Archive for August, 2006

August 23rd 2006

Anda tersilap blog?

Anda tersilap blog?

Tidak.

Ini template percubaan sahaja.

Suke atau tidak suke?

Tinggalkan vote dan komen anda. Pendapat anda diperlukan.

-wenkt-

p/s: saper ada link blog dia, tolong bgtau wan.

p/s/s: saper nak guna Torrent Malaya tapi takder org utk menginvitenya, boleh bgtau wan.

p/s/s/s: lain lain, tinggal di komen.

p/s/s/s/s: haha.. kembali kepada template asal. Wan tau ramai yang susah nak baca, ramai kata kena highlightkan tulisan guna mouse, baru boleh baca kan? haha.. me too! wan pun highlightkan tulisan baru baca.. haha

No Comments yet »

August 23rd 2006

If you don’t mind to share…

SUprise! Dapat 3 email dari 3 orang berbeda pada hari ni, bertanya satu soalan… “If you don’t mind to share, bgtau la apa produk guna utk rambut?”

Aiyoh. Wan dah terbuat press conference pasal rambut ke? tetiba je cam heboh satu malaya ni. Apa pun, wan share la apa yg sempat. sbb malas nak snap2 gambar, tapi tetap tak nak melukakan hati peminat. chee (ayat mengalahkan pelajar AF)

ambik la ni. kat sini takder petua pakai lidah buaya bagai. takder urang aring. takder gingseng + telur + madu laa… melekit ajor!

ok la. Tiada Rahsia. wan mmg pakai perm gel. jenama Unique.


nampak tak besar besar dia tulis Professional Use Only. bermaksud wan ni professional *larik*


ni lak ialah mesin untuk straightkan rambut. dapat as hadiah birthday tapi tak tau dari saper. sampai skrg takder saper yg nak mengaku. urghh


ni lak sikat rambut kesayangan wan. ada seorang doktor dari Rosecoman, Ireland kasi pada Dec 2004. Dah lebih 20 bulan wan pakai sikat ni. rasanya dia ambik percuma dalam MAS kan?


sbb bosan; wan tgk balik gambar lama. ni gambar pada 28 Mac lepas


ni lak pada 13 April. Panjang gak rambut dulu. Tergelak sendiri biler teringat ada rambut panjang. Tak rimas ke?

Untuk shampoo dan conditional dan juga hair masque dan juga sculpt sublimeur, wan pakai Kérastase Bain Satin no 3. Harga barangan tempatan ni sure la lebih murah dari harga kat Malaysia. Sokong barangan tempatan

Well, wan kan minat oren. Juga Wan kan metrosexual. Tak pelik la kan?

No Comments yet »

August 22nd 2006

selepas 10 tahun

Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

Inilah lirik lagu Jerat Percintaan. Lagu inilah yang menaikkan Siti Nurhaliza. Selepas 10 tahun Siti Nurhaliza mulai popular dengan lagu ini pada Juara Lagu 1996, barulah maksud sebenar lirik lagu ini berjaya diungkapkan dan baru kita mengerti.

Kita harapkan wajah masam ayah Siti Nurhaliza pada majlis pertunangan dan perkahwinan anakandanya adalah disebabkan kesedihan untuk berpisah dengan anaknya.

Kita harapkan wajah sedih ibu Datuk Khalid pada istiadat menyarung cincin pertunangan adalah disebabkan keletihan.

Kita doakan mereka bahagia. Amin.


3. Dua pasang penyemat lengan baju berjenama Louis Vuitton

p/s: wan tak faham iklan Merdeka Petronas yang pi menjala ikan kat laut tu. Apa terjadi akhir skali? Saper yg jatuh laut tu? Saper boleh explain?

No Comments yet »

August 21st 2006

Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan

Senarai hantaran pertunangan

Pemberian Khalid kepada Siti Nurhaliza, lima dulang hantaran bertema Adiwarna. Kesemua dulang hantaran dihiasi menggunakan daun mengkuang serta songket tenunan Terengganu.

1. Bunga rampai beserta sebentuk cincin tunang berjenama Bvlgari
2. Seuntas emas putih beserta loket yang tertera nama Allah SWT yang ditempah khas dari Mekah
3. Manisan
4. Kain telekung serta sepasang jubah dari Jeddah
5. Tepak sirih

Pemberian Siti kepada Khalid, tujuh dulang hantaran bertemakan Sanggar Bayu. Kesemua hantaran baralaskan dulang perak yang melambangkan personaliti Khalid sebagai ahli korporat.

1. Songket serta kain persalinan untuk baju Melayu.
2. Wajik yang dibawa khas dari Kuala Lipis oleh keluarga Siti
3. Sebiji kek
4. Sejambak bunga mawar kuning
5. Sejadah
6. Al-Quran dihiasi dengan beberapa kepingan wang kertas
7. Tepak sirih

Senarai hantaran perkahwinan

Daripada Khalid kepada Siti, tujuh barang hantaran diletakkan di atas dulang emas bertemakan Azimat Cinta:

1. Seutas ramai bersama loket berbentuk hati dengan seutas gelang berlian berjenama Chopard
2. Seutas jam tangan daripada Roger Dubius yang diukir perkataan ‘Love’
3. Sepasang kain lace berwana cokelat bermanik
4. Sebuah beg tangan berwarna putih berjenama Louis Vuitton
5. Wang hantaran RM30,000 yang dibalut kain berwarna krim
7. Sebiji kek berwarna putih.
8. Makanan kegemaran Siti — strawberi bersalut cokelat.

Daripada Siti kepada Khalid, sembilan barang hantaran diletakkan di atas dulang perak bertemakan Sebenar Cinta:

1. Sebentuk cincin berjenama Audemars Piguet
2. Tali pinggan berjenama Baroni
3. Dua pasang penyemat lengan baju berjenama Louis Vuitton
4. Satu sut kot berjenama Cerimonia
5. Satu set butang baju Melayu perak
6. Seutas jam tangan berjenama Richard Mille
7. Sebiji kek dihiasi sekeping gambar pasangan pengantin baru itu.
8. Bunga rampai
9. Sepasang baju Melayu.

*********

So mananya cincin 500k tu?

No Comments yet »

« Prev - Next »