March 6th 2007 07:18 pm
akademi fantasia 5!
Dulu AirAsiaX kata nak jual tiket start bulan February, skrg ni dah bulan Mac, tak jual jual gak.. Tak per laa.. Kita tunggu je la.. yg kesiannya, ada yg tertanya tanya lepas baca blog ini semalam.. Alahai Sajer jer nak gertak. hehe
Oh ya, 16 – 18 Mac ni ada MATTA FAir kat PWTC. Info dia cam ni:
Do come & Join Us: Wenkt Travel Planner @ MATTA FAIR – March 2007
Date : 16 – 18 Mar 2007
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)
Booth & Hall : BTT / WTP
So, saper yg free pada 16 atau/dan 17 atau/dan 18 tu, boleh la bgtau wan.. sbb wan ada kerja untuk anda! Contact Wan dengan klik kat sini..
Bersedialah untuk gegeran AF5 yang akan bermula pada 12, 13 dan konsert pertama pada minggu seterusnya..

tahniah kepada Roslan Aziz yang dipilih menjadi Pengetua Akademi Fantasi. Apa pun, pengumuman yg official akan kluar dalam masa beberapa hari lagi lah kan?
Fail sulit AF pun dah abih… tadi episod ke 18… Sian Kak Mah Gali tu… Erk, tapi kan, wan suka Aznil berbanding Kak Mah Gali.. wan rasa Kak Mah over tak menjadi, tapi kalau aznil over, wan ok lak. Pepehal, taste memasing la kan? Ada yg ok, ada yg tak ok dgn mereka berdua.
AF5 akan menyaksikan persaingan sengit antara blog Sultan Muzaffar dan Klubbkidd . SM sebagai orang Astro, sure ada kelebihan tersendiri, manakala Klubbkidd pula sebagai reporter.. Dua dua ada sumber berlainan. Baik kita duduk tgh2, cari yg terbaik. Tgk tgk blog pengkritik tetap, MrManager yang paling hangat! hehe…
Dari list 36 calon terakhir lelaki, dan hanya 12 akan terpilih nanti, wan pilih 3 orang ini. Sebagai penganti Aidil AF3 dan Diddy AF4. Kepada yang tak tau, wan dulu minat sokong Aidil dgn Diddy. Mereka berdua ni, kalau tak kluar minggu ke 5, akan keluar minggu ke 6. TU je la… Tahun ni pun, wan akan pilih seorang, dan wan jamin dia akan kluar pada minggu ke5 atau ke6.
Untuk calon awal ni, ada 36 orang semuanya, rambang mata nak pilih. hahah.. cam beli baju kat pasar malam pulak… Untuk calon pompuan, tunggu pada Konsert sebenar nanti.
Sebelum kita berpisah, ini ialah gambar baju Radzuan Radzwill yang LInda Onn tak nak pakai kerana tidak melambangkan Malaysia. Apa pendapat anda?

OK la, dah penat bergossip.. Tapi plz yg free 16 – 18 MAc, contact wan ok!! Ada ganjaran la.. No money no talk kan? Juga selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah kepada yang menunaikan umrah pada 7 hingga 20 Mac 2007.
Viewed 253 times by 102 viewers
12 Comments »




