Selamat tinggal Saddam. Kita lupakan kekejaman dia. Walaupun dia kejam, tapi mati itu tetap pedih. HUkuman pada Hari Raya Korban, pada hari mulia orang Islam, diaanggap sebagai Biri – biri oleh Amerika, bukan pada hari Jumaat. Harap kita sedar akan keadaan kita yang semakin ditindas.
Al fatihah
.
.
.
Hari ini hari raya. Tapi tidak meriah. Mungkin anda tahu bahawa di Eropah, kita tidak dibenarkan membuat korban secara terbuka. Ertinya, kita tidak boleh tarik kambing, dan sembelih tepi taman sambil dilihat oleh anak2 mat salleh yang tengah main buaian ataupun jongkang jongket.
Seperti biasa, France akan sambut Hari Raya lebih awal berbanding Malaysia. (dan negara lain). Hari ini 30 dec, cuti. Sembahyang raya kul 9, tapi wan bangun kul 9.20, maka terpaksa ke masjid lain. Balik dari solat, pi beli ayam. Dan balik masak Chicken Chop. (yup, Ajib yg request, senang je. masak je, baru la moden kan? Tak best la kalau hari raya asyik makan kaki lembu buat sup kan?)
Oh tidak. Aku rindu sup tulang.
Eh, jgn la marah. Kami tetap amalkan adat budaya seramresam kita dalam menyambut hari mulia. Wan masak rendang. Ianya rendang asli. Bukan 2 pek rendang Brahim’s yang direbus dalam air mendidih selama 10 minit. Tapi yang asli. Guna bawang merah, bawah putih, jintan manis, jintan putih, halia, lengkuas, serai, daun limau purut, daun halia, cili merah, cili kering, santan… semuanya beli satu demi satu kat kedai asia.
Giling (baca: blenderkan sampai kuar rasa pahit bawang. silap teknik!), then masukkan semua dalam periuk panas sat, sambung online YM, chatting sana sini, kemudian masukkan santan dan daging, layan blog jap, then letak daun limau, lengkuas cincang, dan serai… Kemudian baca Sky News sambil tgk video Saddam.
Kemudian pi try masakan atas dapur. PErghh… pahit, saper suruh gedik pi blender bawang, instead of gilinging kan? Masa ni la semua yang lain akan berkerja sama. (bekerjasama? camner eja erk?). Sambung layan blog, yang lain masukkan santan, air, gula, garam sampaikan rasa dia jadi cam best. Tak der la seperfect Brahim’s, tapi tetap ada rasa rendang la.
Sebelum tu masak Chicken Chop. Alaa.. senang je, resepi ada dalam blog ini (satu lagi kepentingan blog). Kemudian makan sampai kenyang. Fuhh…. Then layan Friends sampai tertidur. Typical la kan tidur tgh hari pada hari raya, depan TV mahupun depan KOmputer (layan movie)
Petangnya, Ajaq ajak jogging. Kat Citadelle. Ermm… tapi jogging dalam 10% je kot. Kalau total 3km, kami hanya jogging 300m. Yang baki 2700m lagi ialah borak – borak, biasanya sessi Bersama Anita (Sarawak) la kan? Haha. Hujan renyai renyai tapi who cares?
Balik dari jogging (baca: pusing2), wan lepak kat bilik. Layan Diari Akademi Fantasia. ahhah. Ingat lagi tak dia berlatih lagu Smells Like Teen Spirit sampai hilang suara dan cikgu Shafi marah dia? Kemudian ingat lagi tak masa Siti Nurhaliza duduk depan TV, then masa Farhan nak pi ambik barang kat situ, dia tak perasan pun Siti ada kat situ. Ingat lagi tak? Urgghh, korang ni nak kene ni, Takkan aku sorang je ingat?

biskut raya Syazana. Saper nak? Dah abih dah pun, tinggal bekas je

telan telur untuk merdukan suara (terhasut dgn Flower Horn VS Periuk Kemek dalam Diva Popular). Ini ialah resit hotel Paris, dari 29 dec hingga 1 jan 2007. Selamat bercuti.

selamat hari raya dari Wénkt

ini rendang yang wan buat. Ada warna kan? hehe

komen pasal rambut plz. Rawatan + PErm + rawatan + perm + shampoo + gunting + shampoo = 61.10 euros ditaja oleh Champ. Biasa wan gunting 12 euros je (matilah kedekut)
Oh ya, wan guna kom lain utk edit pics ni. BIasanya wan guna photoshop yang dah ready template utk gambar (frame dan tulisan wenkt tu). Nanti wan kembali ke kom sendiri, wan edit balik la entry ini. Skrg nak pi jumpa Abg Lee UK (maskot Mastika) kat hotel dia di Lille ni. Chiowww
KOrang ada beli album Diana Kulai tak? Ada 6 lagu rasanya. Semua lagu best – best. Muhahah.. Beli yang Ori tau!
P/S: Teringat masa concert yang Faizal nyayi lagu Smells Like Teen Spirit tu, ada sorang makcik yang pakai baju emas dan tudung emas yang semangat membara jiwa raga tu.. Bersorak cam tak ingat dunia. Rujuk sini