Takziah kepada Hafizal kerana gagal jadi no 1 dalam komen sebelum ini. Sila cuba lagi!
Fuhh… bangun agak pagi lah, then pergi hantar adik Min rumah Dr Khairiah, then Dr akan hantar adik Min bersama dengan anak dia. Lepas tu pergi withdraw duit. Guess what? Ini ialah first time wan withdraw duit sejak berada kat Malaysia sejak 2 bulan lepas.. Kekok gak lah nak guna ATM kat sini… dah lama tak guna, confuse antara Saving Account dgn Current Account. Main tekan je, janji kluar duit..
Tapi ATM tu nak bergurau pagi pagi tu.. Lepas masukkan nilai, dia kata limit 20 keping je.. Then dia kluarkan kad. Aisyeh.. tapi takder la wan mengalah kat mesin bisu tu, wan masukkan kad dan pin, kemudian withdraw 20 keping. Lepas kad dan resit keluar, masukkan skali lagi, dan ulangi proses sampai nilai yang kita kehendaki. Muhahaha. Aku lebih bijak dari mesin bisu itu, tapi mesin bisu itu punyai lebih banyak wang dariku.
Nasib baik PAnggilan Hangit Hot FM pagi ni bukan pasal aku. Kalau part aku, mmg wan akan stopkan kereta tepi jalan, then dengar, lepas tu gelak sampai menangis. Hehe
Kemudian balik ke rumah, lebih kurang kul 8 pagi, kene kluar ke tempat catering. Hari ini ada dua pekerja baru. Nama dia Farid dan tak tau nama. Hantar mereka, dan mereka settlekan semua. Sementara tu, pergi daftar kat Klinik Gigi USM.. Wan sendiri pun tak rasa apa apa ketidakbiasaan kat gigi, biasa la, gedik2 nak check…
First, wan mmg tabik kat MyKad. Cucuk je dlm mesin tu, they all dah tau semua maklumat kesihatan kita. PErgghhh! Dua hari lepas, pegawai JPJ yg buat road block pun, guna MyKad utk check data kita kat tengah tengah jalan. They all guna mesin yang macam mesin e-pay prepaid tu… Tu pun bijak gak.. takder wayar takder komputer, tapi boleh baca data pasal lesen wan….
Terkejut gak bila penjaga kaunter tu kenal wan. Student lagi, sama tua kot. Mana kenal pun tak tau. BIasa la, pompuan, aku jenis tak ambik kisah sangat… Memula kene bayar RM3, tapi masa wan hulur RM5 sbb nak bayar, dia berfikir sejenak dan berkata “tak payah lah”. Motif? Jimat RM3. Bermaksud boleh SMS 300 keping ke Maxis / Hotlink.
Masa menunggu giliran pun, asalnya no 2008, then no wan ialah 2023, tapi tetiba no jadi 2023. hahah.. Masuk2 je, kawan aku yang lain menunggu. KAwan skolah lama, dah jadi pelajar pelatih pergigian dah. Cam biasa, gigi takder masalah, just utk scaling je la. Tu pun skit je, tak perlukan doktor, students je buatkan… Sakit gak lah. Mana ada scaling yang tak sakit ataupun tak berdarah kan? Semua sakit dan menghitamkan air liur masa berkumur…
Masa menunggu tadi, SMS kat Khairi cakap yang wan tgh tunggu giliran untuk jumpa doktor gigi, then dia reply bahawa dia pun tgh kat klinik gigi. Kebetulan ke? Maybe ianya seperti Junid dan Pusaran. BTW, wan ialah Junid. Dan dia ialah Pusaran. Muahhahahhaha… Matilah aku lusa, dia datang ke Kelantan sbb nak clubbing. Hahahhaha
Abih check gigi, balik rumah, online dan lepak2… Just make sure phone sentiasa depan mata, maksudnya aku kerja on-call lah. Kalau orang call cakap ada error kat catering, kene la tekan minyak pergi settlekan.. Walaupun telefon berbunyi SMS masuk setiap 2 minit, tapi ianya dari orang lain…
Petangnya, mama suruh pergi ambik karipap, kat satu kawasan perumahan banglo ni. Mama dah pesan, bahawa rumah kat situ besar2, mmg tak sangka lah pemilik rumah tu buat kuih. Bila wan sampai ke kawasan tu, mmg besar2 rumah situ. Banglo berkembar 2 tingkat, lebar ke belakang, dan lebar ke tepi. Mmg korang takkan sangka bahawa ada org buat kuih dalam banglo tu.
