bidan terjun

Semalam hari Isnin, plan malamnya nak kluar dgn Aziya, pergi rumah Sarah untuk beli mesin penapis air Bio Aura. Tetapi ptg tu dapat urgent call supaya meeting tgh2 malam. So, pergi amik Bio Aura, RM2080 set baru!! kemudian pegi meeting kt Kepong sampai kul 2 pagi.

Ditugaskan untuk turut serta dgn meeting bersama Datuk Zain, Datuk Yaakub dan lebih 40 pegawai atasan di tingkat 11, Menara Park, (menara KUB.com)…. Ada kereta askar no plat Z8. Smart siot! Semua pakai baju tentera siap bintang2, paku2, wan selamba je…

Ianya adalah kerja last minute. TEnsion gak la. sebab kul 6.30 pagi driver dan tunggu bawah rumah sebab meeting start kul 9 kat area KLCC. Driver tanya nak ikut jalan mana? I suruh dia masuk NKVE dari Bukit Raja sampai Duta, then masuk DUKE sampai Ampang, sebelum masuk AKLEH ke KLCC. Puas hati aku… TAk jem.. Ada ke driver nak cadang lalu Federal Highway time orang nk masuk opis… Biar rugi minyak dan tol, bukan sampai 50 pun kan. Daripada rugi masa sejam bagai.. Hahaha

BTW, my current rate as liaison de la langue francaise ialah RM250 sejam atau RM1000 sehari. pengiraan bermula dari i keluar rumah. hehe im joking, bermula dari start meeting or program lah.. Well, still below market rate… biar lah, janji aku buat seribu sari, ko mampu?

Abih meeting, bermulanya cerita menarik… I tau my fren kt Colmar dulu kerja kat Megan Avenue, terus sms, kalau dia boleh keluar, i nk blanje lunch.. Then dia pepandai reka alasan, terus kami keluar.. jalan kaki je dari Megan Avenue ke KLCC walaupun driver offer nak antar.. Motif betul.. dekat sgt je kot? Siap nak offer guards.. jgn risau, takder orang nak rogol i tgh2 hari buta, kat area KLCC lak tu.. kalau mlm lain citer lah.

masa bjalan, i call Darul. Normally dia terperap kat rumah di Sepang, tapi tetiba dia cakap dia kat KLCC. Suruh dia turun ke Coach, then jumpa dia. Hahaha.. So, kami bertiga bebudak Lille: Wenkt, ABuza dgn Darul.. borak2 sambil lepak kat Secret Recipe (guna duit entertainment, korang cepat2 la byr cukai, senang i claim nanti) .. Plan nk gi Dome tapi tak mengidam nk makan potatos dia lak…

darul dan abuza

LAst jumpa Darul kat France pada Jun 2007, abuza pun lebih kurang last. Tapi last 2 weeks jmp abuza kat Concorde Shah Alam, sempat jumpa 5 min sambil tukar2 no phone je… Sadly, abuza dah kahwin…

Lama gak lepak, then masing2 ada kerja masing2, wan pgi jmp Kimmy lak. Hehhee.. Sronok giler lama xjmp kan! Tapi skjp gk sbb dia kne masuk kje balik..Abih jmp2 ni, balik Shah Alam. Sebab semalam meeting sampai kul 2 pagi, kemudian kul 6.30 dah kluar rumah, maka sepanjang balik ke Shah Alam, wan tidur je dalam kereta. Driver tanya nak lalu jalan mana, wan kta tak kisah, janji i nk tdo.. Hehhaa i just tsedar skjp2, kuatkan aircond, slowkan aircond je hehe.. tau tau dah sampai.. mandi,check email, cam biasa, berpuluh request travel, then bagi staff i makan (kt restaurant city lol), then tidur.. janji dgn Nawie utk dinner kat Tanjung Harapan kul 6, tp tukar kul 7. Tapi tak tidur lena sebab risau kat staff, kan tak cukup makan..

