Archive for October, 2006

October 30th 2006

Jamuan Raya Grenoble, France

Saper kata kalau duduk overseas tak leh balik kampung? RUmah mak mertua wan kat Grenoble, maka tahun ni balik kampung orang tersayang la. opss (takder saper2 pun, sekadar nak guna istilah ‘balik rumah mak mertua’)

Hehe. Kami 14 orang dari Lille, dengan dua biji Opel Zafira, menuju ke Grenoble pada jam 19 pada 27 Okt 2006 dan kembali ke Lille pada 29 Oktober 2006. Kami bertolak waktu malam, maka takder sangat la kereta kat lebuhraya. Jarak antara LIlle ialah 809km dengan 806km di lebuhraya. dan ianya mengambil masa.. erkk.. rahsia!


peta laluan kami. dari lille ke grenoble.


gambar sebelum bertolak selepas dapat kunci kereta…. ngantuk gak sebab kelas baru abih :(


sempat posing walaupun di tengah2 malam..

majlis bermula pada jam 14 pada hari Sabtu, hingga jam 20… mereka sewa satu restoran ini. Masakan smeuanya masak sendiri.. malah mereka masak satay daging (tak leh imagine betapa tabah mereka menyucuk daging kat lidi itu)… Semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah mahupun drama. Persembahan dari setiap bandar juga berjalan dengna lancar walaupun tiada persediaan yang rapi. Malah kami siap ubah lirik “balik kampung” kepada “balik grenoble”.. hahah.. kelakar giler tapi seronok bergalak… rasanya wan yang paling over dan rasanya dimeyampahkan oleh ramai orang. hahha..


akulah spoiler dalam majlis ni.. sbb pakai jean koyak2 :(


ketibaan tetamu .. chee (matilah Citroen c5 sekadar untuk angkut lauk)


ketibaan rendang, soto yang best giler dan satay (cam muak lak makan satay situ sana sini)


majlis dibuat kat dewan yg agak luas, muat untuk 50 orang kami dari seluruh France.

Majlis ni pada hari sabtu, kami tiba pada tgh malam hari jumaat tu… kemudian 8 orang tidur dalam satu rumah.. selamba kadak… 4 orang atas katil, 3 orang atas lantai dan tuan rumah tak tdo! hahah.. actually terplan nak ambik hotel gak, kebetulan ada hotel Mercure kat sana, tapi cam bersalah lak biler kekawan ramai kat sana, tapi tidur kat hotel kan?


sambutan di pintu masuk.. tuan rumah hanya 8 orang, manakala kontinjen Lille seramai 14 orang! pintu masuk ibarat nak masuk meminang..


kontijen Lille… wan siap bercekak pinggang lagi…


junior Pekom (Petronas + Telekom)… semuanya rapat dengan wan :)


penat hingga mengaru leher.. oh ya, satu badan wan gatal sejurus selepas mandi sebelum majlis bermula.. tak tau apsal, dah cover dgn krim tpai tetap nampak merah ;(

Semua ibarat sakit sakit pada hari raya keenam ini. Sakit gatal muka, sakit demam dan sakit tiada suara (suara merdu jadi suara Ella)

Superstar dan peminat.

Tidak sah kalau tidak bergambar dengan peminat (booo boooo)… Saya tidak mahu jadi macam mawi, tak mau bergambar dengan peminat. opss


Jepp et moi…


Asma’ et moi….


erk. ramai – ramai et moi….


Luk et moi…


dah nak masuk maghrib dah.. kami kat sana dari kul 14 hingga 21…


minum bersama dengan Kamil dan Ali. Belajar cara pegang gelas dengan betul.

Perjalanan Balik ke Lille..

809km ke Grenoble, bermakna sekali lagi 809km kembali ke Lille. Kami bertolak pulang pada jam 11 pagi, pada 29 Okt dan sampai kat Lille beberapa jam selepas itu.


yeah.. dah nampak tanda jalan ke Lille… yuppy yuppy… tak sabar nak sampai lille dan nak tidur atas tilam sendiri..


hanya pilot dan co-pilot yang masih di dunia nyata… sambil layan lagu mp3 melayu yang difrenchkan..


memandu sambil bergambar.. jgn risau, rekod wan stakat ini masih 240km/j guna s55 di jalan Binjai – Beris Kubur Besar dan 225km/j guna 520d di jalan Peringat – Jelawat.