Tapi tak jumpa rumah mana satu. Rasanya dah jumpa, tapi tak berani nak tegur, sebab pintu pagar tertutup rapat, dan semuanya lak pintu pagar automatic tapi takder loceng kat luar. Dah la jarak pintu pagar dengan pintu masuk rumah agak jauh, ada taman lawa lak tu.. Mmg tak sangka!
Lepas tu, pergi isi minyak kereta. Isi RM20, naik satu penanda je ? Adeiii… Tu pun bertuah sebab wan drive kenari, 1000cc je. Jimat minyak. Kalau drive Perdana cam Khairi tu, kene 2000cc dan kalau drive Sorento… 2500cc. muhhehehe.. belilah minyak banyak2..
Pergi pejabat pos, buat wang pos untuk satu kursus ni. Asalnya no 1008, then masa tekan, dapat no 1030.. adei.. ada 22 kene tunggu. Then wan pun pandang2 kat orang kiri kanan, senyum2, tetiba ada org datang kasi no 2013. Sebab dia nak blah. So, wan ambik je la. Lepas 5 min, terus no wan dipanggil.. Hehhe..
Actually, byk perkara yang disettlekan di pejabat pos boleh disettlekan oleh mesin. Cam bayar bil telefon, bil letrik, bil air.. rasanya semuanya boleh disettlekan melalui internet, e-banking ataupun guna credit card melalui telefon. Eh lupa, wan kat kelantan.
Kemudian pergi kat catering. Tak sangka lak dah abih. Punggah masuk kereta, dan balik rumah. Wan tanya kenapa tak sms bila siap, dia kata dah tak der kredit sejak seminggu. Adeii.. Kalau wan takder kredit selama 2 min pun dah nyawa – nyawa ikan, inikan pula seminggu. Adeii… So, before wan lost contact dgn mereka esok, wan belikan credit RM5, then rokok sekotak. Biasa lah, wan kan nak jadi majikan yang disukai oleh pekerja. Tak leh la kedekut sgt…. Bab gaji, kene settlekan dgn mama, big boss besar lah.. kalau stakat blanje minum, blaje rokok, wan boleh kasi…
Balik rumah, online jap then baring2 bawah aircond. Lunjurkan kaki, hilangkan stress dengan angin sejuk. Best giler kan? Penat tau catering ni. Sebab kita hantar pinggan bersih, tapi mereka pulangkan pinggan kotor. Kita hantar makanan yang berbau sedap, mereka pulangkan sisa makanan. Kita hantar gelas yang elok, mereka pulangkan gelas yang sumbing. Kalau sumbing skit, boleh bawak balik isi pokok bunga yang hidup dalam air tu, kalau sumbing retak seribu, masuk tong sampah la jawabnya. Kene pandai handle gak la benda ni, tapi tak der la kene buat report cam pecahkan tabung uji masa form 2.
Then mama ajak pergi kedai beli bahan mentah untuk esok. Ermm… ermm.. ikut je la.. lagipun wan sendiri pun nak blajar camner handle benda ni betul2.. kat skolah mana ajar cara buat catering kan ? Kene la blajar dari parents… Tapi sampai skrg wan tak tau mana nak ambik sesetengah jenis kuih.. ada sesetengah pembuat tu, rumah dalam kampung, masuk lorong ini, belok kiri, belok kanan, nampak pokok manggis tinggi, then pusing situ sini baru jumpa.. lepas tu ada 3 rumah, tak tau rumah mana satu… then call mama, last2 mama datang ambik.. hahahahahahahha (sbb dh terjadi la, sbb tu aku gelak giler2)
Beli sayur mayur dengan daging.. RM53.60… masa drive, baru terfikir tak cukup lagi sayur tu; sbb ada makan tengah hari gak.. terpaksa la tambah sayur lagi… RM3.50.. Nampak kecik je kan nilai RM3.50 tapi dah boleh beli 2 ikat kacang panjang, 5 bungkus jagung kecik, dan seikat bendi. Banyak gak tu!
Kemudian pergi hantar rumah Kak Yah yang akan menyiapkan masakan, yang akan mengubahkan sayur mayor tu menjadi makanan yang sedap.
