Keputusan MT yang mengejutkan

Berakhirnya Pemilihan UMNO yang saya tunggu sejak dulu – dulu. Maka, tiba masanya untuk saya fikir nama baru untuk blog ini. Sepatutnya sejak AR dilarang bertanding, tpai saya tidak sanggup walaupun AR dah bagi kebenaran. Who cares? Ada cadangan nama blog??

Well, Muhyiddin menang. Dari dulu saya tahu dia akan menang. Timbalan Presiden bertiga: Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Afdal. Dari dulu saya dah jangka mereka menang. Shafie berjaya betulkan balik profolio beliau selepas melepaskan Kementerian Dalam Negeri dulu. Bila Shahrizat, Khairy dan Rosnah menang, saya pun tak fikir apa – apa yang pelik.

Tapi ramai yang tetap meminta pandangan wan sebagai pelapis baru UMNO, mengenai apa yang tersurat dan tersirat. Dari pandangan orang muda. Walaupun, masa orang lain sibuk kat PWTC, wan sibuk kat dalam wad. haah

Wan tak kisah kalau my sugar daddy macam Ismail Sabri ataupun Noh Omar menang, tapi wan terkejut bila Mahadzir Khalid yang menyebabkan PAS tewas di Kedah dan Idris Jusoh yang banyak kes rasuah di Terengganu tetap menang.

Kekalahan Azalina Othman Said jelas disebabkan oleh SPRM, Syed Hamid Albar semakin tidak popular dan Ghani Othman pula sebab ketidakpuasan rakyat Johor terhadap Wilayah Iskandar.

Cuma, saya terkejut dengan kekalahan Shahrir Samad dan juga Mohamad Hasan. Seorang menteri yang rajin dan seorang menteri besar yang membangunkan Negeri Sembilan.

Apapun, UMNO sudah seharusnya membuat perancangan awal untuk menghadapi masa depan jika ia mahu terus bernyawa.

Berikut adalah kesimpulan ringkas yang wan buat sendiri selepas keputusan MT tersebut:

Menteri yang dijangka gugur
Datuk Syed Hamid Albar
Tan Sri Muhammad Mohd Taib
Datuk Azalina Othman
Datuk Rais Yatim

Tukar Portfolio (ko ingat ko najib nak atur2?)
Kementerian Pertahanan – Tan Sri Muhyiddin Yassin
MITI – Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn
Kementerian Dalam Negeri – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan – ?
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah – Datuk Shafie Afdal
Kementerian Belia dan Sukan – Datuk Razali Ibrahim
Kementerian Pelancongan – Datuk Ismail Sabri

SZ
di katil hospital

Amik darah…

Kerana denggi dan kerana nak check plattelette dalam darah, hari2 kene amik darah… 3 kali sehari… dah la darah wan berwarna putih, susah nak dapat…

Nasib baik doktor HENSEM yang amikkan darah… Sakit jarum tidak akan terasa.. kan kan? Cuba teka saper doktor hensem ni…

dia mencari2 urat darahku..

sakit doe.. cuba imagine dia tgh masukkan jarum dalam tangan korang…

kan dah dapat darah… seronok je dia sedut darah aku kan?

ok dah abih dah… dr hensem dah lap tangan i..

Dulu wan pernah cakap.. wan rapat dgn ramai kawan yang amik course medic, nanti diorang boleh jadi doktor wan. Akhirnya, tercapai gak hasrat tu.. Dr Hannan dah jadi my personal doctor..Muhhaha

Selamba je wan serahkan tangan wan untuk dia cucuk. Bukan boleh percaya sangat,  ye la.. kami kawan lama, pernah bergurau semua, tapi i know, dia akan jadi professional bila dapat jarum kan? saper tak kenal Dr Hannan kan? Best friend Datuk Dr Syeikh Muszaphar sepanjang 2 tahun kat Moscow.. dah la muka sama.. ihiks

inilah Dr Hannan…

Thanks Dr Hannan from http://xhansx.blogspot.com/

DR Hannan ni kawan wan sejak dulu lagi. Kitaorang kenal masa dia kat Russia dan Wan kat France dulu, then kami jumpa masa dia ke Brussels. pernah pergi Paris sama – sama. hampir ke Amsterdam sama2 gak.. Masa tu sama2 jadi pelajar lagi.. Sekarang sama2 dah kerja, masing2 dah ada rumah sendiri, masing2 dah pakai kereta sendiri.. Cepat kan masa berlalu? Padahal baru 3 tahun lepas.

oh man… gambar 28 jan 2006

us. omg. gambar 5 feb 2006. berbeza giler kami dgn skrg kan? hahaha

P/S: Dr Hannan akan bertunang pada 9 Mei 2009. Dah sebagai hadiah perkahwinan nanti (lambat agi, tahun dpn), wan hadiah pakej honeymoon ke Bali utk Dr Hannan dan Dr Syida (tidak termasuk flight)….

