Furlong


444.4km… nice number kan? Kalau 1km = 20sen petrol, dah abih RM88.88 untuk petrol

Pilihan raya semakin hampir. Semua kementerian menunggu Menteri baru. Hanya Pak Lah yang kekal menjadi PM dan NAjib menjadi TPM. Menteri lain mungkin akan berubah kementerian. Bebas!

Kalau dulu, ucapan alu – aluan akan berbunyi “Yang berbahagia Menteri Kewangan, Yang berbahagia Menteri Pelancongan” dan lain – lain, tapi sejak negara kita diperintah oleh tentera, kata alu – aluan berubah menjadi “Yang berbahagia wakil – wakil dari kementerian pelancongan yang diketuai oleh …” dan lain – lain. Sebab dulu hari – hari dengar teks ucapan macam itu, sekarang ni rasa cam pelik sangat. Haha


iklan BN di Maju Junction. Besar giler. Hahah

Aku benci politik sekarang. Benci giler. Surat khabar pun aku tak baca. Normally wan ni jenis yang berfikir positif, orang buat jahat pun, wan amik dari segi kebaikan dia je. NOrmally wan berfikir secara opptimist la, tak nak jadi passimist sangat. Tapi bila baca surat khabar semua pasal keburukan pembangkang, then very the pikir negetif kan? Paling teruk bila tengok TV pun, ada iklan BN gak.. Melampau giler kan?

Semalam masa balik dari opis kul 2 pagi, nampak jalan ditutup. Ingatkan sebab ada construction, tapi sebab ada orang guna kren di tengah tengah jalan untuk pasang poster. Katakan sewa kren oren besar tu pada harga RM800 sejam, berapa la kos nak pasang poster kat seluruh Malaysia ni.

Tapi bila korang berada dalam pelancongan, semua benda tentang Malaysia adalah sangat best! PErnah tengok iklan terbaru dari Tourism Malaysia selama 10 minit yang menggunakan lagu latar To Know Malaysia is To Love Malaysia? Iklan dokumentari ini sangat best. Rasa bangga dengan Malaysia. Sangat bangga dan happy sangat…

To know Malaysia, is to love Malaysia
People smiling everywhere
Showing you how much they care

To know Malaysia, is to love Malaysia
It’s true
This land, so beautiful
It will steal your heart away
This land is paradise
And it’s only, only a smile away

To know Malaysia, is to love Malaysia
In this land where dreams come true
Malaysia welcomes you
To know Malaysia, is to love Malaysia
It’s true, it’s true, it’s true….

Lagu ini wan dengar setiap hari. Bukannya sebab lagu ini ada dalam handphone wan, tapi sebab tiap hari ada event yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, Kementerian PElancongan dan persatuan – persatuan pelancongan yang perlu dihadiri oleh wakil wakil kementerian dan lain lain. Setiap kali event yang promote Malaysia, tak kira la di dalam atau pun di luar Malaysia, iklan dokumentari 10 ini akan dipaparkan. BEst giler!

Berada dalam bidang tourism, memang tugas utama wan ialah mengatur perjalanan. Tak kisah la orang luar untuk ke Malaysia atau pun orang Malaysia pergi ke luar. So, I’m a specialist dalam mengeluarkan harga untuk korang travel. HEhe. Pakar mark-up harga gak la. Tapi yang menariknya ialah, untuk mengajak orang dari luar ke Malaysia, kita perlu pergi ke tempat mereka untuk ajak mereka ke sini.

Cam last saturday masa MAS fair, duduk lepak2 kat opis, tetiba kawan tanya boleh pergi ke Phuket ke tidak. Masa tu tgh bz bz tetiba dia datang hantar tiket yang sudah dibeli dan dibayar. HAmpeh. Kene terbang lagi. Arghhh. Kelakar la benda2 yang tidak sangka tetapi terjadi cam tu kan? Ingatkan main main, tapi tak kisah pun, dah lali sgt dh. Terbang je la, cuma rugi masa kat airport je la. Thats why I prefer guna official plane, tak yah transit, masa pun ikut suka bos kita (baca: ikut suka kita, sbb kita yg atur perjalanan bos). Then boleh landing kat Subang, dekat la skit nak masuk KL compare kalau landing kat KLIA, dah la tol mahal. ugrhh


Last week punya allXS card. Huhu…

Then smlm, dapat arahan untuk cari tiket ke Burkina Faso. Normally my geografi agak ok, tapi bila sebut Burkina Faso, aku jadi cam tergelak dan blur. Seblur2nya hahaha

KOrang tau mana BUrkina Faso? Rujuk sini


Dinner semalam. Gabungan Bumitra dgn Tourism Malaysia


Slide yang lama, tapi sangat bermakna pada masa sekarng

Saper nak teman aku? MAybe cari F class ke London, then C class ke Burkina Faso. Kalau beli cam tu, dapat free tiket gak. Buy 1 free 1. Hoho. Tapi bila tengok gambar kehidupan Burkina Faso, ntah laa..

MAS Fair MATF 2008

MAS Fair akan berlangsung pada 22 hingga 24 Februari 2008 dan Wan sudah mendapat senarai harga semua destinasi yang ditawarkan. Semua penerbangan adalah dalam kelas V dan L, dan valid untuk sehala (individual) dan dua hala (GV2, group minumum of 2).

