Archive for June, 2007

June 17th 2007

selamat hari bapa

sorry kpd wartawan yg nak sambut wan kat KLIA 21 jun tu nanti. InsyaAllah wan sampai kul 6 pg Khamis nanti, dan Wan tak sanggup nak ubah connection flight dari 0740pg kpd 1040pg walaupun anda nak bayar… ada 3 sebab:
1- tiket wan adalah tidak boleh ubah masa / tarikh dan non refundable, dan ianya ditaja oleh Diana Ismail
2- wan tak snggup tunggu 2jam dgn anda walaupun ianya mungkin batu lompatan kepada masa depan wan, sebab wan dah 22 bulan tak jumpa family.
3- letakkan sebab kedua sebagai sebab pertama.

selamat hari bapa kepada abah wan….

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah wan….

p/s: wan syg abah wan. tp wan tak pernah tunjuk dpn abah. tp wan syg abg wan. just cannot wait anymore to kiss your hand when i reach Malaysia. Wait for me. eh, wan syg mama juga

13 Comments »

June 16th 2007

Freiburg, Germany


coklat cenderamata masa raya kat grenoble tahun lepas, jumpa kat bilik smlm.simpan je la

Rasanya abg lee pernah letak pic freiburg suruh teka dulu. heheh. dah lama tak pergi ke sini. dlu pernah pergi, tp pi dgn kreta masa family dtg dlu, then pi dgn khalid, pun pergi dgn kereta, ni first time pergi dgn bas and train.

citer asalnya, kat france, mereka baru lancar jln baru untuk TGV. Masa pecahkn rekod dulu, mereka berjaya cecah kelajuan 547km sejam, tapi masa naik baru ni, kelajuan dia hanya 320km sejam. Dari lille, direct ke Strasbourg, mengambil masa 4 jam sahaja berbanding lebih 7 jam melalui Paris dan train slow ke Strasbourg. Biasanya 80e return utk less 25yo tanpa kad diskaun, tp harga promosi train baru hanya 30e


kerusi warnawarni… merah biru oren purple..


kedai roti kat strasbourg.. parnah terbakar tahun 2003, masa tu family dtg, then adik min duk layan abg bomba kat sini.

Dari strasbourg, pusing di bandar jap, kemdian naik train ke Colmar. Kemduian terus jalan kaki ke Match yg dekat masjid tu, kemudian jumpa Ayen & Ainaa. ke rumah mereka, dan masak. Wan potong 2 ikan keli yg wan bawak dari Lille, dan Ayen masak guna perencah merah. Bilik dia ada kucing, so tak leh bukak tingkap dan pintu luas luas, maka penuh la bilik dgn bau ikan keli masak kuah merah. Then makan 5 org sambil tgk citer hantu Korea, R-Point. Melayan gak tgk citer ni sambil makan dgn Ayen, Ainaa, Izyan dan Sin Wui.


siput babi kat gare colmar lpas hujan… teringat Bersamamu tv3 yg ada family makan benda ni utk hidup


2 ikan keli dari lille…


izyan dan ainaa…. lauk ikan keli best!

LEpasmakan, layan citer R point sampai tertidur… kemudian, pagi hari kedua, layan hamster pagi pagi. Baca citer pasal hamster ni kat blog Ayen. Seronok gak main benda ni, terus teringin nak beli kat mesia nanti….


kta letak hamster dlm bola ni, kemudian tinggalkan dia pusing2 dlm tu tanpa penat.. haha.

kl 9.30 pagi, wan ke Freiburg. sampai di sana, wan jalan2 dgn ash, tanpa hala tuju…. hehe.. masuk ke itu ini, usha barang itu ini, tapi yg penting, makan di tempat yg paling best kat Freiburg. Mulanya skit je pelanggan kat situ, tapi masuk je waktu lunch, tetiba penuh sampaikan orang terpaksa menumpang meja wan dgn ayen. mmg logik la kedai tu paling best kat sana


ayen adalah moderator kat dafi-fc.com dgn nickname *ash*


wan… ready dgn 2 pizza + 1 salad


ayen.. menghabiskan salad yg kami share…

lepas makan, kami meneruskan pengembaraan tanpa arah tu.. pergi ke Muller, kemudian Mingros, then naik turun semua tempat yg boleh dinaik turun. sambil berborak pasal semua benda yg boleh diborakkan.


