14 Dec

Di atas ialah print screen SMS yang saya terima dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Ianya satu SMS yang jujur dan memberi penjelasan yang jelas di atas ketidakhadiran beliau di Parlimen pada malam 14 Dec lepas.

Saya kenal beliau, saya tahu mana nak jumpa beliau paling senang. Anda pun tahu. Beliau seorang yang down-to-earth, yang menoreh getah dan tidur bersama di rumah kampung penduduk di Manek Urai dulu.

Mungkin ramai yang tidak sedar tentang kejadian yang melanda Dewan Rakyat pada 14Dec lepas. Secara ringkasnya, selepas kemeterian terakhir membentangkan bajet 2010, salah seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat mencadangkan undian setiap ahli parlimen dibuat. Pusingan pertama telah menyaksikan 61Ahli Parlimen menyokong dan 60 Ahli Parlimen membantah. Ianya berlaku pada jam 10.30 malam.

Kemudian Ahli Parlimen dikerah ke Parlimen untuk pengundian seterusnya. DS Najib bergegas dari majlis, ahli parlimen yang baru turun flight terus ke Parlimen, yang dalam perjalanan ke Pahang patah balik ke KL dan lain – lain. Undian ketiga menyaksikan 66 menyokong dan 63 membantah.

Belanjawan diluluskan dengan majoriti 3 undi.

Jika bilangan membantah lebih tinggi, ini bermakna kerajaan sekarang tidak dipercayai dan belanjawan dibekukan sehingga dikaji semula. Ini bakal mengakibatkan kerosakan ekonomi yang sangat teruk di Malaysia. Ramai pihak menyalahkan ahli parlimen masing masing yang tidak datang menyebabkan BN menang tipis dan PR kalah tipis.

Saya tidak akan salahkan ahli parlimen yang tidak hadir. Saya pernah berada di Parlimen sehari suntuk, ianya sangat sangat sangat sangat sangat memenatkan. Dan boring *yes Dato Sri, bosan giler tau menunggu u kat parlimen. Ianya ibarat kita masuk kerja pagi, duduk di kerusi sampai petang. Walaupun ianya sekadar tiga kali bersidang setahun. Mendengar ayat orang keras kepala yang tidak boleh dibentuk. Mendengar soalan bodoh pembangkang dan jawapan bodoh kerajaan. Kemudian sahut menyahut, kemudian “ahli yang berhormat, sila duduk, hormati dewan yang mulia”

Bayangkan kita sebagai wakil sesebuah kawasan Perlimen, terpaksa memikirkan masalah rakyat, tugas di kementerian yang berlambak, puluhan orang menunggu untuk berjumpa kita, satu benda selesai, 10 benda baru datang. sukan SEA di Laos lagi, dan banyak kerja lain. Kamu sebagai orang biasa pun kadang kadang ada 3 jemputan satu malam, apatah lagi Ahli Parlimen. Dan apa motif Menteri Pelancongan mendengar pembentangan Menteri Pelajaran? Misalnya, malah belanjawan sudah dibentangkan, hitam putih sudah diedarkan, nilai duit sudah difahamkan, sudah diluluskan.

Bayangkan kamu Menteri Belia dan Sukan. Hal sukan kena diskus pasal masalah bola, masalah badminton, masalah stadium, masalah sukan baru, masalah gaji jurulatih… Hal belia pulak kene fikir masalah shuffle, remaja ubah suai kenderaan, effect harga barang untuk remaja, pembangunan belia, penyelidikan belia, masalah remaja songsang, masalah tempat rekriasi tidak sesuai. dan sebagainya, belum selesai masalah shuffle, masuk pulak jabbawockeez. Kamu tahu Jabbawockeez? Naik giler aku kene kerah untuk fikir Jabbawockeez ni. nak tahu jabbawockeez, pergi search google or youtube! Merana dah aku dgn benda ni.

Dan paling saya terkilan, kenapa Kementerian terakhir tidak menanguhkan pembentangan? Ataupun kenapa Yang Dipertua dewan tidak menanguhkan pengundian. Bukankah beliau sedar jika pembangkang menang, maka beliau hilang kerusi Yang Dipertua? Speaker mempunyai kuasa bukan?

Berikut adalah SMS antara Wan (box hijau) dan Datuk Ahmad Maslan (box kelabu) selepas beberapa hari kejadian tersebut. SMS ini lebih awal dari SMS di atas. Ianya lebih kepada perbualan biasa, mungkin tidak sesuai dikongsi tetapi saya mahu kamu sedar!

Nampaknya, DSAI sekali lagi gagal dalam percaturannya ke Putrajaya. Dulu pembangkang kata, kalau menang PRU ke 12, nak lelong Putrajaya kerana itu projek raksasa yang membazir, sekarang ni pakat tanam semangat nak ke sana pula.

Mungkin PAS fikir Putrajaya lebih dekat dengan Sepang, tempat mereka buat ladang khinzir moden dan baru. Dekat nak tengok hasil katanya. Ianya adalah projek Mega kerajaan Selangor iaitu membina pusat ternakan khinzir terbesar di Asia. Ibarat kata Teresa Kok: One Stop Center. Ianya akan membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk daerah Sepang. Antaranya pencuci najis Khinzir, menyembelih, melapah kulit, penghantaran Khinzir dan sebagainya.

Sehingga ke saat ini aku masih tertanya-tanya, di manakah PAS ketika isu ini hangat diperkatakan. Bukankah dulunya dalam ceramah-ceramahnya, PAS dengan lantangnya membicarakan kejijikan Khinzir dikalangan masyarakat ISLAM di MALAYSIA. Penternakan babi di Bukit Pelandok telah menjadi isu penting pada setiap ceramah bagi memberitahu rakyat bahawa kerajaan BN menjalankan bisnis khinzir. Tapi kini setiap ungkapan yang dikeluarkan oleh PAS menyetujui pembinaan “one stop center” ini. Inikah PAS yang selama ini mempertahankan perjuangan tetapi layu dek desakan Pakatan Rakyat (DAP). Siapalah PAS di mata DAP. PAS tak ubah seperti langau yang cuba melambatkan proses “MALAYSIAN MALAYSIA”. DAP bukanlah lawan dan kawan PAS , yang sentiasa dinafikan hak mereka.

MAsih ada lagikan Perjuangan Islam di dalam PAS?

DAP pertikai hak keistemewaan orang melayu, PAS kata ok.
DAP pertikai kerajaan BN banyak bina masjid, PAS diam.
DAP jual tanah wakaf di Pulau Pinang, PAS diam.
DAP suruh Azan di perlahankan, PAS senyap.
DAP tak bagi bantuan untuk sekolah agama di pulau pinang, PAS tak kata apa.
DAP gunakan PAS untuk minta kerajaan BN hapuskan BTN, PAS kata “Hamba yang menurut perintah tuan”
DAP suruh PAS baring atas jalan (kes perak) PAS ikut.
DAP suruh PAS maki sultan. PAS buat.
DAP suruh baca ayat quran yang tak wujud, PAS kata “tak ayat quran tu wujud” (surah aura)
DAP minta duit zakat di beri kepada orang kafir, PAS kata “ok”

AKu bosan dgn cintamu.

akim, 2dec, pullman putrajaya.

Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri

Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Korus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanya lah bibir berkata yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka

Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta

Ulang Korus

Letih hatiku diserang pilu
Letih hatiku teringat janjimu, oooh caramu
Akan ku teruskan hidupku, oh tanpamu

Ulang Korus

Oooooo…..