BAlik ke rumah, rehat sekejap, menyembah sekejap, kemudian lepas maghrib, mama ajak pergi hantar nenek kat klinik panel, sbb dh buat temujanji.. klinik yang terletak 20km dari rumah.. Dulu ada klinik panel dekat je, tapi doktor kat situ claim mengaruk, terpaksa la USM tukar klinik yang jauh beribu batu: dari Kubang Kerian ke PCB. (tak perlu tulis penuh la, korang bukan tau gak pun)
Tapikan, jalan kat kelantan pada malam ini sangat kosong. Sebab malam Nifsu Syaaban… Kosongnya jalan ibarat jalan di KL pada malam konsert AF. Kosong giler…. Boleh pecut je… Bagus la orang kelantan… aku sorang je yg berpeleseran malam2 nifsu syaaban ni… kalau org forward pasal Nifsu Syaaban kat frienster, terus delete. Kalau kat YM, terus tutup windows.. hehe… Best gak kluar dgn family cam ni, sbb bila isi minyak, mama akan bayarkan. Heheh…
Balik ke rumah, hujan lebat. Lebat sangat. Ingat nak tdo awal. Seawal jam 10 malam. Sambil berSMS dgn sorang member baru ni.. Tapi kemudian dapat list barang yang perlu dibeli untuk Rabu nanti. Yang makan tengah hari 280 orang itu…. Actually boleh beli esok, tapi kalau tiada stock, kene pergi cari tempat lain, dan mungkin takder masa sangat esok. So, beli je malam ni, hujan pun tak kisah lah. Bukannya kereta aku tiris pun kan ?
Ingatkan murah. Rupanya RM492 gak la melayang beli bahan mentah. Tapi kalau difikirkan bahawa RM492 bakal berubah jadi hampir tiga riban dalam masa kurang 36jam, maka rasanya ianya adalah pelaburan yang berbaloi lah. Bagi aku lah. Maybe korang rasa tak berbaloi. Heheh. .. Banyak ke bahan mentah untuk skali lunch pada harga RM492? Tgk la senarai barang dan harga ni.
Mlm rabu nanti, boleh la berjoli dengan khairi. Dia awal2 dah ingatkan wan bahawa dia akan jadi tetamu. Ermm, nampaknya, dinner rabu nanti ialah nasi kerabu bungkus RM2, then breakfast khamis nasi lauk ayam gulai RM1.50, then lunch khamis nanti ialah nasik bungkus RM3. So, aku kene berhabis RM6.50 untuk dia nanti.
Tapi rasanya, ianya akan menjadi: Nasi Kerabu kat Yati Ayam Percik: RM6; then breakfast kat Renaissance KB, RM32; then lunch kat Nasi Ulam Cikgu, RM10… then supper kat kedai roti bakar yang slalu wan lepak, then KFC lagi kul 3 pagi.. lebih kurang RM50 kot berhabis nanti. AKu dan dia: RM100. Pada masa tu, duit RM492 tadi dah bercambah.. lagipun sebagai saguhati untuk aku yang penat bekerja (sbb 2 org tu tak bekerja untuk saya, tapi bekerja bersama saya :p), maka boleh la berjoli skit sebagai penghargaan kepada diri sendiri kan?…
Now dah kul 2 pagi, esok kul 6 dah kene bangun… 4 jam je untuk tdo? Cukup la kan? Pemandu bas express pun tdo 2 jam je… Aku pun boleh !! Hehhe, kene la motivasikan diri sendiri, perlu bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi yang halal…
Ramai je antara korang yang sanggup bangun kul 6 pagi untuk pergi kerja… cukup bulan, dapat gaji RM2000… wan pun kene setkan my mind cam tu gak lah… Kene bangun pagi untuk pergi kerja, habis satu hari, dapat jumlah yang sama. boleh ? Hehehe
Apa pun, aku penat giler. Now pukul 2 pagi. Baru menghabiskan hari semalam. Then update blog lagi. Kalau tak update, nanti ada org sms bising2. KOrang tak rasa bersalah ke paksa aku update blog time penat2 cam ni? Heheh (sajer jer nka buat korang rasa bersalah)
JOm la tdo….. (lagu tema time nak tdo ialah lagu “jangan tidur lagi”).
P/S: publish pada jam 1019 pagi, supaya Hafizal boleh komen no 1.. kita kan semuanya bersopan santun, kecuali di jalan raya, lain pula jadinya.