Archive for February, 2007

February 27th 2007

Apa yg Pelik

Dah 2 org tag aku pasal benda ni (Areyoung & Chot), xbole mengelak… First time kene tag, Wan masih boleh menjawab “Saya tidak tahu”. Kali kedua orang tag, aku boleh jawab “Saya belum mendapat ilham”. Dan akhirnya ilham itu datang juga, seperti biasa, ilham datang waktu solat.. kita akan senyum2 sambil solat. muhahaha

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

6 perkara yang pelik tentang Syazwan:

1. Wan anti bulu
Wan memang tak suka bulu. Hanya bulu yang ada di badan Wan ialah kening dan rambut, juga maybe bulu hidung dan bulu mata. Ianya memudahkan kita mandi wajib bukan? haha

2. Wan tak suka duduk tepi tingkap dalam flight
Tak suka duduk tepi tingkap dalam flight. Tiap kali check-in, wan akan cakap “Aisle seat plz”… Kalau naik 747-400 wan akan mintak tempat duduk E atau F… Wan benci kalau dapat tempat duduk C atau H then orang akan langkah kita masa nak keluar.. or duduk kat A or K yang terpaksa mintak kebenaran nak ke toilet or ruang sembahyang. orang kata duduk tepi tingkap best, nampak permandangan.. tapi ianya cuma 2 minit masa berlepas dan 2 minit masa mendarat.. tu je kan? Dan baki 11 jam 31 minit dari KL ke Paris tu just tengok awan putih ataupun kegelapan malam.. Baik duduk kat E / F, senang nak kluar… dan tidak diganggu dengan orang lain yang nak kluar gak…

 


3. Wan suka beri nilai yg tepat

bila orang tanya berapa harga baju? “Wan akan jawab 19.80€” dan bukannya 20€.. jika orang tanya “berapa jauh paris dan lille?” wan akan jawab “263km” dan bukannya “260km” or “lebih kurang 300km”… dan masa diambil dari Paris ke Lille? “54 min” dan bukannya “sejam”… sebab? bukan ke kasi nilai yang tepat akan menyebabkan orang yang bertanya itu akan gembira? Buat apa nak rahsia jarak sebenar Paris ke Lille?

4. wan menulis menggunakan dakwat basah kaler biru muda dan di kertas putih plain
Pernah sorang professeur (ni eja french) yang mengajar di tempat wan tu sejak 1978, dia kata cam ni “ni first time saya tgk student guna pen biru muda untuk menulis. It’s ur trademark. kalau awak hantar kertas exam tak letak nama pun, saya akan tahu tu kertas siapa… “.. kebanyakan surat wan tulis pun guna pen biru muda.. romantik what? hahah.. dah biasa actually.. dan wan yakin, tak der sorang pun antara anda yang tulis guna pen dakwat basah biru muda ni..


klik atas pic utk besarkan gambar

5. Wan tak suka panggil orang dengan nama samaran
Biasanya, wan lebih suka panggil orang dengan nama sebenar dan bukannya nama samaran seperti Peon, Pordox, Aajin, Parang, Telur, Mustaq, Penol, Pidin, Goolie, Baby, Bapak, Bipp, Pikor, tapi wan suka dipanggil dengan nama “wénkt”. Namun ianya tidak semestinya, sebab ada gak kawan yang wan panggil guna nama samaran seperti Ayen, Stopa dan Semy.

6. Wan tak suka main games atau dengar mp3
kebanyakkan kali dengar mp3, wan akan tukar lagu sebelum lagu tersebut tamat. Atau wan akan dengar satu dua lagu sebelum bosan. Dan earphone takkan kekal lama. Wan juga tak main games, tak kira la kat Wii, PS2 ataupun komputer.. Wan pandang je orang main games kat bilik AJib…. alasan tak minat games? Games kat komputer / consoles tidak menjana duit. Boleh?

Akhirnya cukup 6 perkara pelik tentang aku. Tak tau la pelik ke tak kan? Tapi yang penting “Saya bukan Orang Biasa”

Orang2 yang aku nak tag-kan ialah :
1. Ayen (happy birthday dear!)
2. Fanramli (happy birthday untuk ayah mertua.. opss)
3. Eman
4. Abg Saiful
5. Lee Novotny
6. Ainol

Sekian buat hari ini.

P/S: nanti la wan update pasal CNY kat Tours tu…. Penat travel tak abih lagi…

 

8 Comments »

February 24th 2007

ads @ utusan

Kenapa pembaca setia Utusan Online, tentu anda perasan perubahan yang menyerabutkan dalam Utusan Online. Ianya ialah iklan flash mengenai ads @ utusan, dan juga satu bancian yang membosankan.

Adakah anda memerhati iklan tersebut? Pada Wan, iklan tersebut mungkin salah!

 
wan rasa, perkataan BERKESAN perlu menggunakan “???” dan bukannya “!!!” . Ianya ialah ayat “Kusut memikirkan cara iklan yang berkesan???” dan “bukannya kusut?! memikirkan cara beriklan yang berkesan!!!”

