Archive for November, 2007

November 22nd 2007

22 11 2007

tarikh 22 nov adalah tarikh yang ditunggu tunggu oleh banyak kaki tangan kerajaan yang makan gaji buta (yg tgh baca blog ni.. opss.. juga yg update blog.. haha) dan yg tak makan gaji buta (tiada contoh)

sms keluar: esok 22 hb, apa perasaan anda?
sms masuk: mau sujud syukur… haha

sms keluar: esok 22 hb, apa perasaan anda?
sms masuk: tau la, nanti aku byr duit ko

sms keluar: esok 22 hb, apa perasaan anda?
sms masuk: jom pavilion

sms keluar: esok 22 hb, apa perasaan anda?
sms masuk: lunch together nak?

Macam macam. Sebab kali terakhir gaji ialah pada 9 okt sebelum raya… dah lama giler dah… maunyer tak kering bila beraya sakan

Ermmm. dop dip dop. sambung kerja

9 Comments »

November 19th 2007

update blog masa lunch

My life semakin stabil. Dalam masa 2 bulan, wan akan menjadi lebih stabil. InsyaAllah. Tak sabar nak abihkan training skrg ni. Apa yang wan buat skrg? Selain kelas English yang best giler, 2jam tiap pagi Khamis dan 2jam tiap pagi Sabtu, wan blajar gak cara nak reserve tiket flight; atur flight; atur perjalanan, management, penampilan, gaya pakaian, perakaunan…. Teringat ayat Kimmy yang cakap dia pernah blajar akaun dlm BM, English n French. Sama la dengan wan. Heheh… Paling best blajar penampilan dan management. Simple dan tak banyak kerja. Tak semestinya model sahaja yang berjalan catwalk dan bermekap. Kan?

KOrang ingat lagi tak perempuan yang buat bahasa isyarat tiap kali berita di TV1 dulu? Yang rambut pendek muka macam Chinese tu. Dia ialah cikgu English dan cikgu bahasa isyarat wan. Maka kedua dua tangan dan mimik muka wan pun dah terhasut dengan dia. Setakat I’m Sorry dan Saya tak dengar tu dah biasa ulang hari hari. hahah

MEnempah tiket flight adalah tugasan yang memuaskan. Kebanyakan flight yg ditempah ialah class F (first) atau C (business) dan bukannya economy (Y), dan semuanya adalah Duty Travel (9% diskaun dan semua tiket bukan dibayar oleh diri sendiri). Namun, kita perlu tahu bahawa terdapat juga tiket malam (FN, CN, YN) dan juga tiket group lebih 3 org (code: YGV3) dan juga special one way excursion. Tp actually, org2 berilmu tu boleh guna tiket senior citizen (YSNR). Tp they all tak prefer Y class, maka mostly fare tak valid lah.


me. masa pelancaran Tan GEarbox


adi luqman. mostly mangkuk tu wan punya. so kpd ajami: wan terlebih kenyang. hehehe

Bukan stakat tu je, tapi kene handle routing, carrier, flt no, date, time, resv status, basic fare, full fare, applicable fare, yang penting ‘applicable commission’ dan nett fare. Kenapa applicable commission tu penting? Tepuk dada, Tanya selera… sebab fare commission verified by.. me. Hahaha… TApi nasib baik gak la record card bukan under wan.

Pernah menghapal code? Stakat KUL utk Kuala Lumpur, KBR utk Kota Bharu, itu ialah code senang. 3letter code untuk Kota Kinabalu ialah BKI, untuk sibu ialah SBW, untuk Miri ialah MYY, dan untuk Limbang? Hahah… Untuk Los Angeles ialah LAX, HBA utk Hobart, CHC bukan Chicago tetapi Christchurch.. . Kalau bahagian eropah, mostly wan dah ingat. LHR, CDG, ZRH dan lain lain. Dan jangan confuse, SZB ialah subang dan SXB ialah Strasbourg dan DXB ialah Dubai. Ialah sama seperti carrier code AK utk AirAsia dan BI utk Royal Brunei Airways… Tapi AK takder F or C class… SU ialah Aeroflot dan PK ialah Pakistan Int Airways … juga code utk currency. JPY, AUD, SGD dan lain lain. Code untuk Malaysia dalam kerja wan ialah MYR dan bukannya RM.

