tongkang pecah kah?

Aiyoh.. bilik wan skrg cam tongkang pecah. Baru tiga hari lepas Wan vacuum actually.. lepas tu datang balik sifat ‘kasal’, maka jadi la cam tongkang pecah. Dengan beg biru besar IKEA yang baru digunakan untuk isi baju yang didobikan (i’m washing .. i’m washing.. i’m washing bak kata Aswad), lepas tu dgn jean + t shirt, tuala basah yang buat mandi tadi, lepas tu beg kertas H*go B*ss tak buang2, printer, bekas yoghurt LiDL, botol air mineral lagi…. Ya Ampun.. memang cam tongkang pecah. Kalau Aznil datang buat suprise, mmg Kantoi abih lah!

allahumma na’uzubika minal ajli wal kasal.. amin… jauhkan diriku dari sihat terburu buru dan pemalas.. nanti abih tulis menulis ni, wan pi kemas lah.. Actually, BUkan akan mengurang pun orang Afundi Wan kalau tak kemas bilik kan? sebab Mr Cam takder kat sini.. heheh


korang nak benda ni terjadi? Undi dengan betul!

Dua hari lepas, Wan beli satu tiket train ni. Dari Lille ke Airport CDG2-TGV. Sebab ada orang dari Malaysia nak datang ke sini. Lepas tu, borak2 dgn housemate sendiri, rupanya kakak dia pun nak datang, flight yg sama, then dia pun dah beli tiket train…. Train yg sama dgn train wan. ahahah… Sangat kebetulan sebenarnya. Sebab train dari Lille ke Paris ini ada setiap 30 min, dari dua train station berbeza: GAre LIlle Flandres and Gare Lille Europe. Terambil train sama, kira magic la tu. heheh

Citer pasal dua train station ni, meh nak citer… Kalau dari Gare Lille Flandres, train akan ke Gare du Nord, Paris. Jarak dia 258km, dalam masa 54 minit dengan TGV. Kalau dari Gare Lille Europe, anda boleh direct ke Airport Charles De Gaulle dan juga Marne La Vallee (50 meter dari pintu masuk Disneyland Paris) menaiki TGV. Ataupun, dari Gare LIlle Europe gak, anda boleh ke Paris Du Nord menaiki Eurostar.

Kalau ikut masa, jarak antara Paris dan Lille hanyalah 54 minit. Dan 258km itu adalah train non stop… Tapi merasa gak lah melayang 27.70€ untuk one way. 37€ kalau anda berusia lebih suku abad (cam Peon… opps). Tapi wan tak kisah pun… bayar dulu 27€, lepas tu kita claim la.. bukan susah pun…

Gambar atas ni, ialah map utara France. Tgk la kedudukan Lille sebenarnya. Terletak 263km dari Paris, Lille ialah sempadan dgn Belgium. Jarak Lille dan Brussels ialah 38min non stop. Kalau tambah 2 jam lagi, sampai la Amsterdam. Kalau teringin nak cakap english, boleh naik Eurostar dari Lille ke London. Direct sajor. Kalau nak jimat, naik train ke Calais, then berenang cam Datuk Malik. Tapi jangan lupa la bawak passport. Letak passport tu dalam plastik, then ikat kat swimming trunk tu.. jangan jadi cam Datuk Malik dulu la. Berenang lepas tu tak bawak passport, terus kene patah balik.. muahhaha

Hah. Cakap pasal London, hari selasa depan, Ning Baizura akan berada di London. Kalau teringin nak lawan nyaring Awan Yang Terpilu or Drama, pi la jumpa Ning kat London tu.. Wan nak pergi gak actually, tapi tak leh pi, sebab kena jaga Artis lain lak. Saper artis tu? Tunggu dan lihat. Kalau tak sabar menunggu, tulis kat ruangan komen, kalau betul wan iyakan, kalau salah, wan buat dunno je la… BTW, wan pun artis gak (menurut sesetengah orang la)… kan kan kan?


nasik lemak yang bernilai 7€ seorang! sbb periuk nasik zaRf tu rosak lepas kami guna, then kami decide beli baru untuk ganti. merasalah zaRf dpt hadiah periuk nasik baru.

