Cu Chi Tunnel, Vietnam Muslim Tour, Day 2

turun je dari hotel, penjual jalanan menyerbu kami

Lawatan hari kedua ialah ke Cu Chi Tunnel (dibaca Ku Ci Tunnel). Terletak di War Memorial Park di daerah Cu Chi, 100km dari Ho Chi Minh. Cu Chi Tunnel merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 120 km. Ianya terletak di antara 1 hingga 40 meter di bawah tanah.

gambaran cu chi tunnel

Cu Chi Tunnel yang terletak di bawah tanah, lengkap dengan bilik rehat, bilik mesyuarat, bilik memasak, hospital dan stor. SEmuanya di bawah tanah. Mereka menanam buluh yang tembus ke tanah dan terowong dan mempunyai dwi-fungsi: sebagai lubang untuk bernafas, dan lubang untuk menembak musuh.

remy di lubang masuk ke terowong

Lubang masuk ke terowong sangat kecik dan tidak logik boleh masuk. Haha… Lubang ini ditutup oleh daun daun kering, kene sapu daun baru nampak lubang nak masuk. Lepas tu nampak kecik je, tapi ramai boleh masuk. Wan siap buat lawak nak turun, tapi for sure tak muat :(

mendengar penerangan dan sejarah Cu Chi Tunnel

salah satu lubang masuk cu chi tunnel yang telah ditutup

syahmi dan prof faudziah

Kawasan Cu Chi Tunnel
- Sejarah dan tayangan video Cu Chi Tunnel
- Masuk ke terowong, ada sejauh 30meter, point masuk dan point keluar berlainan (sangat sempit dan panas, terpaksa merangkak) – ramai tak masuk pun
-  Kawasan patung2 dan kereta kebal.
- kawasan menembak.. boleh beli peluru dan tembak di lapang sasar.
- kawasan demostrasi memasak kuih tradisional, ubat kuat, dan popia.
- Melawat kawasan dapur mereka, dan mereka hidangkan ubi bakar dan teh (itulah makanan mereka masa perang kot?)

patung pose macho.

membuat paper rice (macam kulit popia)

ubat kuat.. dalam itu ialah ular, kala jengking…

contoh jerangkap di Cu CHi Tunnel. kalau dia tutup, nampak macam tanah biasa je

makan ibu kayu + minum teh

Selepas lawatan ke Cu Chi Tunnel, kami kembali ke bandar Saigon / Ho Chi Minh. Kemudian lunch di Halal Restaurant, kami menuju ke War Memorial.

Ianya adalah museum perang yang  boleh menyebabkan kita menangis. Semasa zaman perang 1970-an, tentera Amerika menjatuhkan asap beracun dari pesawat yang dipanggil Agent Orange. Asap beracun ini menyebabkan kita terus rosak kulit dan sakit.

wan dan pijon di depan museum

syahmi.. ini my fav pic sepanjang lawatan.

pijon tgh deal dengan adik ni. haha.. lama giler dia melayan

Selepas itu, shopping di Ben Thanh Market. Bayangkan, seluas luas market yang terletak berhampiran hotel, masih belum puas kami round dari semalam. Banyak benda dari kain ela, kain baju, hiasan rumah, makanan ringan dan berat, alat permainan, lukisan dan sebagainya boleh didapati dari sini.

Kami diberi masa selama 3 jam untuk shopping, kemudian transfer ke restoran muslim untuk makan malam sebelum pulang ke hotel.

penjaja di tepi jalan

Basically, jadual hari kedua adalah seperti berikut:

HO CHI MINH CITY / CU CHI / HO CHI MINH CITY (Breakfast / Halal Lunch / Halal Dinner included)
After breakfast, a one and half hour drive takes you to Cu Chi where human knowledge has been enriched by experiencing an web-like tunnels system of more than 200km in length which used to be the shelters of guerrillas during the war against American troops .Return to Ho Chi Minh for lunch. After halal lunch at Saigon halal restaurant, visit to the Mosque for paying then visit the famous lacquer ware factory and the handicraft center. Then shopping at Ben Thanh market. A sumptuous dinner awaits you at halal restaurant.

4D3N Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam Muslim Tour, Day 1

Date: 24-27 Jun 2010
Total: 37 pax
Group: Jabatan Optometri UPM
Package Name: 4D3N Ho Chi Minh / Cu Chi Tunnel / Delta Mekong Muslim Tour
Rate: RM580 per person excluding flight / tipping.

