Archive for June, 2007

June 30th 2007

jadual padat menanti syazwan

hahaha..mana aku busy pun aku tak tau…

tak larat aku skrg ni.. 24 jam sehari penat… tapi ada satu benda best.. sebab rumah wan dekat dgn USM (less than 1km), then wan boleh daftar guna Hotlink Campus Zone USM Kubang Kerian. Hahaha.. SMS 1 sen, Call 15 sen dari handphone! yosh

actually; takder la penat sgt.. sajer anak tirikan blog. tunggu rajin skit ok

satu lagi.. kat kubang kerian… ada KFC baru.. bukak 24 jam sehari.. best giler.. imagine pi KFC pada jam 4.12 pagi!!

3 Comments »

June 23rd 2007

?

Aiyoh.. fenat lagi.

mesia panas giler vavi… hahahah… tapi i like it.. berpeluh dan kehidupan harian setakat ini hanya dipenuhkan ke hulu ke lihir… ke hulu ke lihir.. hehe

smlm pagi ke pasar skali lagi dgn mama, then ke pantai dgn family.. 20km dari rumah.. nampak je jauh, tapi kalau pecut sekejap je sampai… lagipun jalan dah luas, dan tak banyak kereta, sekejap je rasanya.. mama beli cendol kat pasar tadi, then makan kat pantai… ada timun cina (tembikai) gak sebijik.. tapi tembikai tu merah je lebih, tapi tak manis sgt…


mama, abah, ije dgn mok (nenek)


mok n wan..


mama dgn cendolnya.. heheh.. cendol tu bancuh sendiri, siap ada biji selasih n buah kabung lagi (buah kabung ke?.. yg cam biji getah tu)


adik min.. mandi sorang sorang…

then bila zohor balik ke rumah, ptgnya tidur lps tu pi Pengkalan Chepa, singgah pasal malam, Ije blanje steamboat.. dan malam kluar dgn hafizi skali lagi.. antar adik nor, ambik hafizi, pusing The Store then Mydin, thne lepak A&W tunggu adik nor abih tuisyen, lepas tu ambik adik, antar hafizi then balik rumah… silap gak kat The Store tadi, pi beli krim RM6.90 lepas tu pi Mydin, kat sana jual RM5.90 je… silapnya tak plan nak ke Mydin pun asalnya.. rugi RM1 tak pasal pasal.. tak per lah… bukan rezeki aku…


iklan kerajaan kelantan di simpang 4 binjai


steamboat… blog dan gambar makanan tidak dapat dipisahkan.

then balik je rumah, ime call bgtau dia boleh balik esok (24hb), dia suruh carikan tiket untuk dia. Mama call bas kat KL tapi bas kul 12 tgh malam dah penuh… then mama suruh belikan tiket MAS guna website.. RM225… dah nak bayar then call AirAsia tapi tak der tiket gak… then ime call kata nak balik dgn bas sebab dah bosan naik flight.. baru teringat yang baru abih latihan kat Kem Tentera Udara kat Kedah tu.. tapi katanya, jet yg digunakan untuk latihan tu kecil sangat, bergegar dan laju, then tak seimbang… siap gaya jatuh dalam sawah seperti biasa…

24hb Jun lak… pagi bangun lambat lepas tidur balik lepas subuh, then kuar beli mee celup, lepas tu mama balik tgh hari, makan nasi dgn ikan percik.. besth! tgh hari bgtau mama nak ke KB MAll, mama kasi 3 keping duit.. hehe.. thanks mama.. lepas tu bila mama kluar pi office kul 2, wan pun solat zohor n kuar gak… laju je.. hehe… pi bank Maybank jap..

pengawal: urusan apa?
wan: nk kemas kini akaun, dh lama tak guna kad, guna ikut internet je.
pengawal: ada kad? *wan terus hulur kad maybank tu, then dia cucuk kat satu mesin cam mesin myKad
pengawal: sekejap deh. *dia pi satu kaunter bersama kad wan
pengawal: ikut saya deh.
wan: kenapa? ada error dgn akaun saya ke?
pengawal: awak tunggu sini, ada officer akan cari awak jap lagi
wan: (dalam hati) dem apsal lak ni… terlebih utang ke?

tak sampai seminit, ada orang kakak rendah comel ni suruh wan masuk ke dalam pejabat dia.