Ucapan terima kasih


Zeff dan Peon… senior wan kat Lille. Gambar ini ialah gambar terbaik sepanjang trip ini.


bekas pelajar yang pernah berada di Colmar masa persediaan bahasa French… gambar hitam itu dibuat oleh orang lain.


terima kasih kepada semua yang sudi berkumpul di Grenoble, menenggelamkan majlis Hari RAya anjuran UMNO di Angouleme yang hanya dihadiri oleh 30 orang.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli dalam kontijen Lille: Zareef, Kimmy , Zeff, Peon, Teoh (pelajar MMU yang buat praktikal 3 bulan di Lille), Eijas, Ajib, Anip, Mat Nor, Razak, Ann, Jepp dan Aizuddin. (dari Vallencienne)

Sambutan raya seterusnya: Lusa!

P/S: Wan ada entretien esok (temuduga) untuk praktikal.. doakan kemudahan untuk bercakap french tanpa kekok. Juga mahu away ke.. erk… tunggggguuuu…

1 Comment »

October 27th 2006

Rumah Terbuka Aidilfitri 2006

Rumah Terbuka Aidilfitri 2006 selamat diadakan dari jam 5 petang hingga 12 malam di rumah wan. ahaks. Bukan wan yang menganjurkan, tapi senior, cuma rumah jadi tempat berkumpul je la. Jumlah yang datang ialah semua bebudak Lille, seramai 17 orang dan 3 orang dari Valencienne, 70 km dari Lille. Tak sangka lak mereka datang. Ajak baru ni cam ajak2 ayam je. tapi bagus la meraka datang, dah la lama tka jumpa, boleh gak abihkan lauk. ahaks.

Semua bergotong royong sejak beberapa hari lepas. Yang potong ayam / ayam belanda dan perap satay dan berkerja sejak beberapa hari lepas bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Tu pun lontong dimasak jam 7 malam untuk makan jam 9 malam.. good job kat Jepp.. tanpa dia, tak makan la lontong itu.

Tak rasa beza pun raya kat Peranchis dgn raya kat Malaysia. Cuma kami tak der la pi malawat kubur pada pagi raya. Wan tergelak biler dapat SMS, “apa korang buat pepagi raya, tak pergi melawat kubur ke?”… Kubur saper la nak pi malawat erk?

apa pun, exam maths pagi tadi wan suka giler. cam best je buat. lancar! alhamdulilllah.

actually tak larat, tapi wan akan bermula cuti esok. kalau wan tak upload skrg, maknanya minggu depan la baru upload sbb dah plan untuk away (eleh, cam tak biasa lak) dari Lille. Jumpa lagi ya dik non!

GAmbar Majlis Rumah Terbuka


saper kata kat Perancis tak der satay? Kat mesia pun makan nasi dagang je.. kami siap ada satay, buat banyak giler sampai tak abih. hahah


sedap! kalah satay haji samuri kajang tu…


test satay sebelum orang lain sampai. tak aci tul.. (just nak make sure betul betul masak je)


lontong. JEPP yang buat. tepukkan untuk dia. Resepi ambik di sini.


tetamu dari Valencienne .. Zarf (bukan Zarf Lille) dan Zayd. Yg tengah tu ialah Johan, housemate wan.


masa makan! nampak tak air bandung tu? Kimmy yang buat.


yang sini mengumpat. yang sana mengambil gambar.


wan suka gambar ini. cam sultan mencemar duli bersalam dengan anak yatim masa majlis raya.

Seriously tak larat nak update. haha. tapi lagi kesian kat yang datang dari Valencienne.. sebab mereka terpaksa ambik train kul 6 pagi esok, sebab ada kelas kul 8.30 pagi. wan still boleh bangun kul 8 pagi untuk kelas kul 9.. tu pun dah penat gak. tak bersyukur betul… lagipun esok kelas sampai kul 16 je, kul 19 dah nak away dari Lille. Doakan keselamatan perjalanan kami. Kesemua 14 pelajar Lille (kecuali Ali, Toh dan Syazana) akan bergerak konvoy dengan dua buah kereta Opel Zafira untuk pergi beraya….. raya kan sebulan beb!

Di sebalik tabir Rumah Terbuka Aidilfitri

Tidak sempurna sesuatu majlis tanpa kerjasama dari pihak – pihak tertentu. Semua turun padang untuk menjayakan majlis ini (baca: 90%). Dari proses buat air, pecahan tugas memasak, beli barang, cari sayur (fucuk, tauhu, tempe, serai, suhun
kimmy dan nasi himpit kegemarannya.


satay sebelum dibakar. rempahnya adalah bancuhan yang wan buat.. santan campur perencah siap :)


semua bertugas bakar satay. paling vast ialah Ajib dan Farid. sabar menanti. Masakan tradisional satay tak hilang wangi dan sedapnya walaupun menggunakan pembakar elektrik.


hanya turun padang untuk 5 saat, untuk ambik gambar je. hehe


proses pembakaran satay yang rupanya ambik masa gka.. thanks Ajib!


fucuk (baca: bucuk) jatuh atas lantai dan dipijak2. kemudian ali dan Jepp tolong kemaskan. thanks


mengatur plan untuk esok. takder songkok, maka rambut pun berpacak la.