Semalam makan nasi lemak. Hari ini nasi ayam. Jepp yang masak. Sebab sekarang ini semua orang tengah cuti, dan ramai duk lepak2 je. Aku pandang ko, ko pandang aku, terkebil – kebil tak tau nak buat apa. Donc, kami yang tinggal (Wan, Ajib, Mat Nor n Jepp) pun decide la untuk melayan nafsu makan kami. Dah la sorang sorang at least 80kg, mmg syok abih lah kami melayan nikmat dunia ni… Takder yah pikir orang nak kata apa.. ko makan banyak, aku pun makan banyak gak.. so what? Kalau ada Kahuna, dia sure boleh join, tapi dia prefer makan sandwich telur untuk lunch dan ‘dihalau’ masa makan dinner. Dengar cerita la.


ayam tandori, bakar sampai satu Lille dapat bau tandori.


nasik ayam ni lagi sedap dari kedai Nasik Ayam depan USM/ Skolah Kubang Kerian 3 tu.. semua rasa real.. tak yah balik mesia! merasalah gambar bergegarbergoyang sebab air liur dah meleleh… :p


Manau.. dari pening kepala dengan aku membebel tak henti henti, dia pakai ipod sambil makan. (dia spoilerkan apprentice actually.. urggghhh)

Ermm, actually aku teringin nak beli lens lagi. Kalau dulu dapat ‘tajaan’ lens 70-300mm, sekarang ni teringin nak beli lens 50mm f1.8 lak. Ada penaja tak? NAk beli gak, walaupun duit berkurangan.. Nanti bila duit habis, sebelum ianya menjadi di bawah par (dek kad kredit), wan akan masak guna lens tu la. Merasalah lens 70-300mm masak kicap, tak pun lens 50mm masak sambal tempoyak.

Well, korang baca blog ini, korang dapat rasa betapa ‘boros’nya si syazwan ni berbelanja kan? Tapi betul ke teori ‘boros’ anda itu? Dari LiDL sampai ke Monoprix, dari Tati sampai ke H*go B*ss. DAn sebab wan tak leh ubah perangai kita dalam masa sekelip mata.

Dalam teori duit, kalau kita rasa kita takder duit, kita ada dua cara: Cut Back or Make More Money (MMM). Cut Back ialah berjimat, tak boros, beli apa yg patut yang paling murah. Make more Money lak “buat lebih duit”. Yang paling senang ialah Cut Back. Tapi, I dont think that wan ni a Cut Back kind of person… So, Make More Money is a much better option for me. Sebab itulah wujud travel planner tu…. Kalau ikut teori, boleh je antar sms kat abah dan mama, just taip “SOS” je, nanti dpt SMS dalam masa 24 jam yang menyuruh Wan pergi ke ATM. Simple tu je actually, tapi Make More MOney adalah sumthing yang best.


wan suka banget rambut Aznil yang ni (petikan Macam Macam Aznil Musim 3 Episod 1, pada Ahad lepas). Dan guess what? Faisal yang kat belakang Aznil tu ialah junior wan masa kat Sultan Ismail College masa form 3 dulu… Kecik kan dunia ni?

Selain Travel Planner, satu lagi Make MOre Money yang wan buat ialah… dafi-fc.com… Bermodalkan RM100 yang dicuri paksa rela dari adik sendiri, (sbb wan tak bgtau sebab sebenar wan mintak duit tu, lagipun dia byk duit time tu)… sekarng ni, DafiFC dah ada lebih dari 1200 ahli. Dan Make MOre Money yang wan cakap ialah:
1/ akaun email namaanda@dafi-fc.com pada harga RM5 satu email
2/ iklankan apa apa sahaja di dafi-fc.com pada harga RM30 sebulan

Tapi wan tak mulakan lagi proses ini, semuanya kene dapat persetujuan dari Dafi. Lagipun nak tunggu biar betul betul ramai kat site itu. Barulah nanti, skali jual email, dapat 100 pelanggan skaligus. Bermodalkan RM100, terus dapat RM500. Then bayar kat adik + bunga, ada lagi RM400… Boleh la beli kasut baru dari Cal*** Klein, nanti ada la yang kata aku menunjuk lagi, biasa lah kan? It’s nothing personal, it’s just business. tahniah kat Stefani Schaeffer yang menang The Apprentice season 6, merasalah dapat kerja bergaji 250k USD kan?


