Calvin Thoo vs Winnie Loo

staff Utusan Malaysia pun baca Berita Harian.

Calvin Thoo ialah pereka fesyen terkenal tanahair untuk lelaki dan perempuan. Butiknya terletak di Prestige Floor, Lot 10, Jalan Bukit Bintang. Semalam jumpa dia di butik itu. Abang Adie yang ajak jumpa sebab Calvin Thoo tengah siapkan baju Adibah Noor utk AIM pada 2 Mei ni, maka secara automatik ada la untuk size wan. Lalalala.. I dont care, baju Adibah Noor pun wan rembat utk majlis potong kek harijadi nanti.

Winnie Loo ialah Founder dan Senior Creative Director of A Cut Above Group of Salons & Academy. Mahal doe gunting dgn dia. RM200. Tak sanggup! Kalau nak murah, junior stylist RM45 je kat A Cut Above. Tetap mahal! Last2,  Gunting kat salon Les Ans sebelah Pak Li. baru RM12. Haha

Ramai tetamu dah confirm. RAmai juga cancel. Dato’ Noh ada majlis malam tu, Datuk Seri Ismail Sabri pulak pergi umrah. Jimat kos VVIP. Lalala (baca: mode sedih). Juga, wan dah mula terima hadiah. Adeii.. Rasanya akan jadi ulang tahun yang paling best. Ye la kot. 25tahun. Paling banyak hadiah (insyaAllah) dan paling mahal (the most expensive birthday party in Malaysia 2009 bagi orang kebanyakan… hahaha)…

butik Calvin Thoo. Lot 10

pakweku, nadz nak pakai baju ni. casual black theme kan… makan hati k. sure comel giler dia nanti  *larikkkkkkk

megat mencari baju sesuai untuk dia. pilih dan bayar sewa. opss.

nadz vs megat. korang rasa saper lagi hensem?

Kacak Bergaya anjuran Pancaindera akan final pada 9 Mei nanti di Saloma Bistro. Semalam dah jumpa kesemua 12 finalis. Melertsss.. I dont mind, janji i bagi business card i, then mereka promote business i. Cukup. Janji duit masuk. Lalala.  Antara penaja ialah Jamu Mak Dara dan juga AirAsia.

Nadz dan Megat adalah antara dua finalis. Tak tau lah i nak pilih saper menang. lalalala.

Sell Out

Baru ku tahu, nak manage satu – satu event memang susah. Bayangkan, untuk satu majlis perkahwinan, perlu fikir bilangan tetamu, kemudian yang paling susah, ialah hiasan dan penampilan pengantin tu. Juga menu catering, susun atur hiasan meja dan hiasan tempat, dan segalanya. Hiasan kene sesuai dengan tema. Takleh main2, nanti warna tak masuk.

Huh. Sama je anjur bday party. Haha

Hari ini ada fitting baju, jam 2 petang. Sejak seminggu, beribu dah duit keluar. Sebab duit penaja, projek menjadi lebih kepada design it, decide it, take it and pay it. Simpan resit.

kain hiasan meja.

Bila kira2, perlukan 54 meter kain. I mean, event decarator yang kira cam tu. Bila pergi tanya tokey, dia kasi harga murah bila amik satu kayu. Amik je la. 69meter satu kayu tu, ada lebih 15meter.. boleh buat gaun panjang meleret untuk majlis potong kek nanti. Ahaks

lukisan baru di dinding rumah. RM5000.

ini lukisan lama. RM12000. dah jual.

Baca entry pasal rumah wan kat sini. Sekarang rumah berserabut dengan kain dan juga hiasan lain. Belon kene tiup nanti. Lalala

Semalam tgk tayangan perdana filem Sell Out. CIter ni kelakar giler. BEst giler. Tapi maybe slow skit lah. Yang penting, kita enjoy. Hehe… Citer jam 9 malam kat GSC Signature THe Gardens, tapi kul 3 petang dah pergi, sebab nak shopping mopping.. Seriously, i prefer shopping kat The Gardens berbanding Pavilion ataupun Star Hill. Kurang orang kot.

