December 15th 2008 01:43 am
ai d’beijing part 1
Beijing Day 1 (10 Dec 2008)
Sekali lagi, Wan ditugaskan untuk membawa satu group seramai 29 orang ke Beijing. Beijing sangat best, kerana barangan di Beijing lebih murah berbanding di Malaysia, lagipun wan membawa hati yang lara akibat UiTM cuti (tarak ada kawan di Shah Alam). Agak bosan sebenarnya kembali ke tempat sama, tapi demi sesuap nasi, ku gagahi jua. Sudah nasib badan, kalau tak Beijing, sure kene bawak group ke Europe.
Ermm, lupakan luahan hati itu, yang penting, ku ingin kongsikan pengalamanku di Beijing ya. Kali ini, durasinya ialah 5 hari 4 malam termasuk 1 malam di ski resort, termasuk 1 hari ski. Kepingin ku bermain ski, tapi enggak mau main, bikin sejuk badan aja.
Guidenya di Beijing orang Indonesia, bisa cakap Melayu pelat Indonesia. Pak supirnya orang tempatan, orang China. Ngak bisa bicara bahasa Melayu, tapi bisa bikin bahasa isyarat, ibarat ayam serama bicara sama itik serati gitu.
Bertolak dari Shah Alam jam 9.30malam. Setengah jam lepas tu dah sampai di KLIA. Flight jam 12.30 tengah malam, pada 10 Disember. Aturkan check-in untuk satu group, kemudian pergi tukar duit kat Bureau de Change.

sampai di KLIA, isi beg dalam troli.
Dalam flight, tak makan sangat. Plan asal nak tidur je, sebab bertolak pukul 12.30 tengah malam dan sampai jam 6.30 pagi, ianya sangat menarik untuk tidur. Tapi tak mengantuk. Request movie on-demand, pilih citer I’m not SIngle. Sajer je layan citer Melayu, tapi lepas abih tu, bukan setakat nak baling portable monitor tu, rasa macam nak terjun dari pesawat skali! Memang la masa tu tak buat apa2, tapi wan rasa better duduk termenung sambil buat yoga daripada layan citer I’m Not Single tu. (teringat Ello layan citer Selamat Pagi Cinta kat Midvalley hari dia ilang phone dulu). Semuanya hampeh, setaraf filem keluaran pengarah Penang yang tidak boleh ditegur itu (ala, yg buat filem Otai tu). AFter that layan Malays Hit, kluar lak lagu Hello oleh Farah Asyikin tu. Hahaha, wan suka part dia sebut hello hello hello tu je, lirik dia wan tak suka langsung. Cam lirik orang putus cinta je..
Hampeh. Rela terjun kat Vietnam. Hahahha
Selain Haagen Dazs, snack on request pun dah berubah -> semakin kecik. Ni Idris Jalal punya langkah penjimatan la ni. Muhahaha. Tapi bekas di tetap lawa. Then untuk supper, merasalah makan sandwich salmon yang kering tapi dalam bekas yang lawa.

Bekas lawa, sandwich kering. Makan je la, saper suruh request. Hehehe.
Sampai di Beijing, kemudian jumpa guide. Nama dia Ah Hua (bapak Indon, mak Chinese). Salju turun dengan lebatnya hari ini. Ramai yang gembira bermain salju. Wan dah biasa dengan salju, terus naik ke bas. Hehe
Destinasi pertama ialah Lunch. Heheh. Then ke Summer Palace. Tapi pada waktu winter sebegini, ialah lebih kepada Winter Palace. Beku!
Summer Palace ialah imperial garden terbesar di China. Dibina oleh emperor Qing pada tahun 1751, dan ditawan oleh tentera Perancis dan British pada tahun 1860 (jahat kan tentera British).

Summer Palace yang membeku. Salju turun masa kami berjalan. Sejuk dan berangin. Perghh kalau la ada orang yang boleh dipeluk…
Actually, pada zaman dahulu, bila musim panas, maharaja akan berpindah ke Summer Palace. Dan tasik ini adalah tasik buatan, dan bukit itupun ialah bukit buatan. Tapi since 1751, tak dengar pulak ada landslide kat sini.
(Al-fatihah kepada mangsa landslide di Bukit Antarabangsa. APapun, bersyukur ianya terjadi pada musim cuti sekolah, di mana kebanyakkan keluarga sedang bercuti di luar negara. Bayangkan kalau ianya terjadi bukan di musim cuti sekolah, pada jam 4 pagi).