budget travel esok. juga duit raya untuk budak2, tapi takder pun budak yang datang. :(


siap tampal kat dinding lagi planning. Proposition pembahagian orang dalam kereta, jadual persembahan dan bil internet!


ali. pose untuk anda. hahahha larik


penat. bukti Jepp memasak.

fuhh.. esok kelas C kul 9 hingga 12. Then kul 14 hingga 16. Lepas tu cuti selama seminggu. Jumpa lagi minggu depan! dan selamat bercuti

2 Comments »

October 23rd 2006

kami dah abih raya. anda baru nak start? ;p

kami dah abih raya. anda baru nak start?

hehe. Kebetulan kami raya awal sehari dari Malaysia, raya sesama dengan UK. Dah la kami puasa lewat sehari dari UK. ishh, maybe anak bulan tu kuat menendang, tak sabar nak keluar dari kandungan ibu katanya.




selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari syazwan.

Kepada semua yang berada di Lille: Zeff, Peon, Ali Imran, Jepp, Ann, Farid, Zareef, Kimmy, Eijas, Razak, Ajib, Matnor Johan, Anip, Syazana, Chen Chou, Teoh (matilah aku tak jumpe lagi).. (giler aku mengira nama untuk mencukupkan 17, rupanya nama sendiri terlupa!).. Selamat Hari Raya secara peribadi daripada Wan… Maaf Zahir dan Batin.. Datuk Bandar buat rumah terbuka Khamis ni kat rumah dia (baca: bilik wan)… Datang jangan tak datang.

semalam kami dah buat takbir kat bilik wan (tak tak, wan tak masak utk ramai ramai, buat takbir je).. solat isyak reramai n takbir. dah la masa solat tu lupa tutup handphone, rancak je lagu Stars Are Blind tu.. ni Anuox la ni.. gedik je nak call time aku beribadah. cheee… sorry ye kekawan. Kemudian sesi ‘aku mintak maaf dgn ko’, ‘ko mintak maaf dgn aku’, ‘aku maafkan ko’, ‘ko maafkan aku’ dengan semua adik beradik wan di sini... heheh.. so, entry dua hari lepas dah tak valid kot. ahaks.. entry dulu terlebih emosi je katanya Alhamdulilah. alahaii, kitaorang ini semuanya cam satu keluarga… bak kata pepatah, sebusuk busuk daging, dibasuh, ditelan jua. kan? korang, sorry la erk pasal entry 2 hari lepas. terlebih emosi katanya.

Hari ini hari raya (Isnin). kelas start kul 10. Tapi kul 7 pagi la my lil bro Zareef tu tegur kat MSN pasal solat raya. hehe. Then kul 7.50 pg, dia dah siap mandi bersugi bersikat bagai. aku masih lagi mamai baru bangun tidur. tu pun sempat ucap selamat berhari raya. hahah… actually solat raya kul 9 pagi, tapi si Farid kata nak jumpe kul 0815.. ahaks.. tapi kul 0840 baru la nak kuar rumah. hahah.. wan sendiri pun dah tak larat nak tgk handphone, beratur panggilan dan sms masuk.. sabar je la.. tunggu aku free skit, aku baca n balas la (actually baca n balas masa takbir raya.. hehe)

Maka kul 0840, wan dan zareef pun pi la solat…. jumpe dengan Kimmy kat Metro.. muka punya la masam sbb kami lewat (haha).. lepas tu masuk dewan (Lille Grand Palais).. dewan ini actually tapak expo, boleh disewa la… dari Expo untuk students, expo untuk syarikat, concert, Salon Erotica (Sex Expo), hinggalah kepada sembahyang raya.. terharu sungguh. imagine la, dari segenap Lille datang ke sini untuk solat reramai.. dari yang tak pernah kenal, kepada yang pernah benci (yup, aku mmg anti skit dgn bebudak *bara* tu)



penuh dewan katanya. tak sangka lak ramai Islam kat Lille ni.

ingatkan solat kul 9, tapi kul 10 pun baru terhegeh hegeh tetamu masuk. Adeii. then kasi lak 3 orang tetamu tu kasi ucapan (datuk bandar lille, datuk bandar Marcq-en-Baroeul dan datuk bandar Villeneuve D’Ascq). Selamba je mereka jadikan tempat tu sebagai medan politik, siap bagi salam lagi sebelum kasi ucapan. adeii.. Kelas kul 10, maka automatik ponteng la. DAH LA kelas math, DAH LA khamis ni exam maths. DAH LA menuntut ilmu itu wajib, DAH LA solat raya itu sunat. DAH LA, jgn bising!


menu raya. roti kering, dah la kene sapu jem sendiri. nak nasik dagang, nak rendang ayam, nak satay, nak lemang panas dalam buluh, nak raya dgn family!!
zareef et moi. mana ada kami gaduh? saper yg reka citer tu? cubit mulut kan!
my lil bros, Zareef dan Kimmy… juga your majesty. ;)


masam je semua. tgh pikir cara reka alasan kat doktor. gambar ni cantik sbb berbaju melayu, pull dan jacket. 3 lapis lagi!


ok dah happy balik dah. idea bernas dah jumpe. matilah doktor ditipu bulat bulat.


persetujuan MoU dicapai untuk berkerjasama dalam mencari MC.


siap melompat – lompat lagi biler idea bernas diperkemaskan.

