AIsyeh. Cam sesuatu lak tajuk entry ni. Whatever lah!
Akhirnya aku mengalami sendiri keadaan menangis sampai kering air mata. Mungkin pernah alami sebelum ini tetapi lupa / tidak perasan.
Mungkin ramai mengerti, erti dan nilai persahabatan selepas pergaduhan adalah yang paling ..grrr… camner nak bgtau erk… Olahan ayat: selepas pergaduhan, dan bila berbaik semula, kita lebih menghargai persahabatan tersebut. Dapat?
Ada yang memberi komen (dalam entry sebelum ini) bahawa peperangan antara Wan dgn Ello sekadar April Fool di blog. Tulisan di blog ialah doa. Tak leh bergurau doe.. Meh nak citer skit..
Sebab dan musabab perang pada 22 Februari 2009 itu ialah…. errrmmm… ermmm…
Biarlah rahsia antara kami.
Cuma bila tahun tahun depan nanti, bila wan baca balik entry ini, wan akan tergelak sebab wan akan tahu sebab pergaduhan bila baca entry ni. I mean, wan dah tulis klu untuk diri sendiri recall kejadian ini nanti.well, ianya seperti bila wan baca let’s say entries pada Ogos 2004, wan akan teringat sendiri benda yang wan tulis. INilah bestnyer ada blog!
Meh la nak citer, sebab sebenar peperangan ini ialah… ermmm… biarlah rahsia! ok ok.. nanti wan citer kat bawah2 nanti…
Wan: Nak publish kat blog la gambar pintu ni.
Is: U tulis: “Apa terjadi kat pintu ni?”
Wan: aah. memang pun
*kedua-dua dalam mode innocent giler k!

pintu yang pecah kene Kung Fu Panda.
Tapi seriously, wan memang sedih. Nangis. Wan cuba pujuk Ello tapi dia halau keluar dari bilik dia. Suara tempikan dia “pergi pergi pergi.. aku tak nak tgk muka ko lagi” memang kedengaran dari dalam bilik sampai ke ruang tamu (tak jauh mana pun). Tapi bila dengar camtu, hati akan jadi sedih giler babeng dan air mata akan wajib memancut mengalir. Seriously. Ianya ibarat berakhirnya sebuah persahabatan yang suci (suci ke? cuak doe)
Sebelum pergaduhan tercetus, masa perang mulut tu, kitaorang memang tgh lepak sama2 kat lantai tepi katil bilik wan. Wan tidur atas bahu Ello, feeling bermanja gak la. Sebab wan tgh menangis sebab benda lain.. Ello tengah pujuk wan. Then kami plan nak pergi makan kenduri kat Klang, then pergi tgk citer Geng Pengembaraan Bermula (i tak kisah tgk byk kali pun..).. Memang masa tu semua tengah lapar.
Kemudian perang tercetus. Kerana satu perkataan. Perkataan itu ialah: ermm. ntahlah. tak elok lak nak citer. Tak berguna pun kalau cerita. Bila perang tercetus, maka kelaparan pun diketepi. Usaha damai lebih penting.
Lepas 5 jam, keadaan menjadi tenang then kitaorang order set BigMac dari McD delivery (lapar giler babeng k). Tapi since Ello masih tak bercakap dengan Wan, wan ala2 buat mogok lapar. Set BigMac yang diletakkan kat bilik tu, langsung wan tak sentuh. Lapar, tapi takder mood. I rasa cam nak merajuk tunggu sampai Ello datang suap. Gheeeedik!
MEmang pun, bila bergaduh, korang sure tak fikir pasal diri sendiri dah.. Tak fikir pasal nak makan pun… fikir pasal masa depan… fyi, wan jaga ello ialah untuk investment masa depan. sebab apa? biarlah rahsia…
Then bila keadaan dah tenang, wan memandu keluar dari rumah ke satu destinasi yang dirahsiakan. Selama ni wan pakai selipar Ello, tapi sebab tgh merajuk ni, wan keluar kaki ayam. Hahahahha. Motif la kan kalau dalam mood bergaduh tapi keluar pakai selipar dia gak, dah la depan Ello. Kan tak pasal2 kene perli. Hahaha
BigMac memang tak bersentuh. Bila wan balik, dan berdamai dengan Ello selepas hampir 8 jam berperang. Dia ajak tgk citer The Devil Wears Prada kat bilik dia. Dia ajak keluar makan gak, drive through McD. Tapi takder mood doe…Lagipun dah pukul 2 pagi. Ello bgtau gak dia nak makan BigMac dalam bilik wan tapi dah bersemut.

90% yang menyokong boikot akan tetap order McD time terdesak.btw, i xboikot.
Bersemut! OMG rugi rugi rugi. Nyersal lak tak makan… Lain kali kalau gaduh, makan tak boleh diketepikan. Rugi rugi rugi. Tapi, kemaafan dari Ello telah mengenyangkan ku. Bluekkkkk…
Kitaorang tgk filem The Devil Wears Prada. Seriously mengigatkanku tentang kehidupanku di Perancis dulu. Buka entry Mac 2006, korang akan tgk koleksi pakaian wan.. koleksi baju, koleksi jacket. semua dari jenama yang disebut dalam filem ni. Sekarang ni, kalau pakai lagi baju tu, mmg macam sarung nangka lah.
Well, dah berdamai. Tak payah la nak ungkit2 lagi.. tak payah la citer pasal sebab kitaorang bergaduh. Korang pun tak nak tau kan?
Kitaorang tidur sesama. Ello yang suruh wan peluk dia dari belakang. Well, dont worry, i know my limit.. just peluk kat perut, bahu ataupun paha dia.. wan tak peluk bahagian tetek dgn bawah dia la… wtf! Hahaha… tapi as i said, lepas bergaduh dan berdamai, kita lebih menghargai nilai persabahatan. Bila tidur berpelukan macam tu, rasa kasih sayang macam sebati dan saling mengalir kat tubuh kami yang bersentuhan.
Jangan risau, wan dengan Ello memang teman tapi terlebih mesra. Korang tak marah kami terlebih mesra kan? Korang tak jealous kami terlebih mesra kan?

antara gambar pertama ello yang wan snap. masa kami berkenalan17sep2008
Jangan risau, tidur macam itu tidak akan menyebabkan erection. Hahaha. Kalau half erection tu, normal la kan? Tipu la kalau takder at least half erection bila dalam keadaan cam tu. Ghairah sure ada, nafsu je takder. Then kalau saling ternampak erection masa bangun tidur sebab tidur pakai boxer sajer, tu normal la kan? Antara housemate, apa la sangat nak dirahsiakan?
Lagipun kami dah berdamai, kene la buat gencatan senjata kan? (sewuatu giler ayat penutup)