March 30th 2008
pendapat aku 5 tahun lepas…

Hanif Basree Abdul Rahman (kiri) memeluk ibunya, Che Norkiah Che Mahani, 68, yang terharu selepas Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, semalam mengekalkan keputusan tidak bersalah atas tuduhan membunuh Noritta Samsuddin.
PUTRAJAYA 28 Mac – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Hanif Basree Abdul Rahman, 40, daripada tuduhan membunuh eksekutif pembangunan perniagaan, Noritta Samsudin, 22, lima tahun lalu.
*******
Adakah anda masih ingat Noritta? Beliau berusia 22 tahun ketika dibunuh 5 tahun dahulu. Wan pernah tulis mengenai beliau yg sekadar bekerja sebagai eksekutif perniagaan tetapi tinggal di kondo mewah di Hartamas. Berikut adalah tulisan wan pada 9 December 2003. Suatu pendapat KEBUDAK-BUDAKAN kerana ianya adalah 5 tahun lepas!! Masa wan belum matang! Dan wan hanya copy paste dari entry lama… gelak sorang2 kalau baca balik entry lama…
Pendapat aku setelah mengikuti kejadian pembunuhan Noritta, dari Taman Permata, Pokok Sena, Kedah, yang ditemui mati dalam keadaan berbogel di atas katil dipercayai dirogol sebelum dibunuh di rumah sewanya di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, pada jam 4 pagi, Jumaat lalu… al-fatihah buat mangsa.. dan ini hanyalah pendapat seseorang yg mengikuti kes ini.
Mesti ramai yang mengikuti perkembangan beliau…..Pembunuhan beliau menjadi tanda tanya……Apakah yang sebenarnya yang berlaku, sehingga beliau di bunuh. Tak kira la di bunuh secara kejam atau tidak. Sekarang ini beliau telah ke hilangan nyawanya.
Mengikut perkembangan terbaru, beliau telah di rogol dan di liwat sebelum di bunuh….
sekarang ini telah timbul beberapa persoalan….
1) Besarkah gaji yang di terima oleh beliau sehingga mampu untuk menyewa kondo… tambahan pula, kondo tersebut di hartamas (rumah teres di Hartamas ialah rm 288,000, kondo =?) ?
2) Berapakah sebenarnya umur mangsa.Menurut laporan media, Norrita berumur 22 tahun dan telah bekerja sejak 3 thn lalu sebagai Eksekutif. This is really amazing!!! Maknanya mangsa tamat/ lulus pengajian UiTM semasa umur 19 tahun, dan adakah ini bermakna Norrita mulakan pengajian di UiTM semasa berumur 16 atau 17???
Atau kena tabik spring kat arwah kerana beliau seorang yang genius (bertuahnya, dah la genius, comal lak tu) ataupun media kat M’sia ni memang bangang.?
3) Benarkah beliau mempunyai diploma dari itm. kursus diploma selama 3 tahun dan mangsa telah bekerja sejak 3 tahun.. 22 – 6 tahun = 16 tahun dah masuk UiTM ?
4) Sudah berapa lamakah beliau telah berkerja. lapora media 3 tahun?
%) Kemanakah teman serumah mangsa semasa beliau di bunuh. teman mangsa balik pada pukul 4 pagi?
6)Mengapakah teman serumah beliau tidak ada semasa beliau di bunuh.?
7) Berapa ramaikah boyfriends si mangsa. setakat ini 7 ditahan reman dan kebanyakkan bekas teman lelaki mangsa?
Mengapakah beliau tidak memilih boyfriend orang melayu? salah sorang ialah Finland dan seorang lagi Australia.
Kesimpulan yg boleh dibuat…
1)Tak ada kesan pecah rumah atau pecah masuk bilik mangsa bermakna pembunuh seorang yg dikenali dan telah diberi masuk
kerumah atau seorang yang biasa keluar/masuk kerumah mangsa atau yang memang ada kunci rumah itu
2) Tak ada kesan pergelutan bermakna hubungan seks bukan secara paksa = mangsa bukan kena rogol.
3) Adakah mungkin mangsa dan pembunuh melakukan seks yang keterlaluan wild sex (spt mengikat tangan & kaki dan menutup mulut) dan dalam pada terlalu ghairah dan tidak sedar diri, telah tercekik atau tersekat pernafasan. (over lak pendapat aku)
4) Rakan & pemilik kondo berumur 25 thn. Jika mereka dah duduk disitu sejak 3 tahun lalu, bermakna, she bought the
expensive condo when she was 22? Wow, semakin hebat cerita ini…. semuda itu sudah mampu beli kondo mewah di kawasan atasan … melainkan pemilik kondo memang dari keluarga atasan, baru munasabah.
5) Pembunuh meninggalkan Air Mani pada tisu yang dijumpai dilantai bilik kondo…punyalah bodoh pembunuh ni…. at least buang laa dalam toilet and pump keluar (hahah.. cam biasa lak
)
6) Akhbar melaporkan…….beliau melakukan hubungan seks sebelum dibunuhhh… best and satu lagi laporan akhbar .. “suspek yang ditahan melalui beberapa siri tangkapan sudah diambil sampel air mani, darah serta rambut untuk ujian DNA di HKL”.. camner org ambik sample air mani erk?
OMG. Itu pendapat aku 5 tahun dahulu. hahahah. sangat kebudak budakkan kan?… hahaha… Alfatihah kepada Allahyarhamah Noritta