termasuk berborak pasal orang ini


penutup lubang kat tengah2 jalan kat sini.. cun tak?


wan dgn ayen…

Dah kenal ayen ni dah lama gak… hampir setahun, melalui Friendster dan YM… asyik berborak gak melalui phone dulu, terutama pasal AF…. masa wan beli domain dafi-fc.com dulu, dia antara orang pertama yang wan paksa daftar!! Cuba imagine site dafi-fc tu, bermula dengan kosong, kemudian sekarang dah ada lebih 4000 ahli, dan wan dah mula buat duit dengan jual iklan kat sana. nak iklankan apa apa? contact me ok. harga boleh dirunding. hehe. Dan sekarang, dafi-fc.com ditaja oleh serverfreak.com.my…. tepuk2!! dan Ayen jadi mod kat sana… kroni kan? hahha

Kami balik dari Freiburg ke Colmar pada jam 1637… train dari Freiburg ke Brisach, then bas dari Brisach pada jam 1709 ke Colmar….


sungai Rhin yang memisahkan Germany dan Perancis. terdapat satu pulau di antara dua pecahan sungai ni (ile de rhin) tapi wan tak tau pulau tu milik germany or france..


sushi take away dari freiburg. sedap giler!! tp sedih gak sbb Khairi tak join kami… dia kawan baik ayen gak…

Tapi tak per… balik mesia nanti, khairi kata dia nak blanja wan makan sushi *matilah reka sendiri. Hiaihhhhh… penat balik dari sana, kemudian terus masak untuk makan rmai2… Ayen yg masak, wan tgk je, sbb wan batuk *tak abih abih. ahahha

9 Comments »

June 14th 2007

balik kampung!

Huhhooo.. smlm dah confirm tarikh balik…. thanks kat Kak Siti sebab berjaya ubah dari 10 Jun kepada 20 Jun… kalau wan balik 10 Jun lepas, mmg wan kat Malaysia skrg… Dulu wan wish lagi lambat dari 20hb, tapi tak kisah lah.. Kemudian pagi tadi keluar ke Nouvelles Frontieres untuk cancelkan satu tiket yang wan tempah dulu.. tarikh asal dulu 2 July utk CDG – KUL dan 25 Ogos untuk KUL – CDG. Nasib baik kakak tu setuju pulangkan 75% dari harga asal berbanding 50% sebab dah kurang 30 hari dari 2 July… Terselamat 200€ gak lah. tapi yg bab remboursement ni, bukannya sekelip mata terus dapat duit. Kene tunggu gak.

Semalam Fara datang dari Grenoble, hari ni lak Semy datang dari Paris.

Dari pagi tadi lagi mengemas bilik sambil bersms.. penat gak. Banyak baju yang dah lama nak diderma. Punya la susah. Call Secours Populaires, mereka tak terima dah derma baju. Kemudian call Secours Catolique, pun mereka tak terima.. tapi SC kasi no telefon Croix Rouge (Palang Merah), mereka terima orang derma baju, tapi pada hari Isnin antara jam 2 hingga 4.30 petang sajer. Aiyoh. Nak derma baju pun terpaksa call ke beberapa no, lepas tu semua cam tak nak lak.

Esok pergi ke Colmar. Tapi tak tau pergi sorang diri atau dua orang. Tapi harap pergi 2 orang lah.

Lepas confirm tiket semalam, terus mencari tiket KUL-KBR. Mulanya nak sms Ije suruh belikan guna card dia, kemudian nampak Diana online. Dia dulu pernah ke Paris guna Wenkt Travel Planner. So, cucuk je la. hehe.

