Tender Terbuka!

Apa perasaan anda apabila anda beli property, tapi CF lambat dapat?

Geram bila loan dah start potong, tapi property tak dapat CF lagi.. Hahaha.. dah setahun dah..

Tapi semalam, dapat surat dari PKNS… CF dah lulus.. (i’ve read the agreement dgn PKNS, rupanya agreement mereka dah waived 10% kos lewat.. hahaha.. bijak betul.. ingatkan sama seperti agreement pemaju lain)… BUt at least, dh dpt CF semalam… Rasa cam nk cancel my trip to Europe lusa lak.. hahaha


yuppy! penantian telah berakhir. full pixel

Now, need to renovate lah! So, ini adalah tender terbuka:

Tajuk Tender: Renovation Work for Ground Floor and First Floor di satu shop lot di Bandar Baru Bangi.

Saper boleh join?: Semua orang.. pelajar interior decoration / construction work / pembekal office equipment, semua orang yg berminat..


ini adalah plan lantai tingkat bawah dan tingkat satu. sila klik sini utk full pixel

Please propose
1. Cadangan plan susun atur

Tingkat bawah
- ruang simpan motorsikal runner x2
- ruang sambut tetamu
- ruang rehat
- meeting room / TV room / conference room
- bilik solat
- apa apa yg difikirkan perlu utk travel agency

Tingkat atas
- pantry
- workstations x8 unit
- lobby kt depan pintu masuk untuk ticketing x3 pax (meja row panjang)
- GM room (my personal room – make sure gempak!)
- photocopy area
- apa apa yg difikirkan perlu untuk travel agency

2. Cadangan hiasan
Sebagai blog reader sejak dulu, anda sure tahu my taste macam mana kan? So, buat laa apa yg patut…

3. Cadangan furnitures
Flooring concept – mana perlu carpet, mana perlu guna existing tiles.
Meeting room dgn GM room maybe carpet, yg lain existing tiles or mana yang terbaik.
maybe heavy duty for floor and ceramic for wall utk pantry. Working area?

Wall painting
mana perlu paint? Mana perlu kekalkan warna asal (just got CF ok, paint masih OK tapi u olls kene la tau my taste cam ner)

Partition
- Please advice.
- Maybe bare gypsum board constructed with aluminum frames and furnished / panel with nyatoh paneling atau lain lain difikirkan perlu dan berkenaan dgn my taste

Ceiling
Make sure GM room / meeting room dibuat pada plaster ceiling c/w cornice please make sure ada downlight

Door
Glass doors c/w hinges and chrome handle, utk GM room / meeting room make sure pintu yg kalau lihat dari luar Nampak gelap hitam, tapi kalau dari dalam meeting room/ GM room, boleh lihat luar lutsinar.

Glass entrance
cermin tebal at least 12mm, clear glass…

Furniture
- please advice the quotation for all furniture untuk reception counter, material, backdrop, chair, meeting room and so on..

Special unit:

Please quote separately utk Bilik GM

- GM chair is high back with armrest
- polystyrene low back visitor chair c/w armrest for visitors
- main table
- sofa set 2+1
- centre table
- mobile pedestal
- lain lain yg difikirkan perlu

Note:

1. Budget: as the French says: Bon rapport qualité-prix. Bonne valeur qualité-prix
Harga setimpal dengan kualiti. Saya akan kaji dari segi perabot samaada dari Cavenzi or Italy.. tapi korang sure boleh agak berapa budget aku berdasarkan taste wan kan?

2. Bila nak?: CF dah dapat.. duit untuk renovation dah ada… just tunggu ur propositions.. dalam masa 2 minggu, wan akan prabih duit utk benda ni.. saya nk benda settle siap cepat… dapat CF lewat pun dah rasa effect rugi bisnes tak jalan, kalau tunda lagi benda ni, lagi lewat bisnes boleh start kan? so, propose terus, once wan setuju, kita sit down dan buat siap2… wan boleh arrange return flight / transfer jika anda berada jauh (tapi kalau korang kt france, tok sah dok gedik2 mintak tiket cdg-kul lah), domestic je boleh..

