh, tapi Ime yang mencari dan membeli komputer). Walaupun ada beberapa keputusan yang tidak tepat pada Wan (beli speaker mahal, modem mahal tetapi meja simple), namun Wan anggap itu pelaburan yang dibuat dan difikirkan betul oleh Ime (dan dibantu oleh parents.. ).
Lupakan pasal itu. Berbalik pada topik asal. Abah juga pernah kata “Abah jadi kaya sebab Abah takut jadi miskin dan bukannya sebab keinginan untuk menjadi kaya“. OH. Abah selalu cerita yang dia dilahirkan dalam keluarga miskin, berjalan kaki 5km ke kelas tiap hari, naik turun bukit, lalu sawah bagai… Cerita ialah cerita betul, sebab Abah selalu tunjuk rumah keluarga dia dan juga sekolah dia. Agak jauh dan memang jauh. Kalau fikir balik, terlalu jauh abah ‘terpesong’, terlalu jauh abah berubah. Wan tabik abah Wan. Wan tabik Mama Wan. Dari sebuah motor DD 7289 (tak ingat sgt, sbb 4 angka, tapi betul kot?), kami dah terlalu jauh terpesong sehingga pernah adik Nor cakap: “Mana perasan Ije ambik Nor kat tuisyen (waktu malam), sebab tak pernah nampak pun kereta tu (kat rumah kita)”.
Namun yang paling Wan kagum ialah sikap pemurah Abah dan Mama (seterusnya berjangkit kat kami adik bradik). Mama selalu bayar lebih tiap kali beli satu benda. Bila kami tegur, jawapan mama simple: “Kalau dia bayar kita utk buat benda tu, kita tak leh buat”. Contohnya bila beli ikan RM8 sekilo, mama bayar RM10 dengan alasan Kita Tak Reti Turun ke Laut Sendiri. Terlalu kerap sebenarnya wan dengan alasan ini, dalam telefon pun sama. contohnya bila mama tempah langsir dan cadar mahal, bila wan kata “Tak ke mahal tu mama?”, mama akan reply dengan jawapan: “Kalau kita jahit sendiri pun, memang tak dapat”…
Cukup la kot coretan tak ada hala tuju ini. Cuba WAN sangat berterima kasih kat ABAH dan MAMA sebab ajar pasal DUIT di rumah. Dan juga mengajar hakikat permainan dengan duit: Dapat duit, kembangkan, dan belanja duit asas. Dan bukannya dapat gaji hujung bulan, tengah bulan depan dah abih.
Seperti yang anda tahu, Abah dan Mama Wan bekerja dengan kerajaan.