Group ke Ho Chi Minh seramai 35 orang dari Jabatan Optometri UPM, dan wan serta syahmi…  Total semua 37 orang. Kami berjumpa di KLIA-LCCT dan flight ke Ho Chi Minh / Saigon pada waktu petang (lupa kul brp, sebab perginya 2 bulan lepas, updatenya 2 bulan selepas balik).

inilah Ho Chi Minh. BAndar penuh dgn motor.. ada lebih 4 juta motor.

Cerita dia macam ni, Hafizun (Pijon) ditugaskan untuk cari agent yang boleh atur lawatan ke Ho Chi Minh, tiket mereka pakat beli sendiri. Pijon ialah kawan kepada Ruzaimi ‘Dik Mie’ dan Syahmi Azri. Dik Mie baru balik dari Ho Chi Minh masa bday dia, so kalau ajak dia pun, dia takkan ikut, kot. So wan ajak Syahmi (boleh tak alasan camni?). Lagipun mereka berdua yang promote wan kepada Pijon.

Apapun, flight selama 2 jam 30 min kebosanan. Sampai kat airport sana, guide dah tunggu. Lama gak dia tunggu, sebab kami ada masalah masa imegresen. Dalam group kami, ada 4 orang dari tetamu UPM dari Afrika Selatan, amik masa untuk settlekan mereka. TErus naik bas, pergi makan, dan check – in hotel.

Hari pertama berjalan lancar, kecuali masa makan, kami request air teh yang agak mahal. Nasib baik Pijon belanja. Hehe hotel pun not bad. 3 star hotel, nama hotel ialah Lan Lan 2 Hotel. Siap ada komputer dan internet free kat bawah.

Hotel terletak kurang 300 meter dari pasar Ben Thanh MArket, ialah pasar basah dan kering paling besar di Ho Chi Minh (buka 7 pagi – 6 ptg). dan di sekeliling pasar, ialah bazar / pasar untuk malam hari (dari kul 4 ptg – 11 malam). So, dari check-in sampai ke tengah malam, kami pusing bazar.

inilah bilik wan dan syahmi (sengaja amik bilik double dan bukan twin). matilarrr

Basically, itinerary hari pertama yang wan boleh aturkan ialah
- berlepas dari KLIA / LCCT
- tiba di SGN airport, jumpa guide.
- kalau flight pagi, akan atur lunch, check in hotel, city tour dan dinner di restoran halal
- kalau flight petang, akan atur dinner, then check-in hotel (city tour di hari lain)

Harga pakej ke Ho Chi Minh (Saigon) KLIK SINI (harga in USD / negotiable)

ini group wan satu lagi yang 22-25 June seramai 40 orang

Santau, Jin & Sihir.

Mungkin ramai tertanya, kenapa wan jarang update blog. Wan pun tak faham, kenapa jadi malas nak update blog, padahal banyak cerita boleh dikongsi dan ditulis.

Wan jadi terlalu malas nak tulis blog, sampaikan, dan bukak dashboard wordpress, dan klik add new post, tapi stop kat situ. Terasa ada kerja lain perlu dibereskan: facebook, farmville, tgk tv, dan lain – lain. Terasa ada kerja lain perlu dibuat selain update blog!

Dan ‘kemalasan’ ini terjawab 3 hari lepas. Wan menemani seorang kawan berjumpa seorang ustaz untuk rawatan resdung. Dan ustaz tersebut sangat peramah. Masa kawan tgh buat rawatan dgn pekerja ustaz tu, dia ajak wan berbual. Dan dia suruh wan cerita pasal diri wan sebab dia kata ada tak kene dengan diri wan. Kemudian wan cerita, seluruh badan jadi mengeletar dan berpeluh. Dada jadi sakit, belakang badan jadi sakit, padahal kami masa tu tengah lepak, bukan tengah buat kerja berat.

Lepas tu ustaz bacakan satu doa yang menyebabkan wan muntah darah. Sedikit darah keluar. Wan tak lihat sgt sebab mata pedih. Kemudian ustaz ambil checklist dia dan suruh wan checkkan mana yang berkaitan.

