Hang Out With The Guys

Wrote by: Adiewaridi

Salam,

Lama sungguh aku tak ketawa mcm semalam..bak kata Ello..”tu dia high pitch dia”..huhuhu..al kisahnya aku ni pemalu kalau dgn org yg tak berapa dikenali tapi after a few minute dah hang out together gather, kuar la sikit tanduk aku nie…hwa3…Back to the story, semalam lepak kat Pak Li Kopitiam Sec7 dgn beberapa org kawan baru, sebenarnya semua tu kawan Wan a.k.a Wenkt…tapi sebelum tu aku dan Am masuk UiTM selepas hantar Wan ke Pak Li jumpa Israq..tujuan masuk kat UiTM sbb nak g Kolej Kenanga ambil barang Ello (Ello adalah hmate Wan-diorang ni duk sebelah blok ngan aku, baru pindah)..Is pun ikut sekali…

Dah ambil semua barang, aku dan Am pun hantar Ello n Is kat PaK Li..at first ingat nak terus balik rumah masak coz dari tghari kuar tak balik2 lagi..bila tgk jam dan kul 10 lebih..nak masak sure lambat so kami pun join la lepaking kat Pak Li…so bermulalah pertemuan dgn rakan2 baru yang happening nie…hwa3…pada awalnya aku ni agak kekok sikit coz pr aku kan tak bagus, then lama kelamaan mulalah nak bua mulut bercakap…itu lah aku…pendiam yg melampau sgt tapi kalau dah bercakap lahar lak mulut tu…kutuk diri sendiri weiii…

Pada awalnya, hanya aku, Am, Is, Ello, dan Israq yg ada kat situ..kat meja yg begitu kecil untuk menampung kami semua..so semua duk dekat2 jer…then we move to other table yg lebih luas sikit coz there are another guys coming along…then come Izat a new friend of Wan where they met up at Beijing..jauh tu jumpa padahal masing2 duk Shah Alam…i just knew bout him thru wan blog…,Izat a little bit shy thru out the meet…just like me when come to the first meeting, then Shain came..this is the first time i meet him..before this i just know him by the pictures that wan shows to me and also thru the blog…bila mamat ni tiba, aku pun mula byk ckp..hehehe..ntahla maybe because he is a talkative person…still studying at UiTM doing his Event management course but at the same time do modelling…so aku rasa sesuaila dia study event management coz pr dia bagus sgt…friendly….mungkin sbb tu aku agak byk mulut ngan dia…bak kata Ello “dtg je Shain terus dia (aku) banyak ckp”…hwa3…tu la aku…kalau kena gaya memang aku talkative..tgk org gak…

Diorang ni sellau lepak kat Pak Li…and for me n Am, this is like our 4th times since the opening..hwa3…tak sosial langsung…diorang ni dah leh siap kenal nama pekerja Pak Li lagi….kat sini juga jumpa adik angkat aku si Ady Suffian yg dah lama tak sms abg dia ni..hehhee…Ady ni pun kekawan diorang gak…kecil dunia kan…so kitaorg lepak kat situ till midnite…talking n laughing…giler gelak tak hengat punya..aku rasa meja kami yg paling happening..dah la Pak Li tu pack ngan org…byt then it’s really fun…dah lama tak hang out camni..coz dulu masa study kat Arau, aku ada group sendiri yg mana kalau g memana pun bersama…Z, Imad, Atok, Leq, Ina, Faiz, Mas..rindu giler kat diorang semua…aku suka yg gals sbb diorang sempoi giler…sonoknya..tapi la ni semua dah kawin kecuali aku dan Faiz…

Sebenarnya aku kepenatan pada mulanya, coz dari petang kuar g tolon Wan beli barang tuk wat wardrobe dia..tapi tu bukan sbbnya, sbb nya aku tido kul 6 pagi so aku ngantuk giler..kan aku dah cakap aku tido 12 jam sehari…hwa3..giler melampau…pas bis lepak, aku, Am, Ello dan Wan g Uptown Sec24 tuk beli sticker letak road tax keta…tak lepak lama pun coz semua dah penat so balik…aku dan am balik blok 47, Wan dan Ello balik blok 48….oh yeah masa nak balik tu wan hadiahan aku sebuah rantai jade yg dia beli kat Beijing…thanks a lot…semua tu berlaku kerana kat Uptown tadi aku cakap nak beli rantai jade yg bulat tu sbb nak matchkan ngan baju v neck warna hijau aku, tak sangka lak dia nak hadiahkan kat aku…really appreciate it….le pakai masa celebrate New year nanti..huhuhu..tapi celebrate kat ner?..takde plan lagi

wan a.k.a. wenkt

israq

Shain

Izat

Ello

Am, Aku & Shain

Ello, Wan, Izat & Israq

Israq, Am, Aku, Shain & Ello

Rantai Jade from Wan

p/s : diorang ni semua pangkat adik..aku ngan am je dah tua..hwa…tahun depan 29…

Salam Sayang
Adiewaridi

********************************

Wenkt:

Semakin ramai kembali ke UiTM. Hidupku kembali sempurna. Hehehe.