Sample:


ni sample… nk lagi penuh plz!

Send all propositions to contact@wenkt.com > Jangan lupa letak no phone, senang wan nak call and ajak jumpa… Please promote this tender kepada semua syarikat hiasan dalaman / interior work… I’m off until 6th May (my bday), so, by 6th May wan kt Malaysia balik, wan akan concentrate dengan benda ni..

rumusan~

1. Ramai orang baca entry wan dgn ayah Dafi, tapi tak baca tag di bawah sekali yang menyatakan entry itu dipost pada 1 APril dan ianya sekadar April Fool. Wan mempunyai pekerjaaan lain dan bukannya menjadi PA kepada Menteri Belia dan Sukan.


hisham dan wan.. lepak kat White Coffee jln Yap Kwan Seng.. masuk2 je tempat, ada orang kenal wan.. aurgh tidakk…

2. Last week wan tulis pasal wan nak cari no plat #4440, kemudian sorang kawan wan, Diana, dia reply kat YM wan… Pak Sedara dia kerja di bahagian pendaftaran kenderaan kat JPJ. Cool! Dia dah offer kat wan no plat WR# 4440 pada harga RM200, very the cool sebab before this beli RM400++ (will decide later sebab tak tau agi kenaikkan apa yg perlu dibeli)

3. Teringat AF smlm… tergelak besar apabali Hetty KOes Endang komen peserta pertama, semasa dia suruh pemuzik memainkan kembali muzik untuk lagu pertama, tetapi AC Mizal cakap pemuzik tak boleh memainkan kembali muzik sebab tengah bersedia untuk lagu seterusnya, then Ibu Hetty cakap “kalau di Indonesia, bisa….”


tada… tingkat 17 di sebuah kementerian..

4. Wan nak beli rumah, saper ada kenal orang Real Estate yang murah lak? Wan nak cari rumah yang murah, tetapi boleh kasi sewa pada harga yang tinggi. lalalala~ .. lokasi tak kisah sebab penyewa boleh bayar online nanti.. Saya berharap agar ada orang tolong wan bgtau info tentang saper2 yg kerja dlm Real Estate ni..

5. I’m in love dgn lagu One Day… lagu Mungkin Nanti versi English.. Actually lagu mungkin nanti sudah memberi impak yang besar kepada wan kerana lirik dia yang membawa maksud “bila kita jumpa nanti, jgn ungkit kisah lama kita”… Harap bila wan jumpa kepada dengan member member lama, kitaorang takkan ungkit kisah2 silam yang negatif..

6. Wan ke Europe 27April ni selama 10 hari di 6 negara.. RM7222 per pax. Please join me… Still ada tiga seats kosong… contact me 014 296 4440 (or plz promote.. commission RM100 for you!)


kalau la aku jual sekeping RM5000, dah dapat RM200k ni.. muhahaha

7. Wan ke Beijing pada akhir May… 29May till 02Jun by MH. Wan dah berjaya jual 44 seats pada harga RM2800 still ada 6 seats kosong… contact me for special rate.. Will give u harga modal… Jom la join, boleh sembahyang jumaat (2nd day) kat Masjid Beijing..

8. New departure Travel with Wenkt / Basz (kawan kat Korea)..
Date: 17-21 OGos 2008
Flight: KE / MH
Agent: TM Tours & Travel Sdn Bhd
Rate: RM3870 (TBC)
Note: Dah ada 7 nama akan join wan.. one of them adalah artist lelaki yang hot.. so girls, join me! Muslim Tours, cooperate dgn agent & guide kat sana. Basz akan join dan bawak korang pi shopping dan pergi Nami Island (lokasi Pengambaran Winter Sonata). Jgn risau dgn bahasa Korea nanti..

