January 1st 2010 06:29 am
5 HARI 4 MALAM PAKEJ WARNI WARNI KOREA
Seoul + Pulau Nami + Lotte World
HARI 01 KUALA LUMPUR – SEOUL (MT, MM)
Setiba di Lapangan Terbang Inceon, Seoul, anda akan disambut oleh wakil kami disana selaku pemandu pelancong tempatan. Seterusnya dibawa ke Istana Kyongbok, Museum National dan Rumah Biru Presiden. Kemudian daftar masuk hotel dan bermalam. Makan tengahari dan malam direstoran tempatan (halal).
HARI 02 SEOUL (SP, MT, MM)
Sarapan pagi dihotel. Hari ini lawatan ke Pulau Nami, aktiviti seperti Pelayaran Tasik dan bersiar – siar di sekeliling pulau dengan barisan pokok – pokok sepanjang jalan. Pulau ini juga tempat pengambaraan drama yang terkenal iaitu “Winter Sonata”. Kembali ke Seoul dan melawat Muzium Peringatan Perang, Masjid Antarabangsa Seoul dan bergembira di Taman Tema Lotte World dengan 5 tiket percuma. Makan tengahari (Japanese Seafood – grilled fish) dan malam direstoran tempatan (halal).
HARI 03 SEOUL (SP, MT, MM)
Selepas sarapan pagi, anda dibawa melawat ke Jalan Kebudayaan Insadong dan Perkampungan Tradisional Korean Namsangol. Seterusnya membeli – belah di Pasar Dongdaemun. Makan tengahari dan malam direstoran tempatan (halal).
HARI 04 SEOUL (SP, MT, MM)
Sarapan pagi dihotel. Lawatan dimula dengan Stadium Piala Dunia 2002, Kedai Ginseng Kebangsaan, Kilang Batu Amethyst dan membeli – belah di Pasar Namdaemun & Jalan Fesyen Myeong – dong. Makan tengahari dan malam direstoran tempatan (halal).
HARI 05 SEOUL – KUALA LUMPUR (SP)
Setelah sarapan, aktiviti bebas sehingga daftar keluar dan dibawa ke Lapangan Terbang Seoul. Daftar masuk untuk penerbangan balik. Lawatan anda di Seoul, Korea tamat disini dengan seribu kenangan manis.
HARGA PAKEJ DARI: DALAM RINGGIT MALAYSIA
SAH SEHINGGA MAR 2010
| TIDAK KURANG DARI 10 ORANG DEWASA | ||||
| HOTEL | SEORANG SEBILIK | BERDUA SEBILIK | KANAK2 BERKATIL | KANAK2
TANPA KATIL |
| 4**** | 4850.00 | 4570.00 | 3330.00 | 3580.00 |
SAH SEHINGGA MAR 2010
| TIDAK KURANG DARI 15 ORANG DEWASA | ||||
| HOTEL | SEORANG SEBILIK | BERDUA SEBILIK | KANAK2 BERKATIL | KANAK2
TANPA KATIL |
| 4**** | 4070.00 | 3450.00 | 2820.00 | 2990.00 |
Cadangan hotel penginapan
4**** : Co-op, Yoido atau setarafnya
HARGA PAKEJ TERMASUK:
R Tiket penerbangan pergi / balik kelas ekonomi (harga berkumpulan)
R Cukai lapangan terbang keseluruhan (pergi – balik)
R Penginapan selama 04 malam di hotel pilihan
R 04 Sarapan Pagi
R 03 Makan Tengahari / 04 Makan Malam – HALAL
R 01 Makanan Laut Japun (Japanese Seafood – fish grilled)
R Pengangkutan dan lawatan seperti aturcara
R Pemandu pelancong tempatan (berbahasa English /Melayu / Indonesia)
R ‘Tipping’ bagi pemandu pelancong dan pemandu
R Perkhidmatan Ketua Rombongan dari Syarikat Pelancongan
R Percuma Beg Galas Tepi.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
r Perbelanjaan peribadi seperti bil telefon, dobi dan lain-lain
r Sebarang perkhidmat yang tidak termasuk/tertera di pakej
r Minuman tambahan /ringan semasa makan pagi/tgh/malam
r Bayaran ‘Porter’ atau ‘Bell Boy’ di lapanganterbang/hotel
JADUAL PENERBANGAN
20 JAN 2010 MH 066 KUALA LUMPUR – SEOUL 2330 – 0710*1 *NEXT DAY ARRIVAL
25 JAN 2010 MH 067 SEOUL – KUALA LUMPUR 1100 – 1635
Viewed 524 times by 328 viewers
No Comments yet »