Don’t step on the ice. Itu ialah papan tanda amaran yang sedang dipasang.
Selepas SUmmer Palace, ialah lawatan ke Fresh Water Pearl Center. Di dalam tasik di Summer Palace tu, mereka pelihara tiram (osyter), dan dalam satu Osyter tu, ada lebih dari 20 mutiara. Dalam masa 4 tahun, tiram air tawar ini akan matang dan boleh amik untuk kosmetik dan juga perhiasan. (teringat novel The Pearl masa matrikulasi dulu, skrg novel sama ataupun dah ubah erk?).

ini ialah tiram air tawar

ini ialah pembuka tiram
Lepas tu, kami dinner di restoran, seterusnya ke hotel. LUnch dan dinner di Beijing adalah di restoran yang halal, dan lauk dihidangkan satu persatu. Puratanya terdapat 8 lauk yang akan dihidangkan. Dan ianya amat menyelerakan.

bilikku.
Double room for single use. Biasa la untuk tour leader. Memang akan diberi bilik macam ni. Senang nak guling – guling, tapi berseorangan la. Hehe
*************************************************
Beijing Day 2 (11 Dec 2008)
Beijing hari kedua
Bermula dengan lawatan ke Jade center. Untuk lawatan ke Beijing, terdapat tujuh tempat membeli belah yang wajib dilawati (7 compulsary shopping stop). Ianya adalah:
1/ Fresh Water Pearl Center
2/ Jade shop
3/ Crystal shop
4/ Burning cream center
5/ Chinese Traditional Medicine Center (Foot massage)
6/ Silk Store
7/ Tea House
Di setiap tempat sebegini, tetamu akan diberi taklimat ringkas oleh pekerja di sini (ramai yang boleh berbahasa Melayu). Contohnya, sejarah jade, bagaimana jade ditemui, diproses dan dikategorikan. Juga bagaimana menentukan jade asli dan tidak asli. Kalau di silk store, kita diterangkan bagaimana terhasilnya sutera, dari ulat sutera yang kecil, berada dalam kepompong selama 5 minggu, kerja hari – hari hanya makan dan tidur (best giler kan jadi ulat sutera ini), seterusnya mengeluarkan sutera. Juga sutera asli, bila dibakar, berbau seperti bau rambut kita bila dibakar, dan sutera perlu dicuci dengan air sejuk dan shampoo rambut.
Untuk tour leader, akan dapat komisyen di setiap tempat ini, bila ahli dalam group membeli belah. Sebab itu pakej yang wan jual, pakej untuk orang Melayu jauh lebih murah berbanding pakej untuk orang Cina, sebab buying power orang Melayu lebih tinggi.
BAngun pagi, breakfast di lantai kedua, kemudian jalan2 di pasar pagi. Susah untuk komunikasi, hanya tunjuk kalkulator sahaja untuk komunikasi. Hehe.

kacang pecan. Di China, timbangan ialah setengah kilo. BUkan sekilo, kacang pecan ni harganya 35RMB setengah kilo

cendawan. Malaysian suka cendawan cam ni, yang kering, beli borong.

Kuaci, kacang dan biji labu putih. 5.50RMB utk 500gram.

Kakak ni still berniaga di sini! Haha. Dulu masa datang Jun lepas, kakak ni pun ada gak kat depan hotel kami. hahaha
OK. Kembali kepada lawatan. Lawatan pagi hari kedua dimulakan dengan lawatan ke jade center. Mengikut feng shui, kuda melambangkan kekuatan, bunga kubis melambangkan lingkaran wang, kucing melambai bermaksud memanggil wang dan sebagainya. Jadi, membeli jade mengikut tema adalah satu teori yang menarik.
Oh ya, masa kat Jade center ni, wan ala-ala nampak seseorang yang ‘macam-pernah-tengok’ dari group travel agent lain. Selamba pergi tegur, orang Batu Pahat. Rupanya student UiTM Shah Alam, amik law, part 2 nak masuk part 3. Patut la macam pernah nampak, bila tunjuk pic Ello, dia kenal Ello (ello pre-law UiTM, btw, after pre-law, wan maybe suruh Ello tukar course lain). For sure pernah nampak kat Pak Li Kopitiam kan. Nanti abih cuti UiTM nanti, kitaorang jumpa kat Pak Li Kopitiam lah. Haha

Izat dan wan. dalam Jade center. depan kami itu ialah Jade sayur kubis. 4800RMB. Kira – kira RM2600 (harga untuk pelancong ya, kalau wan beli atas nama tour leader, harganya lagi murah)

Izat. Berkenalan di Beijing katanya. Cool kan. (padahal banyak je orang yg aku tegur kt beijing, tapi mention dia je. hahahha)
Lepas Jade center, kami ke Crystal center lak. Crystal pun banyak jenis gak. Pink atau purple untuk percintaan, putih untuk kesucian dan kuning untuk wealth dan duit. Whatever lah, wan biarkan mereka shopping dan tunggu duit komisyen je. Muahhaha.
Skali lagi jumpa Izat dan family dia kat sini. Wan tolong bargain cincin yang mak Izat pilih. Merasalah harga tour leader yang orang lain tak dapat. Terus rapat dengan mak Izat (suka buat speku kan).

