business traveling part 1

Hi readers, apa khabar?

Hari ini kita berbicara pasal business traveling. No offense. Hanya bicara kosong. Dari seorang yang memang dalam business traveling secara bebas (freelance). Better freelance dari jadi Managing Director tapi gaji RM2000 sebulan sejak 20 tahun lepas. 

Dalam business, bila bermain dengan antarabangsa, kadar tukaran wang asing (foreign exchange = FOREX) adalah antara benda utama. Kadar tukaran wang asing adalah satu permainan yang sangat berbahaya. Anda akan untung atau rugi sekelip mata, risikonya sangat nyata seperti bermain tukaran saham (stock exchange).

Last few weeks, wan kene hantar duit sebanyak 8140USD ke satu bank di China untuk bayaran ground arrangement group ke VVIP seramai 10 orang ke Guangzhou. Kos yang perlu dihantar ialah 814USD seorang untuk 10 orang. (4D3N Guangzhou VVIP package, 10 bilik di 5 star hotel (single use, no sharing), buffet all-time, 5 private luxury cars with driver and 5 guides). Harga tidak termasuk tiket penerbangan pergi balik, cukai lapangan terbang dan tipping kepada guide dan driver.

Kebiasannya, kos untuk ground arrangement 4D3N Guangzhou adalah 310USD seorang. Ini adalah harga tidak termasuk tiket penerbangan, termasuk hotel 3 star twin-sharing, makan di restoran muslim, tour, guide, entrance fees dan pengangkutan. btw, harga 310USD ialah harga yang wan dah mark-up, manakala 814USD tadi ialah harga kos. Kalau wan reveal harga kos utk group biasa, alamaknya lepas ni takleh jual harga mark-up lah. Siti Nurhaliza yang kaya pun mintak diskaun dari I, kalau orang biasa, lagi lah kan. Tapi i tak kisah pun orang mintak diskaun, janji sama2 untung…

Business macam ni adalah benda senang. Katakan 10 orang dah beli tiket promo AirAsia ke Gougzhou dan hantar email kat wan untuk pakej Muslim, dan KATAKAN 310USD adalah harga kos, dan wan jual 370USD, dan mereka setuju, wan basically dapat untuk untung 60USD seorang, darab 10 orang, maka 600USD.

Katakan kadar tukaran ialah 1USD = RM3.7, maka keuntungan ialah RM2220. Ianya dipanggil keuntungan dalam email, tanpa perlu keluar dari rumah. Basically, kejadian macam ini akan terjadi setiap minggu. Lokasi berbeza, bilangan orang berbeza. BTW, 60USD ialah bukan kadar mark-up wan, kadang2 wan amik RM30 je seorang (kalau group student 60 orang skali jalan, dapat untung dlm RM1800 je), kadang – kadang wan amik RM300 seorang, kalau VIP yang bayar guna Letter of Order, maka mark-up dia MAYBE mencecah RM2k per person. 

Letter of Order (L.O = wan sebut Ello), adalah surat keramat. Ianya boleh dicagarkan di Pajak Gadai. L.O. ialah surat menyatakan persetujuan servis kita, dan bayaran hanya akan dijelaskan bila servis diselesaikan.

Macam group 10 VVIP ke Guangzhou tu, mereka guna Ello (L.O.), maksudnya, mereka akan travel dulu, bila balik (or maybe berbulan lagi), barulah cheque sampai kat Wan. Maka, wan terpaksa dahulukan duit sebanyak 8140USD (RM30118). Itulah kekurangan guna L.O, kita terpaksa dahulukan duit, mereka akan bayar, lambat cepat tu bergantung kepada kecerewetan dan kecekapan pegawai kanan gred 44 tu cari tandatangan setiausaha politik (kewangan) mereka. 

Kelebihannyer, jarang syarikat atau kompani di Malaysia yang sanggup terima L.O. macam wan buat. Ianya bukan benda best, terutama bila musim2 gawat cam skrg. Dahulukan RM30k, dalam 6 bulan lagi baru dapat balik. Sanggup? Bayangkan 20 orang trip Eropah, sorang RM8k, kene dahulukan RM160k. 

Disebabkan jarang yang sanggup terima L.O., maka orang yang sanggup terima L.O. boleh mark-up banyak2. I mean L.O., kalau Ello, ramai sanggup terima kot (maybe?). BTW, saper baca Remaja 15Mei, ada gambar Ello. Sajer i bgtau bila dah masuk Jun, biar korang tak leh tgk Ello. Tak leh share L.O ni.

Membongkar rahsia, 814USD per person di atas adalah kos. Bila L.O, harga yang wan tawarkan ialah 1800USD per person. 1600USD utk 4 hari, ibarat 450USD (RM1665) sehari untuk hotel 5* single room, private luxury car (share 2 orang), buffet all time, entrance fees, guide, driver…. Katakan hotel RM600 seorang, makan buffet RM40 skali makan (total RM80), guide RM200, sewa kereta Mercedes termasuk driver RM1300 sehari (RM650 seorang), entrace fee RM50, maka total up daily ialah RM1580, maka jual RM1665 adalah nampak normal. Wan tak kisah reveal harga ni, sebab harga wan tetap lagi murah dari agent lain, mahal wan je antara yang sanggup terima L.O. dengan harga macam tu. Lagipun, group yang pergi ialah GLC, maka biasa lah.