Nadzree, finalis Kacak Bergaya. Kalau baca Pacaindera Ahad baru ni, ada pic ni. Tapi dalam pic ni, wan fokus kat benda lain. syahz mustaza boleh teka?

nadzree, wan, adi luqman dan pyan

Semua adalah blogger. Nadzree ialah pakweku, Adi Luqman dari blog ADi Luqman, dan Pyan ialah Pyan Yang Amat Nakal.Kerusi kat GSC Signature ialah COUPLE seat: berdua2 tanpa penghalang kat tengah. Bila i ada Nad, Adi dan Pyan dalam keadaan macam ini, ianya adalah pilihan yang amat sukar! Hahaha. i mean, jarang jumpa dengan semua, i yang invite mereka, kan terasa lak tak duduk dengan mereka (i dont know why, tapi ramai yang suka dengan wan. peramah kot) ahhaha

Bila blogger berkumpul camni, semua kene jaga tatasusila. Kesilapaan ataupun tersasul, akan dicaption, diprint screen dan dipublish kat blog masing2. Nakal ya!

“Wah statement, siap ko, aku publish kat blog”
“OK ok. I tak citer kat orang lain, i tulis kat blog je nanti”

On da way balik smlm, singgah kat kopitiam. Order brownies dan makan2 … brownies tu sebagai emergency bday cake utk Adie Waridi, my event decarator..

adie waridi. bday boy. 29 tahun dah. tempat belakang dia tu ialah bday party punya tempat.

Aghrrrrrrrrrrhhhhhhhhhhhhhh i miss Pyan, miss Nad dan miss Adi.

Teater Mahsuri Istana Budaya

Tarikh: 23 April 2009
Lokasi: Putrajaya, Penjara Pudu & IStana Budaya
Peneman: Pyan Kemain

Lawatan bermula seawal jam 2 petang. Kami melawat orang – orang berikut:
1. YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan, tingkat 17, Menara KBS)
2. YB Dato’ Mohd Yasin Mohd Salleh (Ketua Setiausaha Sulit, Kementerian Belia dan Sukan, tingkat 15, Menara KBS)
3. YB Dato’ Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, tingkat 17, wisma Tani)
3. YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Dalam Negeri, tingkat 13, Wisma Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

Tak dapat jumpa semua pun. ada yang ke Jakarta.. SHopping kat Mangga Dua kot… Teman Najib kot. Heheh… kat WIsma Tani, ada expo pasal pertanian. Banyak gerai kasi test minum Air Cendawan, MAs Cotek dan sebagainya.. Ada nugget tempe, dapatkan sekilo untuk Ello (Ello memang sangat suka tempe, dia ikut petua Khir Toyo untuk maintain kulit cantik)

wisma tani, presint 4, putrajaya

Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Tingkat 2, Menara KBS. kenapakah mereka letak lukisan sebelah kiri tu? i rasa perlu letak satu bingkai je yg tgh2 tu, yg kiri tu tak perlu kot. Kelakar giler tgk, saper punya idea lah..

namaku terabadi dalam buku ini

Actually, ini first time ke Pejabat Menteri KPDN&HEP. Memang terkenal dengan Kementerian paling busy di Malaysia… Memang busy giler. Mak guard pun macam tanya banyak soalan. Then bila call bilik menteri, orang sana dah kenal i, terus Mak Guard bagi pass keselamatan.

Seriously, memang busy. Kalau masuk bilik Menteri kat Kementerian Belia dan Sukan dulu, takder la sesibuk sekarang, still boleh main ping pong dalam bilik menteri (dah nama kementerian sukan kan, kene la fit sentiasa, btw main ping pong guna Nintendo Wii & Projektor je.. Haha.. i’m joking anyway)… TApi kat Pejabat Menteri Dalam Negeri ni, orang ramai giler… Macam kedai pun ada gak.. Penuh orang kat kerusi.. Bising lak tu.. Cuba imagine Kementerian Kebudayaan ataupun Kementerian Hijau, sure takder orang… sunyi je bilik Menteri..

pyan kemain. kemain lagi smart nak jumpa menteri katanya.

Dari Putrajaya, kami ada teater Mahsuri kat Istana Budaya. Tapi teater start kul 8.30malam, still banyak masa. Tambahan kami sedang mengantuk.. Kalau dapat tidur, memang best giler… Guna highway Putrajaya – Kuala Lumpur, exit Bulatan Pandan. Plan asal nak gi office Haliza Misbun kat Desa Pandan, nak tidur situ. Tapi dia tgh shoting kat Penjara Pudu. So, kami ke Penjara Pudu lah.

pyan dan kak liza.

