June 29th 2008
pisang berbuah dua kali?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dikonspirasikan meliwat sesesorang. Kalau fikir secara rambang sekalipun, DSAI pernah dipenjarakan kesalahan merasuah (yang dibacakan bersama kesalahan meliwat yang akhirnya terbukti tidak benar), sudah pasti beliau tahu akibat dan tidak akan mengulanginya lagi. Beliau tidak akan membuat kesalahan yang sama.
Dan hari ini, kita dikejutkan dengan laporan polis yang dibuat di Pondok Polis sebuah Hospital Kerajaan (dan timbul laporan mengatakan ianya dibuat di Balai Polis Travers)
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”
Dakwaan hangat ini timbul beberapa ketika selepas hebohnya dakwaan yang mengatakan isteri Timbalan Perdana Menteri berada di kawasan Altantuya diletupkan. Adakah dakwaan dibuat sekadar nak tutup cerita Altantuya? Utusan Malaysia melaporkan bahawa Datin Seri Azizah mengatakan bahawa laporan direka sekadar untuk mengalihkan perhatian rakyat berhubung kes Altantuya. Tetapi tiada sedutan video penuh dipaparkan dalam Buletin Utama, mungkin TV3 telah diarahkan agar cerita sikit2 je penafian tu, supaya rakyat tidak tersedar.
Saiful Bukhari bukannya orang asing. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN. Dan beliau telah bertunang. Gambar beliau dengan menteri sudah banyak tersebar.

Saiful dgn Special Officer TPM

bersama Dato Sri Azalina Othman Said

bersama Dato Mustapha Muhamed

bersama Datuk Shahrir Samad
Mungkin dia kenal beberapa orang kuat dalam kerajaan, dan dibayar untuk buat laporan ataupun sebagainya. Alahai, perkara biasa je la ni.. tapi bayangkan, bagaimana dia diliwat? Kalau betul la dia diliwat, dan diliwat tanpa kerelaan, ianya sangat kelakar. Bak kata seorang kawan pondan dalam telefon tadi “Kalau aku menongeng dengan rela sekali pun, susah nak masuk, kalau tanpa rela, memang takkan masuk langsung”. Tidak masuk akalkan diliwat tanpa kerelaan? Aku sendiri pun tak nampak kudrat DSAI utk memegang budak tu, seterusnya melucutkan pakaian budak tu dan seterusnya meliwat budak tu. DSAI dah berusia, kalau DSAI nak liwat pondan lembut sekalipun, pondan tu lebih kuat dan boleh terajang dan blah dari situ bila2 masa.
Wan tak pernah kenal Saiful ni… Nasib baik la kan? Tapi cam kelakar dan harap dapat la keadilan untuk semua pihak… Pada wan, biar je la polis lakukan penyisatan dan kalau berlarutan, biar je mahkamah yang tentukan, dan of course, biarlah dengan keadilan. Amin.
Entry ini mendapat inspirasi dari blog – blog berikut
1. Mr Manager
2. Najwan Halimi
3. Din Merican
4. Rocky’s Bru
5. Sultan Muzaffar
Saya juga doakan tiada apa apa yang tidak elok terjadi di antara Saiful dan tunang dia

Dan juga tidak lupa, selamat hari jadi kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan yang lahir pada 6 Julai 1985…