Don du Sang = Derma Darah! Feeling ala ala bosan ptg ptg, ambik kunci kereta, lepas tu tak tau nak pusing2 memana, then decide pi derma darah… sebab terbaca kat sign board. boley?

tahniah kat semua. Apapun, its better dari duk melayan pertandingan bodoh yang tak menjanjikan apa apa, tapi pergaduhan sahaja. Kemudian dianjur dan dijaga oleh orang yang gile kuasa.. yang rasa diri dia sorang je betul tanpa pikir penat lelah orang lain. Biar je la dia jadi hakim sesorang, then peserta lak ada yg rapat dgn hakim, akan jadi la juara nanti… kalau tak rapat skit, merasalah ditendang keluar sesuka hati… ikut perasaan katanya, kalau rasa ada orang lebih over or bijak dari dia, merasalah kene ban, kene buang, ye la.. sebab nak menangkan diri.

dah. nak kemas bilik. nak kemas barang.

Konsert AF5: Minggu 6

Nothing special. Boring as usual. Tapi bye bye Rizal! Eh,cute la Heliza bersalam dgn Rizal smlm. Cuit je. ahaks.

Pengkritik kasi 3 lampu biru untuk Dafi. Aku kasi 12986890426 lampu biru kat Dafi! Ada bantahan??


go go go go go go go go go go dafi!

Ku jua mencintai dirimu
Mengapa sukar kuluahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Korang tau tak, ayat chorus lagu DAFI AF5 ini bermain dalam fikiran Wan sejak abih concert sampai skrg.. dah beberapa jam dah.. Time solat pun, abih je baca Al fatihah, then baca surah kedua tu, tetiba terbaca lirik lagu ini. Teruk kan? Very the tak kushyuk..


motif kasut tergantung atas kabel?

“Sometime dalam kita hidup di dunia ini, kita kene balajar telan air liur. Benda yang depan mata tak semestinya kita boleh dapat” Kata akan Aznil kepada Shawal apabila Eera Fazira pergi. Ahaks. Well, Shawal mmg minat giler2 kat Eera, tapi Aznil tak kasi bersalam. Ahaks… Telan air liur je la. Tapikan, aku dah really menyampah dgn penyokong sorang badigol ni… Ya allah.. punya la bising.. OK bayangkan, penyokong yg ramai kat dewan itu ialah Aswad, Dafi, Shawal, Ebi dan Badigol itu. Heliza pun ramai gak. Then Candy, Rizal dgn Mila kurang giler ah. Tapi kan, time Dafi buat persembahan, penyokong Dafi bersorak, tetiba yg penyokong badigol tu cakap “Oiiii diam la”… Lantak la.. malas nak hirau… Jaga tepi kain sendiri dah la.. Dah la buat orang tak suka, then paksa suruh suka mereka lak? Korang nak bergegar samer? What the shell? Aku takder hal.. tapi tak suka la dipaksa paksa ini. Aku pun dah besar.. (wah, cam kenal je ayat ni *larik*)..


Ebi ebi ebi ebi ebi ebi..

Lawak bunga juga best: “bunga hidup, bunga tax, bunga ah long, dan bunga tayar.”. Tapi Ebi mmg sangat ensem. Rambut shampoo aja itu mmg best! Juga jari pun boleh! Ermm.. Tapi kan, penyokong Aswad mmg power ah.. tabik tabik!

Kedudukan selepas konsert

Ebi 17%
Mila 12%
Candy 12%
Aswad 11%
Heliza 10%
Dafi 10%
Shawal 9%
Rizal 9%

Well, konsert smlm OK OK je la. Kita senang cari kesalahan orang lain, tp susah cari kesalahan sendiri.


^-^

Wan tengah masak nasi lemak sekarang ini. sambil update blog sambil goreng ayam. Banyak lak tu.. Ye la, sementara orang kat rumah ni kurang, boleh la masak byk2.. Goreng ayam cam kenduri kahwin.. Berkawah kawah… very the hiperbola.

Ermm.. smlm kluar pi bandar… Jalan2 dgn Zaid.. beli beli apa yang patut… Ada satu kedai ni.. jual air buah dan jus sajer.. Then semalam try la minum.. 350ml = 3.80€.. not bad la.. kat mesia pun rasanya RM12 gak segelas kecil tu…


kalau faham, senyap senyap la. Kalau tak faham, buat buat faham gak. Sila senyap ok?