wan: kenapa kak?
kakak: ni priority banking hall, kami detect kad awak tak active, tapi bank active, duit masuk je, tak kluar..
wan: oh, sbb saya tak duduk kat malaysia, takder no TAC.. kalau ada, dah abih dah duit tu..
kakak: ok. patut la. jap saya kemaskini
wan: saya pun dah lupa no pin kad tu
kakak: kami akan reset balik. kami letak tarikh lahir. lepas ni awak tukar kat ATM.
wan: ok
kakak: lain kali kalau datang, bagitau pengawal nak ke ‘priority banking hall’, tak payah ambik nombor giliran
wan: ok

Ermmm..settlekan duit sewa rumah france.. selamba kadak transfer duit ke France… rumah dah kuar.. sewa baru nak bayar.. hehe.. suruh kakak tu buat je.. senang citer… menarik.. kalau ke maybank, takyah beratur dah… kalau pikir balik, bukan sebab wan banyak sgt duit dalam tu, tapi sebab tak pernah negetif kot, sebab tu mereka suka.. ehehe.. sememangnya, wan bukak Maybank2u tu 2tahun lepas, letak duit RM100 je.. then bila balik ke France, tak pernah guna pun… cuma kalau orang nak bayar WTP, wan kasi no akaun tu.. then tak leh kluarkan duit sebab lupa no pin, juga tak leh transfer duit sebab tak der TAC… cam tu la… nasib baik dia tak propose suruh request credit card, sure aku apply gold ataupun platinum, tapi pun black card je… heheh


gambar selingan: pergambaran Wayang lakonan Eman Manan, arahan Hatta Azad Khan kat Pantai Kemenyang 2 hari lepas.

then pi Office de Tourist kat bulatan Kijang tu, settlekan planning my next project tu, lepas tu pi KB Mall… kul 3 tepat sampai kat sana…

Guess what? Aku jumpa balik dgn Fikri yang berpisah lepas SPM 6 tahun lalu.. kemudian jumpa blogger terkenal katanya: KAsh!! dia dgn kawan dia nama Abip. both of them kenal wan via blog je.. wan tak sangka lak dia orang klate, dan dia pun dok seko yg wé ni oré klaté gok. Then Fikri bagi nombor Faisal… dia ialah kawan masa form 3, yg ada dlm macam2 aznil musim 3 episod 1 tu… tu pun jumpa kat bengkel sebab tgh tinted cermin kereta…. jumpa fazrin gak, skali kat SIC gak dia pun.. dah jadi pramugara dan slalu ke paris katanya.. Ingat faisal tak? baca entry ini or tgk pic ini


me dan KAsh… ni baru kat KB, tk turun KL lagi ni.. hahaha


me dan Fazrin.. dah jadi pramugara dah skrg ni…


me dan faisal


ni lak pesanan penaja blog, Hot tips dari Hot FM: kalau parking kereta n supaya tak lupa tempat parking, ambik no tempat parking guna telefon bimbit.. dulu wan rasa cadangan ni bodoh je, tapi sebenarnya berguna gak, seriously…

Abih kat kedai kete tu, dpt SMS dari Ime.. dia dah kat Machang, suruh pi ambik dia kat KB nanti.. so, wan singgah jap Billion.. tadi kat KB MAll, tak beli apa apa, rasa cam tak sah lak hari ni (a day without shopping is a sad day, a day without sunshine katanya).. then dpt call dari pakcik dari Office de TOurist tu, nampaknya proposal lisan aku dah berjaya merosakkan minda dia. proposal apa? just wait, look n see je la ok?

Then masa parking kereta kat kawasan pencawang Telekom KB tu, jumpa dengan orang skampung yang jual burger depan Ar- Rahmah Kenali tu… dia pi ambik roti burger kat kedai roti depan tu.. then dia blanja wan 2 roti yg ada sosej kat tengah tu…. dia suruh ambik dua, untuk Ime satu lagi, tapi wan abihkan dalam kereta sorang diri.. sebabnya? masa call Ime, dia kata dia kat KB MAll dan bukannya dalam bandar. Dia turun lagi awal dari bas.


roti berisi sosej ini ditaja oleh penjual burger depan ar rahmah kenali. hehe *matilah tak tau nama penaja