Ianya ialah servis, bukannya jual barang. Ingat cerita pembekal barang IKBN yang charge katakan RM800 utk satu calculator, RM200 untuk sebatang pensel dan RM300 utk satu buku nota, dimana kos sebenarnya kurang dari RM30?

Itu sudah over, tapi bila servis, ianya boleh diterima. Ibarat wan buat teks ucapan, my rate ialah RM1600/page, basically 3 pages untuk satu teks ucapan 20 minit, maka itu ialah my rate, saper nak, terpaksa terima, maka tiap minggu inilah kerja wan. Kalau rasa mahal, ada je yg buat RM600/page, mutu tak tau la lagi elok ke tak, ada yang buat RM3000/page, tak tau la lagi best ke tak.

Ibarat Mawi atau Siti menyanyi, RM20k untuk 3 lagu. Ianya adalah servis, bukannya Siti bekalkan 3 novel kepada anda pada harga RM20k, itu memang tidak boleh diterima.

Sebabnya, ramai orang boleh bekalkan 3 novel, tapi tiada boleh menyanyi seperti Siti.. Tiada orang boleh buat teks ucapan gaya wan, dan tiada orang sanggup beri servis travel (dan dahulukan duit), maka itu cara itu tidak salah kan?

Berbalik kepada 1800USD per person dalam invoice tadi, maka L.O yang wan terima ialah RM66150 (1800USD x 10 orang x RM3.675). Kadar yang digunakan ialah RM3.675 untuk 1USD.

Tapi duit USD dan MYR dikira berdasarkan ‘floating exchange rate’. Tidak tetap. Hari ini mungkin 1USD ialah 3.4875, esok maybe RM3.5047, lusa maybe RM3.4963. Maka, kalau transfer 8140USD, maka kos hari ini ialah RM28388.25, esok RM28528.25, lusa RM28459.88. Katakan hari ini malas pergi bank, dan esok wan transfer, wan rugi RM140. (just like that)

Tapi kadar tukaran dalam L.O tidak berubah. Maka nanti, wan akan terima RM66150, tolak kos RM28459.88, maka untung bersih nanti ialah RM37690.12. 

Wan charge 1800USD x 3.675 = RM6615
Wan bayar kat agent 814USD x 3.5047 = RM2852.82
Maka, untung bersih RM3762.18
Untung bersih itu bukan perkara utama wan nak share, duit tu bukan dapat lagi pun, mereka pun baru nak berlepas jap lagi, my point is, jika kadar kekal RM3.675, wan kene bayar RM29914.50, basically wan rugi (baca: kurang untung) RM1386.30 (ianya sangat banyak k!). Bayangkan tetiba duit tetiba jatuh RM3.80 untuk setiap 1USD, maka kos ialah RM30932.00

Di sini, beza 3093.20 dan RM2852.82 ialah RM240.38
Bayangkan 10 orang, RM2403.80 anda akan rugi. Ianya bukan rugi, sebab kita dah dapat untung RM37621.80. Tapi kalau rate RM3.80, maka kita akan hanya dapat RM35218.00… Kita bukan rugi RM2403, tapi kurang untung RM2403.

Well, itu L.O., kene la terima hakikat. dan hakikat ‘floating exchange rates’ dan bukannya ‘fixed exchange rates’. U see, saya share rahsia perniagaan dengan anda. Suka atau tidak, wan memang in love, eh…. in business. And i will share more later. Kalau korang suka lah. Business ni byk benda kene blajar, i pun baru umur 25 tahun.

Ramai rakyat Malaysia tak faham benda ni, sebab mereka jarang keluar negara (atau tidak berpeluang). Ibaratnya, pekerja Indonesia di Malaysia jauh lebih terror dalam teori tukaran wang asing bila menukar duit. Hari ini, RM330 dapat sejuta rupiah, dulu RM400 dapat sejuta rupiah. Kalau dulu, mereka kerja sebulan dapat RM1200, dan mereka hantar RM800 ke Indonesia, family di sana terima 2 juta rupiah, kalau mereka hantar RM800 hari ini, keluarga mereka dapat 2.424 juta rupiah. Keluarga dapat tambahan 420k rupiah sebulan!

Anda di Malaysia, tidak pernah risau kan? Naik turun USD, anda tetap terima gaji dalam RM. Gaji anda tetap RM3k sebulan. Tapi tidakkah anda terfikir, katakan anda beli CD original Windows XP pada harga RM430, ialah harga lama iaitu 115USD, tapi pada waktu sekarang, 115USD ialah RM402, kenapa harga CD tersebut tetap RM430 bukannya RM402?

Begitu juga bila kita beli MacbookAir. My latest MBA berharga RM8999. Kalau beli di website USD, harganya ialah 2499USD. Kadar tukaran skrg, 2499USD ialah RM8720. Kita bayar RM280 for nothing.