Kepada pembaca blog ini, sure korang teringat kat Izat kan? Dia ialah yang wan jumpa kat Beijing 3 minggu lepas. Dah serap untuk masuk group wan gak. hahaha.

Tapi Izat still pendiam, later i hope boleh ubah dia jadi extrovert skit..  I mean, dia amik law, kene la bising skit kan. Takpe, kawan dgn wan, lama2 kene kluarkan idea utkku gak, akan jadi bising gak nanti.


8a

adik nor dpt 8A dalam PMR.

pelik. satu family terkejut.
main PSP 12jam sehari, main PS3 6jam sehari, main PC games 4 jam sehari. Result 8A.

tahniah.

Adik wan sorang lagi, Ime cakap adik Nor pelihara benda. Semua tak caya dia dpt 8A.

Hahahah

Tahniah adik nor. Mintak hadiah dengan abah & mama k.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

SEREMBAN 27 Dis. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar di sini pagi ini.

Almarhum sebelum itu dimasukkan ke hospital tersebut setelah mengadu sakit dada.

Ketika ini jenazah masih lagi berada di Hospital Tuanku Jaafar dan akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.

Difahamkan jenazah almarhum akan dikebumikan esok.

******************

Tuanku Ja’afar dilahirkan pada 19 Julai 1922 dan mangkat pada 27 Disember 2008. Berkahwin dengan Tuanku Najihah yang merupakan sepupu baginda, pada zaman penaklukan Jepun dahulu, baginda dianugerahkan enam orang putera dan puteri — Tunku Dara Naquiah, Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irina dan Tunku Nazaruddin.

Raja berjiwa rakyat ini juga rajin berjumpa orang ramai “rakyat boleh berjumpa beta di kenduri kahwin, sembahyang Jumaat dan mana-mana majlis negara”.

Tuanku Ja’afar bekerja sepanjang tahun, seperti rakyat biasa lain, jelas baginda, kerana baginda akan menghadiri tiga program setiap hari termasuk hari minggu sepanjang tahun dan hanya bercuti dua bulan sekali.

Semasa muda, Tuanku bekerja dan pernah menjadi pegawai daerah Rembau dan Tampin, menjadi Pembantu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan pernah berada dalam perkhidmatan diplomatik, yang terakhir sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana, sebelum naik takhta sebagai Yang Dipertuan Besar pada 18 April 1967.

Cerita Tuanku: Baginda bukan sekali, malah berkali-kali melawat kampung dan membeli petai daripada Orang Asli dengan menyamar sebagai orang biasa.

Tuanku Ja’afar bagaimanapun mengakui kenangan terbaik dan saat paling manis dalam kehidupan baginda ialah ketika memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-10 pada 1995 hingga 1999.

“Itu kenangan paling indah bagi beta. Beta melawat pelbagai negara seperti Argentina, Chile, Uruguay, Belanda dan Rusia dan berkesempatan menemui ramai pemimpin dengan pelbagai perwatakan yang menarik…kami bercakap mengenai sebesar-besar perkara sehingga yang kecil,” cerita baginda.

Baginda berpendapat Raja Kemboja, Putera Norodom Sihanouk sebagai insan yang paling menarik dan paling ramah yang pernah baginda temui.

Sebagai seorang Raja yang suka aktif dan bekerja, Tuanku amat berharap penduduk Negeri Sembilan rajin mengerjakan dan membangunkan banyak tanah terbiar di negeri ini.

“Pembangunan tanah boleh memberikan keuntungan pada rakyat seperti mana yang Felda buat.

“Orang muda bagaimanapun tidak berminat untuk bekerja di ladang dan suka bekerja dalam bilik hawa dingin sedangkan upah bekerja dalam sektor swasta juga sekarang sudah ketinggalan,” titah baginda.

***************

Al-fatihah.

Sebagai menghormati pemergian baginda, blog ini berada dalam tempoh berkabung selama 3 hari.

Bendera blog ini juga dikibarkan separuh tiang selama 3 hari dan warna hitam digunakan sepanjang 3 hari menandakan kesedihan.

Al-Fatihah

Jadual Gaji Bagi Kakitangan Kerajaan Untuk Tahun 2009

January – 19.01.09 – Monday
February- 25.02.09 – Wednesday
March- 25.03.09 – Wednesday
April – 23.04.09 – Thursday
May – 25.05.09 – Monday
June – 25.06.09 – Thursday
July – 23.07.09 – Thursday
August – 25.08.09 – Tuesday
September – 10.09.09 – Thursday
October – 08.10.09 – Thursday
November – 25.11.09 – Wednesday
December – 17.12.09 – Thursday

Pengajaran: Bila ada LO, siap kerja je, terus hantar. Jangan pendam, nanti lambat dapat. Macam skrg ni, Datuk KSU semua tgh bercuti, saper nak sign cheque??