Cu Chi Tunnel, Vietnam Muslim Tour, Day 2

turun je dari hotel, penjual jalanan menyerbu kami

Lawatan hari kedua ialah ke Cu Chi Tunnel (dibaca Ku Ci Tunnel). Terletak di War Memorial Park di daerah Cu Chi, 100km dari Ho Chi Minh. Cu Chi Tunnel merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 120 km. Ianya terletak di antara 1 hingga 40 meter di bawah tanah.

gambaran cu chi tunnel

Cu Chi Tunnel yang terletak di bawah tanah, lengkap dengan bilik rehat, bilik mesyuarat, bilik memasak, hospital dan stor. SEmuanya di bawah tanah. Mereka menanam buluh yang tembus ke tanah dan terowong dan mempunyai dwi-fungsi: sebagai lubang untuk bernafas, dan lubang untuk menembak musuh.

remy di lubang masuk ke terowong

Lubang masuk ke terowong sangat kecik dan tidak logik boleh masuk. Haha… Lubang ini ditutup oleh daun daun kering, kene sapu daun baru nampak lubang nak masuk. Lepas tu nampak kecik je, tapi ramai boleh masuk. Wan siap buat lawak nak turun, tapi for sure tak muat :(

mendengar penerangan dan sejarah Cu Chi Tunnel

salah satu lubang masuk cu chi tunnel yang telah ditutup

syahmi dan prof faudziah

Kawasan Cu Chi Tunnel
- Sejarah dan tayangan video Cu Chi Tunnel
- Masuk ke terowong, ada sejauh 30meter, point masuk dan point keluar berlainan (sangat sempit dan panas, terpaksa merangkak) – ramai tak masuk pun
-  Kawasan patung2 dan kereta kebal.
- kawasan menembak.. boleh beli peluru dan tembak di lapang sasar.
- kawasan demostrasi memasak kuih tradisional, ubat kuat, dan popia.
- Melawat kawasan dapur mereka, dan mereka hidangkan ubi bakar dan teh (itulah makanan mereka masa perang kot?)

patung pose macho.

membuat paper rice (macam kulit popia)

ubat kuat.. dalam itu ialah ular, kala jengking…

contoh jerangkap di Cu CHi Tunnel. kalau dia tutup, nampak macam tanah biasa je

makan ibu kayu + minum teh

Selepas lawatan ke Cu Chi Tunnel, kami kembali ke bandar Saigon / Ho Chi Minh. Kemudian lunch di Halal Restaurant, kami menuju ke War Memorial.

Ianya adalah museum perang yang  boleh menyebabkan kita menangis. Semasa zaman perang 1970-an, tentera Amerika menjatuhkan asap beracun dari pesawat yang dipanggil Agent Orange. Asap beracun ini menyebabkan kita terus rosak kulit dan sakit.

wan dan pijon di depan museum

syahmi.. ini my fav pic sepanjang lawatan.

pijon tgh deal dengan adik ni. haha.. lama giler dia melayan

Selepas itu, shopping di Ben Thanh Market. Bayangkan, seluas luas market yang terletak berhampiran hotel, masih belum puas kami round dari semalam. Banyak benda dari kain ela, kain baju, hiasan rumah, makanan ringan dan berat, alat permainan, lukisan dan sebagainya boleh didapati dari sini.

Kami diberi masa selama 3 jam untuk shopping, kemudian transfer ke restoran muslim untuk makan malam sebelum pulang ke hotel.

penjaja di tepi jalan

Basically, jadual hari kedua adalah seperti berikut:

HO CHI MINH CITY / CU CHI / HO CHI MINH CITY (Breakfast / Halal Lunch / Halal Dinner included)
After breakfast, a one and half hour drive takes you to Cu Chi where human knowledge has been enriched by experiencing an web-like tunnels system of more than 200km in length which used to be the shelters of guerrillas during the war against American troops .Return to Ho Chi Minh for lunch. After halal lunch at Saigon halal restaurant, visit to the Mosque for paying then visit the famous lacquer ware factory and the handicraft center. Then shopping at Ben Thanh market. A sumptuous dinner awaits you at halal restaurant.

Viewed 1000 times by 494 viewers

2 Comments

  • At 2010.11.18 08:34, hezry said:

    wan, yang masuk lubang dalam terowong tu ko muat tak ?

    • At 2010.11.18 18:49, Wenkt said:

      Aku tgk dh sesak nafas
      Baik duduk tepi tu minum teh madu

    (Required)
    (Required, will not be published)


    eight − = 1