January 31st 2008
Phenomena iPhone
I love Samsung. Tapi I’m ok dengan Nokia.
Wan tak pernah minat Apple or Mac. Hanya Zareef je laa yang hantu Mac yang wan kenal.. hehe

saper ni? terjumpa gambar ni dlm phone tp tak ingat saper.. larikkk (tunggu la surat peguam sampai.. haha)
Tapi seperti adik wan dalam entry sebelum ini, wan juga berpeluang mendapat iPhone. Tak sangka gak. Tak pernah terfikir pun sebelum ini nak pakai iPhone tapi rezeki datang dengan tiba – tiba. Dah orang bagi iPhone, takkan tak nak pakai lak kan..
Programs dalam iPhone sangat vast! Wan pernah baca 5 points tentang kekurangan iPhone kat blog miruL, tapi wan dah lupa. Tiada slot untuk memory card, tetapi memory dalaman sebanyak 8gb sudah memandai rasanya.
TOuch screen yang best. Dan mungkin pelik tetapi sangat unik ialah tentang butang bulat di bawah skrin yang berfungsi sebagai butang ‘back’! Pertama kali memegang iPhone, seterusnya untuk ‘unlock’, kita perlu tekan mana mana butang, diikuti dengan slide jari kita dari kiri ke kanan di skrin. Dan satu butang di atas untuk ‘lock’ skrin. Simple and easy.
Namun, kebanyakkan software untuk iPhone adalah berbayar dan hanya boleh digunakan di satu iPhone sahaja. Disertakan dengan 40softwares bernilai RM4000, tiada alasan untuk tidak mencuba iPhone. Kene bahagi 2 dengan ime lah. Ermm
Internet browser di iPhone sangat best… agak laju berbanding N95. Namun penerimaan email di iPhone perlahan berbanding BlackBerry (yup aku tau yg BlackBerry mmg utk email)

buku yg wajib baca… ayat dia disusun sgt kemas.. rm30 sebijik… wan cabar korang beli, sbb tak rugi korang beli
Dan gambar dari iPhone adalah sangat BURUK. Fungsi zooming best giler. Sekadar letakkan 2 jari di skrin, gerakkan satu jari ke atas dan satu lagi ke bawah, dan kita akan zoom mengikut pergerakan jari. Best!
Satu benda menarik selain touch skrin ialah SMS yang diaturkan seperti chatting. Seperti cerita kartun yang ada kotak untuk suara. Menarik dan senang untuk tgk history yg kita chat.

latest lover…
Speaker dia tak best. Tapi kalau guna eyephones, jadi jelas lak. Fungsi Bluetooth agak terhad dan sukar untuk digunakan. Semua arahan terutama di Setting di iPhone sukar untuk ditukar terutama oleh tangan yang besar cam aku ni. haha
Jika dibandingkan dengan N95 dan Blackberry, wan prefer Blackberry, diikuti dengan iPhone dan N95. BB adalah simbol korporat and business, dan lambang orang bekerja yang serius. iPhone lebih kepada funky dan kinky, nampak stylo. N95 lak untuk berhibur di kiri dan bekerja di kanan (korang boleh baca kat jalan Monorail kat Jalan BUkit Bintang dari Pavilion ke Pudu)
Well, Wan pakai iPhone 2 hari je kot. Sekadar amik hati orang yg bagi. Isnin depan pakai BB balik lah. Tersedak kalau email lambat reply nanti.

penat menulis entry ini.. tertidur.. hehe




