July 31st 2007
Bila Terasa RIndu…

Pertama kali dengar lagu ini, masa dalam SSangYong Stavic milik Datuk Ismail Sabri (ayah Dafi), pada Khamis lepas, hati wan berkata: “biasa je lagu ni, ibarat lagu lagu slow dan jiwang biasa KRU”
Namun, setelah memerhatikan liriknya, baru Wan tersedar, bahawa lirik ini sangat terkena kepada kepala sendiri. Sekali imbas, wan terfikir keadaan semasa di France, setiap saat di France memikirkan pasal keluarga dan yang tersayang (if any) di Malaysia ini, ataupun di tempat lain, semestinya jauh beribu batu dari sesiapa di France. Malah, ianya ibarat seseorang yang berada di Jepun, yang mempunyai awek di Jepun….
Malah, chorus lagu yang kinky ini asyik bermain di fikiran… susah nak hilang.. terutamanya part “bila terasa rinnnnnnndu”.. perkataan RINDU itu, dengan gaya sebut yang berlainan, menjadikan lagu ini lebih unik…
Lagu yang bakal berkemundang di udara beberapa hari (atau minggu lagi), sebenarnya bertajuk Bila Terasa Rindu, ciptaan Edry KRU.. Nyanyian Dafi, yang menjadi banner blog buat masa sekarang (pandang atas!). Dan semestinya, hanya orang orang yang rapat dengan Dafi tau lagu ini! Sorry guys, nanti minggu depan, korang boleh dengar sendiri kat Hot FM di blog ni. Hehehe
Wan ada lagu ini dalam phone, dalam komputer tapi rasanya terlalu awal untuk berkongsi, malah lebih baik jika anda membelinya sendiri, single pertama Dafi yang bakal berada di pasaran.
Wan telah share lagu ini dengan beberapa orang, dengan alasan yang mungkin logik.. kepada adik sendiri di Terengganu atas dasar kekeluargaan, dengan kawan di Jepun dan seorang peminat bulan di Singapura atas dasar mereka tidak berada di Malaysia.
IKhlas dari Wan, belilah barang yang original nanti ya! Kepada yang tidak sabar, meh la jumpa wan, wan akan bluetoothkan dari phone wan ke phone anda.. ehehe
P/S: Message Tone bila SMS masuk kat phone wan ialah: “Ada message, baek punyerrrr”… originally from suara Dafi, ditape guna phone… unik! dan semestinya.. baek punyerr










