Crystal. Teringin nak beli crystal tikus ni (sempena tahun kelahiran) tapi tak beli gak. Hehe
Lepas crystal shop, ialah masa untuk Lunch. Di restoran ini, terdapat tempat untuk solat. Senang untuk group muslim kan. Di sini, restoran terletak di tingkat 3, dan di tingkat 1 ialah puluhan kedai – kedai.

our lunch. 9 lauk. Erk 6 sayur. Hahahah

tempayan yang dijual di tingkat 1

price tag. Hehe. RM54 = 100RMB. Lebih kurang RM1.27juta. Plan asal nak beli, tapi tak tau nak bawak balik macam mana.
Lawatan seterusnya ialah tempat paling pelik di China. Kalau di Paris, pelancong suka melawat besi buruk yang menjadi objek paling banyak diambil gambar di dunia, dan ke Beijing, pelancong suka melawat tembok batu buruk ni.
Ihiks. Tembok Besar China ialah sepanjang 6000km. Bayangkan: penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing ialah 6jam dengan kelajuan 1000km/j, maka itulah jarak tembok Besar China. Jauh kot.

Aizat, Wan dan Izat. Jumpa lagi di Tembok China. Ihiks.
Lepas tembok Besar China, kami ke Chinese Traditional Medicine Center. Buat Foot Massage. Masa tu mereka akan iklan produk mereka. Bile dia test tangan wan, dia cakap “makan tak teratur, tidur tak teratur, lepas ni kurangkan pergi Pak Li Kopitiam jam 2 pagi sambil makan Lemon Chicken Rice”. Rupanya dia pembaca blog ni gak. Haha, takder la, pandai pandai je tambah cerita, tapi yang makan tak teratur dan tidur tak teratur tu, wan tak leh nafikan lah. Hahahah

baca la sendiri. Hehe

Pakcik ni berasal dari Kelantan. Umur 77 tahun tapi masih gagah.
Then lawatan ke Silk Center. Pernah pergi dulu, sekadar tengok je la. Hehehe.

Diberi peluang untuk menarik sutera sendiri. Dan akan koyak as usual.
Seterusnya, bertolak ke Ski resort dan check in di Days Inn Rose Valley resort. Masuk je kat bilik, dapat bilik twin for single use. Waaa, nak double bed, tak nak twin bed. Kalau stay lama, wan akan rapatkan, tapi sebab 1 malam je, guna satu katil sudah lah. eheh
Viewed 999 times by 492 viewers
10 Comments »



wah..katil hotel itu amat enak sekali untuk bergelimpangan berdua mahupun bertiga..ngee
and snekkbox on MH for 6hr flight? huahuahua
lorr xde pic kat airport beijing (PEK) yg besar bagak tu ke?
hahha
katil cam tu, muat dua orang je :p
snekkbox yg boleh request. biasa la. dulu kacang je. larikkk
MAS still guna airport lama, langkah penjimatan idris jalal la ni
[...] The Suite Life: Luxury Travel Blog from Perfect Escapes wrote an interesting post today onHere’s a quick excerpt [...]
Wah Beijing. Though is like `this ` *gesturing with my fingers..
close with Tokyo, I never been there. Sure it was a hell lots of fun yeah??
Btw, check out my fashion blog.
http://thefashionandrogynous.blogspot.com/
Kiss;
ERman.
puaka.. ai dah balikkkkk
snow kah di sana? im goin there this sunday~ any tips?
[...] pembaca blog ini, sure korang teringat kat Izat kan? Dia ialah yang wan jumpa kat Beijing 3 minggu lepas. Dah serap untuk masuk group wan gak. [...]
huhuhu amazing………
Hi ! u ada buat ground pakej tak ? coz i dah ada flight ticket. Going 26/3/2010 till 31/03/2010.
ada!
brp orang?
skrg harga 270usd per pax (2-5orang)
email tiket ke info@wenkt.com
nanti wan reply dgn diskaun!
thanks