Drama ‘Bebasnya Aku’ yang tgh shot ni, akan ditayangkan di RTM nanti. Tergelak bila Pengarah kata: “Liz, lepas maghrib ni, kita gantung u”. maybe pic yang kami snap ni ialah gambar2 terakhir Haliza Misbun sebelum digantung (untuk cerita BEbasnya Aku, Haliza bunuh suami, so kene hukum gantung). Tapi motif la nak gantung lepas Maghrib pada Khamis Malam Jumaat kan, horror tau! Kitaorang prefer buat benda lain yang lagi best pada Khamis Malam Jumaat (i mean, baca Yasin..korang jangan fikir benda lain)

tak boleh amik gambar.

belakang itu ialah bilik gantung. love it!

wan, cik ayob dan kak liza.

Lepas je maghrib, kami ke Istana Budaya. Ramai betul blogger. Hahaha. Merasalah orang tgk i dtg dgn Pyan. Hahaha. Kalau Getah ada, sure dia makan hati punyalah..

teater mahsuri

Teater ni memang best. Walaupun kami dalam keadaan mengantuk, kami tetap bersekang mata untuk tengok teater ni setiap part tanpa perasaan nak tidur atau buat teater sendiri. Tapi penutup dia cam tergantung je. Kami nak tau apa terjadi kepada orang yang membuat fitnah, kami nak tahu tindakan Wan Darus bila tahu bini dia kene bunuh , kami nak tahu camner kesan sumpah mahsuri. Overall, best jugak lah… Thanks pyan sebab sudi teman i..

Kategori : Teater
Tarikh : 24 – 30 April 2009
Masa : 8.30 Malam

SINOPSIS
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan  dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.

Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.

********

Abih teater, kami pulang ke Shah Alam. Pyan stay kat rumah i. kami abihkan Khamis Malam Jumaat kami dengan….. ermmm ermm ermm.. borak2 sampai tertidur.. Lalalala…

pyan.. sebelum tidur.. gambar tgh tidur tak perlu publish ye.

exam french.

[disclaimer: kertas soalan peperiksaan biasanya dikelasifikasikan SULIT, dan perlu didowngradekan oleh ahli penal sebelum dikelasfikasikan sebagai BUKAN SULIT. Tapi bagi kertas soalan berkaitan bahasa, syarat ini mungkin tidak digunapakai memandangkan bentuk soalan adalah sama setiap kali peperiksaan, cuma watak, nilai dan jalan cerita yang diubah. Penyiaran soalan peperiksaan ini adalah sekadar untuk blog ini dan tidak menganggu perjalanan dan aturan peperiksaan]

Tarikh ujian: Minggu lepas
Subjek: French Language

Tiap kali exam, sure soalan student paling best ialah: “cik, takder markah extra ke?‘. Biasanya kalau pelajar lelaki yang boleh buat bergurau (baca: yang menarik), jawapan spontan ialah: “awak bagi extra service lah“… Biasa cakap kat student lelaki je, sebab kalau kat student perempuan, sure dah report kat dekan. Haha.  Of course la jawapan tu bergurau… kan tak pasal2 kluar video Lecturer Terlampau lak..

Biasanya, bagi lecturer yang membuat soalan, kebanyakkan akan menggunakan nama pelajar di dalam kelas sebagai watak di dalam kertas soalan. Maka, bila exam, pelajar akan senyum2 bila nampak nama mereka dalam kertas soalan. Walaupun tak faham, impact sangat besar, sebab boleh mengurangkan tekanan sebab tak tahu jawapan.

I know, kita perlu bezakan kehidupan di tempat kerja, dengan kehidupan peribadi, dengan kehidupan sosial kita. Kita tidak boleh campur. Namun, bila watak tidak cukup, maka kita memasukkan nama watak dalam kehidupan peribadi kita ke dalam soalan tempat kerja. btw, ada aku kisah?

Sambungkan dua bahagian ayat.
1. Je suis désolé, je ne peux pas venir. C’est dommage.
Saya minta maaf, saya tidak boleh datang. Ia rosak.
(muahahha.. c’est dommage = tant pis = camner nak translate ni)… susah nk translate french ke BM…

2. Israq a les yeux bleus comme l’océan
Israq ada mata biru seperti laut.
Tak caya? Ermmm, walaupun Israq orang Sabah Bukit (larikkk) yang kebiasaannya berkulit gelap dan hanya pandai menyumpit, dan cakap dengan loghat yang pekat. DIa berbeza. Israq berkulit sangat putih, tidak pandai menyumpit (tapi pandai menyedut… lalala) dan cakap dengan sangat sopan.

biru kan mata dia. jgn tenung. bahaya.

warna mata israq.

3. Khairul doit se reposer trois jours chez ses parents à Melaka.
Khairul dalam soalan ini ialah Ello. Ello ialah kepelatan sebutan Khairul.

