September 23rd 2009 03:17 pm

Apabila takbir raya diharamkan di Pulau Pinang

Hari ini 23 September 2009 merupakan hari ulang tahun penubuhan Pas untuk kali ke 58 tahun.

Pada hari ini 23 September 1951 Persatuan Ulama Malaya daripada Umno telah keluar dan menubuhkan parti Pas. Bantahan Dato’ On Jaafar dan Saadun Zubir tetap tinggal bantahan. Tunku tetap meneruskan kerjasama dengan Mca. Ini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan orang Melayu di luar Umno , yang melihat Umno akan ditelan oleh Mca. Disamping itu perpecahan yang semakin jelas dalam masyarakat Melayu. Sejak Dato’ Onn meninggalkan Umno, perpaduan orang Melayu mulai retak. Malah dengan krisis ini juga menyebabkan penubuhan Pas berlaku pada tarikh hari ini. Orang Melayu telah terbahagi kepada tiga kumpulan. Ini tidak termasuk golongan aristokrat Melayu seperti Menteri Besar dan raj-raja Melayu. Ini benar-benar melemahkan orang Melayu; dan memberi peluang kepada Mca dan Cina memilih Umno yang sanggup berkompromi dengan mereka.

Maka sejak itu bermulakan perkataan Umno Kapir , Tunku Abd Rahman Kapir dan sehingga ke hari ini Umno telah dikapirkan oleh Pas. Tetapi Tuhan maka kaya. Hari ini mereka mengkapirkan diri mereka sendiri dengan bersekutu dengan Dap.

Malam Hari Raya lalu , satu berita menyedihkan telah diterima dari Permatang Pauh di masjid Sungai Rambai. Polis telah mengarahkan supaya masjid berhentikan takbir raya kerana melebihi jam 12 tengah malam. Ini juga pertama kali dalam sejarah negara yang berlaku di Pulau Pinang.

Ingat lah bahawa kaum Cina membakar mercun pada hari tahun baru dan cap goh meh bermula jam 12 malam. tetapi tiada siapa pun yang mengarahkan mereka berhenti daripada membuat bising malam-malam. kerana orang Melayu faham budaya mereka. Nik Aziz juga faham akan kelemahan orang cina, sebab tu Nik Aziz tak marah bila Dap menghina Islam.

Dahulu di Kinrara. mereka mengarahkan supaya azan tidak dilaungkan dengan pembesar suara. Ingatlah bahawa sebelum merdeka. Kaum lain telah bersetuju dengan jsu soli yang mana mereka hendaklah memahami adat, agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu sebagai syarat untuk menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu yang kini di sebut Malaysia setelah Singapore, Sarawak dan Borneo Utara merdeka dengan menyertai Malaya.

Melayu mudah lupa. Melayu semakin layu. Melayu sdg kuyu. Kalau Melayu masih tak sedar maka nasi akan menjadi bubur pastu nangislah dgn air mata darah sekali pun sudah pasti tiada lagi kuasa politik Melayu. Ibarat Singapura yang dikuasai kaum lain. Ibarat Pulau Pinang juga. Yang paling baik Melayu bangun sekarang tolak PKR, tolak PAS bersatu dalam UMNO. Hanya satu jalan itu saja ada utk selamatkan kuasa politik Melayu.

Viewed 2294 times by 1100 viewers

32 Comments »

32 Comments

  • At 2009.09.23 16:54, joegrimjow said:

    tu cakap orang umno
    org pas lain plak
    xkire pkr lagi
    haha

    guwe pengundi senyum je la
    kene martabatkan islam
    bukan melayu

    • At 2009.09.23 18:40, hihi said:

      to joegrimjow :

      memartabatkan islam? bukan melayu? u gila ke?

      satu-satunya bangsa didunia ini yang mewajibkan agama keatas bangsanya hanyalah Melayu.

      Bermaksud, seseorang yang digelar Melayu itu WAJIB Islam.

      Jika membela Melayu, apakah itu tidak membela Islam?

      Kalau dok kata nak martabatkan Islam, kenapa perlu ada hak keistimewaan bumiputera? sedangkan ada bangsa cina/india dan lain-lain yang menganut Islam.