Kul 7 kluar, dua orang dinner seafood RM73.60.. nawie swap card dia… actually sejak awal Ogos dia nak blanje, tapi tak sempat2… bulan puasa pun tak sempat, skrg baru sempat. Plan asal nk makan kat Halia kat KL Convec Centre, tapi bila wan suggest tanjung harapan,terus dia nk.. dh 3 tahun dia tak pergi..then pegi makan lagi steamboat tepi pantai tu.. lagi sedap. haha balik rumah, drive 40kmj je. ngantuk doe. penat giler … tapi tadi wan beli tiket air asia, away jap tgh2 oktober nih.. Heheh..

2-10Oct ni saya sangat busy. jadi BIG boss kat KL Convention Centre, diorang offer MO or Impiana, just amik as tempat mandi dan salin baju je la.. kne balik Shah Alam gak tgkkan kucing2 kesayanganku… Hehe

Saya sangat gembira hari ini kerana:

1/ Kami berjaya dalam tawaran untuk menyediakan 40 kereta sepanjang event. 20 waja, 20 perdana dan 40 pemandu.
2/ Saya dilantik sebagai liaison de francais. walaupun rate below market, tapi bbrp hari gk kot. tapi LO biasa la, tunggu kucing i bertanduk, dpt la payment.
3/ Saya jumpa Abuza, Kimmy, Darul.. 3 kawan kat Lille, France dulu
4/ Kluar candle light dinner kat Tanjung harapan dgn Nawie..
5/ call my donut for 15minutes. miss his voice lor!!
6/ saya rindu awak =)

janji kita.. happy!

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!!. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!!. Happy!!

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama.. yeyeh..
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!!. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!!. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!!. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!!. Happy!!

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!!. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati
Janji kita!!. Happy!!

*************

BAgi wan: wan cukup happy dgn kehidupan sekarang. Pendapatan lebih dari keperluan. Dan ramai kawan.

Wan tak anggap seks sebagai keperluan utama.. Wan perlukan kawan untuk menemani ku sepanjang masa, tak kisah kawan tersebut tersilih ganti, sebab wan ramai kawan… Dan wan perlukan duit untuk hidup. Dan bila kita hanya perlukan sedikit sahaja dari pendapatan, maka kita akan jadi lebih happy…

Trust me, we need sex tp itu bukan priority. Just ada duit, dan ada kawan. Kita akan happy..

Apabila takbir raya diharamkan di Pulau Pinang

Hari ini 23 September 2009 merupakan hari ulang tahun penubuhan Pas untuk kali ke 58 tahun.

Pada hari ini 23 September 1951 Persatuan Ulama Malaya daripada Umno telah keluar dan menubuhkan parti Pas. Bantahan Dato’ On Jaafar dan Saadun Zubir tetap tinggal bantahan. Tunku tetap meneruskan kerjasama dengan Mca. Ini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan orang Melayu di luar Umno , yang melihat Umno akan ditelan oleh Mca. Disamping itu perpecahan yang semakin jelas dalam masyarakat Melayu. Sejak Dato’ Onn meninggalkan Umno, perpaduan orang Melayu mulai retak. Malah dengan krisis ini juga menyebabkan penubuhan Pas berlaku pada tarikh hari ini. Orang Melayu telah terbahagi kepada tiga kumpulan. Ini tidak termasuk golongan aristokrat Melayu seperti Menteri Besar dan raj-raja Melayu. Ini benar-benar melemahkan orang Melayu; dan memberi peluang kepada Mca dan Cina memilih Umno yang sanggup berkompromi dengan mereka.

Maka sejak itu bermulakan perkataan Umno Kapir , Tunku Abd Rahman Kapir dan sehingga ke hari ini Umno telah dikapirkan oleh Pas. Tetapi Tuhan maka kaya. Hari ini mereka mengkapirkan diri mereka sendiri dengan bersekutu dengan Dap.

Malam Hari Raya lalu , satu berita menyedihkan telah diterima dari Permatang Pauh di masjid Sungai Rambai. Polis telah mengarahkan supaya masjid berhentikan takbir raya kerana melebihi jam 12 tengah malam. Ini juga pertama kali dalam sejarah negara yang berlaku di Pulau Pinang.

