
Teka siapa empunya dua body ini
Jumaat lepas, wan dapat invitation untuk menghadiri ulang tahun KRU ke 16 di Night Club Ruums, Kuala Lumpur. Mulanya wan didaftarkan oleh sorang kawan nama Akym, tapi Ray daftarkan wan sebagai Media kepada Yoyooh.com, akhirnya wan dapat masuk ke dalam Press Conference.
KRU is so not me. Wan sekadar dengar lgu KRU. Actually, my lil bro si Khairi tu sepatutnya berada kat tempat wan! Tapi dia baru balik tak sampai sebulan kat Malaysia ni, biar je la dia bersama family dia. Later kalau dia ke KL, wan akan contact AC utk atur pertemuan Khairi dgn KRU.

KRU
Wan tiba di Ruums jam 7 malam. Bertemakan Casual Smart Oren, wan terus daftar dan berbual dengan ahli Dafi FC yang lain. Sudah lebih setahun wan join Dafi FC, malah wan adalah orang pertama yang membina www.dafi-fc.com seterusnya rapat dgn Dafi dan DFC, seterusnya boleh kenal dengan ayah Dafi and so on.. Hahahha.. Nasib baik aku tak pilih Farha or Shawal dulu.. tak pasal2 aku aktif Kebawal (Kelab Peminat Shawal) lak.. hahah
Wan bukan ahli DFC yang aktif. Tapi wan amik tau gak aktiviti DFC. Malah, ramai ahli DFC kenal wan. Hahaha. POyo! Kesempatan bersama macam ni, banyak cerita dikongsikan bersama!

Abang Adam dan Adik Dafi
Dengan sampul surat KRU bersaiz A4 yang berwarna oren yang mengandungi Kenyataan Media sempena Ulang Tahun KRU ke 16, ianya ibarat passport untuk pihak media. Showcase bermula jam 8 hingga 10.30 malam. Pada masa peminat Dafi, peminat Adam, peminat The Lima berdiri di hadapan pentas, wan sedang duduk di kerusi empuk di kawasan so call khas utk Ministers.
Ceritanya simple, wan mulanya dapat berada di kawasan media, dengan makanan buffet yang terhidang. Majlis belum bermula sepenuhnya dan wan terpandang adik Dafi sorang diri. Bila berborak dgn dia, dia bgtau kakak dia akan datang kul 9 malam, dan parents Dafi tak datang. So, wan teman dialah..
Makanan yang dihidangkan untuk kami best gak. Ada kepak ayam bakar, kiub ikan, chicken popcorn, ketam dan popia. Mulanya kami berdua pergi amik kat kaunter buffet, tapi kakak pelayan bgtau yang kami akan dihidangkan (tapi yang diamik kat kaunter lagi best dari yang dihidangkan…)

Sleeq
Maka, melantaklah kami sepanjang showcase, kesian bila tengok yang kat bawah berdiri kelaparan. Hahaha.. Di kiri kanan kami ialah Maya Karin, Prof Razak Mohaideen, pengarah Finas, Edry dan Yusry (Norman tak tau kat ner), keluarga KRU, keluarga Menteri, Abu Bakar Omar dan lain lain pelakon Duyung. Tapi Maya Karin memang hot. Kalau masa tetamu lain duduk depan aku, aku rasa tensi sbb tak nampak pentas, tapi bila Maya Karin duduk, masa terpaku kat dia lak. Perfume dia pun hot gak. Ahahah
Nina datang agak lewat, selapas tu wan hantar adik dafi keluar kemudian masuk balik ke dalam Ruums.. Merasalah feeling artis masa turun tangga sebab penuh cameramen snap gambar kita… Hahaha… Kemudian masuk semula ke Ruums dengan sampul surat oren sebagai pass media.
Kemudian Press Conference. Banyakkan: Puluhan wartawan dari pelbagai jenis surat khabar dan majalah bertemu dengan puluhan artis terdiri dari KRU (3 orang), The Lima (3 orang), Sleeq (2 orang), Ladylike (4 orang), Flava (4 orang), Aznil, Dafi dan Adam. Setiap wartawan ada macam macam soalan yang nak ditanyakan kepada artis berlainan.

