Tarikh: 27Nov2008
Melawat Melaka Bersejarah bererti Melawat Malaysia.
Salam dari Melaka! Tiba – tiba. Hahahaha.
Jumpa kawan sekejap (kawan ke?). Tak larat nak drive, tidur hotel sajor. Bila masuk hotel, larat lak… Muhahaha
Syazwan Zanini @ Hotel Orkid
Jalan Bendahara, Melaka
ngee.
************************************
Update pada: 29Nov 2008
Wan ke Melaka sebab ada kerja. Selain rindu Qmal dan Ello, wan ada kerja lain. Kerja yang korang tau apa yang kerja yang wan kene kerja kan?
Nak citer apa erk? Ringkasan sudah. Bertolak dari KL jam 10pagi pada 27nov. Sampai Melaka jam 11 pagi. Terus check in hotel. Then tidur sekejap lepas mandi. Kul 3 kuar ke Medan Samudera, jumpa seseorang kat sana. Then amik Qmal kat Melaka Box Office (MBO), lepas tu patah balik ke Dataran Pahlawan. Amik Ello. dgn Arinah.

Dataran Pahlawan Melaka Megamall.
Nampak Ello dari jauh, then dia berlari datang peluk. Rindu giler 2 minggu tak jumpa. Ibarat 2 tahun tak jumpa. Statement mengalahkan orang bercinta katanya. ELlo duk cerita pasal filem Twlight yang dia baru abih tgk, sambil menyarankan kat wan suruh tgk gak. Padahal wan dah tgk tayangan perdana lagi sehari sebelum tu. Siap dapat goodie bag lagi. Hahahhaha. masuk je dalam kereta, wan terus tunjuk goodie bag kat dia. terus dia nak. amik je la.

depan dataran pahlawan. gembira kot dah lama tak jumpa adik aku sorang ni.
Kitaorang antar Arinah kat rumah dia. Dekat area Melaka Sentral sajer. Wan dah tau selok belok jalan Melaka ni. Qmal dgn Ello pun asyik kene caras dengan wan je. Tau mengalahkan orang Melaka. They all tahu jalan masa jalan 2 hala, sekarang ni jalan Melaka kebanyakkannnya sehala, maka wan banyak tau lah. Heheh. Nak pergi rumah Ello? Dari bandar Melaka, dari Ayer Keroh, dari Benbam, dari Seri Negeri, dari Seri Bendahara, dari Bukit Katil, semuanya wan tahu arah ke rumah Ello. Hahahhaha

online kat Zen.
Then Qmal dan Ello bawak pergi pusing2 Melaka. dan makan kat tempat diorang suka lepak. Seronok giler. Then antar Ello balik rumah. Lepas tu pusing MITC (Melaka International Trade Centre). Ianya lebih kurang Putrajaya, pusat pentadbiran baru. Yang penting kat MITC ni, ada Rumah Media Melaka, ada Ikkibator K-Ekonomi (menjana Ekonomi negeri Melaka sahaja). dan banyak lagi.

sungai melaka

sungai melaka
I love sungai Melaka. Ianya sungai. Tapi ianya macam Venice. Ada benteng, dan laluan penjalan kaki. Bukan macam sungai kat negeri lain. Ini idea Ketua Menteri, mengembalikan kegemilangan sungai Melaka,sejak tahun 2002. Hasilnya sekarang, kita boleh beriadah dan berjalan kaki di sepanjang pesisir sungai Melaka. Seriously ianya menarik.

bangunan madonna. ihiks
Juga ada Melaka AutoCity. semua berkaitan automobil, dikumpulkan di sini. Juga yang paling menarik ialah, semua lori, treller, dan kenderaaan berat, dikumpulkan di sini: lapangan kenderaan berat. So, pemandu kenderaan berat kene parking kat sini, tak leh parking tepi jalan sebelah rumah, nanti kene tarik, errr kene rantai ataupun kene saman kot. Semuanya lengkap di lapangan ni, tempat parking kereta untuk pemandu kenderaan berat, restoran dan lain – lain. Bas – bas ekspress dan lain – lain bas juga diwajibkan mengisi minyak dan parking di sini, maksudnya takkan jumpa kenderaan berat isi minyak di tengah – tengah bandar. Kesimpulannya, kita takkan tgk bas atau lori parking tepi jalan. Bahaya kan. Juga bas dan lori hanya berada di tempat ni, sebelum masuk ke lebuh raya. Bijak kan pengurusan Melaka di bawah Ali Rustam ni… negeri lain takder kan? Memang layak la Ali Rustam jadi Timbalan Perdana Menteri nanti.

Menara Taming Sari, kapal replika Flor de la Mar, dan Eye on Malaysia.

bot persiaran yang membawa pelancong menyusuri sejarah kegemilangan sungai Melaka. Latar belakang ialah Kincir Air.
Satu benda yang menarik lagi ialah, pokok buluh yang ditanam di tepi lebuh raya. Ianya pokok buluh hiasan, tetapi bertindak sebagai penebat bunyi!! sangat menarik. Idea 4 tahun lepas, masa pokok buluh kecik, kita tak tau kegunaan, bila beza, baru tahu kebijaksaan pemimpin.
Tapi Melaka hari ini tentulah tidak sama dengan Melaka zaman dahulu dan malah juga Melaka di era pasca kemerdekaan Tanah Melayu. Melaka di zaman bendahara adalah “Melaka di zaman kegemilangan” dan Melaka di zaman Portugis sehinggalah beberapa tahun yang lalu adalah Melaka yang berada di dalam “zaman kejatuhan dan ketandusan”. Hari ini adalah Melaka yang berada kembali di zaman “kegemilangan”. Tahniah Datuk Seri Ali Rustam, lawatan tidak rasmi wan ke Melaka amnya, dan MITC khususnya banyak menyedarkan wan terhadap pemimpin yang kurang dikenali ini.
Wan akan tulis entry khas tentang MITC dan Melaka lain nanti. Lepas abih pusign bandar Melaka, balik ke hotel dan tidur. Bangun kul 8 pagi, terus mandi, dan breakfast. Then pi rumah Ello, then gerak ke KL. ELlo baca suratkhabar The Star yang hotel kasi, menangis pasal pengeboman di Mumbai tu. Actually my uncle 7 beranak ada kat Mumbai masa kejadian tu, tapi dah berjaya hubungi Wisma Putra, they all selamat walaupun stay kat Hotel Taj Mahal gak.
Isnin ni Ello balik Melaka. Nanti rindu balik kat dia. Waaaa… Minggu depan pergi Melaka lagi lah… 128km sajor.