6/13/2007 6:09:27 PM
:: syazwan hilton :: : diana diana!!
diana ismail : ye ye!!
:: syazwan hilton :: : apa kata kalau blanja wan flight KUL – KBR
:: syazwan hilton :: : RM115
diana ismail : haa?
diana ismail : nak balik kelantan ke?
:: syazwan hilton :: : aah
diana ismail : ooo ok je..
diana ismail : nak bila ni?
:: syazwan hilton :: : 21 jun ni
diana ismail : kasi details laa
:: syazwan hilton :: : KLIA KUL – Kota Bharu KBR
diana ismail : bole diusahakan
:: syazwan hilton :: : 07:50am
:: syazwan hilton :: : MH1384
:: syazwan hilton :: : Thu, 21 Jun
diana ismail : nama?
:: syazwan hilton :: : ZANINI Syazwan
:: syazwan hilton :: : Syazwan HILTON takut tak lepas
:: syazwan hilton :: : http://www.malaysiaairlines.com/main_MY.aspx
diana ismail : ahahah
diana ismail : hilton jadahnya
diana ismail : FIRST NAME SYAZWAN?..LAST NAME ZANINI?
:: syazwan hilton :: : last name hilton
:: syazwan hilton :: : eh*zanini
diana ismail : SALUTATION NAK LETAK APA WEIH?..DATUK KE TANSARI?
diana ismail : AHAHAHAH
:: syazwan hilton :: : tun
diana ismail : JAP..ADA BERITA KEMATIAN LAK
:: syazwan hilton :: : huh?
:: syazwan hilton :: : sape?
diana ismail : eh kalau mobile number 019..country code letak 60..area code 19 eh?
:: syazwan hilton :: : aah
diana ismail : 1. Booking Details Booking Reference: J3US** Confirmation Number: 061533** Booking Status : Booked
diana ismail : Passenger Details and Contact Details Passenger: ZANINI SYAZWANMR Ticket Number: 23224020551**
:: syazwan hilton :: : YEAH
:: syazwan hilton :: : love u!!
:: syazwan hilton :: : forward email ke colmarien@hotmail.com
diana ismail : ok if dpt mail nanti dd fwd kan
diana ismail : nak kena siap laa gi umah org meninggal
diana ismail : tata!

Kan senang? Heheh. Actually risau gak kalau beli tiket MAS last minute ni. Sebab kalau beli on the spot, harga dia paling rendah RM205.. Kalau beli online cam ni, RM115 je.. KAlau orang taja cam ni, RM0 je… Terima kasih Diana Ismail dan Al-Fatihah kepada sedara dia yang meninggal semalam.

Wan cadang nak beli CKin2U for him untuk Abah dan CKin2U for her untuk mama. Tapi mama tak nak. Ije lak request tshirt, suruh beli lengan panjang tak besar tak kecik. Demand betul, tapi nasib baik dia kata dia nak pi basuh kereta dia dan nak tinted cermin.. Mujur dia sporting, wan akan pakai kereta dia utk beberapa hari pertama di Malaysia, sehingga Ime balik dan kasi kereta lain untuk wan.

Rupanya sim card Hotlink hanya berharga RM6.60, tak pun RM8.80. Murah giler? Dah plan dgn Ije nak ke KB Mall minggu depan, nak beli sim card Hotlink.. nak cari no VIP lah! haha. dan wan akan masukkan no Ije dgn K kat Activ5, saper nak 3 no lagi tu, cepat la chop. tapi make sure korang kene slalu bersms lah! hehe…. Untuk calling2, wan akan guna sim card Celcom, sebab Ime dah janji akan jadikan my prepaid sebagai unlimited since dia pengedar prepaid. Hahaha. Kroni giler.

Aisyehh… dah jauh fikir pasal Malaysia. Then 28 Jun nanti, mama dah plan ke Penang. Cuti2 Malaysia part 1! =p

PIkir pasal malaysia lagi! hahah. dah la. nak pi post surat dan beli ikan keli untuk Ayen..

17 Comments »

June 13th 2007

Pembekuan Wenkt Travel Planner…

Selepas 8 bulan wan bermain – main dengan Wenkt Travel Planner (WTP), wan akhirnya bekukan WTP dengan post mortem ..

WTP dibuat sekadar suka suka. Ianya adalah ‘virtual enterprise’ sekadar untuk menolong orang yang mengunjungi ke Eropah: mengatur perjalanan, memilih hotel, cadangan tempat lawatan, cadangan tempat makan halal, tempat solat dan sebagainya…

Mulanya macam tu lah.. wan charge 4euros sehari untuk benda2 cam tu.. maksudnya, mereka akan contact wan via email, MSN, YM, SMS, friendster dan sebagainya, kemudian wan akan mintak jadual flight in-bound dan out-bound juga budget yang mereka mahukan.

Continue Reading »

12 Comments »

« Prev - Next »