Tapi kalau bayar guna cash / bank transfer, harga pakej wan jauh lebih rendah dari harga travel agent. Kalau baca Mastika, kulit depan bahagian dalam, harga ke Uzbekistan ialah RM5785 (halfboard) dan pakej wan jual ialah RM5400 (fullboard)! Dan tarikh keberangkatan kami adalah sama: 02Jun. OMG OMG.

Bayangkan, group kami bertemu group itu, di Uzbekistan. Bila melayu nampak melayu kat luar negara, mereka akan tegur.
A: Dari Malaysia ke?
B: Ye, dari KL. Ikut company mana? Brp bayar?
A: ikut wenkt, bayaq RM5400. semua sekali lah. (i bwk group Taiping)
B: really? saya ikut ehem-ehem, bayar RM5785. halfboard.
A: ihiks. akaq jimat RM385 lah.

Dan bayangkan, kami naik flight sama, melawat tempat sama, tidur hotel sama, naik bas sama besar, dan makan group kami lebih mewah dari group mereka. Sentap tak?

Kebanyakkan customer wan, memang orang bijak. Yang dah survey semua tempat, last2 kembali kat wan sebab lagi murah. Nak jual mahal buat apa? wan kerja dari rumah, tak yah bayar sewa kedai, tak bayar gaji pekerja (semua pekerja adalah kawan2, mereka yang tolong isi borang visa, apply visa dan buat invoice resit bagai). Nak diskaun, wan bagi. Hehe

Saya pernah terfikir. Katakan 1USD ialah RM3.5774. Kita tukar 1USD, kita dapat RM3.55 (selepas rouding). Ke mana menghilang RM0.0274 setiap 1USD itu pergi? Kalau i kerja money changer or bank, i rasa i akan amik 0.0274 tu, kalau setiap hari orang tukar 10000USD, u dh dpt RM274 sehari.

beli kain dgn amir luqman

Tarikh: 27 May 2009
Lokasi: Jakel, Jalan TAR
Peneman: Amir Luqman

wan dalam Jakel

amir luqman. tgh pilih kain.

jumpa dgn Datuk Maznah, pengerusi Securiforce

kain yang kami amik!

Kain kat tingkat 4 Jakel ni harga lebih kurang RM400 hingga RM20000 semeter. Kami amik kain untuk sorang rakan artis (lalalala) yang buat konsert kat Istana Budaya pada 26, 27 dan 28 Jun nanti.

Kami amik kain yang berharga RM1600 semeter sebanyak 4 meter, then kain RM6800 dalam 2 meter. Meriah.. Jumpa Rizman Ruzaini dgn Nik Erwan skali. Ngee

Quick

1. Baru balik dari LCCT, amik Adi Luqman. Dia baru balik dari Denpasar. Dapat satu patung kucing Bali!
2. Baru jumpa Amir Luqman. Esok keluar dgn dia
3. Smlm invest RM25,000 utk 30 tahun 5* dgn ikan2. Sampai umur 55 tahun.
4. Happy bday mama. Wan sayang mama.
5. Target june: RM 18k profit. At least. Or lost some petites poissons.
6. Uzair.

Country Villas Resort Kajang

Copy paste dari blog abg Adie.

Dari Khamis 21/5 till Jumaat 22/5, aku berada di Country Villas Resort Kajang bersama teteman. Ini pun atas jemputan Wan@Wenkt..so Khamis petang kami iaitu Abg Wan, Wan, Adik Min(Adik Wan), Aiman (Adik Wan), Fzy dan Am bergerak ke sana…Wan dan Aiman nak keta yg berasingan sbb mereka nak ke Low Yat manakala yg lain semua naik keta Abg Wan…

Pas check in semua, kami ke rumah inap kami (hehehe) yang di panggil Gardenia 6…Konsep resort ni ala Mediterrian (sori kalau salah eja..malas nak check)…1st aktiviti mandi kolam..lama gak berendam …kecut la kulit2 nie..






Malamnya, dinner sate kat Sate Kajang Hj Samuri..mana lagikan..dah tu yg paling femes katanya..byk gak yg order sate ayam,dagung,kambing,perut, arnab…kenyang..gulppp…thanks Wan..





pic gaya pyan Kemain~~

The next morning, berenang lagi sebelum check out…Aku follow Wan & adik2 dia..Memula hantar Aiman kat Sg Besi then terus ke KLIA..lunch kat Taste of Asia..flight Wan ker Kota Bharu jam 3.40pm…aku bawa keta Wan balik ke Shah ALam..so selama dia berada kat Kota Bharu, aku di amanahkan jaga keta , umah dan jga anak2 kucing dia (bukan anak2 ikan dia k..hehehe)…

Penant sungguh rasanya..dah la drive sorang2 dari KLIA ke Shah ALam ngan cuaca yg panas banget..sampai Shah ALam terus g temankan hmate aku makan kat Cili Merah Sec9…
Copy paste dari blog abg Adie.