Denggi

denggi sangat memeritkan

Hapuskan aedes

Doakan wan cepat sembuh

Skrg di wad HUSM Kelantan

sakit doe tangan berjarum

nasib baik ada internet peneman setia.

tapi kidal lah… taip guna tangan kiri saje… then tak mampu pegang mouse… dalam tangan kananku ada jarum k..

ngee

Seminar Agenda Melayu ke-V

Majlis: Seminar Agenda Melayu ke-V, Memperkasa Politik Melayu
Tempat: Dewan Mawar, PWTC
Tarikh: Sabtu, 21 Mac 2009

Ucapan Perasmian: Dato’ Mohamad Rais Zainuddin
Ucaptama & Perasmian: Dato’ Noh Omar

Kertas Kerja 1
Wajarkah Dasar Ekonomi Baru Diperkasa?
Moderator: En Roslan Latif
Panel: Datuk Salleh Majid (Bekas Pengerusi Bursa Malaysia)
Tan Sri Arshad Ayob (Pengerusi PMF Capital Sdn Bhd)

Tan Sri Arshad Ayob. Berusia 80 tahun. Anak ada 7. Cucu ada 25.

Kertas Kerja 2
Krisis Ekonomi Dunia & Kesan Terhadap Ekonomi Bumiputera
Moderator: Dato’ Ku Abd Rahman Ku Ismail
Panel: Datuk Awang Adek Hussin (Bekas Timbalan Menteri Kewangan)
Dr Mahani Zainal Abidin (Ketua Pengarah ISIS)
Tan Sri Hamad Kama Piah (CEO PNB)

Kertas Kerja 3
Keusahawanan & Modal Insan
Moderator: Prof Dr Muhammad Hussein
Panel: En Azizi Ali (Jutawan Senyap)
Dato’ Maziah Syeikh Mohamad (CEO Mega Padu Sdn Bhd)

Datuk Maziah Syeikh Mohamad. Juga pengasas Kayla Beverly Hill (M) Sdn Bhd

Kertas Kerja 4
Kedaulatan Raja – Raja Melayu & Islam Sebagai Agama Persekutuan
Moderator: Prof Madya Datin Dr Noraziah Mohd Awal
Panel: Dr Che Norlia Mustafa
Dato’ Md Nor (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan)

Kertas Kerja 5
Pengundi – pengundi Muda & Kempen Siber
Moderator: Datuk Prof Hj Abdul Halim Sidek
Panel: Prof Dr Kamaruddin Said
Prof Dato’ Tajudin Ninggal
Ahiruddin Attan (Rockybru)
Syazwan Zanini (i know, i sorang je takder Datuk, or Dato’.. sabar la, nanti ada la.. amin)

Resolusi bersama:
Dato’ Mohamad Rais Zainuddin
Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Md Diah
Dr Yahya Mat Hassan
Dr Mokhrazinim Mokhtar

Berikut adalah ucapan dari ahli panel, Syazwan Zanini untuk kertas kerja kelima: Pengundi Muda & Kempen Siber

Terima kasih kepada moderator, Yang Berbahagia Datuk Prof Madya Haji Abdul Halim Sidek, Yang saya hormati ahli panel Yang Berbahagia Prof Dr Kamarudin Said, Yang Berbahagia Prof Dato’ Tajudin Ninggal, Yang dihormati En Ahiruddin Attan dari rockybru dot com dot my, Tan Sri Tan Sri, Puan Seri Puan Seri, Datuk Seri Datuk Seri, Datin Seri Datin Seri, Datuk Datuk, Dato’ Dato’, Datin Datin, Ahli – ahli Jawatankuasa dan Ahli – ahli Alumni Kelab – Kelab UMNO Luar Negara, Dif – dif kehormat, Tuan – tuan dan puan puan, Assalamualaikum wbt.

yang tengah berucap itu ialah Dato Prof Tajudin Ninggal, yang duduk baju batik merah ialah Datuk PRof MAdya Haji Abdul Halim Sidek, yang duduk belakang itu ialah RockyBru (blogger yang kene saman oleh NST bersama Jeff Ooi) dan yang baju hitam ialah Prof Dr Kamaruddin Said. Snap dari atas pentas ye. Haha

Bermula dari pukul 8 pagi tadi, dan hingga sekarang jam 5 petang, akhirnya saya berdiri sebagai ahli panel termuda. Sejak dari pagi, ramai yang bertanya saya dari universiti mana? Siap pakai batik lagi. Tapi saya sendiri pun tidak tahu bagaimana nak menjawab. Saya merupakan blogger sepenuh masa di wenkt.com dan sebagai fulltime blogger, kerja saya hanya duduk di rumah. Saya tidak pernah risau untuk bangun pukul berapa dan tidur pukul berapa, dan tiap malam saya lepak di kopitiam.