      Kenapa takde Manifesto wujudkan hak keistimewaan Islam?

      Ini semua bermaksud, “korang” yang dok melaung-laungkan Martabatkan Islam, Bukan Melayu hanyalah MENIPU DIRI SENDIRI!

      Sebab sebenarnya, korang sendiri yang menggunakan kelebihan Melayu itu. Podah lah. Malu lah sikit.

      Nabi tak halang kita nak majukan bangsa kecuali tidak menganiayai bangsa-bangsa lain.

      Kalau bangsa tak maju, macam mana nak martabatkan agama? Sendiri fikir.

      • At 2009.09.27 10:18, AnakPas said:

        hang tau tak erti melayu..di malaysia Je!

        i. Boleh bercakap bahasa melayu
        2. Mengamalkan adat Melayu
        3. Beragama Islam

        • At 2009.09.29 16:24, kepalaotakkau said:

          So? apa yang cuba kau nak buktikan nie? Kan dah tertulis nombor tiga tu BERAGAMA ISLAM. So, kalau majukan Melayu, tak majukan Islam ?

          Stupid.

        • At 2010.02.19 17:45, ANAK MELAYU said:

          Yang hang x puas hati 2 pasai apa…bagus la …
          wajib melayu itu islam…

        • At 2009.09.23 20:39, anakbukitgantang said:

          Salam Eid-UL-Fitr

          Jika benarlah ia terjadi, sila lihat pula political simulation on worst case scenario in Malaysia seperti yg ditulis di blog ABG

          http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/2013-back-to-future-simulation-on.html

          Nauzubillah, marilah kita smua umat Islam bersatu di bawah payung UMNO – kita tiada pilihan lain, bersatulah demi Allah dan mempertahankan ugama Islam

          • At 2009.09.24 07:11, newoee said:

            susah nak percaya berita yg tersebut,,,sahih kah berita itu ? sila berikan perincian insiden yg berlaku ,,,pihak mana yg mengadu/komplen ? setelah sekian lama baru sekarang mengadu/komplen ? apa maknanya ini ? adun ptg pasir kena jelaskan tentang insiden ini jika ia benar2 berlaku .

            • At 2009.09.24 09:57, CAK said:

              kalau betul perkara ni berlaku memang laknat lah siapa yang menyokong DAP tu. Nik Aziz akan cakap Lim Guan Eng xpaham Islam

              • At 2009.09.24 17:10, PAS said:

                Nak takbir raya tak perlu kuat kuat. Kalau takbir kuat kuat adakah hati ikhlas. Allah maha mendengar. Azan perlulah kuat nak panggil orang datang solat kat Masjid. Tu pun puak puak umno hampeh berapa kerat jer yang mai.

                • At 2009.09.24 18:31, pemuda melayu said:

                  u kata puak umno berapa kerat yang datang u thu ka?jgn mengkafirkan sesama islam sbb smua itu kuasa allah..jangan igat orang pas saja memperjuangkan islam..UMNO telah tertubuh sekian lama memperjuangkan hak2 orng melayu dan agama islam selama ini..

                  • At 2009.10.01 12:12, MANTIBAI said:

                    …..

                    argh..argh…argh…argh….
                    awoooooooooooooooooooooooooii
                    awooooooooooooooooooooooooooii

                    grrrrr…grrrrrr…

                    Jangan permainkan Islam

                    • At 2009.10.05 00:03, Mat said:

                      Haha…Tengok laa masjid2 kat kelantan,kawasan yang diperintah oleh PAS itu sendiri, ada ke penuh masjid-masjid tersebut ? Laung azan kuat-kuat pn xde orang nak datang jugak.Even orang yang menyokong PAS itu sendiri. Oleh itu,tak perlu nak menuding jari kepada ahli UMNO sahaja kerana kedua-dua pihak sama sahaja.

