November 24th 2005 10:31 pm
apa terbaru tentang family..
asyik duk citer pasal Mawi jerk, baik citer pasal family gak kan? (anyway, kene citer pasal Mawi gak supaya ranking naik, citer pasal Pae pun ok gak.. tak leh citer pasal diri sendiri jerk.. hehe… tulis pasal mawi baru ranking naik.. ingat tu semua bloggers! hehe.. )..
citer pasal family.. wan anak sulung dari 5 beradik + abah dan mama. so, tujuh la semuanya… dah lama tak update pasal family.. rindu family!!.. so, wan tulis la skit skit pasal activities mereka ok? eermm…
1. abah
Abah akan ke Jakarta 8-11 Dec 05. Actually atas urusan kerja, mungkin juga boleh ditafsirkan sebagai nak rehatkan diri selepas penat melobi pilihan raya 6 Dec nanti. (siot punya anak, perli ayah sendiri.. peace!!).. “anyway abah, wan ada duit RM200,000 rupiah ni… dlm RM80 je sebenarnya”.. camner boleh terbaki lepas balik dari Bali hari tu pun wan tak tau.. hehe
2. mama
baru beli mesin memproses air yang mengeluarkan Air Tulin 99.9% boleh minum direct. Harganya… RM3578.00.. Menarik agaknya kalau ganding dengan peti ais yang berharga RM15k siap dgn TV dan pembaca code bar! Lepas ni sure tak beli dah air yang RM2.20 setong 10 liter tu..

RM3578 untuk benda ni? not bad la.. demi kesihatan keluarga. InsyaAllah..
3. Ije
tgh cuti 2 bulan. Ije dah abih kos persedian untuk menjadi Guru. Dia adalah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerja skrg ialah jadi driver mama (agaknya la). Tak sure lagi lepas ni sambung kat mana, tapi dia still bawah tajaan KPM la.
4. Ime
Baru beli kamera digital Casio Exilim EX-Z110 pagi tadi.. (abang dia guna Exilim EX-Z57 dan Olympus Mju Mini).. (matilah kamera banyak banyak cam beli majalah jerk).. then ada ura ura nak beli nokia 8800 yang berharga RM3500++.. ah tidak!! (tadi call dia kul 1 pagi waktu malaysia.. seperti biasa la, tukar phone baru lagi.. tukar hp tiap 2 minggu…. jeles tau!!)

6mp maaa… nak kamera baru gak!! urgh urgh urgh
5. Nor (ni lelaki la)
petikan email dari mama : “kemarin hantar nor ke Kelab Balkis. Kursus baca al quraan khatam dalam tempoh 3 minggu. Kursus tamat 10.12.05. Insyaalah. bayar 449.00 termasuk makan minum tempat tinggal dan bayaran kursus. Selain itu ada juga kelas pencerapan fardzu ain : bersuci, wuduk dan solat. Kuliah dan bengkel Asmaul Husna Amalan pelbagai solat sunat, tarbiah akhlak, ceramah motivasi Kuliah, latihan dalam kumpulan,dan lain2 peserta seramai 70 orang di di bahagi 12 orang setiap kumpulan. Berasap NOr.” Jom miruL, summer next year kita dua masuk nak?
6. Adik Min..
sejak kedai kat depan rumah tu terbakar, laporan dari mama dan abah kata pembelajaan adik min dah menurun.. inikah yg dikatakan hikmah?
dah la citer pasal family.. tak der benda baru sangat kan? ngantuk ni.. nak tidor.. night
Viewed 107 times by 52 viewers
No Comments yet »


