
pembuka bicara.. gambar papadam minggu lepas…

oranges kat pasar… beribu ribu lemon….
Oh yeay.. semalam antara hari paling best.. Habis kelas kul 12 tgh hari (yup, Sabtu).. kemudian call Teo dan kami sesama makan kat RU (Resto U, kebetulan bukak hari Sabtu).. Afta that, pi Carrefour, beli gel rambut baru dan barang makan kat rumah.. fuhh.. Kemudian beli return ticket to Amsterdam dan balik ke rumah jalan kaki.. oh ya, sebelum balik rumah, singgah shopping kat H&M tapi tak sanggup nak beratur masa nak membayar, cancel je la.. pi La POste ambik surat berdaftar.. dan oh yeay.. dapat surat dari Mama.. TAk der apa pun actually, sekadar sepasang contact lens warna Gold Rush (opss.. tersasul The Apprentice lak).. actually warna Pure Hazel laa.. ahaks.. maka sepanjang tiga bulan mendatang, warna mata wan ialah Pure Hazel la.. thanks kat Ije yang membelinya dan Mama yang mengeposnya.

oh yeay.. Pure Hazel utk 3 bulan.. thanks mama dan ije.
Balik rumah dan keluar balik.. Kali ini keluar sorang diri dan janji jumpa dgn Ann dan Syazana kat Cinema UGC. Kami bertiga tengok citer 007… Casino Royale.. Not bad laaa.. Mr White kan? hehe… Tapi sepanjang citer, kami actually tak tgk sangat citer tu, tapi lebih kepada mengunyah daging saudara sendiri yang telah mati (baca: mengumpat). Mengumpat sesama lelaki dan mengumpat dengan perempuan ada bezanya. Maybe sebab perempuan tau etika mengumpat. Citer Casino Royal tu pun panjang gak, lebih 2 jam.. Penat mulut mengalahkan pelakon. Tak naik cramp je mulut tu.. .. Ahaks.. Abih citer pun, sambung lagi… banyak rupanya topik yang terungkap. Bukan mengungkit tapi berbangkit katanya. Hahah.. Gigih berjalan tanpa arah kan? Dah la, bangga lak bercerita pasal mengunyah daging saudara sendiri yang telah mati ni..Actually sbb jarang berkumpul dgn girls ni (rugi peon tak join), maka skali skala jumpa, semua cerita keluar la (termasuk cerita yang lelaki tak leh tau)… Then kami tgk marry go round yang cover tu, tapi penat menunggu cam tak best je, last last balik ke rumah je..

meja yang berserabut? weekend maa!! maka main game Flight Simulator dan baca blog at the same time la..
Dan mlm semalam, untuk makan malam.. Wan dan Teo masak rice porridge.. then masak lauk asing asing.. telur dadar yang penuh dgn bawang merah, sausage masak sos sendiri dan gak lauk lauk lain… Dah lama tak makan porridge, cam orang sakit kat hospital pulak kan? ahah.. Makan sambil layan Sin Chan.. wah… happynyer.. Teo bukan setakat pelajar MMU yang buat pratikal di ENIC (Ecole Nouvelle d’Ingénieurs en Télécommunication), malah buat pratikal di rumah wan (smlm dia basuh pinggan, dan kemas bilik.. haha.. thanks!)..

fuhhH…. makan malam yang best… porridge yang panas.. cuma kurang kangkung goreng dgn sos tiram yang panas… dgn kailan ikan masin gak.. juga telur seribu tahun.. :p
Dan pagi tadi, kami ke pasar.. beli ayam je.. dan ambik gambar.. pusing ikut kedai jual bunga dan gak di kawasan sayur…

superstar beli ayam.. ahaks… best giler kedai ni, beli 3kg pun dia kasi harga 1.20euros sekilo dan siap potong kecik kecik.. (then wan kasi la 50sen sebagai tips)

Ikan Sebelah / Sisa Nabi / FlatFish.. wan jarang jumpa ikan ni kat Malaysia, maybe tak sesuai untuk dimakan… perhatikan sebelah berwarna coklat, dan sebelah berwarna putih, dan kedua dua mata di sebelah kiri (bahagian coklat)
Teo cakap: ikan ini flat dan tinggal di dasar laut, sentiasa bersentuhan dengan tanah dan bergerak cam stingray (dem, apa in Malays?? yang macam ‘ikan tukka’ tu, dekat 20 min aku pikir tapi tak jumpa)..
Wan cakap: Rasanya dalam sejarah Islam, ada seorang nabi yang makan ikan ni, sebelah badan je, dan ikan ini terus hidup dengan sebelah badan sahaja. Saper tahu citer ni, tolong sharekan ok?
Fakta: Ikan Sebelah / Sisa Nabi / FlatFish berbentuk pipih di mana kedua – dua mata hanya terdapat pada satu sisi saja, pemakan binatang-binatang dasar terutama udang. Hidup di permukaan dasar berlumpur di daerah pantai sampai kedalaman 100 m. Warna tubuh biasanya serasi dengan lingkungan sekitar dan beberapa jenis mempunyai kemampuan untuk mengubah warnanya agar mirip dengan dasar tempat ikan berada. Pada umumnya bagian atas merah sawo atau coklat kehitaman, kadang-kadang terdapat 4 ban melintang warna gelap, ssi bawah putih. Ukuran : Ukuran Ikan sebelah bisa mencapai 50 cm, umumnya 20-40 cm. (Harap – harap Fauzan baca ni, dan tinggalkan komen)
Persoalan: Termasuk dalam binatang buas, adakah ikan ini boleh dimakan?

ambik gambar sendiri.. maa.. lama ok tak buat cam ni? matilah cermin solek sangat kotor.
Siapa tidak terkejut dgn cadangan pengabungan Sime Darby, PNB dan Golden Hope? Soalan senang: siapa yang akan menjadi CEO? Dan apa yang akan terjadi kepada CEO dua syarikat selebihnya. Dan apa yang bakal terjadi kepada puluhan ribu pekerja apabila berlaku pertindihan tugas. Namun, secara peribadi wan yakin pergabungan 3 gergasi ini boleh menjadikan ianya sebagai Syarikat Persawitan terbesar di dunia.
Weekend dah abih.
Oh ya, baru ni timbul cerita yang kata: Kalau pakai contact lens, tak sah ambik air sambahyang (and mandi wajib kepada yang berkaitan). Maka, wan contact la Datuk (Dr) Siti MAsitah Ibrahim, dan jawapan dia agak mengagumkan: Kalau kita pakai contact lens day n night yang 30 hari tu, maka tak sah ambik air sembahyang sebab ianya berkonsepkan kaca, tapi kalau pakai soft contact lens, ianya adalah souple / lembut, air boleh lalu dan sah la masa ambik air sembahyang / mandi wajib.
Info ringkas ini dibawakan kepada anda oleh Wan dgn kerjasama Datuk (Dr) Siti Masitah Ibrahim :p