Booking period is 22 februari 2008 dari pukul 12.01 malam sehingga 24 februari 2008 jam 8 malam. Wan akan berada depan sistem 24 jam sehari bermula 22feb till 24feb. So, korang boleh call Wan walaupun pukul 3 pagi. Semua penerbangan yang ditawarkan fair boleh direquest by SMS dan telefon 014 296 4440 mulai sekarang sehingga abih MAS Fair. Plz send SMS kalau phone tidak diangkat. Serious bidder only!!

Payment by cash, or bank transfer (bukti diperlukan, plz fax to me). E-ticket akan dihantar melalui auto-SMS, email, fax atau snail mail. Semua tiket akan dikeluarkan melalui agent yang berdaftar

But PLZ CALL ME bila hanya korang memang ada DUIT nak TRAVEL dan bukannya setakat NAK TAHU. Wan hanya dapat DUIT bila korang beli, dan bukannya bila korang tanya. Serious bidder only!!

TQ

valentine’s day

pada hari valentine lepas, wan sms kepada ramai kawan…

“bro, i nak sambut valentine, tapi i takder couple. kita sambut valentine sesama ok? selamat valentine dear”

then byk gak yang reply. paling kelakar ialah Tg Iedil reply “Haha! Lopes dah book. Esok restoran sri angkasa!”… hahaha.. sebab Tg Iedil date dgn Julia Ziegler, then Lopes lak couple kat oversea…

Actually, kitaorang (yg W.M. Firdaus labelkan sebgai Young Professional)  ada informal talk dgn Dato’ Johan Raslan (Chairman PricewaterhouseCoopers) kul 7 mlm pada 13 feb tu, then kitaorang mmg dah bincang pasal Valentine masa talk tu.

Rasanya, student UK sure kenal w.m. firdaus, lopes, tg iedil, kathijah rahmat dan lain – lain. tp yg penting, they all tau nama syazwan france. haha tak nak kalah. ye ye, they all semua kenal ihab.

dan jawapan yang paling menarik ialah “Ye wenkt bro, i pun takde couple ni, tp at least ade kwn yg igt kt gua time2 sendu ni, thank q and happy happy happy valentine”

daaa

akhirnya, terbubar juga

13 Feb, 1130pagi

“Wan, jap lagi ko tak der pekerjaan kan?” Hah? Bos pecat aku ke? Kene buang kerja ke?

“Ko tgk la sejam lagi”

Masa tu wan busy banget, banyak betul benda kene buat. DAh la tengah busy, tetiba ada colleague buat statement macam ni, terus la rasa cuak.. Dah la dia tu my senior kat sini.. tapi kitaorang mmg rapat, tapi bila kerja, semua serius dan bila statement macam tu, terus la rasa cuak

Then pada jam 12 tgh hari, dapat satu SMS… “Parliament will dissolve in 30 min. Do not pass this msg” from satu kawan dari JPM..

HAhaha.. terus wan tergelak… kalau parlimen bubar, maksudnya kita tidak akan ada menteri.. jadi, kalau sesiapa yang bekerja dengan menteri, maka dia tidak akan ada bos la.. hahahha.. little joke right? Tapi mmg betul pun, kepada yang bekerja bersama menteri, maka semua orang takder bos sekarang. Termasuk la driver menteri yang tengah borak2 sesama driver lain tu….

So, bila kul 1 tgh hari, semua orang yg kerja dengan menteri mmg dah takder bos. hahaha

Then masa pengumuman tu, wan send sms kat sorang kawan yang kerja lebih kurang wan gak, tapi bos dia PM lah, kalau tgk pembuburan tu pun, korang boleh tengok sorang yang cute kat tepi tu.. wan sms dia lah.. “Bro, kata smlm nafi, hari ni bubar lak. Menipu tarikh dibenarkan dalam Islam Hadhari ke?”

Kesian gak kepada pembangkang, sebab mereka tak tahu bila tarikh sebenar. Kalau pembangkang kalah teruk nanti, maka mereka yang menang akan cakap bahawa pembangkang tidak bersedia. right?

Fun fun fun! Boleh la layan myspace dgn blog time kerja… tapi takleh gak, kerja banyak gak.. tak leh imagine time lepas pilihanraya nanti, sejuta orang nak keluar berehat di dalam dan di luar negara… sure sibuk nanti.. haha

Dah pagi ini, wan dah mula terima tempahan untuk penolong dan pembantu calon – calon nanti untuk berehat selepas 10 mac nanti. Wan still tak decide lagi nak balik kampung kat France or pergi area Beijing, Hong Kong or Japan. Actually wan mmg perlu pergi ke Paris pada 9-12 Mac nanti, wan stay kat PAris 1 night, another 2 nights kat LR, tapi cam terpaksa cancel dulu trip ni. Untuk calon yang gerenti menang, mmg wan dah blockkan seat untuk flight, and ready to go je la..

Best best… harga pun main letak je, janji win win situation right?

So, pilihanraya pada 8 March nanti, maka tibalah masa untuk membuat duit. Kepada yang bertanya di mana wan akan mengundi, wan dengan jujur membuat pengakuan bahawa wan tidak akan mengundi.

Sekian.