[...] post by Ada Apa Dengan France? and software by Elliott Back Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where [...]
budak laki yang tengah2 tu aku rasa budak skolah rendah aku dulu. takpe, kite tunggu dan lihat. muke dia memang familiar nak mampus
apa ko ni kacau daun? cari la yg lain! hahha
Huaa.. org jauh lagi hapdet dr org kat sini.. hahah
tak seksi mane pun baju linda onn tuh.. bkn die penah pakai lagi seksi ke
@areyoung
aiks.. editor majalah / wartawan sendiri pun tak tau citer??
@peon
mmg la dia pernah pakai meriah.. tapi kat mesia dia berani la.. kat luar, dia nak jaga nama mesia kot?
ntah..baju biasa je la..
roslan aziz jadi pengetua? ramai la pelajar yg tension nanti .. maklumla mulut roslan tu mulut kurang ajar… eberibadi know!!
aku kureng skit pasal af ni….hehee
@masze san
kalau artis mesia pakai kat mesia.. maybe biasa la… tapi kalau pakai kat luar negara, sure org ‘kata’, sbb itu melambangkan negara
@khai
ahaks… malas roslan, wan tak kisah la.. hehe.. janji semua berjalan lancar n takder masalah.. maybe lebih ok dari pengetua acah tak acah sebelum ini..
@chot
wan pun kurang skit pasal af ni. hehe
Roslan Aziz Pengetua AF5
Oleh MOHAMMAD ARIF dan NIZAM ABDULLAH
KUALA LUMPUR 8 Mac – Astro hari ini mengumumkan komposer Roslan Aziz sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dan pengarah muzik terkenal itu memberi amaran bahawa beliau akan memastikan tiada lagi adegan menangis ketika pelajar disingkirkan pada akhir konsert mingguan AF5.
Menurut Roslan, beliau sebenarnya tidak setuju dengan adegan menangis itu dan menyifatkannya sebagai tidak wajar berlaku.
‘‘Kalau sudah tersingkir, keluar sahaja. Yang tinggal patut gembira kerana berjaya meneruskan pembelajaran.
‘‘Kalau nak menangis sangat, tunggu dalam kelas nanti. Saya akan bagi (mereka) menangis sampai keluar satu baldi air mata.
‘‘Lebih baik pelajar ditengking di dalam kelas sehingga mereka menangis sebelum mereka terkeluar dari akademi,’’ kata Roslan, 45, pada sidang akhbar di sini sempena pengumuman nama pengetua dan barisan tenaga pengajar AF5.
Pengetua program hiburan popular terbitan Astro itu sebelum ini ialah Freddie Fernandez (AF1), Ramli M.S. (AF2), M. Nasir (AF3) dan Ramli Sarip (AF4).
Astro hari ini turut mengumumkan pemilihan komposer Adnan Abu Hassan sebagai guru vokal persembahan, Fatimah Abu Bakar (guru persembahan pentas), Linda Jasmine (guru koreografi), Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal), Dr. Azahari Othman (perunding motivasi), Khairul Najmi (guru bahasa Inggeris) dan Jasmi Rejab (perunding fesyen).
Bagaimanapun, tiga pengkritik tetap AF5 akan hanya diumumkan pada konsert minggu pertama 17 Mac ini manakala Aznil Nawawi kekal sebagai pengacara.
Mengulas lanjut, Roslan yang merupakan bekas suami penyanyi Sheila Majid berkata, setiap pelajar AF5 sepatutnya memiliki prinsip ‘aku nak menang’ tanpa memerlukan simpati kawan-kawan.
‘‘Kawan-kawan, berkawan sahajalah. Jangan fikir tak menang tak apa. Saya akan lebih dulu kritik pelajar sebelum pengkritik tetap kritik mereka,†ujarnya.
AF5 akan memulakan siaran di Astro Ria pada Sabtu dan Ahad ini pukul 8.30 malam dengan menampilkan 16 pelajar – lapan lelaki dan lapan perempuan – dalam konsert Prelude.
Lima daripada mereka berasal dari Kuala Lumpur, empat (Sabah), tiga (Pulau Pinang), dan selebihnya masing-masing satu pelajar dari Selangor, Sarawak, Johor dan Terengganu.
Sebelum ini, Akademi Fantasia dijuarai oleh Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3) dan Faizal (AF4).
“Dulu AirAsiaX kata nak jual tiket start bulan February, skrg ni dah bulan Mac, tak jual jual gak.. Tak per laa.. Kita tunggu je la.. yg kesiannya, ada yg tertanya tanya lepas baca blog ini semalam.. Alahai Sajer jer nak gertak. hehe”
08-03-2007: FAX postpones long-haul services by as long as a year
Fly Asian Xpress (FAX) has postponed its long-haul budget services by as long as a year as it cannot get the aircraft it needs to start operations in July, said FAX shareholder Datuk Tony Fernandes.
“We can’t find the planes. AirAsia X will definitely start at the latest in August 2008. If they can find planes before then, they will start, otherwise they won’t,” Fernandes, who owns 10% of FAX, told Bloomberg in Singapore on March 8.