Ambik dia, then pusing balik ikut jalan jauh… ime blanja isi minyak kereta dan sepanjang perjalanan, we olls hanya borak pasal kehidupan peribadi dan business. Seriously, kalau ada orang lain dalam kereta tu, sure semua akan telepong n fikir kami riak or what so ever.. duk borak pasal kereta, then projek terbaru dia.. dia baru submit untuk beli mesin utk print code prepaid.. alahai, benda yg kalau korang pi 7-Eleven untuk beli prepaid RM10, dia akan print resit topup code… benda tu la dia tgh beli skrg ni… mesin tu kene sambung kat internet, harga dia RM2100 seunit, then perlu letak RM6500 punya prepaid untuk jual total harga RM10000 skali load. Ok la tu, bila dah balik modal harga mesin, untung bersih ialah RM3500 untuk RM10000 jualan. I know korang tak faham, tapi wan dah suruh dia tempah satu mesin khas untuk wan, nak letak dalam bilik katanya… hahahah

pelik kan? wan pun tak tau nak buat apa prepaid byk2.. bukannya slalu call orang pun, lagipun wan skrg ni giler bersms guna Mobik? Mobik ni sms percuma ikut internet.. dari PC to Hp… saper nak tau lagi lanjut, sila contact wan guna email/SMS, wan akan invite dia, then wan akan dpt 100 points, then bila cukup 40000 points, boleh tukar dgn handphone baru… skrg ni dh byk gak point, so, masuk la lagi under wan ok? saper nak join, plz tulis email kat wan, or SMS alamat email anda ke 014 296 4440.. wan akan invite anda! thanks…

BTW, wan dgn Ime pun ada another projek.. tapi modal rendah je la.. kurang RM7000 pun… projek besar dan rahsia katanya.. Ije sendiri pun tak tau, bak kata Ime kat Ije: “projek ni, kalau kerajaan buat, rakyat akan tentang”. hahah.. aku tergelak je dengar…

Then malamnya, kami satu family dgn nenek pi makan KFC kat airport KB. dah lama tak berkumpul 7 orang satu family lengkap cam ni.. 2 tahun lepas maybe?? Nenek pun ada skali… Mama sendiri yang suruh pi KFC malam ni, sementara pekerja kerajaan akan masuk gaji esok, so, semua tempat akan kosong lagi la malam ni… Tu pun adik min pi tempah hot dog tapi tak pi ambik.. rugi RM2.89…. bukan rezeki lagi…


adik min.. mama dgn mok (mak mama).. senang sbb ada wheel chair, sumbat dlm bonet je.. then senang bawak nenek jalan2… esok nak bawak nenek main snooker or bowling lak boleh tak? (sbb orang tua banyak duit, dia akan blanja wan sbb aku takder geng kat kelantan skrg)


ime, adik min dgn wan….


ime try Chicken Chop, then wan pow skit… pendapat kami: ayam masin, sos tak sedap, bijik black pepper tak sedap….


wan dgn ije.. happy meal tu adik min punya.. sbb dia nak mainan..

Kemudian antar Ije kat hostel dia, then balik ke rumah.. online jap, then Ime kluar pi jumpa member dia

Wan: Kluar dgn kete mano?
Ime: DAW (manual)
Wan: Reti bowok ke dok?
Ime: Aiyoh.. Kapal terbang pun reti bawak, takkan kreta manual tak reti
Wan: *senyum je la

OK la. esok tak tau nak buat apa lagi. Teringin nak pi bank skali lagi, sebab ada duit cash skit.. simpan untuk keperluan masa depan lah.. tapi esok gak orang dapat gaji, sure ramai orang kat bank.. tapi wan boleh direct ke priority banking hall kan? hahaha… cam ada niat jahat je…

Now kul 1 pagi, tak ngantuk lagi.. Ime pun tak balik lagi… actually nak tunggu dia gak, nak settlekan cepat2 pasal projek rahsia kami tu… maybe pagi esok boleh terus passkan duit, then terus settle, tak yah pikir2 dah…


ime dgn adik min.. suruh lompat, tapi adik min lompat slow..

tapi tu la, Ime pun cam abang dia gak la.. kalau kluar malam2 cam ni, tak leh teka la balik kul brp.. ermm… aku tdo je la jap agi… nite semua!