Antara yang tepat ialah wan batuk2 berterusan tanpa sebab klinikal. Sebenarnya benda ni dah lama, tiap kali wan ke luar negara, contohnya Uzbekistan, Indonesia, Thailand, malah Vietnam, di mana semua negara tersebut lagi kotor (dan berdebu) berbanding Malaysia, tapi wan akan sihat bila berada di luar negara. Bila balik ke Malaysia, wan jadi batuk balik, dan sentiasa batuk. UStaz jelaskan yang santau yang dihantar kepada wan tu, dia punya keberkesanan hanya semasa wan di Malaysia, santau tu tak boleh ikut sampai ke luar negara. (Maksudnya: saya kene pindah duduk luar negara ke apa?)

Kemudian, tanda yang lain yang ustaz jelaskan ialah wan jadi cepat sayang yang mendalam dengan orang yang baru dikenali… Trust me, wan jumpa orang baru, tak kisah la cantik ke buruk, hensem ke tak ensem, wan jadi sayang kat orang tu… Ustaz sendiri yang cakap benda ni..

Then, antara tanda – tanda lain yang wujud kat diri wan

Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas. – mmg lepas asar, jadi malas walaupun plan nak jogging.
Badan terasa berat dan malas.
Badan terasa bisa-bisa/gatal. – dah banyak kali jumpa doktor, doktor kata sbb kurang minum air, tapi wan minum byk kot.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa. - pernah terjadi beberapa kali
Bermimpi jatuh dari tempat tinggi. – ehem ehem
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. – ni terjadi masa rawatan, sangat jelas dan mencuakkan!
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. – yg ni normal, selalu terjadi.
Malas beribadat.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran. - yes, masa ustaz tu baca ayat sedikit pun, wan sendawa kemudian muntah darah
Mengantuk bila dengar al-quran. – rasa tak selesa bila dgr al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal. – yg ini paling jelas…
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. – yup, i am
Selalu melihat kelibat dirumah. – pernah terjadi… tapi rumah telah didindingkan
Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
Timbul rasa takut tanpa sebab. - yup
Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
doa elak sihir dan pukau.

Ustaz kata, kesan yang terjadi kepada wan ialah, wan jadi malas untuk update website, untuk update blog. Bayangkan, santau dan sihir, juga jin, boleh mempengaruhi benda yang berkaitan dengan teknologi baru.

Secara jujurnya, wan menjalankan perniagaan melalui internet, wan dapat client dari blog, dari website, dari email.. dan cara untuk dapatkan client sepatutnya ialah dengan mengupdate blog, buat promotion di website lain, di website ads yang lain, di forum dan juga melalui email. Tapi wan jadi malas.

Paling teruk, malas reply email. Bayangkan, quotation semua dah ada dalam komputer, tapi wan jadi malas nak reply dan bagi harga kat client!

Bayangkan, wan ke Vietnam 24-27June lepas, tapi tak update blog pasal Ho Chi Minh tour. Wan ke SIngapore last week, tapi tak update pasal Singapore. PAdahal selama ni, balik je dari melancong, terus update blog… ye la, blog ni pasal traveling..

Kemudian ustaz terangkan siapa yang hantarkan sihir, santau atau jin ni kepada wan. Yupp…. nama sama seperti yang bermain di fikiran wan sepanjang rawatan tu… bos lama. Ehemmm… Nasib baik ustaz tu sanggup tolong wan. Kos rawatan pun seikhlas hati.

Ustaz bukak sebotol air mineral, dan extra virgin olive oil, dan bacakan ruqyah 2 sessi… Sessi pertama, badan wan jadi amat sejuk. Dari berpeluh, jadi amat sejuk. Masa sessi kedua, terasa ada benda bergerak di bawah kulit wan, dan benda ni menurun hingga ke kaki. Wan pakai seluar jean masa tu, tapi dapat rasa dengan jelas.

Cuak tak? HEhe dont worry lah! Ustaz dah beri air jampi untuk diminum, dan as you see, wan update blog! Haha.. juga, sentiasa amalkan baca ayat 3 Qul…

Wan skrg tgh melawan benda ni. Paksa diri update blog, try update blog setiap hari. atau 3 kali seminggu sekurang – kurangnya. Lepas raya kita sambut rawatan. TAk pun, masa kat Kelantan cuti raya nanti, cari bomoh dan ustaz kat Kelantan lak..

But dont worry, wan takkan pulangkan santau dan sihir kepada orang yang hantar kat wan tu..

Keep in touch~