LadyIDontLike
Press Conference ini mengambil masa yang agak lama. Kesian kat Ray yang ingin mengaturkan amik gambar artis ramai ramai, tetapi tetap gagal sebab tiada kerjasama di antara artis dan wartawan.
Wan lepak dengan KRU. Hanya mendengar apa soalan yang dilemparkan oleh sekumpulan wartawan, dan mendengar jawapan dari KRU bertiga. Cerita sadisnya bermula apabila salah seorang wartawan bertanyakan soalan: “apakah pengalaman paling teruk sepanjang 16 tahun”. Kemudian KRU memberi jawapan mengenai satu konsert yang dijadualkan tahun lepas tetapi dibatalkan atas sebab sebab yang bodoh, ianya berlarutan sehingga menjadi satu luahan perasaan KRU (pada hari jadi), di mana KRU hanya bercakap dengan laju (sambil beremosi), sambil ada anggota KRU menitiskan air mata, dan cerita ini berterusan tanpa henti (luahan perasaan beb). Keadaan cam sayu giler, wan pun berundur sebab wan ak berapa faham cerita, tapi luahan perasaan memang tak boleh menyampuk, wartawan pun salin je apa yang sempat disalin. (Kemudian wan rasa wartawan pun sama blur dengan wan time one way communication tu sehingga gagal buat berita pasal KRU, sebab pada pagi ahad, wan beli Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan The Star, tapi takder pun berita pasal KRU – ataupun wan terlepas pandang).

Dafi dan Adam
Bila dah bosan dgn Press Conference yang tidak menunjukan akan berakhir, wan pun masuk kembali ke Ruums (PC dibuat di tingkat 1, Ruums kat tingkat 2). Berjoget lagi best. Nak mabuk tak boleh sebab wan drive (macam la aku ni minum kan.. hahah). Bila dah bosan, geng2 DFC ajak pergi lepak tempat lain. Kami ke Kampung Baru. Akym, Rajan dan Baby ikut wan.. merasalah menapak ke tempat letak kereta kat belakang bangunan Lembaga Getah Asli tu.. Biasa la, parking percuma kat jalan Mayang tu, tak kuasa nak bayar RM20 untuk parking kat area Jalan P Ramlee.
Lepak kat Kampung Baru, penuh satu meja 10 orang. Kemudian bila kedai nak tutup, kami masuk ke Bukit Bintang! Parking kereta area BB tu, then jalan kaki ke Pavilion. Lepak2 kat depan pintu masuk Pavilion (of course la Pavilion tutup time tu). Kami main teka teki. Biasanya soalan teka teki berbunyi binatang apa paling kedekut, binatang apa paling kaya, binatang apa paling terkenal, bulan bintang mana lebih tua, tapi bila time Rajan keluarkan soalan, semua orang tergelak. Teka teki dia berbunyi: Siapakah bapa pemodenan Johor yang pertama? Jawapan dia ialah Tengku Ibrahim, sultan johor dulu. Apakah maksud CIMB? Pada tahun berapakah Bangunan Sultan Abdul Samad dibina? Imagine, dalam keadaan mengantuk, kami berteka teki, tapi soalan teka teki macam tu.
Abih kat Pavilion, kami bertolak balik. Rumah Setapak actually less than 5km dari situ, tapi takder kunci! Takkan nak kejutkan housemate pada pukul 4 pagi kan? My kunci kat Hezry. Remember Hezry or Hezkey ni? Dia ialah abang angkat wan masa wan kat France dulu, dia student kat Jepun masa tu… Yang banyak bagi nasihat termasuk warna rambut yang perlu ditukar mengikut peredaran fesyen semasa.
Hezkey kerja kat NAza Kampung Baru sebagai engineer Ferrari, then rumah parents dia kat Seremban. Wan lak selalu balik ke rumah di Kajang berbanding rumah di Setapak, so simply wan suruh dia guna bilik wan kat Setapak je la. Kelakar tak? Kenal kat internet, rapat kat internet, dulu selalu tanya bila nak jumpa, tapi last2 dia jadi housemate aku! Hahahah…
OK. Berbalik pada cerita minggu lepas. So, kami berempat menghala ke Bangunan Sultan Abdul Samad. Parking kereta sebelah taman, matikan enjin dan tidur dalam kereta! Dua orang dalam kereta, dua orang kat luar kereta! Sedar2 polis dah bunyikan siren supaya kami beredar. Hahaha..
Contact lens dah kering. Kami beredar ke Kedai Mamak kat tempat parking kereta tadi, Sebelah Megan Avenue. Breakfast kat situ hingga jam 6 pagi, kemudian terus ke Hentian Puduraya. Akym dan Baby balik ke JB. Then hantar Rajan kat rumah dia di Sentul, then call housemate, dia ada kat rumah. So, boleh masuk ke rumah sendiri! Risau gak kalau housemates balik kampong, terpaksa la patah balik ke Kajang! Hahahha
Sampai kat rumah jam 8 pagi, semua housemates kecuali Hezkey ada kat rumah! Hezry sure la balik ke Seremban, lagipun KL dgn Seremban dekat je. Dia lepak kat rumah wan pun weekdays je.. Hafiz tak balik kampong minggu ni, Rozi lak baru balik dari Jepun, Mazma Shahril lak baru nak bertolak ke Switzerland. So call international kan? Hahaha