Kalau korang tengok tiket flight antarabangsa, tentu anda pernah Nampak perkataan SITI. Wan dulu pun selalu terfikir kenapa nama SITI ada kat situ. Kemudian baru wan tahu SITI bermaksud Sale Inside, Ticketing Inside. Ada SOTI Sale Outside, Ticketing Inside. So, korang boleh teka maksud SITO dan yang paling sedap ialah SOTO. SOTO merupakan bihun yang ada nasi himpit dan bersup, dengan bawang goreng dan juga daun sup. 

Mengatur perjalanan adalah antara kemahiran baru wan. Actually dah lama mahir (riak lak), tapi sekarang cam ada lesen la. Normally trip hanya 5 hari 4 malam walaupun international sector.. Contohnya KUL-DPS-KUL utk 15 orang dalam board of directors dan sorang budak baik, dari 22 hingga 26 Disember, kene atur transportation guna MH, kelas C, Personal Travel and Duty Travel fare, combi transfer, city tour combi, accommodation Hard Rock Hotel, 4 kali breakfast, 5 kali lunch dan 4 kali dinner, 2 kali supper, entrance fees and all activities. Then tambah markup skit2, then dpt la beza budget yang boleh digunakan di tempat lain.    

Tapi ada juga perjalanan yang memeningkan kepala. Meh wan peningkan kepada anda gak.

Soalan: SR12 cf AN44, ZRH – BNE, ETD 1345 15DEC, ETA 1930 16DEC. Cari FT.
Jawapan : SR ialah code untuk flight Swiss Air dan AN ialah Ansett Airline of Australia. ZRH ialah Terminal B, Zurich Airport di Zurich, Switzerland dan BNE ialah International Terminal, Brisbane International Airport, di Brisbane, Australia. ETD ialah Estimated Time of Departure dan ETA ialah Estimated Time of Arrival. Untuk mencari jawapan, selain perlu tahu maksud setiap code, ianya bukan semudah 1930 tolak 1345 dan tambah 24jam sebab hari dah berlainan.

Tapi anda perlu tahu UTC (Universal Time Coordinator) berbanding GMT (Greenwich Mean Time). UTC untuk Zurich ialah +1, dan +10 utk Brisbane. LEpas tu, kita akan dapat Local Time (LT). Then LT kat GMT di BNE perlu tolak LT kat GMT di ZRH. So, FT (Flying Time) ialah 20jam 45min. Nanti 15DEC nanti, wan akan gelak2 bila ingatkan balik benda ni.

 Kalau anda pening, bermakna wan barjaya peningkan korang. Hahah. Soalan di atas mmg tepat, dan semua info ada dalam jawapan, kalau korang gagal imagine, mmg korang tak leh kerja seperti yang wan buat. 


kalau handle flight agak stress, handle benda ni lak utk hilangkan stress. nampak kamera Sony kat depan tu?


kalau penat  depan komputer, pergi tgk langit biru, sure ilang stress

Itu baru tempah tiket, tak buat endorsement lagi…. Tak menghapal geografi lagi… Anda tahu di mana kedudukan sebenar Tripoli, Abidjan, Luanda, Accra, Lusaka, Salisburg, Khartoum, Warsaw, Belgrade, Havana dan Caracas? Kalau anda tahu, anda boleh masuk di mana Joe Jambul. Hehehe

 Wan menaip benda ni di pagi Ahad. Sambil tengok Tom Tom Bak. Layan kan? Hahaha… Hari hari my life cam ni lah.. Biasanya wan akan berada kat rumah before 11 malam. Kemudian kalau lapar, masak jap sambil layan cenel 103, 122, 551 dan 701. Tu list cenel yang wan suka lah. Hari Ahad mmg hari yang paling best. Boleh baring best giler.

Tadi turun beli bihun kat bawah rumah. RM1 je. Eh MYR1 heheh… banyak giler bihun tapi bihun setakat bihun yang digoreng dengan sambal dan tanpa sayur or ayam. Ada cebisan2 telur je. Tapi banyak la. Kalau hari hari biasa, makan nasi sikit, lauk ayam dan sayur, dah RM5.20… tambah air suam, jadi RM5.50… tu tgh hari sajer.. Kalau makan malam pun sama.. MMg mahal la duduk KL ni.. tak tahan gak kekeadang…

15 Comments »

November 14th 2007

rumah baru

Wan dan housemate wan akan berpindah ke rumah yang lagi selesa pada awal desember nanti. dan kami ada satu lagi bilik kosong. so, kami mencari seseorang untuk bilik tersebut lah. Bilik tu takder la kecik sangat, size dia 8 kaki darab 7 kaki.