18 Comments »

June 23rd 2007

mangga julai 2007

Smalam pi tgk pengambaran Wayang, tapi pergi pun tak plan, maka tak bawak SLR… bawak LWB je.. ehehe… sayang lak tak bawak kamera.. patutnya bawak je camera then tinggal dalam kereta je.. tapi gabak je la….


my first meal 2 hari lepas.. nasik dagang dgn udang dan ayam…

apsal la harga minyak mahal sgt??? dah beratus abih beli minyak dgn prepaid.. giler ah! Tapi now ada cara baru untuk prepaid: SMS ke Ime… taip je “SOS me”, then terus dapat RM100 kat prepaid.. haha.. mekasih! Tapi dah plan gak, nak berjimat tahap dewa.. SMS maxis to Maxis.. dan Celcom to Celcom… kalau nak call tu, orang dan hal penting je ok.. hehe

So, my no are 014-2964440 (Maxis) dan 013-9913440 (celcom). Tapi prefer guna Maxis… bila contact, make sure pasal business je, then sila bgtau nama. No money no talk? boley?? :p

6 Comments »

June 22nd 2007

malaysia.. enfin!

AIyoh!! penat.. Hi reine, apa khabar?

Dari Lille, wan ke rumah En Yusri di Miabelle (baca: mirabeau).. mandi jap sebab berpeluh, kemudian makan sambil berborak dgn beliau… Then paginya kami sama sama ke airport… Nasib baik jalan tak jem sangat walaupun ada Air Show kat Le Bourget tu…

Sampai ke kat airport, ada beberapa VIP kat sana.. kemudian wan berpeluang join mereka lepak kat VIP Loudge sehingga 10 min sebelum flight… sebab tu melayan internet sampai ke saat terakhir… Internet + air free sambil dengar VIP2 berborak… merasalah jadi cam Emilda kan? heheh… nasib baik mereka tak tanya wan pasal nak beli berapa bijik A350.. hehe.. juga wan tau tarikh pilihanraya.. hehe

Semalam Datuk Tony dari AirAsia dgn Tan Sri Halim Muhamad (Halim Mazmin Berhad) ada kat Paris gak.. They all baru beli 15 bijik A350 untuk AirAsiaX antara KL dgn London… buat sementara, mereka akan guna B777 yg disewa… bulan 2 lepas, mereka dah beli 100 bijik A320 dan bulan 10 ni, mereka akan datang beli lagi.. hehe.. beli kapal terbang cam beli kuih tepi jalan je…


Dato Sri Chan Kong Choy (Menteri pengangkutan), Datuk Wan (not yet, but soon.. insyaAllah) dan Datuk Thana.. dalam VIP Loudge kat Airport Charles De Gaulle, Paris


datuk Leong, Wan dan Datuk Bashir Ahmad (pengerusi Malaysia Airport BErhad)

Schedule flight kul 12, tapi masuk flight pada jam 11.55… semua nampak pandang2 aku je.. dah buat final call ke? tak dgr pun? haha…. Dah la seorang pramugari nama Zalina tu kenal wan.. ahaks… dia siap perli lagi tanya kenapa lambat.. tapi dia baik… Dia jaga row lain tapi asyik datang jumpa wan… hehe

PErjalanan?.. ermm.. ok la kot.. 12 jam yang tidak boring… jumpa Mukhsin, kawan kepada Ihab yang wan jumpa 2 tahun lepas kat London, then ada Veliana Ruslan dan juga Mejar sorang ni.. Kebetulan sebelah wan kosong walaupun pesawat penuh, boleh la orang datang borak2 dengan wan….

Memula flight tunda sejam… Estimated time of arrival (ETA) asalnya ialah 6.30 pagi, dan sebab tunda sejam, maka ETA berubah menjadi antara 0640 dan 0720…. dan kami mendarat pada jam 0714… wan risau gak memula sebab next flight ke KB ialah pada jam 0750… tapi dah report kat kapten dan mereka dah bagitau ground staff, so tak risau sangat la… mereka kasi 2 jaminan.. 1/ kalau ada masa, mereka akan buat final call dan tunggu hingga wan masuk ke second flight dan 2/ kalau lambat, mereka akan dapatkan tiket seterusnya dan access ke loudge.