PUsing pusing, masuk mana mana kedai yang patut.. Kemudian ambil gambar.. then balik.. masak tandori.. best! Lepas tu lepak atas katil sambil baca Newsweek.


lepak sambil minum air buah yang best giler.. apple + pear + halia + apa ntah lagi.. tetiba terasa nak basuh balik pengisar lama bawah sink tu

Hari ini Ahad.. bangun pagi pagi kemudian layan konsert AF. Penat gak la. Tapi layan AF itu kewajiban.. Abih layan, sambung tdo. Then turun bawah, prabih ikan kat bawah tuh..

Sebak sek sek nih ado hok gi Nice, lek bawoh Prancih nih. Lepah tu, pok pok hok tinga kat Lille ni gi beli ike, masok pedah gapo ntah. Ikan besa gok la. 2 ekor. Puah gok la make. Hari ni puh samo. Beli aye, serai, pande, lepah tu buak nasik lemok. Make 4 ore. Nasik meme bau nasik lemok ah. Bau hangit pun sama. KAwe che bena la sebab mok pok kawe ada katering, sokmo odar nasik lemok gak.

Oh ya, aku rindu banget sama Dekna untuk AF5 tu… Dem… Akhirnya dia mengaku dah bertunang. Rupanya shawl, scarf, muffle yang dia pakai sepanjang kat sana ialah pemberian dari bakal suami dia. PAtut la asyik ada batu penghalang je. Sian kat Rizal.. Balik sarawak, wank seseorang je la..


nah. untuk ko! (ko ingat ko sorang je boleh piss off?)

wheatgrass part 2

Tak sangka lak ramai juga berminat mengenai Wheatgrass itu. Menurut mama, nama dia dalam bahasa Melayu ialah “anak gandum” dan bukannya “misai kucing”. Ada yang tanya harga wheatgrass tersebut, kemudian wan emailkan syarikat dari Hartamas itu, mengenai harga dan cara tanam.

Dear Wan,
The seeds come in 1 kg packing and costs RM 6.90 per pack. Each pack can do approximately 3 to 4 plantings. Wheatgrass can regrow after the first batch of harvesting, however it is not advisable to consume the regrown wheatgrass as the nutrients would have not be the same as the first batch. You would need to change the soil as well as getting a new batch of seeds.

Cheers,
Perpetua

So, lepas tanam 9 hari dah boleh tuai, then ikut kita la nak tukar benih dan tanah baru ataupun nak guna yang sama. Apapun, 200g dah cukup untuk satu bekas besar..


cuba kita lepas Rizal kambing kat sini, sure abih dia telan kan?? Sihat kambing tu nanti. Credit photo: Prof Madya Dr Hasanah, pakar psikiatrik USM Kubang Kerian

Info lebih lanjut mengenai wheatgrass di website http://www.whywheatgrass.com.my/index.htm [Kalau tempah, sila bgtau anda dapat info dari site ini, nanti wan boleh claim royalti dari Perpetua :p]

Dalam entry sebelum ini, gambar wan tgh makan couscous tersebut, ada orang komen kat pic itu kurus disebabkan wan edit. Peon pun cakap macam tu gak. Well, wan tak edit pic tu supaya nampak kurus, cuma resize dan tambah saturation.. actually, bila kita ambik gambar, ada sesetengah sudut menyebabkan kita nampak lebih besar atau lebih kecil dari sebenar. Penat je Wan baca forum dan berlatih ambil gambar dari sudut yg tepat. hahah.  Tak kisah la, janji awek Wan tak lari ;p


klik la ye. hehe.. peon tulisan hijau, wan tulisan biru. gambar yg wan hantar itu ialah pic asal sebelum edit.

Siapa Peon? My senior lah! Dulu kat Lille, skrg kat Lyon. Single ke? Takder ah.. dah berpunya…


fotopages zeff dgn peon… most popular tu.. klik sini utk fotopages

Actually tak tau nka tulis apa, tapi still nak update gak sebab bosan tak tahu nak buat apa. Eijas dah balik pagi tadi, zaRf lak pi Nice, 1149km dari Lille. flite kul 8.20 pagi tadi.. Have fun je la kat dia. Actually dulu dalam dilemma nak pi ke tak nak pi, then ada org datang 22 april ni… tak kisah la, yg penting, hari ni Zaid datang dari Amiens….

TApi kan, apa telah aku buat semalam? Tak sangka doo! Dem.. suspen tak? ala.. acah je.. lupakan! :p