Meh nak cerita pasal housemates ni.. 4 orang serumah. Wan jarang2 balik sana, kalau wan balik gak, jadi 5.. cam penuh lak rumah tu.. Housemate no 1 ialah Hafiz. Dia kerja sebagai engineer dengan MTD yang kawal lebuh raya Gombak – Kuantan tu. So, wan boleh pergi ke Genting, bayar tol dan claim tol. Wan boleh balik ke Kelantan tanpa bayar tol RM3 dan RM5 tu! Cool kan? Kerja dia dibayar per km. Semakin jauh kerja, semakin banyak elaun. Cool kan?
No 2 lak ialah Rozi. Rozi lak cameraman yang dapat contract dengan Petronas untuk merakamkan kesemua Formula 1, Motor GP, Formula 3 dan semua berkaitan sukar permotoran yang Petronas masuk di seluruh dunia – Motor dan Kereta. Pada bulan Julai 2008, dia berada di Bangkok, St Petersburg (Russia), Munich (Germany), Singapura dan juga Jepun. Tahniah sebab terpaksa naik turun flight sepanjang masa, tapi at least destinasi berlainan dan dibayar elaun makan 30USD sekali makan! Imagine makan kat Bangkok dengan RM100 sekali makan! KAlau kat Moscow tak kisah la, memang mahal.
No 3 ialah Mazma Shahril Mazlan… I love his name actually, so stylish, dia lak kerja dengan Alston KL. Student kat Minnesota, Amerika Syarikat, pernah bekerja di Alston Switzerland selama 9 bulan. Maka, ulang aliklah dia antara KL dgn Baden, Switzerland! Tahniah la sebab terpaksa menempuh 13 jam perjalanan tanpa henti dari Bangkok ke Zurich menggunakan Thai Airways. Sengsara ok naik flight ke tempat sama! Dah la pergi 4 hari je, tak sempat nak ilang jet lag, kene dera dalam tempat sempit tu lagi! Hahahaha.. Bulan depan pergi lagi. Hahahah. Maka naik lagi Thai Airways tu. Tadi I gave him 10CHF yang wan jumpa dalam kereta. Rupanya duit CHF takleh tukar kat Malaysia!.
Housemate seterusnya ialah Hezry. Asalnya student kat Jepun, then kerja kat KL. Juga jenis seorang yang selalu kena kursus kat Jepun. Juga bernasib malang sebab sentiasa kene ulang alik ke Jepun… Hahahha.. Dulu dia fit, tapi sejak 3 bulan di Malaysia, korang faham faham sendiri lah (kul 11 malam masa wan nak balik ke rumah dari meeting, dia SMS wan suruh order KFC or set McD…)
Dan yang terakhir diri wan sendiri. Jarang pulang ke rumah sebab tinggal kat rumah lain. Juga sentiasa didera berada di dalam flight! Asyik2 Europe.. Asyik2 Europe… lAst week I was gedik2 ke KL Tower. Tapi nasib baik wan tak jadi pengunjung ke 10juta ke KL Tower. Maunyer tak, hadiah dia ialah Tiket penerbangan pergi balik ke Paris untuk dua orang dan tiket naik ke Menara Eiffil! Cuba imagine kalau wan yang menang? Tak ke itu penderaan yang paling besar… Dah la kene berada dalam keadaan duduk dalam pesawat selama 12 jam, kemudian kene naik besi buruk tercantik di dunia lak. Bukannya nak kata aku dah 10 kali ke paris dan 10 kali naik Eiffil Tower, tapi pergi ke tempat sama adalah penderaan! Hahaha
Dah la! Target housemate untuk rumah kat Kajang ialah Hannan dan juga Ihab. Both of them dah jadi doctor, dan akan daftar kat mana mana hospital kerajaan bila dapat arahan nanti. Harap2 they all dpt hospital Kajang ke, Putrajaya ke, Serdang ke.. Hahahah.. Kekadang kelakar gak bila fikir antara aku dgn Hezry tu.. ye la, kami dah kenal lebih 4 tahun di internet.. sorang kat France, sorang kat Jepun, last2 jadi housemate.. cool kan?