9. New group departure: Travel with Wenkt
Objectif: Sydney New Years Eve Fireworks – New Year 2009
Date: 14-18 December 2008 (ok ok.. im joking.. 29 Dec 2008 till 02Jan 2009)
Flight: MH / QF / SQ
Rate: RM4990 per pax (TBC)
Agent: TM Tours & Travel Sdn Bhd
Kalau nk tau betapa best tgk firework kat Sydney, sila tgk kat YouTube..


best kan ruang luas..

10. Actually wan tengah tertekan sekarang ni. Kalau orang kata bahawa orang Melayu suka menjatuhkan orang Melayu yang berjaya.. dan wan tak nafikan benda ni.. Malah, keluarga sendiri pun boleh menjatuhkan kita sendiri… Doakan supaya ianya tidak terjadi dalam keluarga wan.. Wan busy banget minggu depan ni…

Isnin – jumpa Pengarah Perunding Kos Putra jam 12 tengah hari, kemudian meeting di KBS jam 3.45 petang. (tak pasti lagi berjaya buat ke tak, tapi dah seminggu tunda perjumpaan dgn Pengarah tu)
Selasa – jumpa wakil penjual mesin fotocopy, dia akan call wan, jam 3.30 petang (dia kata 30min aje). also will try to meet one artist utk trip ke Korea.
Rabu – Kene jumpa satu kementerian di Putrajaya, another brainstorming session… waktu tak decide lagi, kemudian kene jumpa En Sayuti untuk lawatan 30 orang ke Jakarta, Puncak & Bandung
Khamis – Kene pergi Bangi untuk check lokasi baru di Seksyen 9 (will try to do on petang rabu kalau sempat), jumpa kontraktor kat Nusa Putra, Puchong.. projek rm70k tapi harap dapat kurangkan till rm50k
Jumaat – Free & Easy tapi akan penuh gak nanti…
Sabtu – Jumpa semua customers yg akan join ke Europe.. full briefing
Ahad – Europe


wan boleh mulakan hari wan dgn amik kesemua suratkhabar dari guest room.. tapi tetap takder masa nak bukak dan baca..

Dan guess what? Semalam baru wan dapat tahu bahawa wan takder kenderaan sepanjang minggu depan… Rasa macam nak bunuh diri je.. Semua customer yang call nak jumpa pada minggu lepas, wan dah tunda kepada minggu depan.. some of them kene delay sehingga May, then wan enjakkan semua benda ke minggu depan.. Dan dari petang Sabtu smlm, wan duk pikir camner nak settlekan dengan customer.. Tgk Shin Chan, Doraemon dan AF pun takder mood je.. sebab byk sangat orang kene jumpa minggu depan, tapi takder kenderaan sendiri.. Dah la kat Putrajaya, Bangi dan Puchong yang takder public transport.. Waaa.. Rasa cam nak hantar notis letak jawatan 24 jam… Memalukan ok bila dah tunda then tunda lagi…

Hahahah… kelakar kan? Nampaknya kena menyusahkan kawan sesusah susahnya lah… Paksa dia amik cuti tak bergaji, dan wan terpaksa bayar gaji dia (dia kasi wan guna kereta dia, tapi kereta dia manual.. urghhh)

11. Housemates bertiga plan pi Air Terjun kat Ulu Yam hari ni.. Diorang tgh masak bihun goreng tapi wan mmg tak leh nak ikut.. Diorang dah paksa tetapi byk benda kene settlekan walaupun pada hari Ahad.. Cam best jer mandi air terjun tapi kalau dalam otak tengah nak pecah macam ni, dalam air pun terasa nak naik ke darat utk settlekan benda yg tertunda.. waaaaaa… i need a break…

12. Sorang kawan yang wan kenal online, dia kat Tawau skrg… Usha tiket ke Tawau, AirAsia terbang ke sana pada harga RM305 return termasuk taxes.. Not bad, terus teringin nak pergi ke Tawau…

Ada saper2 free sepanjang minggu ni dan nak jadi full time driver wan? atau ada penyelesaian lain? waaa