Lokasi rumah kami ialah kat jalan Gombak, kat Setapak. Lebih kurang 1km je ke Ong Tai Kim. Sewa yang kitaorang setuju ialah RM130 untuk bilik tersebut.

Apapun, kami hanya memilih lelaki melayu sahaja untuk rumah tersebut. Umur tak kira lah, kalau boleh yang muda la, senang nak masuk dengan kami. Lelaki sahaja, tak kisah la gay ke, straight ke, biseks ke. Apapun, syarat utama ialah tidak merokok. Maksudnya, wan prefer yang lengcong tetapi tak hisap rokok.

Sorry to say but tempat parking kereta sudah kami conquer. Even kami pun tak cukup tempat berbumbung untuk kereta wan, kereta hafiz, kereta – kereta office kami dan motor.. tapi, still ada ruang untuk park kereta di depan bangunan rumah. Nak pinjam kereta kami pun boleh (bila dah rapat la), kupon isi minyak pun kami kasi nanti.

LAgi apa erk? TV dah ada, rumah penuh dengan kabinet, dinding baru cat, puas hati la kalau masuk. Internet pun akan pasang nanti. Sewa bulanan RM130, negotiable dan kene bayar sebelum 3hb.

Kalau korang nak, contact la wan kat 014 296 4440, wan prefer sms la sbb phone asyik silent je. saper cepat dia dapat.

5 Comments »

November 11th 2007

rindu?

haha. rindu?

ku juga rindu kamu. gua caya sama lu.

kene pergi tanjung malim dalam masa terdekat. pergi dengan kereta orang lain, dibayar RM1 utk satu kilometer. tapi kene drive sendiri. Org kata dekat je, sbb sempadan Selangor dgn Perak.

2 hari lepas, adik darul SMS wan. sbb dia mintak tolong bincang French sbb dia ada exam. Kami plan jumpa kat KLCC. So, dari PWTC wan balik rumah jap kat setapak, jumpa dgn Fizal. Dia balik balik dari Stockholm, then wan keluar ke KLCC.

Kitaorang jumpa kat Dome kul 4 petang. Yang menariknya, kami buat French sambil berbual pasal our life lah, then dia mintak no tipon Peon (kawan yg kat France dulu, now kat mesia). Masa kluarkan phone nak kasi no Peon, tetiba Amad kata dia nampak Peon kat sebalik pokok di Dome tu (menghala pintu masuk KLCC). Mmg speak of the devil giler lah. hahaha

Lepas peon gerak, Rem pulak datang.. hoho…. dari Singapore tu. Memang berbaloi lepak kat Dome, dah la orang blanje. hahaha

Lepas tu, kitaornag bertiga (Wan, Rem & Amad) masuk ke Isetan jap, tetiba dpt SMS dari Ery. Dia tgh lepak kat Dome gak, dan dia nampak wan. hahaha.. Lepas tu pergi jumpa dia jap, then masa nak kluar, berselisih pulak dgn Zoey gerak geri gasing.

Wah. mmg ramai orang jumpa. hahaha.. tak sangka giler..

Smlm dapat invitation ke perasmian restoran Tan Gearbox kat Wangsa Maju. Milik kakak Ajami yang vast itu. Dah kenal kakak dia gak, next time ke Carrefour Wangsa Maju, boleh lepak kat Tan Gearbox lah. Ajak Shawal AF5 skali, jom kita berpindah dari NZ ke TG. Boley?

2 minggu lepas spatutnya pergi perasmian Sehati BErdansa, tapi tak pergi sebab tak der baju Purple. Hahaha. Then invitation utk premier Nana Tanjung 2 pun tak pergi, sbb jadual tak mengizinkan.

Lps kat TG smlm, pergi Sentul jap. Lepak kat rumah Kash. Jumpa dgn Arep. Cool giler. Tapi malu skjp dgn KAsh sbb wan terlupa mana wan parking kereta. Haha. Actually dah perasan yg laluan dari lif ke tempat parking agak lain, tapi tak sangka lak tingkat lain. sorry la kash yer

Rindu actually nak update blog. Tapi bz. Next month nak pindah rumah. Nanti pergi ke tanjung malim, nak cari batu sungai dan pokok2 hiasan yang besar tapi murah. Nak buat hiasan rumah ni. Nak jemput Deko bersama Eric lah, ada lubang nak dapatkan dia tak?

Nanti letak TV baru, peti sejuk, mesin basuh.  Nak pasang internet gak. Saper ada peti sejuk tapi nak tukar baru, boleh tolak kat wan la peti sejuk lama tu. TQ

3 Comments »

Next »