Ingat lah bahawa kaum Cina membakar mercun pada hari tahun baru dan cap goh meh bermula jam 12 malam. tetapi tiada siapa pun yang mengarahkan mereka berhenti daripada membuat bising malam-malam. kerana orang Melayu faham budaya mereka. Nik Aziz juga faham akan kelemahan orang cina, sebab tu Nik Aziz tak marah bila Dap menghina Islam.

Dahulu di Kinrara. mereka mengarahkan supaya azan tidak dilaungkan dengan pembesar suara. Ingatlah bahawa sebelum merdeka. Kaum lain telah bersetuju dengan jsu soli yang mana mereka hendaklah memahami adat, agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu sebagai syarat untuk menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu yang kini di sebut Malaysia setelah Singapore, Sarawak dan Borneo Utara merdeka dengan menyertai Malaya.

Melayu mudah lupa. Melayu semakin layu. Melayu sdg kuyu. Kalau Melayu masih tak sedar maka nasi akan menjadi bubur pastu nangislah dgn air mata darah sekali pun sudah pasti tiada lagi kuasa politik Melayu. Ibarat Singapura yang dikuasai kaum lain. Ibarat Pulau Pinang juga. Yang paling baik Melayu bangun sekarang tolak PKR, tolak PAS bersatu dalam UMNO. Hanya satu jalan itu saja ada utk selamatkan kuasa politik Melayu.

KPI Menteri tidak lepas. Then?

Najib pernah mengumumkan bahawa beliau telah menyarankan satu sistem KPI digunakan untuk menilai prestasi Menteri, Timbalan Menteri dan semua ketua – ketua dalam setiap kementerian. KPI akan dikaji setiap 6 bulan dan laporan KPI disediakan oleh Datuk Idris Jala, Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Dan selepas raya ini dan juga selepas PRK Bagan Pinang, cukuplah 6 bulan pertama pemerintahan Datuk Seri Najib. Mencadangkan kerajaan yang telus, maka akan terjadi rombakan kabinet secara kecilan (atau besaran) nanti. Portfolio KPI Menteri yang tidak lepas, secara automatik akan ditukar dengan muka baru, atau muka lama yang dijangka lebih berkesan.

Secara rambang, saya sejujurnya tidak nampak langsung pembaharuan yang dilakukan oleh Kementerian yang diketuai oleh Menteri yang berbangsa Cina. Bukan rasict, tetapi saya sejujurnya tidak dapat merasai KPI mereka akan lepas. Selain Tan Sri Koh Tsu Koon, pemimpin berbangsa Cina lain rasanya gagal mencapai KPI masing – masing. Malah, mereka tidak mengejar KPI rasamya, semuanya lebih menghabiskan budget kementerian kepada semua kontraktor kaum mereka sendiri.

Pernah dengar mana – mana company Melayu yang mendapat projek dari Kementerian yang diketuai oleh orang Cina? Contohnya Kementerian Pengangkutan (Datuk Ong Tee Keat), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Datuk Chin Fah Kui), Kementerian Pelancongan (Datuk Ng Yen Yen), Kementerian Kesihatan (Datuk Liow Tiong Lai), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Kong Cho Ha).

Project printing Kementerian Pelancongan semuanya bukan dibuat oleh orang Melayu sekarang ini. Well, benda lain pun sama. Mereka tidak akan memberi peluang kepada orang Melayu. hanya kepada mereka walaupun apa parti mereka sokong. Pernah terfikir kenapa bila orang DAP yang jatuh bangunan itu mati dan meninggalkan anak luar nikah dalam kandungan, maka MCA yang menyokong supaya anak luar nikah itu didaftarkan sebagai anak yang sah kepada si mati?

Rasanya tidak ada perkembangan langsung. Tiada projek untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia kecuali perasmian kempen MegaSale yang dibuat di Pavilion. Tiada tindakan drastik untuk memastikan H1N1 tidak merebak. Tiada tindakan untuk membaiki sistem pengangkutan awam di Malaysia, komuter hanya datang 1 dalam 2 jadual, waktu tidak tepat, sentiasa lewat, terbatal sesuka hati, train berpatah balik dan lain – lain. Kenapa keadaan di Puduraya perlu ditinjau oleh Datuk Seri Najib bersama Datuk Seri Nazri dan bukannya Menteri Pengangkutan?