Actually wan tak risau kalau terpaksa naik flight kul 1035, tapi risau kalau tiket asal burn macam tu saja. I mean, wan tak risau abihkan RM225 untuk beli tiket baru tapi ’sayang’ kalau tiket tajaan Diana Ismail tu burn cam tu jek… nasib baik mereka benarkan tukar tiket for free, walaupun tiket asal fix dan non refundable. dah la masa turun kat KLIA tu, masa tengah borak dgn pekerja Dome dalam Satelit 4 tu, terdengar panggilkan terakhir MH1384 ke KB, tapi buat dengar tak dengar je la… sebab wan tak ambik lagi bagasi dari Paris…

Wan tak check in direct Paris ke KB via KL sebab masa check in tu, wan dgn veliana letak barang seorang VIP ni atas nama kami. Biasa la, kerja senang, tips byk.. hehe… Dalam flight tu, wan beli perfume untuk mama, rokok dgn jam untuk adik nor… then abang tu cakap: “192″…. masa tu wan pegang duit euros, memang terkejut bila dia cakap 192 tu, then bila dia cakap “ringgit”, barulah wan lega balik… 43euros dengan kadar tukar 4.51… ok la kot?

Tapi memang bertuah la tak kene bayar tiket lain, bukan salah wan menyebabkan tertinggal flight kedua dari KL to KB tu…. tapi wan tak leh nafi la bahawa wan mungkin penyebab flight Paris to KL tu tertunda… hahaha.. mana taknya, 10 min before flight, masih duk lik lah kat luar tu… hahah

Kat KLIA, jumpa sorang member lama… dah janji nak jumpa, dia kerja kat bagasi KLIA tu.. kemduian ada sorang lagi jemput wan, tapi dia tak nak bgtau nama dengan alasan: “kalau aku bgtau nama, ko akan tulis kat blog”.. haha. memang! hehehe… Then settlekan tiket kat B18 (counter utk stand-by)… jahat gak la rasanya sebab yg lain terpaksa beratur panjang untuk check-in MAS domestik ke kesemua destinasi, then wan selamba pi check-in kat stand-by.. haha

Bila dapat boarding pass, kami pi tukar duit kat bureau de change.. 20euros je.. dapat RM90.31… then beli sim card digi.. mulanya nak beli Hotlink, tapi tak leh daftar kat situ, dan hanya Digi boleh beli n daftar terus, so, beli je la Digi… sekadar untuk call mama bgtau yg flight dah ubah tiket…

dalam flight KL ke KB, wan tidur selama 1 jam 10 minit. Maksudnya, wan tidur dari mula2 masuk flight, hingga dah mendarat kat KB. hahaha… tu pun tersedar 1 min masa dah nampak laut pantai Bachok… then sambung tidur… mmg penat.. sebab 10 pagi di Mesia ialah 4 pagi di France.. time tengah tdo.. biasa bangun kul 4 pg untuk subuh dan dengar suara Fiq kat Hot Fm je… sedar2 flight tgh brek mengejut kat KB tu.. haha.. pepaham je la, runway kat KBIA tu pendek je.. hehe

then bila kuar flight, terus keluar dari arrival hall, then pi cium tangan abah (Khairi, i did it ok!).. then salam dgn mama, peluk mama, peluk abah then dgn Nor dgn Adik min… lepas tu baru masuk balik ke arrival hall untuk ambik bagasi besar.. nasib baik kat beg tu ada sticker first class dan tag VIP, so, dia kluar first lah kat mesin pusing2 barang tu… hehe…

then terus masuk kereta, dan meninggalkan airport… sampai rumah, lepak jap… terdapat kejutan budaya gak la… ada KFC kat kubang kerian, bangunan baru banyak giler… rumah kedai banyak… then dalam rumah sendiri pun ada kejutan budaya gak… almari baru, susunan baru dan sebagainya…

aiyoh… petangnya, wan kluar ke KB Mall dengan nenek.. kebetulan mama ada beli wheel chair untuk nenek, so, sumbat dlm bonet, then drive pi sana… tak banyak berubah pun.. cuma yg best parking free… tapi mesia mmg panas.. membahang… kat rumah pun sama. kene lepak dlm aircond je untuk minggu pertama ni.. give me a week, lepas ni dah boleh biasakan diri la kot… mmg panas.. dlm bilik ada aircond, then bila masuk toilet, rasa cam masuk sauna.. berpeluh!.. melampau la kalau toilet ada aircond gak kan? haha…


aiskrim! yummy. walaupun batuK. haha


teady bear besar… nak beli.. hehe

Hari kedua kat Kelantan, pagi pagi mama kejutkan subuh, kemudian ikut mama ke pasar.. best gak la… banyak giler shopping.. ketam, udang, ikan, ayam, sayur dan sebagainya…. tapi harga sangat mahal la!! 2 ketul paha ayam dengan pinggul ayam tu = RM6… bersamaan 1.50€… kalau kat France, dah dapat sekilo setengah ayam dah tu… ada la 4 ketul kot? tapi ini bukannya masa nak banding2kan harga, kat France maybe kene berkira sebab duit fix, kat mesia lak, duit dari parents, lain kes la kan?