4. Iskandar est absente à cause de la bronchite
Iskandar ialah Is. Soalan camni, dalam semua buku french Initial ke, Cafe Creme ke, sama je. typical belajar asas french.

5. Monsieur Noël est en vacances à la montagne
Noel sedang bercuti di gunung. Tgh conflict skit dgn Noel, mana ntah dia skrg.. miss him so much..

Hisham ialah Isham. Kawanku yang baik. Soalan di atas menyuruh kita menukar ke bahasa French. Jawapan yang diterima ialah “Hisham a téléphoné à Mak Engku il y a dix minutes“. Scandal dgn sugar mummy katanya..

Betul atau salah.
4. Ello et Syazwan sont arrivé.
arriver ialah antara verbe yang guna etre untuk past tense. Kalau verbe biasa, guna avoir kat past tense. Contohnya: Syazwan et Ello ont mangé (Syazwan dan Ello sudah makan). Mangé ialah past tense kepada word manger, dan tidak perlu accordé dengan subjek. Maksudnya, saya dah makan, dia dah makan, kami dah makan tetap mangé (j’ai mangé, il a mangé, nous avons mangé)

Tapi untuk verbe Arriver, ialah perlu accordé dengan subjek.
Tok Wan est arrivé (Tok Wan ialah subjek masculin, maka arrivé)
Nenek est arrivée (Nenek ialah subjek feminin, maka arrivée)
Tok Wan et Nenek sont arrivés (Tok Wan ialah subjek masculin, dan Nenek ialah subjek feminin, tapi jika prural, dia akan guna yang masculin walaupun ada 10 subjek feminin lagi)
Nenek et Mama sont arrivées (both subjek ialah feminin, maka guna arrivées)

Ada 16 verbes in French yang guna verbe Etre kat past tense (passé composé). Cara hafal 16 verbes itu, kalau nak guna mnemonic, ialah DR MRS VANDERTRAMP.
Devenir Revenir Monter Rester Sortir Venir Aller Naître Descendre Entrer Retourner Tomber Rentrer Arriver Mourir Partir
Devenir – berubah menjadi
revenir – kembali pulang
monter – naik ke atas
rester – rehat di situ
sortir – keluar ke luar
venir – datang ke sini
aller – pergi (sangat basic)
naitre – lahir
descendre – turun ke bawah
entrer – masuk ke dalam
retourner – pusing
tomber – jatuh ke bawah
rentrer – pulang
arriver – sampai
mourir – mati
partir – berlepas / pergi

Jadi, untuk soalan di atas, Ello et Syazwan sont arrivé adalah SALAH! RAmai yang jawab BETUL untuk soalan ini. Maka anda dapat X besar2. Hahaha. Pen merah, pen hijau, semua dapat X besar2… Hahahha

Jawapan sebenar ialah Ello et Syazwan sont arrivés. Sebabnya, kedua – dua subjek adalah masculin. Kalau korang buat Ello et Syazwan sont arrivées pun salah sebab arrivées hanya bila 2 subjek feminin… Korang jangan gedik2, Syazwan et Ello sont masculins… Hahahha.. wan jamin, kami memang subjek lelaki… I ada bukti, dah terbukti.. Hahahahhaha

Tapi ayat macam tak lengkap. Ello et Syazwan sont arrivés. Ello dan Syazwan telah tiba. Tapi tiba ke mana?

Ello et Syazwan sont arrivés où? (où = where)
A. chez Pak Li
B. chez eux
C.
à l’UiTM
D. au climax

Semua jawapan betul, termasuk D. It Is Written (hahha slumdog millionaire sgt)..

Korang rasa bahasa French susah? Lagi susah masa kami mengajar, korang tak faham english. Korang baca blog ni, korang kata susah nak faham french sebab diterangkan dalam bahasa Melayu. Korang ingat lecturer suka mengajar in Malay? Nak translate c’est dommage ke dalam Bahasa Melayu pun tak boleh! Tu pun korang bantah PPSMI lagi kan?

Ye la, kita ni, 100% tau cakap Melayu. Then tak nak guna English dalam PPSMI, then bila nak pandai english? Kesannya, kat lecturer French yang mengajar lah.. dah masuk uni, umur 20 tahun, tapi maksud Date of Birth pun tak tau.. ishhh tension…. Nak suruh ajar French in Malay, jadi cam blog ni lah… Nasib baik takder orang bantah ngajar French in English…

Kenapa tak guna slogan…”Hari ini batal ajar dalam bahasa Inggeris, esok markah naik”