Persoalan timbul, kalau jadi blogger sepenuh masa, dari mana saya mendapatkan duit untuk hidup? Saya biasa dijemput untuk ceramah yang biasanya bertemakan ‘business’ dan ‘marketing’ kerana saya menguruskan dua homestay secara online marketing, satu di Kelantan dan satu di Kedah secara online melalui www.minhomestay.com dan www.wanhomestay.com, kami juga sedang menyiapkan satu chalet dan satu camping site yang dijangka siap pada Jun 2009 nanti. Apabila kertas kerja sebelum ini berbicara mengenai Krisis Ekonomi, saya merasai kesan tersebut disebabkan harga simen naik 2 ringgit untuk setiap pek 50kg. Saya juga menjalankan satu online travel marketing di www.airasiapackages.com, website belum siap tetapi pelanggan sudah ramai. Saya menggunakan keyword ‘AirAsia’ dan ‘Ground Travel Packages’, maksudnya, kalau anda google perkataan ‘AirAsia’ dan ‘packages’, maka akan jumpa website saya.

Dan ini kali pertama saya dijemput untuk berbicara pasal politik, dan di tempat terbuka. Kalau di blog, kami ibarat kumpulan indie. Kekok untuk berbicara pasal politik kerana ianya bukan topik biasa saya, tetapi saya terima cabaran ini.

Apabila pihak jawatan kuasa penganjur seminar ini menghubungi saya, mereka meminta saya menghantar kertas kerja melalui email atau fax, kemudian bila saya google di internet dengan kata kunci ‘pengundi muda’ dan ‘kempen siber’, saya jumpa blog saya sendiri. Saya adalah blogger sejak Ogos 2003, saya sendiri sudah lupa apa yang saya tulis. Kemudian saya terfikir, kalau saya print out dan hantar kepada penganjur sebagai kertas kerja, maka saya terpaksa buat kertas kerja baru. Lebih baik saya tidak hantar kertas kerja, dan datang hari ini sekadar membaca apa yang pernah saya tulis! (time ni ramai giler yang gelak sambil tepuk tangan ye)

Saya mewakili golongan muda pada hari ini (ramai tepuk tangan terutama pelajar universiti)

Golongan muda ini lebih bersifat mahukan perubahan drastik yang melibatkan revolusi. Kami sebagai golongan muda, gemar memberontak jika hak disisihkan dan kemahuan tidak diendahkan. Kalau kerajaan UMNO dan BN tidak mahu melayan tuntutan kami, sudah tentu kami akan mencari pihak lain yang mahu berbuat demikian.

aku kene berucap di sini? OMG.

Akhirnya, lanskap politik negara kita berubah. Belia tidak pernah berfikir tentang kesan jangka panjang. Kami lebih suka mencuba, kemudian baru lihat hasil. Sebabnya, kebanyakkan pengundi muda adalah pelajar. Kalau pelajar, mereka hanya perlu belajar, tiap bulan ibu bapa akan bagi RM1000 untuk belanja. Mereka tidak perlu fikir tentang Krisis Ekonomi, harga simen naik 2 ringgit, Dasar Ekonomi Baru, Kedaulatan Raja – raja Melayu. Kenapa perlu fikir, bukan dapat duit, duit dari ibu bapa seribu sebulan dah cukup.

Pengundi muda ini, banyak menghabiskan masa di alam maya. Ini menyebabkan mereka terdedah dan terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang tidak henti – henti mengutuk dan memfitnah kerajaan. Sifat semulajadi kami memang sebegitu, suka memberontak menyebabkan alpa dengan semua usaha kerajaan untuk membantu kita, sejak darjah satu hingga menjejakkan kaki ke menara gading.