wan dgn adik Min

Lepas pasar, balik makan ketam rebus dan lala, then mama surh pi warnakan itam rambut sebelum pi solat jumaat.. hehe.. biasa la kan? kelantan beb.. tak caya tanya hezry.. eheh… lepas solat jumaat, antar adik nor tuisyen, then lepak dgn adik min kat Billion… lepas tu ambik adik Nor n balik rumah…


game ini akan over bila ada 10 gol… tapi both of us tak reti main, maka lama la main. haha


ish.. nak main kereta, tapi kaki tak sampai..

Mlmnya, plan asal nak tdo je… then masa check balik telfon 3 tahun lepas, jumpa contact no member lama.. terus SMS reramai dan kebetulan, ada sorang member dari KL ni, dia balik kelantan kul 4 ptg smlm, then nak ke KL pagi esok… dia balik sebab pak sedara dia sakit, so, ni peluang keemasan untuk jumpa dia lah: selepas berpisah masa form 3, yakni 8 tahun lepas! terima kasih sekali lagi kat Friendster.. hehe.. nama dia Izzman btw

Then jumpa piji gak… yang dulu ada slalu komen kat blog wan.. hehhe.. dulu la, skrg ni jual mahal lak… first time jumpa gak, slama ni internet je laa… tapi tak ambik gambar pun.. sebab tak bawak kamera gabak tu, dan hanya guna camera dari phone Samsung U600, tapi gambar dia quite OK gak la.. 3.2mpixel tapi sebab malam, gambar tak lawa lah…

Izzman bawak sorang spupu dia, Ikhwan.. then kami 4 orang pi lepak kat satu tempat ni.. apa ntah, tak best pun, servis lambat.. order 30 min baru sampai air… nasib baik byk idea untuk borak2… sambil bersms dengan dafi.. hehe… lepas tu kami ke pantai Kemeyang, kat Bachok.. pi satu kereta je la.. ada pengambaran filem Wayang… lakonan Eman Manan…. biasa la, artis bertemu artis katanya… filem ini arahan Hatta Azad Khan, pengarang Kerusi (kalau anda ingat sastera Bahasa Melayu time SPM dulu)

lepas bachok, patah balik ke kawasan KB MAll, beli burger best kat depan Bata tu, then lepak kat kedai air depan tu.. abihkan burger, then pi 7-11 untuk beli Stripsile, then antarkan Hafizi, then balik ke rumah.. parking kete, kunci pagar, masuk rumah, then adik Nor dah sejukkan bilik, tapi tak terus tidur, tapi layan blog dulu.. hehe.. thanks kat Hafizi sebab blanja wan minum, burger dan pulut mangga.. juga thanks kat Izzman yg luangkan masa berjumpa walaupun semua letih…

Seronok gak chatting n update blog time2 cam ni… tapi my mind still waktu France.. maksudnya, bila tengok ada orang online kat YM, wan akan tolak 6 jam.. then bila dengar Hot FM kat blog sendiri, terasa beza masa 6 jam gak.. Kalau dulu, asyik dengar Fafau dgn Faizal Ismail jam 6 pagi (12tgh malam waktu France), dan skrg ni dengar yg real lak.. hehe.. tadi pun dengar suara Fiq tu… sebab time kerja dia kul 10 hingga 2 ptg… dulu kalau rindu nak dgr suara Fiq, kene bangun kul 4 hingga 8 pagi kat France.. heheh


adik min…dulu sani ada request pic adik min. hehe..

Skrg ni kul 2.32 pagi..kul 8 malam kat France.. time tgh bergalak.. hahah… sebab tu aku still cerah mata skrg ni.. give me a week, nanti wan akan lupakan pasal waktu france, biasakan diri dgn kepanasan di sini…

10 Comments »

Next »