Anda kenal siapa Datuk Liew Vui Keong? siapa Datuk Chor Chee Heung? Datuk Wee Ka Siong? kenal siapa Datuk Lee Chee Leong? Datin Paduka Chew Mei Fun? Datuk Tan Lian Hoe? Wee Jeck Seng? Datuk Hou Kok Chung? Senator Hang Seai Kie? Datuk Lau Hoi Chew? Cuba baca balik, dari 10 orang ini, cuba senaraikan berapa orang anda kenal, berapa orang pernah berjasa dan berapa orang pernah buat perubahan di Malaysia (selain membesarkan rumah dan membanyakkan kereta masing masing)

Mereka adalah timbalan – timbalan menteri di Malaysia. Tapi kenapa mereka tidak setaraf dgn Datuk Awang Adek, Datuk Razali mahupun (Datuk) Ahmad Maslan?

Ntahla. Demi menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan melihat UMNO jatuh, maka kita sebagai orang Melayu yang tinggal di Tanah Melayu sanggup melihat orang berbangsa lain menjadi ketua kita. Demi UMNO jatuh, kita sanggup arak dijual secara terbuka di Shah Alam dan rumah urut baru wujud betul2 di hadapan Pak Li Shah Alam yang majoriti 95% orang Melayu. Sama terjadi di Perak dahulu, sedarkan Melayu bahawa hanya pegang 6 kerusi PAS, ada 7 kerusi PKR, 18 kerusi DAP dan 28 kerusi BN. Kalau PAS dan BN bersatu, maka Perak dikuasai oleh Melayu. Kerana PAS bersatu dengan PKR dan DAP, maka 18 ADUN DAP yang berbangsa Cina lebih berkuasa. Kesannya, ada tanah yang diberikan kepada Cina selama 999 tahun, dan orang Melayu akhirnya berbaring di atas jalan raya sahaja.

Kenapa kita mengatakan UMNO mengamalkan rasuah dan dalam masa yang sama, Dr Rodziah mengelapkan RM375 ribu peruntukan DUN, tapi mereka masih senyap? Dalam masa yang sama duit negeri Selangor telah berada di tahap kritikal sehingga terpaksa mengeluarkan cadangan untuk menggunakan duit zakat orang Islam Selangor untuk pentadbiran negeri? Apa pembangunan yang dijalankan di Selangor selain kelulusan membina kuil? Katanya nak tutup kilang arak bila PAS berkuasa, tapi dibenarkan terus beroperasi. Malah membenarkan arak dijual secara berleluasa di Shah Alam.

null

Kenapa PAS memejam sebelah mata malah Wanita PAS menangis memeluk Elizabeth walaupun terbukti dia melalukan zina? Cuba imagine ADUN dari UMNO ataupun BN?

Juga, kenapa bila ex-MEnteri Kesihatan kita yang berbangsa Cina terkantoi, maka Pakatan Rakyat bersemangat mengatakan BN tidak bermoral? Tapi bila ahli DAP jatuh bangunan dan terbukti pernah bermain sehingga mengandung, tapi tiada tindakan serupa disuarakan? Bila Elizabeth Wong kembali, maka Wanita PAS datang memeluk sambil menangis dan membiarkan dia ke pentas PAS bertudung?

Saya menyokong apa yang bakal Datuk Seri Najib buat untuk mengukuhkan lagi pentadbiran Malaysia. KPI dan rombakan sebegini akan menjadi motivasi untuk menaikkan lagi semangat kerja dan menjadi teladan kepada semua menteri.

Namun, di mana ketuanan Melayu?

p/s: Dulu, saya pernah setuju dengan agenda PAS namun tahu mereka tidak akan berjaya memajukan negeri ataupun negara. Skrg, agenda mereka sudah rosak demi membenarkan DAP bersatu dengan mereka. Maka, saya lagi hilang kepercayaan.