                    • At 2009.09.24 18:50, friend said:

                      aiyoh. kelakarnya jawapan?
                      ini jawapan mewakili semua ahli PAS yang lain ke? I hope so.

                      knp perlu pecahkan ahli PAS dan ahli UMNO utk masjid. Saya berani kata 90% mat mat rempit yang merempit bawak bendera PAS itu jarang sembahyang dan jarang pergi masjid. I mean, mat rempit Melayu yang mengaku Islam yang bawak bendera PAS yang menganggu gadis kampung dan orang kampung dengan membunyikan motor dengan kuat tu?

                      kalau macam tu, better takbir dalam hati kat rumah sambil tgk tv je la. Allah dengar gak kan? Tak perlu imarahkan masjid bagai. U tau tak masa muktamar PAS kat Shah Alam, orang pergi penuh satu stadium, tapi bila solat, tempat solat yang disediakan lenggang je. Lebih ramai yang berehat sambil hisap rokok kat luar stadium.

                      • At 2009.09.25 16:20, CAK said:

                        maknenye ko membenarkan apa yg kerajaan PP buat la ye? kite takbir kuat2 bukan sebab nak menunjuk2. tapi sbb semangat ISLAM. bih tu yg ceramah Pas dok takbir kuat2 tu xperlu la buat kuat2. bukannye tau ikhlas ke x sokong Pas tu.. jangan kerana setan DAP tu sekutu PAS bermakne orang Islam dalam UMNO lebih kafir dari DAP. sedangkan terang2 kite lihat DAP laknatullah cuba menjatuhkan orang Melayu Islam dgn melaga2 sesama sendiri.

                        • At 2009.10.01 12:15, MANTIBAI said:

                          alah… orang UMNO takbir ke
                          aku ingatkan Take beer
                          ……….dan makin rancak sekarang. Yang pandai agama pun tak sensitif

                          Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAp telah mendapat pujian kerana komitment dalam menghapuskan rasuah.

                          Overall, setelah BPR menjadi SPRM, indeks rasuah kita semakin……semakin…..uhh..uhh… se….ma…..ki………………n me…me…ru…………….dum

                          Sesia je bayar gaji SPRM
                          Hampeh

                      • At 2009.09.25 16:00, puteri merah jambu said:

                        kalaulah benar bagai dikata, ni melampau namanya. kebebasan dan hak kita sebenarnya telah direnggut sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. itu pun rakyat masih lagi tak nampak. sampaikan melaungkan takbir dan azan pun ditegah. sedangkan kita hanya mampu memekakkan telinga bila mereka membakar mercun di tengah-tengah malam. kita hanya mampu membutakan mata bila tempurung-tempurung kelapa berselerakan di jalan-jalan raya. kita benar-benar menghormati hak dan kebebasan beragama seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan. ni la natijahnya bila bangsa Melayu sendiri tak bersatu.

                        • At 2009.09.25 19:21, Rikhman said:

                          okay, tu mmg not fair…cmon, ape ssah nak bersatu?.

                          • At 2009.10.01 12:16, MANTIBAI said:

                            mmg tak boleh bersatu.

                          • At 2009.09.27 09:18, ikutCeramah said:

                            Assalamualaikum Mat,

                            Bila masa pulak laungan azan diharamkan di Kinrara? Mana buktinya? Kalau bercakap tu, biarlah ada asasnya. Kalau nak menuduh tu, biarlah ada buktinya.

                            • At 2009.09.27 18:16, friend said:

                              xbaca paper ke?
                              heboh kan dulu.
                              si babi Teresa COCK yg heboh dulu

                              ikutCeramah tapi hati buta

                              • At 2009.10.01 12:17, MANTIBAI said:

                                paper mana mat…
                                utusan ke berita
                                wartawan mereka tu pekak
                                matematik pun fail

                                yang lulus…mengAUTA rakyat

                            • At 2009.09.27 11:19, emc2trooper said:

                              Khalifah Umar Abdul Aziz?? Bukan, ini maharaja Dong Zhuo dalam three kingdoms….

                              • At 2009.09.27 18:18, human said:

                                Nampaknya virus ego is berleluasa kat Malaysia,
                                nak tuntut hak masing masing.. very sad to hear all these. I rasa forever M’sia is moving backward.

                                Alangkah baik kita rakyat Malaysia use our good energy and talent for other good cause?

