October 31st 2008
Ihab’s Open House
Date: 27 Oct 2008
Time: 1200 – 1600
Lokasi: Ukay Perdana
Hari Deepavali. Malam sebelum tu kami lepak kat Old Town, kemudian balik rumah. Kul 3 pagi keluar pergi Pak Li Hakim. Plan asalnya kami nak lepak sampai pagi sebab esok kan cuti Deepavali… Wan order thosai dan Ello order roti tisu dan cheese nan. Tapi last2, abih je makan, kami terus blah. Emosi tak stabil.
Then balik ke rumah. Dan Ello nak layan citer hantu / seram. Hahha. Wan steady je kat dinding. Ello asalnya depan skrin tetiba makin dekat ke dinding gak. Hahaha. Tapi citer tu memang seram giler. Dan menyakitkan.
Ihab sms ajak ke rumah terbuka dia. Tapi tidur memang best. Wan sedar awal lagi. TApi Ello suruh tidur balik since kami tidur kul 5 pagi smlm. Memang kene banyak tidur, baru awet muda kan.

ELlo sdg tdo. Wan dh sedar. Terkebil2.
Kul 13. Bangun dan gosokkan baju Melayu wan dgn Ello. Tapi gosok nak tak nak je. Ello cakap wan sabotage. KAntoi ke sabotaj dia pakai baju berkedut? Hahaha…

Me and Ello. Macam mana nak cerahkan kulit erk?
Kami bergerak jam 14. Amik samping then Ello isikan minyak. Sampai kat Ukay perdana dah pukul 15 lebih. Jalan tak jem tapi wan yang bawak slow. Banyak benda kot borak dgn Ello. Dia paling tak suka kalau wan sebut pasal study dia, dan berkaitan dengan pelajaran lah. Maybe wan dah berumur dan amik berat pasal study. NTah la. Masa wan muda2 dulu pun wan tak berapa happy kalau parent asyik citer pasal study je. Hahaha
Sampai kat umah Ihab, ramai kawan2 dia yang wan kenal. Eh, wan betulkan ayat. Ramai kawan2 dia yang kenal wan. Kan? Faisal Bada pun ada. Hahahha. Kalau tak jumpa kat Pak Li 2 hari sebelum tu pun, kami akan berjumpa kat rumah Ihab je. Kan?

Faisal, Wan dgn ELlo. Ihab kat belakang.

ELlo.
Kami lepak sampai kul 17 lebih kot. Dah bertahun tak jumpa Ihab, bukak komputer dia, dan layan gambar2 dia. Banyak cerita boleh share kot. Pasal kawan kat UK, kat France, kat Ukraine dan kat Jordan. Banyak kot cerita sejak lama tak jumpa. Last skali jumpa pun kat London pada Ogos 2006, masa wan transit flight dari Athens, Greece.
Balik ke Shah Alam. Dan lepak kat Pak Li. Dengan baju Melayu. Ramai orang tengok. Macam la pelik sangat pakai baju melayu kat Pak Li pada hari Deepavali? LOL