Maka, abih solat, bedal skit lagi makanan dan balik ke rumah. ambik surat Insurans, withdraw 80 euros, kemudian jumpe doktor untuk cari MC (macam abah selalu buat). Punya la otak geliga dengan Kimmy, pi cakap kami buat Sushi sendiri semalam, makan dan muntah2, telan panadol dan pagi tadi terus sakit perut.. ulang alik toilet tiap 10 minit..bak kata Zareef, saat itu merindui pil Chi Kit Teck Aun (tak terfikir pun, sbb kami tak sakit pun).. Maka dapat 1 hari MC.. hehe..

MC ada, apa lagi? wayang la jawapannya. eh tak, pi raya la. pi rumah ini, rumah itu, kumpul duit raya. test kuih sini, test kuih sana. waaaaaa.. aku merindui Malaysia. Dah ada MC, kami pun pi beraya kat kedai makan.. Punya la order benda sedap, tapi hampeh.. (tu la, suka sgt order benda pelik pelik, lepas tu tak sedap n nyersal). Lepas tu buat lawatan muhibah ke semua kedai pakaian kat Lille. mencari Le Pull katanya… balik rumah dan lepak… duit tinggal 9 euros.. adeii..


inilah menu pagi raya. sikit giler. nyersal. dah la 31 euros abih. tak per tak per, hari raya.

Hari ini happy gak la. dah la tak der kelas (baca: ponteng kelas berMC), kemudian mintak maaf kat semua orang. nampanya semua cam Ikhlas je saling memaafkan.

Esok kelas kul 8 pagi hingga 8 malam. Tak der la MC dah. Lusa kelas sampai kul 4 ptg. Khamis exam. Lepas tu buat rumah terbuka. Hari Jumaat nanti pack barang, dan balik ke rumah mertua la jap kot. (lokasi? cari sendiri. dah kasi klu tu :p)

P/S: family buat rumah terbuka kat Kelantan pada raya pertama.. Datang la ke rumah wan ok. Makan A&W dan nasik dagang katanya. Rumah kampung, cam biasa la, hidang air sirap rose je. kesian ime penat penat angkat air coca cola 12 karton dari KB Mall tapi dituduh buat air sirap rose dengan air paip je.

No Comments yet »

October 22nd 2006

France Raya Isnin.

La date de l’Aïd El Fitr a été fixée au lundi 23 octobre 2006. Tarikh hari raya aidil fitri ditetapkan pada isnin, 23 Oktober 2006

Le président du Conseil français du culte musulman (CFCM), Dalil Boubakeur vient de communiquer la date de l’Aïd El Fitr qui a été fixée au lundi 23 octobre 2006.

Nous vous présentons à cette occasion tous nos voeux

Aidkoum Moubarak !

- moi, penyimpan besar mohor Raja Manuel Portugal di Peranchis

P/S: Kepada orang Malaysia, selamat meneruskan ibadat puasa. Kami raya dulu ya! still menjemput semua orang ke Lille pada hari Khamis ini untuk majlis raya.

Kepada Kimmy, selamat pergi kelas dari kul 8 pagi hingga 1730. Wan punye kelas esok start kul 10 pagi, hingga 16. Inipun dah plan nak tdo tanpa tutup tingkap, biar sejuk, esok selsama, pagi pagi jumpe doktor, dapat MC. yeah! Sekarang ni pun hujan, kalau buat plan ni, menjadi je! haha. Nasib baik raya bukan hari Selasa, sebab hari selasa aku start kul 8 pagi hingga 8 malam! sorry erk kimmy, utk hari raya, aku lebih bernasib baik.

Bak kata Kimmy: Pakcik ni kerja 3 kali setahun, and tiap kali, tak sampai 1 minit pun keluar TV (54 saat setepatnya), tapi boleh dikatakan semua orang Melayu kat Malaysia kenal dia. Tabik aaa. Video ini dari youtube, aku gak yg uplaod. nak harapkan org mesia upload, cam slow je.. aku gak la yg upload. hahah

No Comments yet »

Next »

  • Search

  • Archives

  • Nuffnang

  • Blog stats