                                Golongan yang penuh dengan virus ego, hasrat dengki, dan tamak haloba ni sedang mengatur langkah utk membiak lebih virus kepada rakyat jelata (insan sesama insan).

                                Kalau manusia yg mempunyai telinga ringan (dan kawalan emosi yg rendah) akan senang dijangkiti. Tetapi bagi manusia yg mempunyai prinsip kemanusiaan yg kukuh akan berhenti sekejap, guna minda and berfikir, menganalisa situasi lalu mencari penyelesaian adakan saya akan terjebak dengan penyakit ini? Apakah kebaikan yg boleh saya perolehi? Atau terjerat emosi mereka untuk dijangkiti virus ego, hasrat dengki dan benci membenci ini?

                                (sighing)…. hai hai Manusia Manusia… gunalah good energy yg dianugerahkan oleh Allah untuk kebaikan manusia sejagat.

                                GOD! u really must BLess Malaysia

                                • At 2009.09.28 09:42, Qaiyu said:

                                  Islam Jahanam Di Bawah Pakatan Rakyat !!!

                                  • At 2009.09.28 15:31, Boyesen said:

                                    A,kum…

                                    Saya rasa berita ini sahih.. walaupun hati masih tertanya2 adakah benar ia benar2 berlaku diPP?…

                                    bukan niat sy utk mencurah minyak ke dlm API… mengenai AZAN… ia bukan berlaku setakat diKinrara sahaja… tetapi di johor bahru juga… seorang penduduk berbangsa CINA telah membuat 1 laporan ke balai polis mengatakan bahawa azan mengganggu penduduk2 disitu.. penduduk melayu yg beragama ISLAM… hanya memekakkan telinga dan meneruskan azan… terpulang pada sesiapa yg ingin mempercayai ia benar2 berlaku ataupun tidak…

                                    baru2 ini juga, di dlm dewan semasa sesi perbincangan bersama penduduk SS23 dgn MB Khalid.. semua tahu kan??? yg x tahu perlulah pandai mencari…

                                    kite semua kena tanya pada diri sendiri…. mengapa mereka2 semua ini berani melakukan sedemikian terhadap agama ISLAM??? sebelum ini, ia tidak berlaku…
                                    jgn terlalu taksub kepada parti… sudah pasti kite akan taksub juga pada pemimpin… walaupun pemimpin itu curang pada AGAMA dan BANGSA..
                                    MARILAH kite SEMUA merapatkan SAF dan barisan… agar kite dihormati dan disanjung… bukan utk ditakuti…
                                    Sekian…

                                    from boyesen…

                                    • At 2009.09.29 11:20, Nurul Jannah said:

                                      Salam…

                                      Terdapat perbezaan yang nyata di antara melaungkan takbir raya dan membakar mercun pada hari perayaan bagi bangsa tertentu..Secara jelas, membakar mercun membuang ringgit dan menganggu ketenteraman..Ia jg blh mndatangkan kecederaan, sekiranya tersilap langkah..

                                      Kita umat Islam seharusnya sedar bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah kurniaan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagai hadiah kemenangan kepada umat Islam, kerana kita telah berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan menahan diri daripada hawa nafsu dan perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa. Pada hari kemenangan tersebut, kita disunatkan untuk meraikannya dengan melaungkan takbir. Ini kerana dengan bertakbir, kurniaan Hari Raya Aidilfitri akan dapat dirasai dan dihayati sehingga melahirkan rasa kesyukuran atas kebesaran serta keagungan Allah Ta‘ala, sesuai dengan aksud takbir iaitu mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan melafazkan kalimah ‘Allahu Akbar’.

                                      Tafsiran ayat dari Surah Al-Baqarah:185: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”

                                      Jadi, adalah amat aneh bila kerajaan p.pinang di bawah parti pakatan rakyat, menggunakn kuasa polis untuk melarang takbir raya di masjid..Di tempat saya, di negeri kedah tiada pula larangan spt itu.Jangan lh, trlalu brtolak ansur sehingga menolak laungan takbir dan seolah2 mematikan hati dan jiwa sbg muslim..Ilmu tanpa amal, ibarat kereta tanpa stering..Tindakan Pihak tertinggi PAS yang seolah2 memekakkan telinga amat dikesali..Kepimpinan melalui teladan, perlu kpd tindakan..Kdg2, mereka yang berilmu, hanya mmandang kosong apbl trlalu taksub kepada parti.

