Watak paling terkenal di Malaysia pada masa kita ialah A. Kugan, 22 tahun. Boleh dianggap sebagai penjenayah, tetapi disanjung dan diarak sehingga kita lupa akan kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Sejujurnya, saya simpati kepada Kugan. Walaupun dianggap ‘penjenayah’, tetapi ianya belum terbukti di mahkamah. He’s not even convicted yet. He’s a SUSPECT!
Kugan ditahan di Balai Polis Taipan di SUbang Jaya pada 15 Januari dan mati dalam tahanan polis. Bedah siasat pertama mendapati kematian Kugan akibat paru – paru berair. Keluarga mendiang mendesak bedah siasat kedua kerana kematiannya mencurigakan.

kesan calar di mayat Kugan.
Peguam Negara kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang kematian Kugan diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Setakat ini, 11 anggota polis sedang disiasat atas dakwaan mencederakan tahanan berkenaan.
Dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah mungkin dikenakan tindakan undang-undang jika didapati terlibat dalam kejadian menyerbu dan menceroboh bilik mayat Hospital Serdang pada 20 Januari lalu sehingga ada yang bertindak merakamkan gambar mayat Kugan.
Saya tahu cara polis mengendali tahanan reman. Saya pernah lihat pencuri motosikal dilibas kaki dengan wayar paip plastik (yang berwarna oren) yang diisi dengan simen hancur! Suspek akan dipaksa duduk berlunjur kaki, dan apabila dilibas, suspek akan terbangun berdiri kerana SANGAT SAKIT. Saya pernah melihat mereka dilibas sehingga berpuluh kali. Dua suspek bawah umur kerana mencuri motosikal di Semenyih. Baca pengalaman saya ditahan di lokap dulu.
Bagaimana kalau mencuri kereta. Maksud saya, kereta mewah. Satu kereta mewah berharga RM600k boleh membeli 120 motosikal yang berharga RM500. Adakah layanan perlu 120 kali lebih teruk?
Pelbagai teori timbul, ada yang mengatakan bahawa Kugan memberi maklumat kepada Polis tentang kecurian kereta mewah, dan sindiket ini telah mengupah polis untuk membunuh Kugan. Itu dari Malaysia Kini. Ianya seterusnya berkait dengan balas dendam, rasuah dan juga perkauman.
Pihak tertentu mengambil kesempatan untuk publisiti murahan dan politik dengan menganjurkan perarakan jalanan. Adakah perarakan jalanan mampu menyelesaikan masalah?
Kita tunggu dan lihat keputusan bedah siasat kedua oleh PPUM. Ianya sepatutnya diumumkan sejak semalam! Kita perlu tengok kertas siasatan dahulu, lepas tu baru nak demo, nak bogel dan sebagainya..
Kita fikir sejenak. kalaulah…. kalau…. kisah mcm si Kugan ni hangat dan penuh berita macam skang, tapi mangsanya orang ‘berkulit sawo matang’… lagi teruk lagi ke demonstrasinya atau apa? Kita nak provoke pasal bangsa dan agama org lain dalam hal ini?
Ramai trainer mati kene ragging buat latihan dalam RAMD ..org ada kesah?
Melihat kesalahan orang lain sehingga lupa kesalahan diri sendiri telah menjadi sifat kebanyakan manusia.
Apapun, apabila prinsip kematian di Gaza dipersoalkan berdasarkan prinsip manusiawi – human rights, ia harus menjadi landasan di negara yang melaungkan kebebasan hak asasi manusia. Janganlah ibarat “Ketam menyuruh anaknya berjalan betul” sedangkan diri sendiri belum BETUL.
Apa gunanya jika slogan tinggal sebagai penghias dinding untuk bulan keceriaan jika NIAT tidak betul dan Telus.
Tapi hakikat yang patut diterima ialah: Jenayah Berat banyak dilakukan oleh kaum India. Kita hanya perlu luangkan masa dan lihat fakta sistem e-PLIS Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Tak perlu cakap aku propah.
P/S: Terfikir sejenak kenapa Anwar didakwa dalam 377B (seks luar tabie secara suka sama suka) dan bukannya 377C (seks luar tabie secara paksa)? I mean, kalau 377B, kenapa Saiful tidak didakwa sama?