Pelajaran bagus, pelajaran percuma, kesihatan percuma, biasiswa lagi. Peluang pekerjaan dari sektor awam dan sektor swasta, menarik golongan pelabur asing dan pakej rangsangan ekonomi. Tapi akhirnya, pengundi muda memilih parti lain. Internet memainkan peranan penting. Saya sudah berada lebih dari 30 negara sejak 7 tahun lepas, tetapi saya sentiasa mengambil tahu apa yang terjadi di Malaysia, kerana saya sentiasa bersambung dengan internet. Saya juga check email setiap 30minit. (tepuk dan sorakan)

Sudah tiba masanya UMNO mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda. Sudah tiba masanya UMNO menjadi suara bagi generasi muda Melayu di negara kita. Sayap Putera UMNO dan Puteri UMNO tidak lagi boleh dipandang remeh, hanya kerana Putera dan Puteri nampak ‘budak-budak’. Kedua sayap ini sepatutnya diberi platform yang lebih tinggi supaya keduanya dapat beroperasi dengan lebih mantap, serta dapat menjadi satu suara yang dihormati. Iaitu suara yang mewakili generasi muda Malaysia (tepuk -tepuk)

Generasi ‘lama’ pula mestilah berani berubah, dan tunjukan contoh yang baik kepada kami. Kalau kami merungut dan merenget, genarasi lama harus pasang telinga dan dengar apa rungutan dan rengetan kami.

Daripada 6 juta pengamatan saya, 4 juta pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke 12 memilih Barisan Alternatif. Di Kedah, banyak anak muda memilih PAS, di Pulau Pinang dan Perak, mereka memilih PAS dan PKR, di Kelantan dan Terengganu sememangnya memilih PAS, Selangor PKR, Perlis dan Negeri Sembilan, saya tak tahu samaada PAS atau PKR. (tepuk lagi, sorak lagi)

Hanya Johor dan Melaka masih banyak BN, Pahang lima puluh lima puluh. Ini bukan main – main. Ini apa yang saya kaji dan survey dalam internet (tepuk tangan kuat giler)

Akhir kata, usaha menarik sokongan golongan muda dalam PRU-13 bukan sesuatu yang mudah. Tapi memerlukan strategi yang perlu dirangka parti politik agar keyakinan golongan muda seperti kami dan pelajar universiti beralih kepada UMNO dan BN (tepuk lagi). Malah, saya sendiri, seorang pro-UMNO, tetapi jika saya diberikan bendera BN dan UMNO, saya tidak sanggup untuk mengibar bendera tersebut menaiki motosikal ataupun kereta. Saya sendiri tiada jawapan untuk persoalan ini.

Nanti, akan ada lagi 2 juta pengundi baru yang sekarang ini berumur kurang 21 tahun, tapi berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih untuk PRU ke 13 nanti. Jadi, janganlah sekali lagi kami melakukan tsunami politik, membuat undi protes golongan muda dan undi melepaskan geram terhadap sistem demokrasi negara.

Sekian, terima kasih.

nampak Tan Sri JIns Shamsuddin tak? Yang baju hijau itu ialah pengedar Citroen Malaysia, CEO & Director Brooklands Motors, Datuk Muhammad Fadhil Ahmad.

*****

Abih je, duduk je, terus dapat SMS:
1. Bravo, felicitation! (tahniah in french)
2. Aku sorak skali, bukan stakat buat ombak
3. You look and sound good.

*****

Kata – kata penutup selepas sesi soal jawab soalan: UMNO kena cari idea yang bijak untuk mengembalikan semula BN yang kuat. UMNO mesti berani berubah, dan UMNO mesti bangkit semula. Kalau boleh, biar sayap putera dan puteri setaraf dengan sayap pemuda dan wanita.

*****

Turun je dari pentas, ramai yang mengucapkan tahniah. Terharu. Seriously terharu bila yang lebih berumur dari kita, datang kepada kita, dan mengucapkan tahniah. Dan mereka bukan calang – calang. Mereka ialah yang berpangkat dan berpengalaman. Termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin, Dato’ Rais Zainuddin dan lain – lain. Ramai yang bertukar2 business card. Love it! Besarkan contact lagi wan..