                                      Ambil contoh 2 org pemimpin PAS yang boleh dijadikan teladan, Dr. Hassan Ali serta ahli parlimen Kulim/Bandar Bharu. Tindakan 2 orng pemimpin, ini kdg2 melangkaui keputusan parti tapi, demi ISLAM mereka berani ke hadapan.. Kadang2 apbl difikirkn, dlm pemilihan pemimpin dlm pilihanraya, prlunya kita melihat kepada keperibadian dan tindakan calon yang bertanding dan bukan nya,kepada parti yang bertanding..Pemimpin yng berani berjuang demi Islam adalah pemimpin yang sejati dan diberkati oleh Allah, dan bukannya berani berjuang untuk parti Islam, ttp tidak melaksanakan sepenuhnya kepimpinan itu. Tahniah buat sesetengah pemimpin Islam dlm UMNO dan PAS yang berada di landasan yang diredhai..Seterusnya, kita serahkan pada Ilahi…

                                      • At 2009.09.29 12:28, Boyesen said:

                                        Saya pun setuju dengan pendapat Nurul Jannah….
                                        kadang2 kite perlu melihat kepada keperibadian dan tindakan calon2 yg bertanding…. jgn hanya kepada parti…insyallah akan tegaknya ISLAM…

                                        • At 2009.09.29 16:28, bagusbagus said:

                                          betul tu. kita perlukan pemimpin2 yang bersifat kecuali dan menegakkan yang benar. Malang sekali, pemimpin2 korup bukanlah di dalam UMNO. Yang kini lebih jelas, pemimpin2 korup terdapat beratus di dalam parti PAS dan PKR. Demi wang, mereka sanggup lakukan dan jual apa sahaja. Maka, berdosalah pengikut mereka yang taksub dan mengiyakan kekhilafan tersebut.

                                          Lagi satu, tolong pesan sikit dengan orang tua nik aziz tu suruh dia taubat nasuha dulu sebelum GOL!

                                        • At 2009.09.30 13:26, Kng Kong said:

                                          >>Jadi, adalah amat aneh bila kerajaan p.pinang di bawah parti pakatan rakyat, menggunakn kuasa polis untuk melarang takbir raya di masjid..

                                          => Sejak bila la plak Polis nak meraikan kerajaan Pakatan Rakyat. Di Kota Baru, kuliah mingguan MB sapa yang escort?? Polis? no..no..no…. Penguat Kuasa Bandaraya KB…… sedih aku ngan polis2 nih….. mentang MB PR tak ambik hirau dia…. kalau esok semua negeri PR perintah yakinlah Polis2 akan membodek………. (jawab sendiri)

                                          • At 2009.10.03 15:36, samad said:

                                            Wahai orang Kelate,

                                            Bagila BN menang one term kat Kelantan.Biar jalan dibesarkan, jambatan baru dibuat pastu ko nak belasah kelantan ambikla.Aku serik traffic jam kat kelantan time raye.Jgn cari bini kelantan oiiiiii.

                                            • At 2009.10.05 00:00, Mat said:

                                              MB Kelantan takkan letak jawatan sampai mati. Pemimpin yang baik/bagus tahu bila dia perlu berundur diri dan memberi jalan kepada orang yang lebih berkaliber.

                                              • At 2009.10.12 22:10, Ujang said:

                                                Takbir Raya tu sebagai meninggikan syiar Islam…tak kira samada kuat atau perlahan. Tapi kalau dah disuruh berhenti menjelang 12 malam kira dah melampau tu! PAS takkan nak senyap jer…dulu nak tegakkan negara Islam dan memang harapan semua kita tak kira penyokong PAS atau bukan, tapi bila dah masuk satu selimut denga DAP & PKR lain pulak jadinya, atau mungkin PAS ada strategi?
                                                Jawablah wahai penyokong PAS, saya nak tahu!

                                                UB

                                                (Required)
                                                (Required, will not be published)

                                                « | »