July 14th 2009 01:48 am

Kitty dah keluar wad

ADik dah keluar dari wad. Dua hari pertama kene kuarantin, kemudian buat operation buang nanah, kemudian jahit balik. Dah ok, after one week, keluar wad. Total kos operation + ubat + ward ialah RM220. Nasib baik rezeki i melimpah sejak akhir – akhir ni, dan anak ikan pun ramai makin menghilang. Dah tua kot, takder mood nk berpelesiran dah. actually, i dont mind berbelanja selagi perbelanjaan bulanan ialah bawah 25% dari jumlah pendapatan bersih bulanan. tapi most of the time, bila i buat budget awal2 bulan, lebihan budget i akan transfer ke bank lain, then akan ada unexpected costs macam yg terjadi kat atas ni lah.

Tour leader utk akhir bulan ni dah ada, now tgh kalut atur tour leader untuk group Disember lak. Merasalah kawan – kawan pakat buat passport nanti. Saper dah ada passport, get ready kene hantar ke luar Malaysia selama beberapa hari secara percuma + elaun.

Lusa (16 July), i akan reveal pasal apa benda baru berkaitan dengan AirAsia tu yg akan dirasmikan di hotel di KL pada 15 Julai. Saper dapat teka sebelum next entry dapat hadiah RM100. Sila tinggal komen.

ini ialah bunga dan card “Get Well Soon” yang diterima sejak adik masuk wad. rasa macam memorial MJ lak. Full story kat sini.

ni my new office / bilik tidur. Serabut kan?

Bilik i memang macam tu. Tak lah nak kutuk kata bersepah ke, berserabut ke, semua benda i baling je atas meja besar tu. Meja tu kayu solid dan berat, so tak kisah isi apa atas tu. Apa yang nampak dalam gambar di atas ialah spray bau kucing, Eau thermale Avene, fail – fail (biasa la kan?), kalkulator (juga biasa la kan?), MiSedap (biasa kot? hahaha), cermin muka, salotape yang tak tau bila guna, kertas2, tisu kotak (guna kalau selsema.. ihiks)…Kalau angkat fail2 dan celah2 kertas tu, banyak duit tau. Duit sringgit, lima dan spuluh memang ada je celah2 tu. Kalau rm50 susah kot sbb normally i pungut balik. I mmg cam tu, tiap kali balik rumah je, campak semua yang ada dalam poket atas meja tu, on aircond dan tidur bawah tu.

Jangan risau, i boleh stay kat situ dari kul 9 pagi hingga 3 pagi next day (buat kerja) tanpa perlu bergerak kecuali ke tandas dan minum kat dapur. taip2 guna laptop sambil tengok movie kat screen LCD, then print kat situ gak, then fax kat sebelah tu. Tak yah bangun pun. kalau orang nak invoice, create jap, then print & fax. Kalau orang buat payment pun, check online je. Senang je kerja i. Tak perlu bangun pagi, tak perlu mandi pagi, tak perlu berkejar, tak perlu kesesakan lalu lintas, tak perlu jeles dgn rakan sekerja, tak perlu cari alasan untuk bos and so on… Krim2 muka, eau thermale, perfume, tisu pun semua ada kat tepi tu gak. Kalau lapar call 1300 13 1300, 1300 88 2525 ataupun 1300 888 333. Juga tak yah bangun. Pemalas nak mampus kan? Kalau ngantuk, baring je sebelah tu ada tilam + bantal dan selimut. Direct bawah aircond. Best giler. Seharian dalam bilik pun takpe, duit masuk empat angka gak sehari kan?

citer paling best: Apa Yang Penting? Banyak benda i belajar dari citer ni. Walaupun jalan cerita cam sama je, tapi idea dan pemikiran penyelesaian masalah setiap episod adalah berlainan.

kluar makan dgn Aguz. First time dia ke Pak Li. I pun tak faham kenapa orang suka tgk i tiap kali i ke pak li?

Kenapa i rasa macam i keluar dgn Ello? Ntah. Gaya dan personaliti lebih kurang sama kot. Yang penting berkawan kan?

p/S: pernah tak masa korang kat office, korang rasa penat dan rasa nak tidur kat tilam je? Tapi of course korang tak leh buat sebab still waktu kerja dan bos ada. Me too, wan selalu rasa penat cam tu, tapi wan terus baring je. I dont care.

Viewed 376 times by 227 viewers

9 Comments »

9 Comments

  • At 2009.07.14 11:13, Helmi said:

    hurm, i try gak enlargekan gambar2 workstation u, tapi tak dapat nampak benda tegak kaler merah yg ada kat sebelah lcd monitor tu. Pepper sprinkler, or something. haha. :P

    • At 2009.07.14 11:44, wenkt said:

      mhahhahahha
      u jgn pegang2 benda tu
      ramai dah pegang.

      bahaya.

    • At 2009.07.14 13:19, rizz said:

      bnyknye munge hehe comei jek aguz tu ahhak

      • At 2009.07.15 13:23, wenkt said:

        aguz dah berpunya
        tapi smlm mmg first time dia ke pakli
        so i ajak dia ke sana
        lepak2 dan makan2 lah

      • At 2009.07.14 16:33, ima said:

        betul ke kalau jawab pasal AirAsia tu dapat hadiah?
        jawab kang kena gelak free aje ngan readers kat sini :P

        jawapannya ialah: ada kat billboard highway NKVE dari exit Setia Alam ke arah Shah Alam.

        betul jawapannya, kan kan kan? :p

        • At 2009.07.15 13:33, wenkt said:

          salah

          next!

          hahaha

        • At 2009.07.14 20:39, attyfir said:

          banyaknya dpt bunga…nak satu!!!

          • At 2009.07.15 09:23, ayu the sun said:

            ayat last tu…
            haih..

            sangat jeles!

            • At 2009.07.22 20:45, khairie said:

              ayok2! mane boleh macam tu..
              it’s not good for health la wan,
              kena exercise jugak OK!! hehehe :p

              (Required)
              (Required, will not be published)

              « | »