December 30th 2007
Terengganu Le Ning
Ehem, semalam pergi tgk Peringkat Akhir Sehati Berdansa kat Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya… Around 7mlm bertolak, then kat sana jumpa dgn Budiey, Sultan Muzaffar, Joe Klubbkidd… Selamba je wan lepak kat kerusi Media, sepatutnya duduk kat kerusi VIP.. well I’m joking, sepatutnya kat kerusi lagi belakang… Depan wan ada Dekna, Rizal, Amy Mastura, Dr Fazley dan lain lain…
On da way balik, ngantuk giler.. tidur je sepanjang perjalanan.. sedar2 kat tol depan Mines… then bila tgk kat laluan kiri, ada bas warna warni nama “Durian Burung” .. terus call adik wan kat France.. Khairi tu la.., dia tgh ngidam nak makan KFC, so dia on da way balik dari kedai ayam, beli ayam mentah dan nak goreng celup tepung Adabi. Ahaks..
Then my housemate call cakap dia on da way balik kampung kat Pahang. Masa tu wan dh nak sampai kat rumah, tak tergamak nak bgtau suruh antar ke Shah Alam.. hahah… Then balik rumah sowang2, mandi dan lepak.. Layan citer hantu kul 1 pagi.. best kan? Dah la sowang2.. hahah.. Sambil makan, ada nasi goreng cina bungkus dgn air tembikai.. tapau je dlm plastik.. ahaks..
Kalau ada kereta, sure dh tdo tempat lain… Taman Desa ke, Shah Alam ke… Susahnya hidup tanpa kereta. Kalau hari hari biasa, ada 5 biji kereta kat rumah ni, tapi ntah camner sejak raya haji lepas, tinggal sebijik je.. dua kat adik, satu kat awek housemate, satu kat opis.. yg sebijik tinggal tu pun kereta housemate , yang opis dia punya lak tu, then manual lak.. mmg tak leh pinjam.. terpampang punyalah besar logo syarikat kat pintu kiri kanan.. Kalau mau kluar, kene tampal dgn tape hitam dulu. Stakat ni dh 2 gulung tape itam abih.. Ahaks..
Hari hari teksi. Rasanya teksi pun dah cam sgt muka aku ni. Orang bahagian akaun pun dh cam muka aku kot. Hahah.. Borang OT, borang mileage, borang meal allowance, borang lodging allowance, claim duit keraian yang aku punya la kot paling byk kat bahagian akaun. Hahha.. tak senonoh betul kan? Hahaha
Tapi prinsip yang paling penting ialah learn from correct knowledge.. Yang tu orang dah pesan kat aku.. Well, buat salah tak salah kan? I mean, kita buat sesuatu yg tidak tepat, then kita akan belajar dari kesilapan tersebut… kalau korang selalu terima surat rasmi, sure korang perasan bahawa tiap keping surat ada format tersendiri.. ada yg alamat kat tepi kanan, ada kat tengah, ada kat tepi kiri.. ada yg ‘perkara’ guna huruf besar, ada yg guna huruf kecik, ada yg eja ‘PER’ sahaja. Ada yg bergaris dan ada yg bold… whatever la kan, sebab semua format ini diterima. Terkejut? Well…
Actually dh byk kali wan buat silap.. kalau markah 100, dpt 90 je kot… tak perfect laa… tp yg penting, wan sentiasa cuba yg terbaik dan baiki kesilapan.. Bos pernah bgtau: “Janganlah menilai mereka yang mencuba dan seterusnya gagal, nilailah mereka yang gagal mencuba”
Ermm.. Then pagi ahad, lepak kat rumah je… siapkan laporan pasal Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air… Well, KT akan menjadi bandaraya pertama dan terulung di negara ini yang mendapat gelaran Warisan Pesisir Air. Kajayaan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, seterusnya disambung oleh Datuk Seri Idris Jusuh menjadikan Bandar KT bertaraf Bandaraya.
Dan RM10juta yang dikhaskan untuk KT pada hari pertama tahun 2008 nanti akan digunakan di tempat2 seperti Pulau Duyung Kecil, Seberang Takir, Pulau Kambing, Kedai Payang, Kedai Payang, Losong, Bukit Datu dan sebagainya… Sememangnya kita telah berjaya menggunakan Piala Monsun untuk melonjakkan nama Terengganu ke taraf dunia…
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua yg yang terlibat secara langsung dalam menjayakan sejarah baru ini, termasuk melihat pembangunan seperti pembinaan 21 buah replika monument terkenal seluruh negara, pusat pembelajaraan, puluhan masjid dan yang paling menawan ialah Masjid Kristal. Kepada semua dari Unit Pembangunan Ekonomi Negeri, Unit Pelancongan dan sebagainya.
Dan pada 1 januari, bermulalah Tahun Melawat Terengganu. Menyebut nama bandaraya Warisan, mungkin ramai antara anda yang tidak tahu mengenai penambahan tanah di muara Sungai Terengganu. Ianya bakal menempatkan Kompleks Kampung Warisan, dan lokasinya adalah di antara Pulau Duyong dan Kampung Cina Kedai Payang. Berdasarkan laporan awal, kompleks ini tidak ada kaitan dengan Musium Terengganu, Pusat Kraftangan mahupun Akademi Seni Terengganu.
Negeri Terengganu ialah negeri yang ketiga wan perlu kaji selepas Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Pernah dengar tentang Jeram Gading, Batu Maloi, Sungai Johol, Lata Kijang dan Ulu Bendol? Tahukah anda di mana ianya terletak? Ianya adalah antara tempat menarik yang perlu dilawati di Malaysia. Wan tidak memilih negeri mana yang minat untuk dikaji, tetapi bergantung kepada keadaan dan keperluan.
Akhir kata, jumpa di Dataran Shahbandar pada pagi tahun baru. Off to TGG