Sir RIdzuan dan Jins Shamsuddin

Sir Ridzuan ini ialah one of my friend kat Shah Alam. Walaupun sama tua dengan Aznil Nawawi, dia nampak sama muda dan sama tinggi dengan Aznil Nawawi. MAsa wan bagi kad nama kepada target2 wan, dia pun menyelit kasi kad nama dia kat mereka. My point is, sir Ridzuan ni, selain terror cakap French (of course la kami bercakap dalam bahasa Perancis sepanjang masa), Arabic, Italian dan Spanish, dia juga advance dalam urutan tradisional termasuk urut tenaga batin. Wan just berimaginasi bila satu hari nanti, ada menteri yang mintak dia urut. Sure ayat dia nanti: “i dah pegang menteri tu punya”. hahaha. Grossss…. Entre nous, c’est l’histoire, qui commence au hasard. De nos yeux qui se cherchent. Hahah.. tapi better gak wan belajar urut batin, tapi market wan untuk yang berumur bawah 26 tahun je. Hahahah hanky panky sgt

Masa jamuan ringan, ramai pelajar – pelajar universiti datang tegur. Apalagi, terus bagi lagi kad. Dari UUM Sintok, UTM Jalan Semarak, UiTM Shah Alam, UNISEL Shah Alam, dan UM Kelantan. Bukak market lagi! Hahaha pelapis muda, anak – anak ikan baru nak kenal dunia semuanya tu. Hahah… Terus naik semangat nak belajar urut batin la, then nak offer urut percuma kat students (ye la, student mana kerja utk dpt duit)

*****

Masa jamuan makan malam, Wan duduk kat meja VIP. Well, siapa tidak suka kalau dilayan sebagai VIP kan? Apabila stok business card semakin susut, wan hanya berikan kad kepada target yang betul: Dato’ Noh Omar, Tan Sri Jins Shamsudin (Calon MKT no 16), Tan Sri Isa Samad, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan lain – lain. Alhamdulillah. Mulanya tiada idea untuk menegur Dato’ Noh Omar tapi Is sms nama anak Noh Omar di UiTM Shah Alam, maka itu jadi modal untuk membuka bicara, kemudian Dato Rais Zainuddin tambah: “One of our panel, a blogger. His speech was very good and with confident ideas.” Apa lagi, terus la berbual. Bertukar2 kad. Hahaha. Sah2 wan jemput ke majlis hari jadiku ke 25 nanti.

Tan Sri Jins Shamsuddin, Dato’ Noh Omar, Dato’ Rais Zainuddin, Tan Sri Isa Samad, Datuk Seri Syed Hamid Albar adalah antara yang kelihatan dalam gambar ini.

Datin semeja depan wan ini ialah pengasas Puteri UMNO.

Malah, masa ucapan Dato’ Noh Omar, beliau menyebut nama saya. OMG. Bangga giler babi. Mahu melayang je wan rasa. Ada menteri sebut nama ko? Non ado! Hahaha. Dan lagi besh, masa majlis bersurai, Dato’ Noh Omar berjalan keluar dan bersalam2, kemudian sampai masa wan bersalam, beliau ucap tahniah sambil sebut nama wan. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. terharu. Nak nangis.

*****

Masa wan keluar sekejap kat luar masa makan malam, terserempak dengan seorang Menteri dalam tandas. Dia kenal wan dan wan kenal dia (sah2 la). Beliau bagitau bahawa Datuk Seri Najib, Datuk Seri Ali Rustam, Datuk Syafie Afdal, Tan Sri Muhyidin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ada kat dewan bawah. Mereka kat majlis Makan Malam dengan Kelab UMNO Luar Negara. Damn it. KAt bawah sure lagi best, yang muda2, kat atas ni yang ‘lama-lama’, dah nama penganjur ialah ALUMNI. Malah, Menteri tersebut pun kata: “u nak cari anak ikan, pergi la bawah. masuk je tegur ali rustam, semua akan pandang you. semua pelajar luar negar lagi. atau malam ni you nak cari daddy-daddy, layan Alumni lak”. terkesima. tersentak. nak melatah, menteri kot. Hahah. Nak je redah. Ada menteri yang kenal i kot, tapi kad dah susut giler doew

*****

P/S: Semasa makan malam, ada seorang Menteri penuh mengakui selalu membaca blog wan, dan dia berminat nak jadikan Israq dan Ello sebagai staf dia bila abih belajar nanti. Ehem, bila mereka abih belajar nanti, wan serapkan mereka jadi PA. Nanti la i decide harga nak jual berapa. hahah. Kekok kot bila menteri baca pasal kawan – kawan i tapi seriously, kalau kawan i ada kat sana, mereka akan bangga.

Masa perjalanan balik, wan asyik tersenyum. Bayangkan kalau Israq dan Ello yang wan jaga sekarang ini menjadi PA menteri, senang aku dapat projek dgn kontrak nanti. Adat kehidupan, aku tolong ko, ko tolong la aku balik. Bukannya politik wang ataupun kroni. Well, inilah asam garam kehidupan kan? dan i rasa, masa depan i macam cerah je. Hahaha