Bagaimana dengan pendapat anda?

 Sejak kebelakangan ini, wan akui berat badan wan naik… agak mendadak. Macam dipam pam. Kemudian wan dapat satu nasihat panas…. nasihat sinis tetapi menyebabkan wan berfikir… Kata – kata yang wan terima ialah “Tak perlu fikir laa pasal berat tu Wan.. perempuan sekarang pandang duit… Biar badan besar, pandai cari duit, janji duit banyak, nanti pompuan datang laa… Jangan muka hensem tapi duit takder, pompuan pun tak nak“…

Lantak lah… BUkan aku nak kahwin esok lusa kan? LAgipun, selagi belum kaya, selagi tu la tak kahwin kan?  Matilah statement.

 Oh ya. Ni ialah pics Datin Norjuma slepas setahun. OK apa?

 Selamat bercuti kepada yang tengah bercuti… Wan pun nak away~~~

7 Comments »

February 22nd 2007

lebih matang dari biasa

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

5 Comments »

February 21st 2007

Brussels

Sebelum terlupa, baik wan tulis terus: Kepada sesiapa pemilik blog yang masih belum menukar link wan dari http://syazwan.blogspot.com kepada http://www.wenkt.com/blog, berharap dapat menukar link tersebut secepat mungkin, kerana dalam wordpress, terdapat list incoming links, seronok lak tgk kalau link tu banyak. Hehe. TQ

Semalam Jepp sewa kereta sebab nak pi tengok Lille lawan Manchester United yang berakhir dengan….. pergaduhan. MU memang teruk, penjaga gol Lille tengah sibuk nak atur kedudukan pertahanan, tetiba bola datang masuk ke Gol! Maka terus wan tak puas hati kepada semua pelajar di Manchester, termasuk Wan Zue. Hahah. HUh, its nothing la. Bola sepak dgn Wan ibarat nasi dgn spegeti, takkan selari.

So, ari ini Jepp guna kereta yang di sewa semalam tu utk bawak kawan dia dari Paris, Faisal untuk pusing Belgium. Darul datang Lille gak, so dia pi gak. Ajaq lak tak der kelas, pergi gak. Dan mereka invite Wan. Mulanya malas nak pergi, tapi tetiba reramai ajak pi sama, maka pi je la. Just cuci muka, gosok gigi, pakai contact lens, capai kamera dan jacket (cam wartawan lak) dan terus turun.

Dan cam biasa la, selagi tak bergegar kereta, selagi itu akan pecut. Selari dengan kereta lain la kan? Hasilnya: dapat dua kali flash dan harap harap tak der la saman yang menyusul. Ye la, kereta France, kene saman kat Belgium, pemandu lak org Malaysia. Tak ke naya nak naik turun mahkamah antarabangsa? BTW, pembaca blog, jgn la ambik berat pasal pendedahan ini. Tak nak la jadi cam Rocky or Jeff Ooi kene naik mahkamah.. hehe

PI Brussels, parking kat Boulevard du Midi, then naik Tram ke Bourse, then pusing Mannekin Pis, then test coklat percuma (hahah.. typical tiap kali ke Brussels).. pi lunch, then kembali ke kereta, then drive utk cari Brupark / Atomium. Ambik gambar, then pusing cari toilet (kat Quick dalam Brupark.. 30sen sorang tu..).. kemudian kembali ke France. Pulangkan kereta dan balik ke rumah jalan kaki sambil borak dan merasa diri semakin hendak demam.

Tadi hujan, aku demam.


wan dan ajaq di Grande Place Brussels.. cuaca hari ini hujan renyai renyai… wan berbasah sedikit sebab beri payung untuk kamera, sekarang demam sedikit.


inilah tarikan Brussels… Mannekin Pis . Dah tau benda ni tak best, tapi tiap kali pergi, sure ambik gambar.


awek korea yang cun depan kedai Belgian Waffle . Dia seksi ok dalam keadaan sejuk. hehe.. comel!


tak sah kalau ke Belgium kalau tak merasa Belgian Waffle kan? eiii.. tak boring ke?


Atomium Brussels. Takder tripod, main letak je atas kerusi..


muka happy lepas pi toilet. ahaks.

Plan nak call Abang Saiful, tapi masa dalam kereta baru perasan yang tertinggal handphone. Kembali ke France pada jam 7 malam. Ada 8 miskol, dan 4 sms. Penat, nasib baik Kimmy dah belikan pizza! Mekasih… makan kemudian rehat. Demam! telan Aspirin.

Eh, korang tau takyg Britney Spears tiru rambut wan!!!!


Britney Spears botakkan rambut pada 17 February lepas, wan pulak botak pada 17 Januari. Tepat2 sebulan kan?

Eh satu lagi, apa beza Aspirin dan Paracetamol erk?

33 Comments »

Next »